اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
NABI AYUB
Pada suatu hari, seluruh Malaikat berkumpul membicarakan
makhluk Allah, mengenai ketaatan manusia dan maksiatnya, keburukan manusia dan
kebaikannya. Akhirnya semua Malaikat itu memutuskan dengan sebulat suara bahawa
Nabi Ayublah di kala itu manusia yang paling baik di atas dunia, yang paling
banyak ibadatnya kepada Allah dan yang paling tinggi keimanan dalam dadanya.
Dengan harta kekayaan yang banyak, anak keturunan yang
banyak pula dia tidak pernah sekali juga terlambat beribadat dan bersujud
kepada Allah. Dia selalu memperhatikan dan menolong orang-orang yang melarat
dan fakir miskin. Mendengar keputusan Malaikat itu, Iblis ingin menjalankan
siasat kotornya. Iblis tak sudi kalau ada manusia di muka bumi ini tebal
imannya kepada Allah, sempurna ibadat dan syukurnya. Tiap-tiap orang beriman
itu, akan dicubanya membelokkan dan menyesatkannya. Dengan berbagai cara dan
akal yang busuk, dengan pujukan yang halus dan dengan senjatanya yang paling
ampuh, ialah dengan berbohong.
Iblis ini lalu datang menghadap ke hadhrat Allah, lalu
berkata:
Ya, Tuhan! HambaMu yang bernama Ayub itu bukanlah beribadat
menyembah Engkau, bukan bersyukur memuji Engkau. Ibadat dan syukurnya itu hanya
kerana hartanya yang banyak, keturunannya yang cukup. Dia menyembah Engkau itu
hanya agar Engkau menambah harta dan keturunannya. Dia bersyukur kepada Engkau
itu agar semua harta dan anak-anaknya itu tetap banyak, supaya kambing dan
biri-birinya yang berjumlah ribuan itu tetap tidak berkurang, supaya unta dan
lembunya yang berjumlah ratusan itu semakin Engkau tambah, supaya binatang
perahan dan yang dikerjakan semakin gemuk-gemuk dan kuat-kuat, supaya anak
lelaki dan perempuannya yang sudah banyak itu ditambah banyak lagi. Ayub hanya
menyembah harta, bukan menyembah Engkau. Mensyukuri anak keturunannya, bukan
mensyukuri Engkau. Cuba Engkau izinkan saya merampas harta kekayaan itu, tentu
dia tidak akan menyembah Engkau lagi. Sebab itu cubalah izinkan saya, ya Tuhan,
untuk melenyapkan semua harta kekayaan itu.
Allah menjawab: Ayub adalah hambaKu yang beriman penuh
dengan keimanan yang suci ikhlas. Dia menyembahKu kerana memang dia menginsafi
akan keharusan menyembahKu ini. Ibadatnya suci dan pengaruh harta dunia, suci
dari sifat-sifat loba dan tamak.
Tetapi kerana Allah ingin menjadikan Nabi Ayub lebih suci
dan bersih imannya, agar dapat menjadi contoh teladan tentang keimanan dan
kesabaran bagi seluruh ummat manusia, si Iblis diberiNya izin untuk merampas
semua harta kekayaan Ayub. Tuhan lalu berfirman kepada Iblis: Boleh kau coba,
kumpulkanlah semua kakitangan dan kawan-kawanmu. Lakukanlah apa-apa yang kamu
rencanakan itu. Perhatikanlah nanti bagaimana kesudahannya!
Iblis lalu bersiap mengumpulkan semua kakitangannya, semua
tentera dan pembantu-pembantunya dan dia berkata kepada mereka: Tuhan sudah
mengizinkan kita untuk merampas harta kepunyaan Ayub, agar Ayub menjadi orang
melarat, agar dengan kehilangan hartanya itu, hilang pula keimanan dan
ibadatnya."
Dalam waktu sebentar saja, hilang lenyaplah semua harta dan
kekayaan Nabi Ayub itu. Tidak seekor pun kambing atau biri-birinya lagi yang
tinggal, tidak seekor pula unta dan lembunya, kebun dan tanaman-tanamannya pun
habis kesemuanya.
Dengan berbentuk sebagai seorang tua yang berpengalaman dan
penuh dengan kasihsayang, Iblis itu lalu datang kepada Ayub mahu menggodanya;
dia berkata: Sekarang hartamu sudah musnah semuanya. Tuhan yang selalu engkau
puji dan sembah itu, rupanya tidak menolongmu sedikit jua pun. Sia-sialah
engkau beribadat dan menyembahNya.
Berbagai-bagai pula percakapan antara manusia sesama
manusia, melihat nasib yang menimpa Nabi Ayub itu. Di antaranya ada yang
berkata: Itulah tanda bahawa Ayub tidak ikhlas dalam ibadatnya, tidak beres
sembahyang dan zakat hartanya.
Ada pula yang berkata: Ayublah manusia yang paling baik dan
paling ikhlas ibadatnya. Kenapa Tuhan tidak memelihara hartanya? Kalau Tuhan
memang Pengasih dan Penolong, maka Ayublah yang paling pantas dikasihi dan
ditolong Tuhan.
Ada pula orang lainnya berkata: Semua itu terjadi, kerana
Tuhan akan menguji keimanan Nabi Ayub dan mahu memberi pelajaran yang nyata
kepada manusia.
Mendengar semua perkataan itu, Nabi Ayub tinggal tenang dan
sabar. Tidak sedikitpun dia merasa sedih dan menyesal. Tidak sedikit juga
menggoyangkan keimanan dan keikhlasannya dalam beribadat, malah sebaliknya,
Nabi Ayub semakin kuat dan bersungguh-sungguh beribadat dan memuji Allah.
Terhadap orang ramai itu, Nabi Ayub berkata: Semua itu, adalah kepunyaan Allah.
Diberikan Allah kepadaku, kemudian diambil Allah kembali. Maka terpuji Allah
yang telah memberi harta itu kepadaku dalam masa yang begitu lama dan Maha
terpuji Tuhan yang telah mengambil kembali harta itu, kerana memang milikNya.
Puji bagi Allah yang memberi dan mengambil, di waktu memberi nikmatNya dan
mencabut nikmatNya itu kembali. Maha terpuji Tuhan yang mendatangkan bahagia
dan menurunkan seksa. Dia Tuhan satu Raja dan segala raja. DiberikanNya
kekuasaan dan kekayaan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia cabut kekuasaan
dan kekayaan itu dan siapa saja yang Dia kehendaki.
Sehabis berkata begitu, Nabi Ayub kembali bersujud
menyembah Allah dengan khusyuknya, lebih dari biasanya lagi.
Setelah melihat kejadian itu, Iblis merasa kecewa besar,
gagal segala niat dan usahanya. Tetapi Iblis masih mempunyai akal dan
daya-upaya lain. Dia segera datang menghadap Allah pula dan berkata: Ayub
menerima nikmat dengan pujian dan menerima cubaan dengan sabar, itu adalah
disebabkan kerana Ayub masih mempunyai anak yang banyak, kepada siapa dia dapat
minta tolong dan dengan siapa dia dapat kaya kembali. Bila Engkau izinkan saya,
ya Tuhan, untuk melenyapkan semua anak lelaki dan perempuannya, saya yakin
bahawa Ayub akan nyata kekafiran dan keengkarannya terhadap Engkau.
Tuhan menjawab: Boleh engkau lenyapkan semua anak-anaknya,
tetapi akan engkau lihat sendiri, bahawa Ayub akan tetap imannya, takkan
berkurang sedikit juga.
Kembali Iblis mengumpulkan semua kakitangan dan
pembantu-pembantunya. Semuanya bersiap memasuki istana anak-anak Ayub, lalu
menewaskan mereka, serta menghancurkan mahligai-mahligai dan istana yang mereka
diami.
Lalu Iblis pergi mendapatkan Nabi Ayub dan berkata: Seluruh
anak dan mahligaimu sudah hancur luluh. Mereka ada yang mati kerana
luka-lukanya dan ada pula kerana terbanting keras terhimpit barang-barang yang
berat. Demikianlah Allah membalasi engkau, hai Ayub, atas semua ibadat engkau
kepada Allah itu.
Dengan airmata bercucuran dan menangis tersedu-sedu, Ayub
menjawab perkataan Iblis yang sedang berbentuk manusia yang berlagak teman itu:
Allah memberi, Allah mengambil, Allah menghidupkan dan Allah mematikan. Atas
semua itu aku memuji akan Allah yang menjalankan hakNya itu.
Nabi Ayub lalu sujud menyembah dan bersyukur memuji
Tuhannya. Iblis kembali kecewa besar dan gagal lagi usahanya itu, tetapi Iblis
tidak kekurangan daya-upayanya.
Dia kembali mendapatkan Tuhan Allah dan berkata: Dengan
habisnya harta kekayaan dan anak-anaknya itu, Nabi Ayub masih tetap sabar,
kerana ia yakin dengan badannya yang sihat dan kuat itu, dia masih dapat
mengumpulkan harta dan beroleh anak kembali.
Izinkanlah saya sekarang juga untuk melenyapkan kesihatan
badan Nabi Ayub, serta mendatangkan berbagai-bagai penyakit kepada-nya. Dengan
hilangnya kesihatan badannya dan dengan adanya berbagai-bagai penyakit itu
nanti akan terbuktilah kepadaMu, hai Tuhan, bahawa Ayub tidak ikhlas dalam
ibadatnya kepada Engkau. Dengan hilangnya kesihatan dan datangnya penyakit itu,
dia akan membelakangi Engkau, akan derhaka dan tidak memuji Engkau.
Tuhan ingin menjadikan Nabi Ayub seorang hambaNya yang
benar-benar teguh memegang tampuk keimanannya, hambaNya yang tabah dan sabar,
hambaNya yang tetap syukur dan memuji Allah, untuk dijadikan contoh bagi semua
manusia dalam keimanan dan kesabarannya, lebih-lebih bagi orang-orang yang
kehilangan harta, kehilangan anak dan pula bagi orang-orang yang ditimpa
berbagai-bagai penyakit yang berat-berat.
Kepada Iblis diperbolehkan Allah untuk menjalankan tipu
muslihatnya yang bagaimana juga hebatnya untuk menyesatkan keimanan Nabi Ayub
yang teguh itu, kerana Tuhan Maha Mengetahui bahawa Ayub benar-benar teguh
imannya, kuat dan tabah menderita, walaupun penderitaan yang bagaimana juga
hebatnya, sedikitpun dia tidak akan lupa memuji syukur dan menyembah Tuhannya.
Iblis kembali muncul, menyeludup ke dalam tubuh Ayub. Lalu
meniupkan kepada Ayub semacam penyakit yang amat berbahaya, sehingga kerananya,
Nabi Ayub jatuh terhampar di tempat pembaringannya. Makin hari semakin kurus
badannya, dia tidak berdaya; habis segala kekuatan dan kegagahannya. Mukanya
muram dan pucat, dengan mata yang cukam. Semua penderitaannya ditanggungkannya
dengan keimanan tak berkurang, malah semakin bertambah; bukan dengan
keluh-kesah dan kesal, tetapi dengan tetap memuji-muji Allah.
Demikianlah penanggungan Nabi Ayub, bukan berhari-hari dan
berbulan-bulan, tetapi bertahun-tahun lamanya, sehingga keadaan badan Nabi Ayub
sungguh menyedihkan dan hampir-hampir tak sanggup hidup lagi tampaknya. Kerana
sakitnya berjalan lama, mulailah berkurang jumlah teman dan kawannya, sehingga
akhirnya tidak seorang juga yang datang menengok dan menolongnya, kerana tidak
ada yang diharapkan lagi daripadanya. Teman satu-satunya yang masih tinggal di
sampingnya, yang selalu menolong dia menanggungkan sengsara hidupnya ini, ialah
isterinya sendiri, bernama Rahmah.
Isteri yang setia itu dengan tak kenal penat, meladeni Ayub
yang sedang sakit payah itu dengan segala kasihmesra dan susah-payahnya. Segala
kesakitan yang diderita Ayub, seakan-akan dia sendiri ikut menderitanya pula.
Nabi Ayub dihibur dan diladeninya.hal mana menunjukkan keimanan seorang isteri
yang kuat dan teguh, yang tidak kalah pula dengan keimanan suaminya sendiri.
Penderitaan Ayub dan isterinya (Rahmah), bukan hanya sampai
di situ saja, penderitaan ini semakin melonjak lagi, lebih tinggi dan lebih
hebat.
Ayub dan isterinya bukan hanya kehilangan hartabenda, anak,
kesihatan badannya, kehilangan semua kawan dan temannya, tetapi ditarnbah lagi
dengan penghinaan dan ejekan dan orang-orang bekas kawan dan temannva sendiri.
Mereka bukan kasihan dan datang menolong, tetapi mereka
keberatan bila Ayub dan isterinya tetap berada di rumahnya dan bertetangga
dengan mereka. Mereka bukan hanya merasa jijik saja melihat Ayub, tetapi juga
takut kalau-kalau penyakitnya yang hebat itu dapat menular kepada mereka.
Dengan tidak menaruh perasaan sedikitpun, mereka mendatangi Rahmah dan berkata:
Hai Rahmah, kami takut kalau penyakitnya Ayub berpindah kepada anak-cucu kami,
sebab itu keluarkanlah Ayub dan ketetanggaan kami dan kalau engkau tidak suka
mengeluarkannya, maka kami akan mengeluarkannya dengan paksa!
Mendengar ucapan yang kasar dan menyayat perasaan itu,
Rahmah melolong menangis dengan sekuat-kuat suaranya: Aduh nasib, mengapa
mereka mengusir kami dan kampung dan rumah
kami sendiri?
Rahmah, isteri yang setia itu mengeluarkan segenap tenaga
yang ada padanya, untuk memangku suaminya dan membawanya ke luar kampung dan
tinggal di sebuah pondok yang sudah ditinggalkan orang. Di sanalah Nabi Ayub
beserta isterinya menanggungkan derita lahir dan batin, dengan penuh kesabaran
dan keimanan yang tidak pernah berkurangan.
Untuk penghidupannya, Rahmah terpaksa bekerja
memotong-motong roti pada seorang pedagang roti. Setiap petang dia pulang
mendapatkan suaminya, dengan membawa beberapa potong roti yang dihadiahkan
orang kepadanya.
Tetapi setelah orang ramai tahu, bahawa Rahmah itu adalah
isteri Ayub, maka pedagang roti itupun tidak membenarkannya bekerja lagi
sebagai tukang potong roti, kerana khuatir kalau-kalau penyakit Ayub itu
menulari roti yang akan dijualnya.
Kerana ketiadaan pekerjaan dan makanan, maka beberapa hari
lamanya, baik Ayub mahupun isteninya tidak makan dan minum sedikitpun. Ya,
penanggungan di balik penanggungan, penderitaan
di balik penderitaan.
Kerana sudah tidak tahan menahan lapar dan dahaga, Rahmah
minta izin kepada Ayub untuk pergi menjalankan ikhtiar mencari makanan dan
minuman. Melihat itu, Ayub berteriak kepada isterinya: Ya Rahmah, janganlah
engkau pergi meninggalkan aku seorang diri, aku takut kalau engkau tidak
kembali lagi !
Rahmah menjawab: Jangan khuatir, ya Saiyidi, selama hayat
masih berada dalam tubuhku. Aku pergi hanya sebentar dan akan segera kembali
lagi.
Maka pergilah Rahmah dan tidak lama kemudian dia pulang
kembali dengan membawa sepotong roti dan air minum. Setelah Nabi Ayub melihat
sepotong roti segar yang dibawa isterinya itu, Ayub mengira bahawa isterinya
sudah menjual kehormatan dirinya untuk mendapatkan sepotong roti itu. Lalu
Rahmah menceritakan kepada Ayub, bagaimana caranya ia mendapatkan roti itu: Ya,
Saiyidi, aku bukan menjual kehormatan diriku, aku berlindung diri kepada Allah
dari segala perbuatan yang menodai diriku. Roti ini aku perolehi sebagai
tukaran dengan rambutku yang panjang.
Lalu Rahmah membukakan kepalanya yang tertutup itu, yang
semula tertutup oleh rambut yang panjang kini sudah menjadi gondol samasekali.
Melihat kejadian itu, Ayub sangat sedih hatinya, lalu dia
menangis, bukan menangisi nasibnya, tetapi menangisi rambut isterinya, kerana
diantara yang paling menarik hatinya terhadap isterinya, ialah kerana rambutnya
yang panjang itu menambah kecantikan isterinya yang amat cantik.
Berkatalah Rahmah: Janganlah engkau menangisi rambutku yang
sudah hilang. Ketahuilah bahawa rambut itu akan tumbuh kembali dan mungkin akan
lebih indah dari yang sudah hilang itu. Demikianlah katanya menghibur suaminya.
Mendengar jawapan isterinya itu, Ayub merasa puas dan
senang hatinya. Dia kembali bersyukur, bertasbih, bertakbir memuji-muji Allah.
Dia merasa puas dan senang atas segala penderitaan yang dialami dan
ditanggungkannya dan seketika itu juga Nabi Ayub a.s. bermunajat (berbisik)
dengan segenap jiwa raganya ke hadhrat Tuhan: Ya Allah, Tuhanku, aku redha
kalau Engkau cabut daripadaku akan nikmat Mu yang bernama hartabenda, anak
turunanku dan kesihatan badanku, bahkan aku redha kalau Engkau cabut dariku
akan segala darah dan dagingku, serta kalau perlu boleh cabut segala
tulang-belulang dan semua anggota badanku. Hanya aku berharap agar jangan
sampai Engkau mencabut dua perkara (nikmat) Mu, iaitu akal fikiran dan lidahku,
kerana aku memerlukan akal dan fikiran itu, guna mengingatMu dan aku memerlukan
lidah itu, untuk dapat menyebut nama dan memujiMu.
Ya, dengan cara begitu, Nabi Ayub a.s. sesaat pun tak
pernah lupa kepada Allah. Tak pernah ketinggalan menyebut dan memuji-muji
Allah.
Setelah Iblis melihat bahawa Nabi Ayub dengan percobaan dan
penderitaan-penderitaan yang sudah tiba di puncak ketinggian dan kehebatannya
itu masih tetap sabar dengan keimanan yang tak goyang sedikitpun, maka Iblis
masih belum putusasa. Dia kini mencoba membelokkan perhatiannya, bukan terhadap
Nabi Ayub, tetapi terhadap isterinya.
Isteri Ayub sekarang ini mendapat godaan yang tidak
terhingga dari Iblis lanatullahi alaihi. Iblis mencoba mengingat-ingatkan
kepada isteri Ayub akan masa-masa yang silam, yang penuh dengan kemeawahan dan
kesenangan; Iblis mencoba pula membanding-bandingkan kemewahan dan kesenangan
yang silam itu dengan penderitaan dan kepahitan yang sedang mereka alami
sekarang ini. Iblis mencoba menanamkan keluh-kesah dan putusasa kepada Rahmah.
Daya-upaya Iblis ini ada juga pengaruhnya sedikit. Pada
suatu hari Rahmah duduklah di samping suaminya dan berkata:
Sampai bilakah Allah akan menyiksamu, ya Ayub? Ke mana
perginya hartabenda kita, ke mana perginya anak-anak dan teman-teman kita? Ke
mana tubuhmu yang sihat dan gagah itu?
Alangkah terkejut dan sedihnya hati Ayub mendengar
kata-kata isterinya yang mulai berputar pendiriannya itu, kata-kata yang terang
menunjukkan hilangnya keimanan dan kesabaran, bahkan kata-kata yang seakan-akan
keluar dari jiwa yang tidak kenal Tuhan: kata-kata yang melupakan samasekali
segala nikmat dan pemberian Allah yang berlimpah-limpah dalamasa yang panjang.
Dia hanya mengingat akan cubaan Allah dalam waktu yang begitu singkat, harta
dan anak serta kegagahan di waktu muda saja yang teringat olehnya.
Ayub menjaawab kata-kata isterinya dengan rasa pedih dalam
hati: Sungguh engkau ini sudah dapat disesatkan syaitan dan Iblis. Engkau
menangis atas kemewahan hidup yang telah hilang, anak-anak yang sudah
meninggal.
Isterinya menjawab pula: Kenapa engkau tidak mendoa kepada
Tuhan untuk melenyapkan kesedihan dan petaka atas dirimu ini."
Berapa tahunkah kita mendapat kesenangan dan bahagia? tanya
Ayub pula.
Selama berpuluh-puluh tahun, jawab isterinya.
Berapa tahunkah kita menderita? tanya Nabi Ayub.
Baru tujuh tahun, jawab isterinya pula.
Dari itu aku malu kepada Tuhan meminta hilangnya petaka
yang baru sebentar ini. Terbukti kepadaku, bahawa engkau sudah goyang pendirian
dan menjadi tipis imanmu. Mulai hari ini, saya tidak mahu memakan makanan yang
engkau buat, tidak mahu meminum minuman air yang engkau sajikan. Engkau tidak
boleh lagi mengurus dan meladeniku. Sekarang juga engkau harus pergi.
No comments:
Post a Comment