29 March 2020

NABI SYUIB AS





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

          
NABI SYUIB
Syam (Palestin) sekarang ini. Penduduk negeri ini sudah lama melupakan kepada ajaran Para Nabi dan Rasul yang pernah diutus Allah, Mereka tidak percaya kepada Tuhan yang Maha Esa, malah digantinya Tuhan itu dengan hutan. Hutanlah yang mereka sembah, kepada hutan itulah mereka meminta pertolongan dan berlindung diri.
Begitu sesat mereka mendapat penyembahan ini, lebih lebih sesat lagi dalam hidup dan penghidupan mereka. Kejahatan yang sangat merata di kalangan mereka, hidup mereka dengan jalan kicuh mengicuh, serta suka memperdayakan temannya sendiri untuk mendapatkan keuntungan.


Kalau mereka menyukat atau menimbang barang, selalu dicari akal agar sukatan atau timbangan itu merugikan pihak lain, menguntungkan pihaknya sendiri. Sebaliknya bila orang lain yang menimbang barang, dengan segala akalnya yang busuk, mereka jadikan agar dapat menguntungkan pihaknya dan merugikan pihak lain pula.
Dengan jalan demikianlah mereka mendapatkan harta kekayaan, iaitu dengan jalan yang tidak halal, serta cara yang tidak sewajarnya, kehidupannya selalu merugikan pihak lain, begitu pula perjuangan mereka memang ditujukan untuk itu semata mata.
Kepada mereka itulah Nabi Syuaib diutus Allah, dengan membawa ajaran agama yang benar dari Allah, dikuatkan pula dengan wahyu dan mujizat.
Syuaib membawa mereka kepada menyembah Allah, menjauhi segala tipu muslihat yang busuk itu, memberi menakutkan mereka dengan ancaman ancaman Tuhan dan neraka. Namun mereka tetap tidak mahu dengar dan percaya. Malah membantah dengan alasan alasan yang mereka buat buat dan menganggap bahawa kehidupan mereka dengan cara yang mereka lakukan itu adalah satu cara penghidupan yang sebaik baiknya, dengan cara mana mereka beroleh kekayaan dan kebahagiaan, kata mereka.

         

         
                  
Tuhan yang mereka sembah itu tidak usah dirobah robah lagi, kerana begitulah yang mereka perolehi dari nenek moyang mereka sendiri. Kata mereka kepada Syuaib: Apakah engkau larang kami menuruti ugama yang kami anuti? Di mana letaknya kemerdekaan berugama? Engkau mencegah kami dari mengambil rasuah? Sedang itulah kepandaian yang sudah kami pelajari dan pertahankan ! Apakah engkau menganggap dirimu lebih pintar dan faham dari kami?
Dengan tidak jemu jemunya Syuaib memujuk mereka dengan secara bijaksana dan halus, dengan harapan mudah mudahan mereka akhirnya mengubah sikap, membenarkan kebenaran yang nyata itu.
Tetapi mereka tetap tidak menurut, malah mereka anggap bahawa mereka sendirilah yang benar, sedang Nabi Syuaib dianggapnya menimbulkan kekeruhan dan mengacau saja.
Akhirnya Nabi Syuaib diberinya kata dua, agar ia jangan lagi mengulangi kata kata dan anjuran kepada mereka, kerana mereka sudah merasa bosan mendengar segala kata katanya. Dihinakannya Nabi Syuaib dengan kata kata yang hina dan rendah. Nabi Syuaib adalah seorang yang lemah lagi hina, kata mereka. Keluarganya semua melarat dan miskin, yang tak mempunyai gaya dan kewibawaan sedikit juga, kata mereka.
Nabi Syuaib tidak berputus asa, malah ia semakin giat dan terus mengajar dan mendidik mereka.
Sanggupkah engkau menurunkan azab kepada kami? kata mereka mengejek keras. Cubalah engkau turunkan seksa itu sekarang juga kepada kami, sekiranya engkau benar dalam kata katamu itu, kata mereka pula.
Permintaan mereka dengan segera diberi Tuhan. Hawa yang panas terik membakar, sedang mengancam jiwa mereka. Selain kepanasan yang tak terhingga, mereka diserang oleh haus dan dahaga yang bukan kepalang. Seberapa saja air yang mereka minum, namun kehausan dan kedahagaan mereka tidak berkurangan, malah semakin menghebat. Ke mana saja mereka pergi melindungkan diri dari hawa panas itu baik ke bawah pohon kayu yang rendang mahupun ke bawah gedung gedung yang beratap, tetapi tidak mendatangkan faedah sedikitpun. Akhirnya mereka melarikan diri meninggalkan kampung halamannya, menuju ke hutan hutan yang mereka sembah untuk melindungkan diri dari hawa yang panas terik, tetapi itupun tidak membawakan faedah. Panas terik itu dirasakannya di mana mana sekalipun di dalam air atau hutan yang lebat, Mereka lari dari qada dan qadar Tuhan menuju ke qada dan qadar Tuhan yang lain pula.


                  



Akhirnya mereka melihat awan tebal datang beriring. Mereka berlumba lumba lari ke bawah awan hitam yang tebal itu, lelaki perempuan, tua dan muda, dengan meninggalkan rumah tangga dan harta bendanya, berasak asakkan bernaung diri di bawah naungan awan hitam itu. Mereka mengira, bahawa awan tebal itu dapat menghindarkan dirinya dari hawa panas yang mengancamnya, tetapi apa lacur... !
Baru saja mereka yang kafir dan engkar itu seluruhnya terkumpul di tempat yang dinaungi awan hitam itu, terdengarlah suara gempita dari langit, bergeraklah bumi yang mereka pijak, awan hitam yang tebal itu membakar mereka sampai menjadi abu yang berterbangan. Dengan kejadian itu, lenyaplah mereka yang engkar dan kafir itu semuanya. Karena bila mereka sudah tidak dapat diperbaiki dengan ajaran dan nasihat, daripada tetap berbuat kerusakan di muka bumi, lebih baik dihabiskan sama sekali, agar datang keturunan lain yang menggantikan mereka di muka bumi yang mereka diami.
Allah tidak akan ragu ragu mendatangkan seksa yang sehebat hebatnya bagi hamba hambaNya yang engkar, sebaliknya Allah selalu melindungi dan membahagiakan hamba hambaNya yang taat dan patuh kepadaNya.

Setelah melihat apa yang telah terjadi terhadap penduduk yang engkar dan perosak itu, Nabi Syuaib lalu berkata kepada orang orang yang terlepas dari bahaya maut, iaitu orang-orang yang beriman kepadanya: Hai kaumku, sesungguhnya sudah aku sampaikan kepadamu risalah Tuhanku dan aku telah berikan nasihat-nasihatku kepadamu, maka begitulah kejadiannya bagi kaum yang kafir dan engkar.

No comments: