Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أستغفر الله)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سبحان الله)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الحمد لله)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لا إله إلا الله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (الله أكبر)
الحمد لله syukur kepada الله
Kisah Nabi Adam AS - Jenazah Nabi Adam AS Diurus Malaikat
Nabi Adam AS merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah SWT.
Allah SWT telah menciptakan Nabi Adam AS dengan tangan-Nya (kekuasaan-Nya), menempatkannya di syurga, memerintahkan kepada para malaikat untuk sujud kepadanya, mengajarkannya seluruh nama dan mengutamakannya dalam kalangan para malaikat.

Iblis dikeluarkan dari syurga tatkala ia menolak untuk sujud kepada Nabi Adam AS, dan kerana itu Allah SWT melaknat iblis. Nabi Adam AS ialah manusia pertama memuji Allah SWT. Baginda AS juga orang yang pertama diberi keampunan oleh Allah SWT.
Jabal Abi Qubais, Makkah |
Setelah kematian anaknya Habil, Nabi Adam AS meneruskan kehidupannya dan Baginda AS dikurniakan anak-anak yang lain. Baginda AS mengajarkan syariat yang dibawanya.
Nabi Adam AS menyumbangkan umurnya untuk anaknya yang bernama Daud selama 40 tahun, sedangkan umur Nabi Adam AS yang Allah SWT tentukan ialah 1000 tahun.
Seperti yang diceritakan daripada Abu Hurairah RA, tatkala malaikat maut hadir untuk mencabut rohnya, Nabi Adam AS berkata:-
“Aku masih ada baki umur selama 40 tahun.”
Malaikat maut menjawab:-
“Bukankah engkau telah memberikannya kepada anakmu Daud?”
Nabi Adam AS berkata:-
“Aku tidak melakukannya dan aku tidak memberikan apa-apa pun.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Lalu Allah SWT menurunkan buku catatan dengan disaksikan oleh para malaikat. Dalam buku itu tercatat Nabi Adam AS diberi umur 1000 tahun serta menggenapkan umur 100 tahun kepada Daud.
(Rujukan: Riwayat at-Tabrani)
Ketika Nabi Adam AS merasakan ajalnya hampir sampai, Baginda AS berpesan kepada anak-anaknya:-
“Sesungguhnya aku sangat menginginkan buah syurga.”
Lalu anak-anaknya pergi mencari buah tersebut dan para malaikat menemui mereka dengan membawa kain kafan yang berasal dari syurga.
Para malaikat bertanya:-
“Kamu semua mahu ke mana?”
Mereka menjawab:-
“Bapa kami sakit dan sangat menginginkan buah syurga.”
Para malaikat berkata:-
“Pulanglah kamu semua! Bapa kamu telah meninggal.”
Mereka pun kembali dan para malaikat memandikan Nabi Adam AS, mengapankannya, menggali lubang kubur untuknya dan setelah itu menguburkannya.
Para malaikat berkumpul untuk menyembahyangkan jenazah Nabi Adam AS dengan melakukan takbir sebanyak empat kali. Mengenai tempat dimakamkan Nabi Adam AS, para ulama' dan ahli sejarah berbeza pandangan.
Namun, yang terkenal ialah pandangan Nabi Adam AS dimakamkan di wilayah pergunungan yang sama sewaktu Baginda AS diturunkan di dunia iaitu di India. Ada juga yang mengatakan di Jabal Abi Qubais di Makkah.

Menurut Ibn Jarir, ketika berlakunya banjir besar pada zaman Nabi Nuh AS, jasad Nabi Adam AS dan Hawa diangkut ke dalam peti lalu dimakamkan di Baitulmuqaddis.
Ucapan Takziah Buat Nabi Shith AS
Muhammad bin Ishak mengatakan bahawa apabila Nabi Adam AS hampir wafat, Baginda berpesan kepada anaknya, Nabi Shith AS mengenai waktu malam dan siang serta mengajarkan tentang ibadat-ibadat yang harus dikerjakan pada waktu-waktu tersebut.
Setelah itu diberitahu tentang tanda-tanda akan kemunculannya taufan. Pada hari kewafatan Nabi Adam AS iaitu hari Jumaat, para malaikat datang membawa kain kafan dan wangian dari sisi Allah SWT di syurga.
Mereka mengucapkan takziah atas kedukaan yang diterima oleh Nabi Shith AS.

Ibn Kathir RH menyebut dalam Qisas al-Anbiya’ bahawa perkataan ‘Shith’ bermaksud kurniaan Allah SWT. Dinamakan demikian kerana selepas Nabi Adam AS dan Hawa mengalami dukacita akibat berlakunya pembunuhan Habil, mereka dianugerahkan lagi seorang anak yang dinamakan Shith.
Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Allah menurunkan 100 sahifah dan 4 suhuf. Nabi Shith AS diberi 50 sahifah.”Hadith Riwayat Ibn Hibban
Menurut Dr. Hamid Ahmad al-Tahir dalam kitabnya Qasa al-Anbiya’ li al-Atfal, Nabi Shith AS hidup tenang bersama anak keturunannya. Ia banyak mengajarkan kepada mereka tentang keimanan.
Apabila waktu kematiannya tiba, Baginda AS memberikan wasiat kepada puteranya bernama Anush. Setelah kewafatan Nabi Shith AS, Anush meneruskan tugas dakwah kepada kaumnya, sebagaimana yang dilakukan oleh ayahnya, Nabi Shith AS.

Anush mengajar ilmu pengetahuan yang dimilki kepada puteranya bernama Qaynan serta strategi dalam menjalankan tugas dakwah kepada manusia dengan baik agar mereka mahu menyembah Allah SWT.
Seterusnya, keturunan keempat daripada Nabi Adam AS bernama Mihlayil. Beliau merupakan salah seorang raja yang beriman dan giat memerangi kaum Musyrikin dari keturunan Qabil. Setelah itu, beliau mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada puteranya bernama Yardi.
Yardi juga meneruskan usaha dakwah dengan menyeru manusia untuk beriman kepada Allah SWT dan beramal soleh. Menjelang kematiannya, Yardi memanggil puteranya bernama Idris.
Idris seorang anak yang soleh, berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, seorang ahli ibadah dan tidak mahu memperhambakan diri dengan kehidupan dunia. Ia merupakan seorang anak yang cerdas dan tangkas, mudah memahami pelajaran-pelajaran daripada ayahnya dan memahami apa yang diingini oleh ayahnya.

Allah SWT memuji Nabi Idris AS dalam surah Maryam, bermaksud:-
“Ceritakanlah (wahai Muhammad) kisah Idris dalam al-Quran.Sesungguhnya dia adalah seorang yang benar (siddiq) dan seorang Nabi.Kami mengangkat (darjat)nya ke tingkat yang tinggi.”Surah Maryam 19:56-57
Dalam ayat tersebut, Allah SWT menyebutnya sebagai Nabi dan orang yang benar. Sebagaimana disebut oleh Nabi Muhammad SAW, beliau adalah penghulu kaumnya. Baginda AS adalah keturunan Nabi Adam AS yang menerima tugas kenabian setelah Nabi Shith AS dan Nabi Adam AS.
Diceritakan bahawa Nabi Idris AS mengeluarkan beberapa sahifah yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Shith AS dan membacanya setiap hari agar tidak lupa ajaran-ajarannya.
Nabi Idris AS adalah seorang hamba Allah yang sering menyembah Allah SWT, berzikir dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.
Nabi Idris AS adalah seorang hamba Allah yang sering menyembah Allah SWT, berzikir dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.
Seorang yang Cerdas
Nabi Idris AS adalah seorang yang cerdas. Beliau adalah manusia pertama yang menulis dengan menggunakan pena. Beliau juga manusia pertama yang menjahit untuk menjadi baju dan pakaian. Dalam kitab Qasas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir dicatatkan:-
“Daripada Ibn Ishak, bahawa Nabi Idris AS adalah orang yang pertama yang (boleh) menulis menggunakan pena.”
Para ahli tafsir mengatakan Nabi Idris AS adalah moyang kepada Nabi Nuh AS. Baginda AS adalah orang pertama yang menerima gelaran (status) kerasulan selepas Nabi Adam AS dan memakai baju yang berjahit, bahkan Baginda AS adalah orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian.
Nabi Idris AS ialah orang pertama yang mempelajari ilmu falak serta mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Baginda AS banyak mempelajari tentang ilmu falak, ilmu hisab dan hikmah.
Nabi Idris AS pernah hidup bersama lebih kurang 380 tahun dengan Nabi Adam AS.
Nabi Idris AS pernah hidup bersama lebih kurang 380 tahun dengan Nabi Adam AS.
Nabi Idris AS berkelana ke seluruh penjuru bumi dan memasuki pelbagai wilayah negara. Baginda AS selalu mengajak masyarakat di tempat yang disinggahinya agar hanya menyembah Allah SWT zat yang Maha Esa dan tiada syirik bagi-Nya.
Nabi Idris AS mengajarkan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat yang dipelajarinya seperti ilmu falak, ilmu hisab, menjahit, menulis dan mengajak umat supaya menyembah Allah SWT sebagaimana yang diperintahkan kepadanya.

Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment