اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
NABI YAAKUB
The Petra at Jordan
Pada suatu hari, Yaakub pergi menemui bapanya, iaitu Nabi
Ishak, yang ketika itu sudah sangat tua, sudah berkedutan kulitnya dan bongkok
pula. Yaakub berkata kepada bapanya: Ya, bapaku! Aku datang mengadu tentang
kedengkian saudaraku sendiri, dengan harapan agar dia dinasihati dan diajari
oleh bapa. Sejak aku dipelihara bapa baik baik, bapa selalu mendoakan agar aku
mendapat berkat, menjadi keturunan bapa yang baik, menjadi raja yang turun
temurun, dengan penghidupan yang bahagia. Sejak itulah saudaraku bukan main
dengkinya, dengan kerlingan matanya. Bahkan kadang kadang saya dihinanya,
diancamnya dengan berbagai bagai ancaman, sehingga putuslah tali kasih dan
pensaudaraan antara kami berdua, hilang samasekali rasa kasih dan sayang.
Lebih lebih lagi, saya merasa tidak tahan disombonginya
selalu dengan dua orang isterinya yang cantik yang berasal dari Kanan itu,
dengan anak anaknya yang banyak, sedang saya tidak mempunyai isteri dan anak,
dan tiada pula harta yang banyak.
Aku adukan semua keluhanku ini kepada bapa, agar bapa dapat
menetapkan hukum antara saya dan dia, dengan hukum yang baik, karena bapa
selalu mendapat wahyu dari Allah, sentiasa mempunyai pemandangan dan fikiran
yang dalam.
Mendengar pengaduan dan keluhan itu, Nabi Ishak lalu
menjawab: Aku sedih mendengar ceritamu itu, hai anakku, sedang aku sudah begini
tua pula, lihatlah janggutku yang putih, kulitku yang berkedutan, aku sudah
sangat tua dan tidak kuat lagi dan tidak lama lagi aku terpaksa mengucapkan
selamat tinggal kepada dunia ini seluruhnya. Alangkah sedihnya aku, kalau mati
dalam kesedihan atas ceritamu itu. Dan alangkah sedihnya aku, sekiranya aku
mati, dan kamu tidak berbaik bersaudara.
Aku nasihatkan kepadamu agar engkau berangkat saja ke negeri
Faddan Aram di Irak, dimana tinggal bapa saudar engkau sendiri yang bernama
Laban bin Batwail. Kawinlah dengan salah satu dari anak perempuannya, insya
Allah engkau akan mendapat kesenangan dan kebahagiaan. Kemudian kembalilah
engkau ke negeri ini (Syam). Aku doakan engkau dapat mengatasi ejekan saudara
engkau, dan mendapat keturunan yang lebih baik dari keturunan dan anak anaknya.
Mudah mudahan Allah akan memelihara dan menjaga engkau dan rakyatmu!
Nasihat bapanya itu masuk dalam hatinya, dan dapat
menenangkan jiwanya yang sedang gelisah itu. Dia akan menuju ke negeri Faddan
Aram, iaitu negeri nenek moyangnya sendini. Lalu dia mengucapkan selamat
tinggal kepada bapanya yang sudah sangat tua itu, serta mendoakannya kepada
Allah, mudah mudahan Allah akan memanjangkan umun beliau, memelihara beliau
dari segala bencana.
Yaakub mulailah menempuh Padang Sahara yang luas dan tandus
dengan berjalan kaki, siang dan malam tidak henti hentinya, menuju ke tempat
yang ditunjukkan bapanya itu.
Setiap kali dia diserang kepenatan dan letih, diserang lapar
dan kesusahan, teringatlah dia akan cita cita dan harapan yang diberi bapanya
kepadanya sebelum berangkat sehingga hilanglah susah dan payahnya dan dia terus
berjalan.
Pada suatu hari, di satu tempat, di tengah tengah padang
pasir yang luas saujana mata memandang, matahari menyinari bumi dengan sinar
cahaya yang sangat panas, sehingga pasir pasir itu menjadi api layaknya, angin
yang mendinginkan badan sekarang berganti menjadi bertambah panasnya badan.
Nabi Yaakub seakan akan tidak kuasa lagi melangkahkan
kakinya, sedang di hadapannya terbentang padang pasir yang luas dan tandus. Di
situlah dia merasakan benar akan susahnya berjalan, haus dan lapar yang tidak
terhingga, sehingga dia terhenti dari melangkah, menimbang dengan mengukuh
kekuatan yang ada padanya, apakah dia sanggup meneruskan penjalanan yang maha
penat itu, ataukah dia akan terpaksa kembali pulang?
Dalam dia menenung demikian rupa, terlihat olehnya sebuah
batu besar yang mempunyai sedikit bayang lindungan cahaya matahari yang sedang
terik. Dia hampiri batu besar itu, lalu duduk berhenti di bawah naungan itu
untuk melepaskan lelah, mendinginkan kakinya yang sudah panas dan letih itu,
lantas dia tertidur senyenyak nyenyaknya.
Dalam tidun sejenak itulah datang kepadanya mimpi yang
benar, merupakan wahyu yang pentama dari Allah yang nupanya telah mengangkat
dia sebagai NabiNya. Dalam mimpi itu Allah ilhamkan ke dalam hatinya, bahawa
dia akan menemui hidup bahagia, akan mendapat kerajaan yang besar, keturunan
yang baik yang akan turun temurun menguasai bumi, yang akan mendapat Kitab dari
Allah sebagai Nabi dan Rasul Allah.
Setelah terjaga dari tidurnya itu, bukan main lapang
dadanya, kembali kekuatannya yang sudah hilang, terbentang di hadapannya padang
harapan yang luas seluas luasnya. Dia langkahkan kakinya menuju tempat yang
dicita citakannya dengan kekuatan baru.
Beberapa hari kemudian, sampailah dia di suatu tempat
bernama Sawadimah, iaitu dusun pertama termasuk negeri yang didiami oleh bapa saudaranya
Syeikh Laban.
Sudah ternyata benar, bahawa memang itulah tempat yang
ditujunya, hatinya menjadi bertambah senang, hilang rasa penat selama ini.
Mulailah tampak olehnya padang rumput tempat pemeliharaan kambing, pepohon kayu
yang rendang rimbun, dimana burung burung bersarang, bahkan mulailah terdengar
oleh telinganya nyanyian anak anak pengembala.
Dia rupanya sudah tidak di Padang Sahara yang tandus lagi,
tetapi sudah berada di sebuah daerah yang penuh dengan manusia, ternakan dan
tanam tanaman, iaitu kampung bapa saudaranya yang dicari carinya. Di situ
pulalah dahulunya nenek moyangnya yang bernama Nabi Ibrahim mula mula sekali
menerima wahyu dan pangkat kerasulannya. Nabi Yaakub lalu sujud ke bumi
menghantarkan syukur kepada Tuhan, yang sudah menunjuki dia jalan sampai ke
sana, yang telah menurunkan nikmat dan hidayatNya.
Mulailah dia bertanyakan kepada orang orang yang dia jumpai,
kalau kalau orang itu kenal kepada Laban bin Batwail, bertalian kerabat pula
dengan ayahnya sendiri, Nabi Ishaak, Rasul Allah. Setiap orang yang ditanyainya
itu kenal kepada nama itu kerana memang Syeikh Laban itulah yang menjadi ikutan
ummat di tempat itu, yang mempunyai padang padang rumput dan kambing kambing
yang berkeliaran di atasnya, yang menguasai banyak kebun dan tanam tanaman.
Ketika Yaakub bertanya. siapa di antara mereka yang dapat
mengantarkannya ke rumah Syeikh Laban itu, mereka menunjuk kepada seorang anak
perempuan yang menjaga kambingnya dan berkata: Inilah dianya Rahil, anak
perempuan dari Syeikh Laban itu sendiri.
Baru saja Nabi Yaakub melihat wajah anak gadis itu, hatinya
berdebar digerakkan asmara, kerana gadis itu memang cantik paras rupanya.
Lidahnya seakan akan tenpaku tidak dapat berkata. Tetapi lekas ditahannya
dengan kekuatan batinnya sehingga tidak lama kemudian dia dapat bersuara dan
bertanya kepada anak perempuan itu: Antara saya dengan engkau, ya Rahil, ada
pertalian kekeluargaan yang sangat dekat. Sayalah Yaakub anak Ishak al-Rasul,
ibu saya Rifakah anak perempuan dari nenek engkau yang bennama Batwail. Saya
datang ke mari dari negeri Kanan merenhtas Gurun Sahara yang tandus.
Kedatanganku ke mari adalah dengan tujuan dan maksud mulia, lagi suci.
Setelah gadis Rahil mengucapkan selamat datang kepada
Yaakub, keduanya lalu berjalan beriringan menuju ke rumah yang dituju. Dalam
penjalanan itu, Yaakub telah merasakan sebahagian nikmat yang dijanjikan Tuhan
dalam mimpinya, karena sudah tidak syak lagi, bahawa gadis yang diiringkannya
itulah bakal teman hidupnya sebagai yang dianjurkan oleh bapanya sendiri.
Hatinya berdebar debar kegembiraan, tetapi ditahannya dengan
kekuatan yang ada padanya, sehingga dia dapat berjalan dengan tenang. Akhinnya
sampailah keduanya ke rumah Laban, pamannya sendiri. Lama keduanya berpelukan
setelah berjumpa, kerana sudah sama sama rindu ingin berjumpa satu sama lain.
Mata Yaakub penuh dengan airmata kegembiraan. Kepadanya diberi tempat yang
sebaik baiknya, diterima dengan segala hormat.
Setelah habis penat dan lelahnya, Yaakub lalu menerangkan
pesanan ayahnya kepada pamannya itu, pesan untuk menerima dirinya sebagai
menantu dari pamannya. Ditegaskannya pula, bahawa dia sudah melihat akan Rahil,
dan Rahil sudah mengambil tempat yang istimewa dalam hatinya itu. Diharapkannya
agar pamannya memperkenankan anaknya itu dijadikan isterinya.
Semua itu didengarkan Laban dengan penuh perhatian. Dan
setelah Yaakub habis berbicara, dengan tegas dijawabnya bahawa permohonan
Yaakub itu diterima seluruhnya dengan segala senang hati, tetapi dengan syarat
bahawa Yaakub harus tinggal di kampung itu selama tujuh tahun untuk mengembala
kambing kambingnya sebagai mahar perkawinannya.
Syarat yang dikemukakan itupun diterima oleh Yaakub. Dan
sejak hari itu tenanglah hatinya, ia tetap tinggal di situ mengembalakan
kambing dengan cita cita yang sudah hampir tercapai.
Adapun Rahil itu ialah anak perempuan Laban yang paling
kecil. Ia mempunyai kakak, Laiya namanya. Sekalipun cantik rupanya dan
perangainyapun baik pula, namun kakaknya ini tidaklah secantik adiknya.
Sudah menjadi syariat (adat yang tak boleh dilanggar) bagi
penduduk kampung itu, tidak akan mengawinkan anaknya yang kecil dahulu sebelum
anak yang besar dikawinkan. Laban tidak mahu melanggar kebiasaan ini, tetapi
dia tidak mahu menghalangi cita cita Yaakub untuk kawin dengan Rahil. Setelah
difikirkannya masak masak, maka tidak ada lain jalan yang dapat ditempuhnya,
kecuali menyerahkan kedua anak penempuannya itu kepada Yaakub untuk dijadikan
isterinya, kerana hal yang demikian tidaklah terlarang menurut syariat yang
ditentukan Allah di saat itu. Setelah memperoleh cara yang demikian, lalu
Yaakub dipanggilnya dan benkata: Hai anakku, sudah menjadi syariat di negeri
ini, bahawa saya tak dapat menikahkanmu dengan anakku yang kecil sebelum yang
besar kawin. Laiya sekalipun kurang cantiknya daripada Rahil, tetapi tidaklah
kurang perangai dan akalnya. Sebab itu ambillah Laiya sebagai isteri mu dengan
mahar yang tujuh tahun itu, dan bila engkau ingin juga kawin dengan Rahil,
harus ditambah maharnya tujuh tahun lagi mengembalakan kambing di sini.
Yaakub menerima baik akan putusan pamannya itu. Setelah
tujuh tahun lamanya dia mengembalakan kambing di situ, lalu kawinlah dengan
Laiya; dan setelah berlangsung tujuh tahun lagi dia mengembalakan kambing,
lantas kawin lagi dengan Rahil.
Kepada masing masing anak perempuannya yang telah kahwin
itu, diberi oleh Laban seorang perempuan (Jariah) untuk mengurus segala
keperluan masing masing. Tetapi akhirnya Yaakub tertarik pula hatinya terhadap
kedua orang Jariah tadi, sehingga dikawinnya pula.
Dari keempat isterinya itu, iaitu Laiya, Rahil dan dua orang
Jariah, Nabi Yaakub mempunyai dua orang anak, yang semua mereka itu umumnya
disebut al-Asbat. Mereka itu ialah: Rawbin, Syamun, Lawi, Yahuza, Yasakir dan
Zabulon yang kesemuanya itu dari Laiya; Yusuf dan Bunyamin dari Rahil; yang
bernama Dan dengan Naftali dari Jariah Rahil; Jad dan Asin dari Jariah Laiya.
Semuanya lahir di kampung Faddan Aram, kecuali Bunyamin yang lahir di Kanan.
No comments:
Post a Comment