30 March 2020

HAKIKAT A'YAN





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

HAKIKAT A'YAN


HAKIKAT atau A’YAN

Surah Al-Baqarah : 115

Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) disitu ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui.

TIMUR = menunjukkan Asma’ & Sifat Allah
BARAT = menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli )

Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani )

Hanya ada satu Wujud yang timurnya ialah Asma’ dan Sifat Allah dan baratnya Manifestasi Dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’

Asma’ Allah adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmu. Ini digelar A’yan Sabitah atau Maklumat oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falasafah.

- Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri, Allah mengurniakan TajalliNya Yang Pertama ( Faid – u l- Al-Aqdas ) dan mereka mereka terzahir dalam IlmuNya.

- Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua ( Faid Maqdas ) dan mereka mereka ini terzahir diluar mengikut alatan keperluannya.

- MAHIYYAT ( bakat bakat ) menerima Kemurahan dan BerkatNya menurut bakatnya dari Allah . Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam.

UMMUL KITAB ( Ibu Kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara ) . Apa juga yang terzahir dalam Alam Benda mula mula tertulis pada LOH.

Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin

Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya. Apabila ia menjadi details ( perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat ITTIBARAT yaitu Wujud / Ilmu / Nur / Suhud.

Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu dimana dapat dibezakan ULUHIYYAT ( Suasana Ilmu Allah ) daripada RUBUBIYYAT ( Suasana Manifestasi Pemerentahan )

Maka bermulalah peringkat peringkat Asma’ – i Ilahi ( Nama Nama Pemerentahan ) dan Asma’ – i – Kiyani ( Nama Nama Yang Diperentah )

Tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah ) Apabila A’yan mengambil bentuk maka bentuk itu lebih tertentu lagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahulu itu menjadi batinnya. Wujud objek adalah Wujud Biasa ( bertentangan dengan Wujud Mutlak atau wujud Sifat )

Al-Baqarah ; 28

Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP

Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.

Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT bukan tambahan kepada Zat. Tiap tiap A’yan ialah manifestasi satu nama. Tiap tiap objek adalah manifestasi Nama. Nama atau Asma’ memegang jambul objek itu dan memimpinnya.

Firman Allah :-

Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya ( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul.

Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat.

Firman Allah :-

Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat membimbingnya kejalan yang benar.

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ). Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan , maka hakikat hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka Ilmu Allah tertakluk pada hakikat ini...

tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu.

Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan itu.
 ..................................

No comments: