اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
NABI YUSUF
Kaabah
Hari sudah pagi, matahari telah mengembangkan sayapnya
menyelubungi seluruh alam. Yusuf terbangun dari tidurnya sejak subuh tadi
dengan muka yang berseri seri, kerana kini selain udara pagi yang enak dan
nyaman, cahaya matahari kini berkemilauan dan pula kerana dalam tidurnya
semalam dia bermimpi menarik sekali. Dengan tersenyum manis dia lalu pergi
mendapatkan bapanya Nabi Yaakub bertanyakan kalau kalau ada khabar baik dari
mimpinya itu: Ya bapaku, saya sudah bermimpi malam tadi, sebuah mimpi yang
sangat baik, kerananya saya sangat berbesar hati, senang perasaan. Dalam mimpi
itu saya melihat sebelas bintang, matahari dan bulan kesemuanya sujud kepada
saya. Cubalah bapa terangkan kepada saya akan takwil mimpi itu, karena saya
tidak tahu akan takwilnya.
Mendengar mimpi anaknya yang sebaik itu, Nabi Yaakub
tersenyum gembira lalu berkata: Hai, anakku! Mimpimu itu adalah mimpi yang
benar, menjadi kenyataan sekarang apa yang aku sangka sangkakan selama ini
terhadap dirimu, dan segala sesuatu yang aku harap harapkan atasmu. Itulah dia
khabar gembira dari Allah yang akan mengistimewakan engkau dalam pengetahuan,
akan memberi engkau nikmatNya yang banyak. sebagaimana juga nenek nenekmu Nabi
Ibrahim dan Nabi Ishak sendiri dahulu sebelum kamu ini.
Aku menasihatkan kepadamu, agar engkau jangan sekali kali
menceritakan mimpimu itu kepada saudara saudaramu, sebab aku tahu bahawa
saudara saudaramu itu telah menaruh hati yang buruk terhadap dirimu dan
saudaramu, Bunyamin, lantaran aku mengistimewakan engkau berdua dalam asuhanku.
Aku sudah mendengar sendiri pada hari ini bahawasanya
saudara saudaramu itu telah membicarakan hal kamu berdua dengan pembicaraan
yang sungguh tidak enak didengar. Kalau engkau ceritakan pula mimpimu kepada
mereka, pastilah akan bertambah kedengkian mereka itu, mungkin kebencian mereka
akan bertambah tambah kepadamu berdua, mungkin pula mereka akan memperdayakan
engkau dengan berbagai bagai jalan dan akal, maklumlah mereka itu sudah
dipengaruhi oleh syaitan, sedang syaitan itu adalah musuh yang sebesar besarnya
bagi manusia.
Yusuf adalah anak yang luar biasa di antara anak anak Nabi
Yaakub yang banyak itu, kerana bagus dan elok rupanya, baik perangainya, dalam
pemikirannya dan luas pengetahuannya. Ibunya (Rahil) meninggal dunia ketika dia
dan adiknya Bunyamin masih kecil, masih berumur dua belas tahun saja. Karena
kematian ibunya inilah, maka bapanya Nabi Yaakub sangat cinta terhadap kedua
anaknya ini, iaitu Yusuf dan Bunyamin. Itulah yang menyebabkan saudara
saudaranya yang lain dengki dan irihati terhadap kedua saudara yang tidak
beribu ini. Apalagi setelah Yaakub mendengar dan mengetahui akan mimpi Yusuf
itu, semakin bertambahlah sayangnya terhadap Yusuf dan semakin bertambah pula
pengawasannya untuk keselamatan Yusuf bersama adiknya. Hal ini menyebabkan
bertambah kebencian saudara saudaranya terhadap Yusuf sendiri berserta adiknya
itu.
Walau bagaimana juga, kebencian dan kedengkian itu tidak
dapat ditutup dan disembunyikan sama sekali. Begitu juga rasa cinta terhadap
seseorang, sebagaimana rasa sayang Yaakub terhadap Yusuf dan adiknya pun tidak
dapat ditutup dan disembunyikan; pasti ketahuan dan kelihatan jua. Begitulah,
saudara saudara Yusuf itu semuanya sudah mengetahui betul akan sikap bapa
mereka terhadap Yusuf dan adiknya. Yusuf dan Nabi Yaakub sendiri mengetahui
benar akan perasaan saudara saudara Yusuf terhadapnya.
Pada suatu hari, mereka yang dengki dan benci kepada Yusuf
itu lalu berkumpul dan bermesyuarat. Sama sama mengemukakan perasaan masing
masing atas peri laku bapanya yang dianggapkan tidak adil itu. Salah seorang di
antara mereka berkata: Sudah sama sama kita lihat sendiri, bahawa Yusuf dan
adiknya lebih disayangi oleh bapa kita berbanding dengan kita semua.
Saya tidak mengerti, apakah yang telah menyebabkan bapa
kita berperangai demikian, bukankah kita sekalian ini yang besar dan tua dari
Yusuf dan adiknya, kitalah yang lebih kuat, bukankah kita sudah banyak berjasa
menjaga dan memelihara Yusuf sendiri, tetapi kenapa dia yang lebih disayangi?
Apakah karena Yusuf lebih mulia daripada kita? Dan tidak ada keterangan yang
dapat saya percayai yang menyatakan bahawa Yusuf lebih mulia. Apakah kerana
Rahil, ibunya lebih dekat di hati bapa daripada ibu ibu kita sendiri? Kalau
begitu apa kesalahan si anak sekali pun berlainan kecintaan terhadap ibu ibu
kita? Kalau begitu bapa kita sungguh sungguh keliru sekali.
Berkata pula seorang yang lain: Kelebihan bapa terhadap
Yusuf sudah terang, sebagai terangnya matahari di tengahari. Kesayangan itu
timbulnya dalam hati dan sangat berkuasa. Kesayangan itu tidak dapat
dihilangkan hanya dengan kata kata dan bujukan, tidak dapat dengan kepintaran
akal sebab cinta itu berdiri atas akal itu sendiri. Selama Yusuf masih berada
dalam lingkungan keluarga kita, selama itulah cinta bapa kepadanya akan terus
berlangsung, sebaliknya kita akan di ketepikan. Tidak ada jalan lain yang dapat
melaksanakan niat kita, kecuali menghapuskan Yusuf dari pergaulan kita, dengan
membunuhnya dan menghilangkan semua bukti bukti atas pembunuhan itu, atau kita
bawa dia ke tempat yang jauh, kita berikan kepada binatang buas atau kita
kuburkan hidup hidup di gurun pasir yang panas itu. Lama kelamaan sayang bapak
terhadap kita akan timbul dengan sendirinya, kerana Yusuf yang dicintainya
sudah tidak ada lagi. Kemudian kita mohon ampun kepada Tuhan atas semua dosa
yang kita perbuat itu. Sesudah itu kita tidak akan berbuat jahat lagi.
Lalu tampil pula ke muka berbicara Yahuza, iaitu seorang
yang paling baik hatinya di antara kesemua adik beradik itu, paling dalam
pemikirannya dan tajam pula otaknya: Kita sekalian adalah anak Nabi Yaakub,
keturunan dari Nabi Ibrahim yang mulia. Kita mempunyai akal dan agama.
Pembunuhan tidak dibenarkan oleh akal dan dilarang keras oleh agama. Sedang
Yusuf tidak bersalah sedikitpun, tidak pernah berdosa, juga tidak pernah
berbuat tidak baik terhadap kita. Bila kamu sekalian ingin menjauhkan Yusuf
dari kita, bawa sajalah dia ke telaga Jub, yang letaknya jauh dari sini, tempat
orang yang singgah mengambil air. Taruhlah Yusuf dalam telaga itu, lalu
ditinggalkan di sana, agar dia diambil orang orang yang lalu lintas di sana
sebagai anak angkatnya. Biar dibawa orang itu ke mana mereka pergi, sehingga
Yusuf tidak dapat kembali ke tengah tengah kita buat selama lamanya. Dengan
jalan begini, kita terhindar dari dosa pembunuhan. Pandangan Yahuza ini masuk
akal mereka itu semua, mereka lalu sepakat akan menjalankannya selekas mungkin.
Mendengar perkataan itu, Nabi Yaakub menjawab: Aku khuatir akan terjadi sesuatu akibat yang kurang baik, yang tak diinginkan. Aku tak berkeberatan Yusuf terjauh dari aku, yang aku khuatirkan takut kalau kalau kamu pergi dengan dia kamu terlalai, lalu dia ditangkap serigala dan dimakannya; kamu kembali tanpa Yusuf, tentu aku berhati sedih.Pagi pagi benar keesokan harinya, mereka pergi bersama sama mengunjungi bapanya, lalu berkata: Ya, bapa kami! Percayalah bapa kepada kami tentang Yusuf. Dia adalah saudara kami sendiri, anak bapa semuanya. Kami cinta kepadanya sebagaimana sayang bapa sendiri terhadapnya. Biarkanlah dia besok pagi pergi bersama sama kami ke bukit itu, di mana udara agak sejuk dan pemandangannya indah, dengan langit yang bersih tak berawan, matahari yang bersinar. Kami ingin bermain main dengan dia, bersama sama memanjat memetik buah, menggembala kambing. Kalau bapa izinkan, kami sekalian akan bertanggungjawab atas keselamatannya, kekuatan dan keberanian kami akan menjaganya, jiwa kami sekalian menjadi pertaruhannya.
Mereka menjawab pula: Apakah dia akan ditangkap serigala,
sedang kami semua menjaganya? Tidak seorang pun di antara kami ini penakut dan
berbadan lemah. Bila terjadi apa yang bapa khuatirkan itu, kami sekalian turut
kehilangan saudara kami sendiri.
Sekalipun tetap khuatir, tetapi Yaakub tidak dapat menjawab
pembelaan mereka, selain hanya berkata: Kalau begitu jagalah Yusuf baik baik
jangan dilalaikan sedikitpun dari penglihatan dan apa yang kamu kerjakan
Allahlah yang mengetahuinya.
Keesokan harinya, mereka bawalah Yusuf bersama sama ke
tempat yang jauh sejauh jauhnya, menuju ke telaga yang sudah ditentukan mereka.
Sebelum sampai ke telaga, niat mereka yang buruk itu tidak dapat mereka
dibendung lagi, kerana desakan hati yang jahat, kedengkian yang memuncak.
Setelah sampai di telaga, Yusuf ditelanjanginya dan mereka masukkan ke
dalamnya. Mereka lalu kembali pulang sambil membawa bajunya, Yusuf ditinggalkan
sendirian di dalam telaga yang dalam, menunggu nasib takdir Ilahi atas dirinya.
Dengan jalan begitu menurut sangka mereka, mereka telah
dapat mengubati sakit hatinya selama ini; mereka mengira bahawa lama kelamaan
bapa mereka akan melupakan Yusuf dan tidak akan mengingatinya lagi, mereka lupa
akan kekuasaan Allah. Mereka lupa bahawa Allah selalu dapat melepaskan hambaNya
yang tak bersalah, melindungi orang yang Ia kehendaki.
The Great Mosque, Cordoba, Spain. Inside of the dome.
Di kala senja hari, mereka sudah kembali di rumahnya; lalu
datang menemui bapa mereka dengan kata kata dan kalimat yang sudah mereka
susun, untuk membohongi orang tuanya sendiri. Dengan bertangisan tersedu sedu,
sambil memegang baju Yusuf yang sudah dilumuri dengan darah yang mereka cari
sendiri untuk berbohong, lalu berkata: Ya, bapa kami! Rupanya terjadi juga apa
yang bapa khuatirkan itu. Yusuf terlalai sebentar dari pandangan mata kami
kerana kami berjalan terdahulu. Tidak kami ketahui, bahawa dikala itu seekor
serigala telah menerkam Yusuf, lalu memakannya. Hanya tinggal bajunya yang
sudah berlumuran darah saja. Inilah bajunya itu, sebagai bukti dari apa yang
kami terangkan. Kami sedih sesedih sedihnya. Barangkali juga bapa tidak percaya
kepada kami, sekalipun kami berkata benar.
Yaakub menjawab dengan sedihnya: Nafsu kedengkian kamu
telah menyebabkan kejadian yang mengerikan ini. Kejadian itu sudah terjadi.
Tidak ada yang lebih baik bagiku selain bersabar, sampaidatang saatnya nanti,
di mana akan ternyata apa sebenarnya yang terjadi. Hanya kepada Allah aku mohon
pertolongan atas segala galanya.
Di dalam telaga yang dalam, yang terletak jauh di tengah
tengah padang pasir, gelap dan sunyi pula, sungguh merupakan satu ujian yang
berat bagi pemuda yang bernama Yusuf. Memang sudah menjadi kudrat dan iradat
Allah Yang Maha Kuasa, untuk menguji hambaNya yang taat dan bakti kepadaNya
dengan berbagai bagai cubaan yang berat berat. Bukan dengan maksud menyeksa dan
menyakitinya. Dengan pengertian beginilah kita harus memahami akan segala nasib
dan musibat yang menimpa diri berbagai bagai Nabi, Rasul dan orang orang suci
lainnya.
Dibandingkan dengan lain lain ujian yang pernah diderita
oleh para Nabi dan Rasul, mungkin cubaan yang dialami Yusuf ini agak ringan
juga. Hanya yang paling berat dirasakan oleh Yusuf, adalah kerana yang
melakukan pekerjaan ini terhadap dirinya bukanlah orang lain, tetapi adalah
adik beradiknya sendiri dan sedarah dengan dia yang menjadi musuhnya. Yusuf
tetap tenang dalam telaga yang gelap dan dalam itu, sebagai seorang muda yang
mulia, tahan uji serta tabah.
Matanya mulai melihat keliling dinding telaga yang curam
dan dalam. Tidak ada yang dapat dilihatnya kerana gelapnya, selain air yang
tenang dan jernih dari telaga itu sendiri. Bagaimana perasaan Yusuf dan apakah
gerangan yang menjadi pemikirannya ketika itu, susah kita dapat menekanya. Yang
terang, ingatannya selalu pergi ke arah bapanya yang begitu sayang terhadap
dirinya. Terbayang dalam fikiran Yusuf bagaimana sedih bapa yang ditinggalkannya,
sedih yang tak dapat dibayangkan dengan pena atau lisan.
Lapar pun mulai menyerang perutnya. Tetapi di mana dia akan
beroleh makanan? Dan berapa lamakah dia akan tahan menahan lapar? Semuanya itu
diserahkannya bulat bulat kepada Allah Yang Maha Kuasa lagi amat Bijaksana.
Dalam menanggungkan sedih dan lapar yang sedang memuncak itu, tiba tiba
terdengar jelas wahyu Ilahi menembus jiwanya:
Sabar dan sabarlah engkau, hai Yusuf, Aku Tuhanmu akan
memberi jalan lepas kepadamu, Aku pertemukan engkau dengan saudara saudaramu
itu, tetapi sesudah bertahun tahun kemudian. Dengan menerima wahyu yang
demikian bunyinya, hilanglah kesedihan dan kesengsaraan batin yang diderita
Yusuf. Dia menunggu bagaimana caranya bantuan Allah itu datang kepadanya.
Sejurus kemudian, telinganya mulai mendengar detak-detik, gerak dan geri di atas
padang pasir sekitar telaga itu. Telinganya dipasangnya sebaik baiknya
Terbukti bahawa suara itu semakin dekat dan semakin terang
juga. Akhirnya ternyata bahawa suara itu adalah suara tepak kaki manusia yang
sedang berjalan. Ternyata akhirnya, bahawa di dekat tempat itu sedang lalu satu
kafilah, iaitu rombongan musafir unta di padang pasir. Bibir Yusuf mulai
memperlihatkan senyuman, kembang harapan mulai merekah dan terbuka dalam
kalbunya. Saat terlepas rupanya sudah dekat waktunya.
Terdengar jelas, para musafir itu melepaskan tongkat mereka
di tepi telaga itu, tanda bahawa mereka mengambil tempat itu sebagai tempat
istirahat. Terdengar pula suara pemimpin kafilah memerintahkan seseorang untuk
mengambil air dari telaga itu untuk melepaskan dahaga mereka serta dahaga unta
untanya.
Sebuah gayung air yang besar meluncur dari atas ke dalam
telaga itu, tepat jatuhnya di hadapan Yusuf; dengan segera Yusuf merangkul
gayung itu serta berpegang dengan kedua tangannya pada tali gayung. Tali
ditarik orang ke atas, akhirnya tiba di permukaan bumi. Baru saja orang yang
menarik gayung itu melihat wajah Yusuf yang sedang berpegang pada tali gayung
itu, dia berteriak sekuat hatinya kerana gembira: Nah, alangkah untungnya, ini
adalah seorang anak, anak yang cantik molek. Segera Yusuf dikerumuni oleh semua
manusia yang turut dalam rombongan kafilah itu. Dengan riang gembira dan penuh
kehairanan, dari mana datangnya anak ini.
Akhirnya mereka sepakat akan menjual Yusuf, bila sudah tiba
di kota yang mereka tuju; karena begitu kehendak sebahagian mereka yang ingin
mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri, sekalipun ada pula di antaranya
yang berperikemanusiaan, ingin mengembalikan Yusuf kepada orang tuanya, atau
ingin menjadikan Yusuf sebagai anak angkatnya.
Kafilah itu lalu meneruskan perjalanannya menuju ke negeri
Mesir. Nabi Yusuf dibawa ke pasar budak untuk dijual. Akhirnya Yusuf dijualnya
dengan tidak banyak tawar menawar, hanya dengan beberapa dirham saja. Mereka
jual dengan murah, ada yang kerana kasihan dan keikhlasan hati, ada pula yang
kerana takut kalau kalau menjadi perkara yang berpanjangan. Yang sebenarnya
seluruh kekayaan yang ada di permukaan bumi ini, belum tentu cukup untuk harga
diri Yusuf yang mulia dan suci itu. Yusuf dibeli oleh seorang pembesar negara
Mesir, yang memegang tampuk kekuasaan dalam negara itu, Futifar namanya. Dan
pula menjadi salah seorang menteri yang terbesar.
Dengan gembira dan rasa beruntung, pembesar itupun segera
membawa Yusuf pulang ke rumahnya, lalu ditunjukkan kepada isterinya sambil berkata:
Anak ini menurut tanda tanda yang saya lihat pada dirinya dari keterangan
tabiat dan wajahnya, adalah seorang anak yang berasal dari orang yang mulia dan
terhormat. Terimalah dia dalam kekeluargaan kita, beri tempat yang terhormat
kepadanya, jangan diperlakukan sebagai khadam, jangan dianggap sebagai budak
belian, sekalipun dia memang kita beli sebagai budak. Saya yakin, bila anak ini
sudah dewasalah, menjadi orang yang berumur, akan memberi manfaat kepada kita,
atau mari kita ambil dia sebagai anak angkat kita sendiri. Isteri pembesar
itupun turut senang dan gembira dengan adanya Yusuf di kalangannya, sebagai
anaknya sendiri yang berkebetulan dia sendiri tidak punya anak.
Begitulah Yusuf tinggal di rumah itu sebagai rumahnya
sendiri. Dia turut mengerjakan segala sesuatu yang pantas dikerjakannya, dengan
rajin dan penuh dipercayai sebagai keluarga, bukan sebagai budak atau khadam.
Baik lakunya terhadap anggota rumahtangganya, begitu pula terhadap tetangga dan
orang orang yang berdekatan dengan dia.
YUSUF DALAM PENJARA
Yusuf masuk penjara bukanlah karena mencuri atau membunuh,
tetapi kerana desakan dari isteri pembesar yang memelihara dirinya dan kerana
doanya sendiri kepada Allah, kerana tidak tahan dia di tengah tengah masyarakat
yang selalu menggoda kepadanya. Sungguhpun begitu dalam penjara dia setempat
saja dengan orang orang penjara lainnya, yang umumnya terdiri dari kaum
perompak dan pembunuh, penjahat-penjahat besar yang kasar dan tak berbudi.
Disebabkan pergaulan dengan mereka itu, makin kuatlah imannya, makin tabah hati
dan jiwanya, makin banyak rahsia masyarakat dapat diketahuinya, makin besar
keagungan Ilahi dapat dirasakannya.
Selama tinggal di dalam penjara itu, waktunya selalu
dipergunakan untuk merawat orang-orang yang sakit lemah, memberi nasihat kepada
yang bersalah dan berdosa, mengajarkan berbagai bagai ilmu dan hikmat yang suci
kepada penjahat penjahat itu, lalu pada suatu hari datanglah kepadanya wahyu
yang pertama, menyatakan dia diangkat Tuhan menjadi Nabi dan RasulNya.
Seterima wahyu yang pertama itu segera Nabi Yusuf
menjalankan tugas kerasulannya di dalam masyarakat penjara itu dengan menyeru
mereka kepada menyembah Allah, menjauhkan kesyirikan dan kejahatan.
Dinyatakannya kepada mereka, bahwa dia adalah Nabi dan Rasul Allah yang diberi
perintah untuk membawa mereka ke jalan yang benar. Tiba tiba masuklah pula ke
dalam penjara itu dua orang pemuda. Yang pertama bekas tukang kebun raja,
sedang yang kedua bendahara raja. Setelah lama hidup dalam masyarakat penjara
dan merasakan sengsara dan kesusahannya, tiba tiba pada suatu malam kedua
pemuda itu bermimpi semacam mimpi yang aneh dan ajaib, sehingga kedua pemuda
tadi selalu gelisah sebelum dapat mengetahui akan takwil mimpi mereka masing
masing.
Tidak lain yang mereka harapkan untuk mentakwilkannya,
selain dari Nabi Yusuf, kerana hanya Yusuf yang paling mereka percayai, pula
sudah mereka ketahui, bahwa Yusuf adalah Nabi dan Rasul Allah. Dengan kenabian
dan kerasulannya itu, tentu dia mengetahui banyak rahsia yang ajaib ajaib,
begitu pun berkenaan dengan takwil mimpi. Pagi pagi benar pemuda itu telah
datang menghadap Yusuf. Mula mula berkata tukang kebun raja menceritakan
mimpinya:
Saya bermimpi bahawa saya sedang berada dalam sebuah kebun
kurma yang sangat lebat buahnya, menghijau warnanya dan seakan akan di tangan
saya ini ada sebuah gelas kepunyaan raja; dengan gelas itulah saya memeras buah
buah kurma untuk dijadikan air anggur.
Berkata pula orang yang kedua, iaitu bendahara raja: Saya
bermimpi bahwa saya membawa sebuah keranjang di atas kepala saya yang penuh
dengan bermacam macam roti dan makanan. Tiba tiba terbang melayang di atas
kepala saya burung burung helang, lalu menyambar akan semua roti dan makanan
itu, dibawanya terbang ke tempat yang sangat jauh. Sebelum menerangkan akan takwil
mimpinya kedua pemuda itu, Yusuf mengambil kesempatan dahulu untuk menjalankan
dakwahnya terhadap orang banyak dengan berkata: Saya ini adalah Nabi dan Rasul
Allah. Saya akan kemukakan takwil mimpi kedua pemuda ini dengan apa yang
diwahyukan Allah kepada saya, wahyu yang sudah barang tentu akan kebenarannya.
Bukan seperti tukang tukang tenung dan nujum yang hanya mempergunakan
pertolongan setan yang menjadi musuh Allah, dan belum tentu ke-benaran terkaan
akan tenungannya itu.
Sekarang akan saya terangkan takwil mimpi kedua pemuda ini
menurut apa yang diwahyukan Allah kepada saya, yang boleh kamu jadikan bukti
atas kebenaran apa yang saya katakan dan ajarkan kepadamu.
Takwil mimpi pemuda pertama, ialah bahawa dia segera akan
keluar dari penjara ini dan kembali bekerja sebagai sebelum masuk penjara yaitu
menjadi tukang kebun raja. Adapun takwil pemuda yang kedua, ialah bahawa dia
akan dihukum salib, bangkainya akan dimakan oleh burung burung.
Kemudian kepada pemuda yang akan keluar dari penjara itu,
Nabi Yusuf berpesan, agar disampaikannya kepada raja, bahawa di dalam penjara
ini banyak orang yang tak bersalah yang dihukum, hanya dengan tuduhan tuduhan
yang tidak benar belaka, agar hal ini mendapat perhatian raja sepenuhnya.
Kebenaran takwil mimpi yang diterangkan Nabi Yusuf ini ternyata kemudian dan
Nabi Yusuf bertahun tahun lamanya masih tetap meringkuk dalam penjara itu.
YUSUF KELUAR DARI PENJARA
Raja sendiri akhirnya bermimpi yang sangat aneh pada suatu
malam, sehingga raja sendiri gelisah pula, takwil apakah gerangan dari mimpinya
yang aneh itu. Lalu dipanggilnya semua orang cerdik pandai, tukang telek dan
pembesar pembesar kerajaan. Ditanyakannya kepada mereka itu kalau ada yang tahu
akan takwilnya dengan berkata: Aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi yang gemuk
dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus. Saya lihat pula tujuh tangkai gandum
yang subur dan tujuh tangkai pula yang kurus kering.
Tidak seorang juga di antara mereka itu yang dapat
mentakwilkan mimpi raja. Mereka mengatakan bahwa itu adalah mimpi perintang
tidur saja dan ada pula yang mengatakan pengaruh angan angan sebelum tertidur
saja. Masing masing mereka tidak mengetahui akan takwil mimpi itu.
Sungguhpun begitu, raja belum juga senang hatinya, tetapi
gelisah. Apalagi setelah dikajinya dan diselidiki dalam sejarah hidupnya
sendiri, belum pernah dia bermimpi seperti mimpi itu, tidak pernah pula dia
mendengar orang lain bermimpi demikian. Keinginannya untuk mengetahui takwil
mimpi itu bukan berkurang. Setelah tukang kebun raja mendengar kabar ini, dia
segera teringat akan Yusuf yang sedang merengkuk dalam penjara yang pernah
mentakwilkan mimpinya sendiri dengan tepat. Dia dengan cepat datang menghadap
raja dan berkata: Ya Tuanku, di dalam penjara ada seorang pemuda yang mulia,
mempunyai fikiran yang dalam, pemandangan yang luas, dapat membukakan keajaiban
keajaiban alam dengan akalnya, dapat mentakwilkan mimpi dengan tepat. Tuanku
utuslah saya ke sana pasti saya kembali dengan membawa takwil mimpi Tuanku itu
dengan yakin kebenarannya.
Raja gembira mendengar pendapat tukang kebunnya itu. Dia
lalu mengutus tukang kebunnya itu menemui Yusuf di dalam penjara. Sesampainya
di penjara utusan itu berkata: Ya Yusuf, saudaraku yang mulia, saya datang
mengganggu akan ketenanganmu. Saya minta fatwa tentang mimpi melihat tujuh ekor
sapi yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus, lantas melihat tujuh
tangkai gandum yang rimbun dan tujuh tangkai pula yang hampa serta kering.
Mudah mudahan dengan takwil yang akan engkau berikan itu dapatlah engkau diketahui
oleh umum kaumku dan berterimakasih kepada engkau atas segala kelebihan dan
kebaikan engkau itu.
Yusuf menjawab dan menerangkan, bahwa takwil mimpi itu
adalah bahawa negara kita menghadapi masa tujuh tahun yang penuh dengan segala
kemakmuran dan keamanan, berkembang biaknya segala ternak, tumbuh suburnya
semua tanaman, semua orang akan merasa senang dan bahagia. Tetapi sehabis tujuh
tahun itu, akan menyusul pula tujuh tahun masa yang penuh dengan kesengsaraan
dan kesusahan hidup, ternak tidak berkembang biak, tanaman tidak berbuah, udara
panas dan kering, air kurang dan manusia menderita kelaparan hebat.
Tetapi sesudah habis kedua masa itu, akan datang pula masa
selanjutnya yang makmur dan tenteram, masa suburnya tumbuh tumbuhan dan ternak,
masa memperbaiki segala kerusakan negeri. Di masa itu setiap rakyat akan dapat
merasakan lazatnya berbagai-bagai buah-buahan. Itulah takwil mimpi tersebut
menurut apa yang diwahyukan Tuhan kepada saya. Oleh karena itu, bila apa yang
saya nyatakan ini terbukti nanti, maka hendaklah di masa tujuh tahun yang
makmur dan damai itu, dipergunakan sebaik baiknya untuk menyimpan segala gandum
yang masih bertangkai, untuk dipergunakan bagi mengurangi kesengsaraan dan
kelaparan ummat pada tujuh tahun berikutnya. Keperluan makan selama tujuh tahun
pertama, baiknya hanya dipakai sekadar perlu saja.
Setelah raja diberitahu tentang takwil mimpinya itu, raja
mengakui bahawa takwil itu memang terbit dari pemandangan dan fikiran yang
dalam dan jauh ke muka. Raja memerintahkan agar Yusuf dibawa ke hadapannya,
dengan harapan mudah mudahan ia mempunyai pemandangan pemandangannya yang lain
yang berguna dan ilmu ilmunya yang perlu untuk keselamatan bersama. Utusan raja
kembali mendatangi Yusuf dan mengkhabarkan akan keputusan dan panggilan raja
terhadap dirinya: Raja memanggil engkau, ya Yusuf, kerana raja memerlukankan
nasihat nasihatmu dan akan mengangkat engkau ke derajat yang tinggi, demikian
kata utusan itu mengajak Yusuf.
Dengan tenang Yusuf memenuhi panggilan itu. Dia keluar dari
penjara gelap, sudah bertahun tahun lamanya hidup di situ dengan tidak pernah
melihat wajah bulan purnama. Sekian lama dia hanya memakan makanan penjara yang
kering, kurang garam. Sekian lama pula hanya tidur di atas tikar yang terhampar
di atas tanah yang terdiri dari gurun pasir. Tetapi sebelum keluar dia minta
lebih dahulu kepada raja, untuk memanggil semua perempuan yang sudah memotongi
tangan mereka sendiri dengan pisau, untuk diterangkan kepada mereka bahawa dia
sendiri tidak bersalah apa apa dalam hal itu, hanya merekalah yang bersalah dan
berdosa. Raja pun segera memanggil semua perempuan yang memotong jarinya itu
dan berkata: Bagaimanakah pandangan kamu sekalian terhadap Yusuf, kerana dia
akan saya lepaskan dari penjara.
Mereka menjawab, bahawa Yusuf seorang pemuda yang suci
murni, tidak pernah bersalah dan berbuat yang tidak baik. Berkata pula isteri
pembesar yang telah tergoda dan yang memelihara Yusuf di waktu itu: Memang
sudah terlalu lama Yusuf di dalam penjara tanpa kesalahan apa apa. Sayalah yang
bersalah kerana tak dapat menahan hawa nafsu terhadap dirinya. Saya tahu bahawa
dia selalu menjaga kehormatanku dan kehormatan suamiku, tetap memegang teguh
ajaran Tuhannya. Sayalah yang menyebabkan dia masuk penjara, sayalah yang
menyebabkan dia menanggung sengsara demikian rupa. Dengan pengakuan ini saya
akui bahawa sayalah yang mengajak dia menghampiri saya dan dia segan akan
ajakan saya itu.
The Great Mosque , Cordoba The double horseshoe arcades of
the prayer-hall
YUSUF DAN ISTERI PEMBESAR
Penghidupan tenang di rumah pembesar itu, Yusuf telah dapat
melupakan akibat susah hati selama dalam telaga, ataupun kesedihan bercerai
dengan bapanya yang disayangi. Dia semakin besar dan usianya remaja dengan
tampan mukanya yang manis, sifat perangainya yang baik, hidup yang teratur.
Ditambah pula dengan hiasan yang dipakaikan kepadanya semakin menarik dan kacaknya.
Kerana kekacakan wajahnya inilah menyebabkan dia kembali merasakan cubaan yang
jauh lebih hebat dari yang sudah sudah.
Setelah Yusuf melewati zaman anak anak dan memasuki usia
remaja, dengan kekacakan rupanya itu telah menyebabkan timbulnya rasa yang
tidak dapat dihalang halang dalam kalbu isteri pembesar yang memelihara Yusuf.
Menjadi impian baginya segala gerak geri Yusuf, cara datang dan perginya, cara
berdiri dan duduknya, apalagi caranya berkata kata, ditambah dengan halus budi
dan akhlaknya. Bahkan menarik hati cara tidur dan jaganya, gerak gerinya di
waktu makan dan di waktu minum, pendekata segala gerak dan diamnya.
Kasihnya selama ini terhadap Yusuf menjadi semacam
tumbuhnya cinta asmara. Dan cinta itu bila telah tumbuh, walau macamana penghalang
pun namun dia tidak dapat dihalangi. Berbeza dengan tumbuh tumbuhan bumi, makin
dihalang makin subur tumbuhnya, makin kuat tunasnya dan makin dalam jalan urat
dan akarnya. Dia tahu yang dia tidak sepatutnya menaruh cinta terhadap Yusuf,
anak angkatnya. Apalagi dia seorang isteri pembesar yang paling tinggi di
negara Mesir.
Bagaimanakah cara dia akan menyalurkan cintanya ini? Inilah
masalah yang besar yang dihadapinya, dan inilah masalah yang sesulit sulitnya
yang perlu dia pecahkan segera. Cintanya semakin mendalam hari demi hari.
Kerana hebatnya, kadang kadang di suatu waktu cintanya itu telah mendesak mahu
memecah benteng hawa dan nafsu. Dengan seluruh kekuatan jiwa dan raga yang ada
padanya, dicubanya menahan cinta, mengekang hawa. Inilah perjuangan yang
dihadapi dalam rumah tangga dan dalam dirinya sendiri saban hari dan malam
dengan tidak henti hentinya. Kerana kerasnya mengerahkan seluruh kekuatannya
dalam perjuangan ini, tampaklah badannya semakin kurus dan warnanya semakin
pucat. Tetapi terus memeras kekuatan jiwanya menahan serangan cinta dan hawa
nafsu itu.
Malang baginya, dia rupanya tidak menang dalam perjuangan
ini, tetapi kalah dan terpaksa menyerah kepada hawa nafsunya. Ingat dia akan
kedudukannya, tetapi di ketepikan saja kedudukannya itu. Tahu pula yang
kerjanya itu nanti akan menggegarkan mahligai dan istana yang dia diami itu,
bahkan akan menggoyangkan seluruh tanahair Mesir yang dipimpin suaminya. Tetapi
tahu tinggal tahu, dia terpaksa menyerah kalah.
Mulai dia mengajak Yusuf berbicara memujuk rayu. Tetapi
Yusuf seorang yang terhormat. Akhirnya sang isteri itu penat dan bosan hanya
dengan pujuk rayu, dia ingin berterus terang kepada Yusuf. Setelah dia memakai
sebaik baik pakaian yang ada padanya, berwangi wangian dengan minyak wangi yang
paling tersohor harumnya, di kala di rumahnya itu hanya dia bersama Yusuf saja,
lalu ditutuplah semua pintu dan jendela, terus datang mendekati Yusuf dan
berkata: Marilah Yusuf dekati saya!
Sekalipun Yusuf dalam usia remaja, tetapi kerana dadanya
sudah dipenuhi Tuhan dengan hikmat, jiwanya sudah dikuasai oleh wahyu Ilahi
sebagai seorang bakal diangkat Tuhan menjadi Nabi, dapatlah dia mengatasi
suasana genting dan berbahaya itu.
Yusuf menjawab terhadap ajakan itu: Aku berlindung diri
kepada Allah dari apa yang engkau kehendaki itu. Jauhkan aku akan berbuat
khianat terhadap Tuanku yang telah memelihara diriku ini, tidak akan kucemarkan
beliau yang kuhormati ini. Sungguh hebat cubaan yang dihadapi dan perlu diatasi
Nabi Yusuf
Mendengarkan jawab Yusuf itu dan setelah ternyata segala
daya upayanya untuk menyampaikan niatnya dengan Yusuf tidak tercapai, timbullah
marah dalam dadanya, marah yang membakar sebagai cintanya yang berkobar kobar
pula.
Timbul niat jahat dalam hatinya terhadap Yusuf, ingin
membalas dendam, sekalipun dengan cara yang sejahat jahatnya. Dalam berfikir
fikir tindakan apa yang harus dilakukan Yusuf menghadapi kejadian itu, tiba
tiba datanglah wahyu Ilahi kepadanya, di mana dinyatakan, bahawa Yusuf lebih
baik lari saja dari tempat kejadian itu. Yusuf segera menjalankan apa yang
tercatat dalam wahyu itu. Dia lari menuju pintu. Tetapi bajunya dapat dipegang
oleh perempuan itu dari belakang sampai robek!
Tepat di saat itu tuan rumah (pembesar itu) datang dan
membuka pintu dari luar, tampak dengan dua mata kepalanya sendiri apa yang
sedang terjadi dalam rumahnya, antara Yusuf dan isterinya. Keadaan sungguh
meragukan terhadap sang suami, siapakah yang menjadi pokok pangkal segala
kejadian ini? Di situlah keluar sifat sifat kejahatan seorang perempuan, ada
saja akal untuk menutupi kejahatan dirinya, untuk menyalahkan orang yang
sebenarnya tidak bersalah.
Perempuan itu lalu berkata kepada suaminya: Yusuf sudah
merosak kehormatan dirimu, tidak menjaga akan kedudukanmu. Dia akan mengotori
aku, memaksa mendatangi aku. Maka apakah gerangan balasan yang setimpal bagi
orang yang ingin mencemarkan kehormatanmu dan isterimu sendiri, selain penjara
dan seksaan yang sepedih pedihnya.
Yusuf terpaksa berterus terang menerangkan apa yang
sebenarnya sudah terjadi dan berkata: Bahawa dialah yang mendatangi diriku !
Sejurus kemudian masuklah ke situ anak paman perempuan itu sendiri; seorang
yang bijaksana lagi lurus, dapat menghukum dengan adil. Setelah dia mendengar
berbagai bagai keterangan yang bertentangan itu, dia lalu berkata: Bila baju
Yusuf itu koyak bahagian muka, maka benarlah perempuan itu dan Yusuflah yang
berbohong; tetapi bila baju Yusuf itu koyak bahagian belakangnya, maka Yusuflah
yang benar, perempuan itulah yang bohong.
Setelah di lihat bahawa yang koyak itu adalah baju Yusuf
bahagian belakang, maka teranglah sudah bahawa Yusuf tidak bersalah, hanya
perempuan itulah yang mendatanginya.
Pembesar itu lalu berpaling kepada isterinya dan berkata:
Memang ini adalah tipu daya perempuan dan kecemarannya,
minta ampunlah engkau atas dosa mu itu, karena sudah terang engkaulah yang
bersalah. Kepada Yusuf pembesar itupun berkata: Engkau sendiri, hai Yusuf,
hendaklah menahan lidahmu dari bercakap tentang kejadian ini, jangan kejadian
ini sampai diketahui orang banyak.
Tetapi sekalipun bagaimana juga, kejadian itu ditutup
tutup, namun lambat laun diketahui orang banyak juga. Memang sepandai pandai
orang membungkus yang busuk, akhirnya berbau juga. Khabar ini telah tersiar
luas di dalam kota, setiap hari menjadi buah bibir setiap perempuan, bahkan
telah menjadi pembicaraan setiap raja dan keluarga istana di mana mana: Isteri
Aziz (Pembesar) itu terpedaya oleh anak peliharaannya yang berbangsa Ibrani,
jatuh cinta kepadanya karena kacaknya anak itu, cinta yang telah membawa dia
mencemarkan kehormatan istana dan kedudukannya, menurutkan nafsu. Sedang anak
itu bukan main baik dan zuhudnya, tidak tertarik kepada kecantikan perempuan
pembesar itu karena jiwanya yang suci, dapat menahan nafsu remajanya dengan
keyakinannya yang tebal.
Lama kelamaan khabar itu makin tersebar luas juga, malah
banyak ditambahi di sana sini dengan berbagai bagai cerita, sehingga banyak
pula yang sampai ke telinga isteri pembesar itu sendiri. Sedih dan marah dia
mendengar tambahan tambahan yang tidak benar itu. Tetapi apa yang dapat dia
lakukan? Semua senjata akan berupakan tumpul kalau berhadapan dengan suara
orang banyak, suara perempuan perempuan pula.
Lama dia berfikir untuk mencari jalan yang sebaik baiknya
untuk membalas kata kata yang tak benar itu, tetapi jalan itu tidak tampak
sedikitpun. Dia terus mencari dan berfikir. Akhirnya dia mendapat akal dan
jalannya. Dia undang semua perempuan kota datang ke rumahnya menghadiri satu
pesta besar yang diadakannya berhubung dengan hari besar. Tempat diaturnya se
bagus bagusnya, makanan disediakan seenak enaknya, minum minuman berbagai rupa,
buah buahan yang ranum manis.
Undangan ini mendapat sambutan yang hangat sekali dari
perempuan perempuan yang tinggal dalam kota, lebih-lebih perempuan perempuan
yang menaruh perhatian terhadap kejadian yang sudah menjadi percakapan orang
ramai selama ini. Selain ingin menjadi tamu pembesar, pula ingin mengetahui
keadaan isteri yang tergoda dan pula untuk mengetahui anak muda yang bernama
Yusuf itu sendiri.
Bukan main meriahnya pertemuan itu, perbualan dan ketawa
silih berganti. Bermacam macam makanan dan minuman tidak putus putusnya
dihidangkan untuk di santap bersama sama. Di akhir sekali dihidangkan pulalah buah
buahan yang manis manis rasanya. Kepada masing masing yang hadir itu diserahkan
se bilah pisau untuk memotong dan mengupas sendiri akan buah buahan yang
disajikan itu.
Ketika masing masing yang hadir itu asyik mengupas buah
dengan pisau, isteri pembesar yang menjadi tuan rumah, memerintahkan kepada
Yusuf untuk keluar ke tengah tengah pertemuan perempuan itu untuk
memperkenalkan dirinya. Yusuf keluar, berjalan di antara barisan barisan
perempuan yang banyak itu.
Baru saja perempuan perempuan banyak itu melihat wajah
Yusuf yang seperti bulan penuh, rambutnya yang ikal licin, alisnya seperti
semut seiring, matanya sebagai kejora pagi, pipinya yang seperti pauh dilayang,
bibirnya seperti jeruk se ulas, kecantikan terletak pada semua bahagian
badannya, terletak pada tiap gerak gerinya, maka kagumlah mereka memandangnya,
bahkan lupa akan dirinya masing masing, bercampur aduk akal dan fikirannya.
Dengan tak sedar pisau yang ada di tangan mereka masing masing itu bukan mereka
potongkan buah buahan yang ada di tangan mereka, tetapi mereka potongkan ke
tangan dan jari mereka sendiri dan tidak pula mereka merasakan akan sakit
perihnya.
Bukanlah ini manusia, kata mereka dengan kagum. Tetapi
adalah Malaikat yang mulia. Melihat kejadian itu, isteri pembesar itupun bertepuk
tangan kegembiraan, kerana usahanya berhasil bagus. Lalu berkata dengan
megahnya: Inilah dianya Yusuf yang selalu kamu percakapkan itu, dan selalu kamu
sekalian mencaci maki saya dengan kata kata berhubung kejadian antara saya
dengan dia baru baru ini. Sekarang kamu sekalian pun setengah gila
memandangnya, hanya pandangan yang sekejap saja. Sedang saya setiap hari dan
malam melihatnya, memandang duduk dan berdirinya, datang dan perginya. Dengan
pandangan yang selintas lalu ini saja kamu telah lupa akan dirimu masing
masing. Lihatlah kamu sudah memotong jari jarimu sendiri dengan pisau. Tidakkah
kamu sekalian merasa pedih dan perih dilukai oleh pisau itu?
Saya akui di hadapanmu sekalian, memang sayalah yang telah
jatuh cinta kepadanya dan mendatanginya, tetapi dia tetap enggan dan berlindung
diri kepada Tuhannya, dia berpaling dan menjauhkan diri Dengan terus terang aku
akui di hadapanmu sekalian, bahawa saya memang tidak begitu kuat untuk menahan
hatiku sendiri terhadap dirinya.
Berbagai-bagailah ucapan hadirin perempuan itu terhadap
Nabi Yusuf sekarang ini, Ada yang berkata bahawa Yusuf itu Malaikat, sudah
sepantasnya kalau isteri pembesar itu terpedaya olehnya. Ada pula yang kagum
melihat ketabahan jiwa Yusuf menghadapi isteri pembesar yang kaya dan cantik
itu, sehingga dia tak tersesat dan tetap enggankan dirinya, sekalipun dia tahu
yang isteri pembesar itu selain cantik dan kaya, besar pula kekuasaannya. Bila
Yusuf dapat menurutkan kehendaknya, tentu seluruh kekayaan dan kehebatan isi
istana itu dapat pula dikuasai Yusuf. Kenapa dia tidak mahu dan tetap enggankan
dirinya itu? Dan sekiranya Yusuf menolak akan kehendak perempuan itu, ia dapat
melakukan apa yang dikehendakinya terhadap Yusuf, mungkin akan dibunuh atau
dibuang jauh. Apakah Yusuf tidak takut kepada semua itu?
Mendengar semua itu, Yusuf hanya berlindung diri kepada
Allah, bertunduk kepala berdoa agar dia dijauhkan Tuhan dari tipu daya
perempuan: Ya, Tuhanku ! Penjara yang gelap lagi sempit itu lebih baik bagiku
daripada dalam istana tetapi menghadapi perempuan perempuan cantik yang selalu
menggoda itu. Mudah mudahan dalam penjara itu nanti dapatlah aku bertambah
sabar, dapat menghitung hitung nikmat dan pemberian Engkau, dapat menyelami
rahsia rahsia kebesaran Engkau, ya Allah. Kalau aku di sini, ya Allah, selalu
berhadapan dengan perempuan perempuan yang menggoda kepadaku, aku takut dan
khuatir kalau kalau semangatku lemah, imanku luntur, syaitan menang dalam
menggodaku sehingga aku terperosok masuk ke lembah kehinaan dengan mereka. Ya
Tuhan, penjara lebih baik bagiku daripada tergoda goda seperti ini,jauhkan juga
aku dari penggodaan itu, dan saya adalah hambaMu yang bodoh.
Isteri dari pembesar sendiripun kerana tidak tahan
berhadapan dengan Yusuf, minta kepada suaminya, supaya Yusuf dikurung saja
dalam penjara. Permintaan ini dikemukakan dengan sangat tak boleh ditawar
tawar.
Untuk melepaskan perempuan itu dari kesengsaraan batinnya,
pula untuk mengabulkan doa Nabi Yusuf kepada Tuhannya, tak lama kemudian Yusuf
pun dimasukkan ke dalam penjara, ditutup seperti orang-orang jahat, sekalipun
dia sendiri tidak pernah berbuat jahat. Dalam penjara itu dia bekerja pula
sebagaimana orang orang penjara lainnya. Semua dilakukannya dengan penuh
kesabaran. Dalam penjara itulah Yusuf menghabiskan hari muda remajanya yang
rupawan itu dan di dalam penjara itu pulalah mula mula sekali datang kepadanya
wahyu Allah yang pertama, dengan wahyu mana dia terangkat menjadi Nabi dan
Rasul Allah. Penjara dan telaga Jub yang sebelumnya itulah rupanya menjadi
tempat latihan untuk menerima risalahnya, sebagaimana Gua Hira bagi Nabi
Muhammad s.a.w., sengsara dalam pengembaraan bagi Nabi Ibrahim dan lain lain.
YUSUF MENJADI MENTERI MESIR
Dengan pengakuan para perempuan dan isteri pembesar itu
sendiri bersihlah Nabi Yusuf dari segala sangka dan tuduhan selama ini. Bukan
bersih semata-mata, tetapi malah bertambah baik namanya di kalangan masyarakat
ramai, setelah setiap orang yang keluar dari penjara itu menerangkan dalam
masyarakat akan sifat dan perangai Nabi Yusuf di dalam penjara. Atas segala
keterangan ini, raja menjadi tertarik hatinya untuk memperkerjakan Yusuf di
kalangannya sendiri, menjadi ajudan raja, lalu raja berkata kepadanya:
Berdasarkan apa yang aku ketahui tentang dirimu, budi-pekertimu, pemandangan
dan pengetahuanmu, maka mulai hari ini engkau kuangkat menjadi aminku, menjadi
orang kepercayaan tempat aku bertanya meminta nasihat-nasihat. Maka engkau
mulai hari ini berkuasa atas kerajaan kita ini, engkau berkewajiban memperbaiki
yang kurang baik dalam negara dan memajukannya menurut apa yang engkau rasa
baik. Semuanya aku serahkan kepadamu untuk memutuskan dan mengendalikan-nya.
Karena Yusuf sudah tahu apa yang akan terjadi sebagaimana
bunyi takwil mimpi yang sudah ditakwilkannya itu, dimana akan datang masa
makmur, maka Yusuf minta supaya kepadanya di-serahkan kementerian kemakmuran,
ekonomi dan kewangan, karena Yusuf tahu bahwa makanan dan wanglah yang menjadi
pokok pangkal keselamatan dan kesengsaraan sesuatu negara di atas dunia ini.
Dia minta kedudukan-kedudukan itu kepada raja dengan keyakinan, bahawa dia
dapat menghindarkan ummat dari kesengsaraan dan kelaparan yang akan datang itu.
Permintaan Yusuf dipenuhi seluruhnya oleh raja. Dia menjadi
seorang menteri yang berkuasa penuh. Demikianlah caranya Allah telah menempatkan
Yusuf di tempat yang selayaknya, sesudah bertahun-tahun lamanya di dalam
latihan dan training. Sekalipun ia bekas penghuni penjara tetapi semua
perkataannya didengar dan diturut orang, segala aturan yang dibuatnya dapat
dijalankan rakyat dengan patuhnya; dia menjadi buah bibir dan kecintaan rakyat
yang diperintahnya, pula dicintai oleh raja-raja lain yang menjadi tetangga
negaranya. Sekalipun sebelum ini dia pernah dipenjarakan, dibuang ke dalam
telaga, diperjualbelikan dan sebagainya.
Sudah tujuh tahun konon Nabi Yusuf memegang tampuk
kekuasaan, menjalankan rencana politik dan kemakmurannya. Negeri Mesir menjadi
bertambah-tambah makmur, rakyatnya semakin bertambah bersatu-padu, taat dan
berdisiplin. Masa tujuh tahun itu dipergunakannya sebaik-baiknya untuk
memperbanyak gandum simpanan, untuk menghadapi masa tujuh tahun yang panas dan
terik, yang sengsara dan lapar itu.
Masa tujuh tahun berikutnya itupun datanglah. Karena terik
dan panasnya, tidak terdapat air mengalir, sehingga matilah semua binatang dan
tanaman, maka melaratlah semua penduduk negeri. Tetapi karena persediaan yang
cukup yang telah diselenggarakan oleh Yusuf selama tujuh tahun berturut turut,
maka tidak seorangpun di antara rakyat Mesir yang mati kelaparan di musim
meleset itu. Kesengsaraan dan kelaparan di kala itu bukan hanya menimpa negeri
Mesir saja, tetapi menimpa pula negeri-negeri yang berdekatan dan bertetangga
dengan Mesir sampai ke Kanan, dimana bertempat tinggal Nabi Yaakub dengan anak
anaknya yang dinamakan Asbat itu. Kesihatan perekonomian Mesir di saat yang
berbahaya itu dikenal oleh negara negara yang bertetangga dengan Mesir. Orang
orang pun sudah sama mengerti bahwa Mesir dipimpin oleh seorang Menteri yang
amat pintar, yang adil dan berbudi paling tinggi. Kerana itu, bangsa bangsa dan
negara negara yang terletak di sekitar Mesir itu sekalipun berlainan bangsa dan
warna kulit, tidak malu malu datang minta pertolongan ke Mesir untuk mengatasi
kesengsaraan rakyat di negaranya masing masing.
Pada suatu hari Nabi Yaakub yang sudah sangat tua dan buta
matanya itu berkata kepada anak anaknya: Hai anak anakku, kesengsaraan ini akan
menimpa diri kita pula. Sebab itu cubalah kamu pergi, beri pelanalah unta
untamu itu, pergilah menuju ke negeri Mesir, dimana sekarang ini berkuasa
seorang yang paling adil dan baik, namanya masyhur ke mana-mana. Karena
kebijaksanaannya, Mesir tetap tidak kelaparan dan tetap makmur. Cubalah minta
pertolongan kepada pembesar yang adil berbudi itu. Tetapi janganlah kamu pergi
dengan membawa Bunyamin. Biarlah dia tinggal bersamaku di rumah. Kalau tidak
begitu dengan siapakah aku akan berhibur sedih sepeninggal kamu sekalian,
menjelang kamu kembali. Aku doakan mudah mudahan kamu selamat dalam perjalanan,
dilindungi oleh Allah dan ditunjukiNya pula jalan yang lurus.
Pada suatu hari, penjaga pintu kamar kerja Yusuf mengetuk
pintu, lalu masuk dan berkata kepada Yusuf: Di luar ada sepuluh orang lelaki,
yang tampak persamaan keadaan mereka dan tampak dari wajah mereka bahawa
kedatangannya itu bukan dengan niat yang kurang baik. Mereka tampaknya asing di
negeri kita ini, berlaku sebagai tetamu dari jauh. Itu terbayang dari bahasa
dan gerak gerinya sebagai orang baru yang agak kehairanan. Mereka minta izin
masuk, ingin bertemu dengan engkau, hendak mengemukakan hal hal yang mereka
bawa berhadapan mata dengan engkau. Setelah Yusuf memberi izin, mereka lalu
masuk. Semuanya adalah saudara-saudara Yusuf sendiri, anak anak Nabi Yaakub
yang diperintahkan bapanya datang ke Mesir, untuk minta bantuan bahan makanan.
Sebagai seorang yang kuat ingatannya, bijaksana dan pintar,
Yusuf tidak lupa kepada mereka. Untuk kebaikan dan
kelancaran urusan yang menyebabkan kedatangan mereka itu, Yusuf mendiamkan apa
apa yang sudah diketahuinya itu terhadap mereka. Sedang mereka rupanya tidak
sedikitpun mengira, bahwa yang mereka hadapi itu adalah saudaranya, yang dahulu
pernah mereka buang ke dalam telaga Jub.
Yusuf menyambut mereka dengan sebaik baik sambutan dan
diperlakukannya sebagai tetamu yang istimewa dan terhormat. Mereka dipersilakan
duduk di tempat yang ditentukan, karena Yusuf ingin mendengar berita berita
penting dari mereka, mahu mengetahui keadaan mereka sekarang ini.
Sekarang mereka sudah duduk bersama di sekitar Nabi Yusuf,
Yusuf mulai bertanyakan ini dan itu: Kamu sekalian sudah saya sambut sebagai
tamu yang harus kuhormati dan menjadi haklah bagiku terlebih dahulu untuk
bertanyakan sesuatu hal tentang keadaanmu dan maksud kedatanganmu ke mari. Saya
ingin tahu lebih dahulu siapakah sebenarnya saudara-saudara ini semua?
Salah seorang di antaranya menjawab: Ya, Tuanku yang
budiman ! Kami ini semuanya bersaudara. Yang sebenarnya saudara saudara kami
berjumlah duabelas orang, semuanya keturunan Nabi yang mulia, Rasul yang besar.
Sepuluh orang di antaranya kami yang duabelas bersaudara itu, diutus oleh Nabi
mulia iaitu bapak kami, untuk menghadap Tuan ke mari. Cita cita kami semuanya
bergantung pada diri Tuan seorang. Adapun saudara kami yang kesebelas, kami
tinggalkan bersama orang tua kami, untuk mengurus keperluan bapa kami yang
sudah tua dan mengurus rakyat beliau yang kami tinggalkan. Mengenai saudara
kami yang keduabelas, sudah lama tidak lagi di samping kami. Kami tidak
mengetahui, apakah dia sudah diangkat Tuhan ke rahmatNya, ataukah dia masih
melayarkan bahtera hidupnya dibumi luas ini, semua itu tidaklah kami ketahui.
Demikianlah keadaan kami yang sebenarnya.
Berkata pula Yusuf: Saya percaya segala yang kamu kemukakan
itu benar semuanya. Sungguhpun begitu, kebenaran sesuatu keterangan itu kurang
jelas bila tidak ada bukti yang nyata dan dapat dilihat oleh mata. Untuk
menenangkan hati saya, saya minta dari kamu sekalian saksi dan bukti kebenaran
dari apa yang kamu ceritakan itu. Bukankah kamu mengatakan tadi bahawa kamu
bersaudara sebelas orang banyaknya. Cubalah bawa ke hadapan saya yang seorang
lagi, karena yang ada sekarang ini hanya sepuluh orang saja.
Jawab mereka: Ya, Tuanku ! Kami di sini jauh sekali dari
kampung halaman kami, jauh dari famili dan kawan kawan kami. Tak begitu mudah
kami membawa seseorang saksi dari kampung kami, apalagi kami sudah kekurangan
perbekalan untuk pulang dan kembalinya.
Jawab Nabi Yusuf: Saya akan menyediakan perlengkapan dan
perbekalan bagimu secukupnya. Agar kamu kembali ke kampungmu selekas mungkin,
bawalah ke mari saudaramu yang masih ketinggalan itu, cukuplah dia seorang
untuk menjadi saksi dan bukti atas kebenaran apa yang kamu katakan tadi. Bila
kamu kembali bersama dia ke mari, saya akan menyambutmu lebih gembira dari
sekarang ini dan akan saya lipat-gandakan barang perlengkapan dan perlengkapan
kamu. Hanya inilah syarat dan permintaanku dan hanya ini pulalah janjiku
terhadapmu. Tetapi bila kamu tidak membawa dia ke mari, jangan diharapkan
bahawa permintaanmu akan kukabulkan dan tidak ada gunanya kedatanganmu kembali
nanti.
Mereka menjawab pula: Kami sangsi bahwa bapa kami tidak
dapat mengizinkan saudara kami yang seorang itu dibawa ke mari, kami sangsi
pula apakah beliau cukup bersabar hati berpisah dengan adik kami itu. Tetapi
baiklah akan kami cuba membawanya dengan keterangan-keterangan yang dapat
beliau percayai dan semua itu akan kami jalankan insya Allah. Yusuf lalu
memerintahkan kepada orang-orang bawahannya untuk menyediakan perbekalan dan
perlengkapan mereka itu. Diberinya bekal yang jauh lebih banyak dan bekal
tersebut bukan saja merupakan bahan makanan sebagai yang diminta mereka, tetapi
ditambah dengan emas perak untuk mereka perjual belikan, agar mereka benar
benar kembali ke tempat ini lagi dengan harapan yang tidak kosong. Mereka
segera bertolak kembali ke negerinya dengan perasaan lega, disebabkan sambutan
sambutan Yusuf yang sangat memuaskan yang menjadikan kenang kenangan mereka,
dengan memperoleh buah tangan dan tandamata yang sangat berharga.
Setiba di negerinya, segera mereka menemui bapaknya,
menceritakan pengalaman pengalaman dan apa apa yang sudah berlaku antara mereka
dengan pembesar Mesir itu dengan berkata: Kami sudah menemui pembesar itu, ya
bapak, rupanya dia adalah seorang yang sangat baik, seorang menteri yang murah
hati, dimuliakannya kedatangan kami, ditanyakannya hal ihwal kami, diberinya
kami tempat sebaik baiknya, dilengkapinya kami dengan perbekalan-perbekalan
yang banyak dan hadiah hadiah yang berharga. Hanya saja ada sebuah syarat yang
dimintanya dari kami, iaitu bahwa dia tidak akan memberi bahagian apa apa lagi
kepada kami dan tidak akan mempercayai kami, sebelum kami datang kembali
kepadanya sambil membawa saudara kami kesebelas yang ditinggalkan bersama bapa.
Sebab katanya kalau bukti itu ternyata tidak dapat kami tunjukkan kepadanya,
dia tidak percaya akan kebenaran kata kata kami itu. Oleh kerana itu izinkanlah
adik Bunyamin dibawa oleh kami esok hari ke Mesir dan akan kami jamin
keselamatannya, tidak akan kami sia siakan lagi. Dengan kedatangan kami bersama
dia nanti, akan menambah berhasilnya atas kedatangan kami itu. Percayalah bapa
kepada kami. Dengan mengeluh Nabi Yaakub benkata kepada meneka:
Tak sanggup lagi aku mengizinkan dia pergi bersamamu. Aku
tak sanggup berpisah dengan dia. Masih ingatkah kamu sekalian, apa yang tenjadi
dengan Yusuf dahulu? Janganlah kamu coba memperdayakanku yang kedua kalinya
lagi, cukuplah sudah sekali itu saja aku ditipu olehmu.
Mendengar jawapan itu, lalu mereka membuka semua bungkusan
pembawaan mereka. Dikeluarkannya dari bungkusan bungkusan itu emas dan perak.
Kesemuanya mereka serahkan kepada bapanya sambil berkata: Bapa, kami tidak
berbohong, inilah buktinya atas perkataan kami yang sesungguhnya, kami benar
benar telah bertemu dengan Pembesar Mesir yang kenamaan itu. Bagaimana benarnya
ucapan kami tentang hal ini, begitu pula besarnya tentang syarat yang diminta
oleh pembesar itu. Percayalah bapa, izinkanlah dia bersama kami besok. Kalau
kami tidak kembali lagi bersamanya, kami akan tebusi dengan jiwa kami sekalian.
Setelah Yaakub melihat bukti bukti kebenaran apa yang
mereka katakan itu, Yaakub mulai sedikit percaya kepada mereka dan merasakan
sendiri akan syarat yang diberikan oleh Pembesar Mesir itu. Akhirnya Yaakub
mengabulkan penmintaannya dengan mengizinkan Bunyamin turut serta dalam
penjalanan itu, tetapi dengan penjanjian dan ikrar yang keras: Dia harus
kembali dengan sihat walafiat, kalau tidak, kamu akan menerima takdir yang
tidak dapat direkakan hebatnya dan kamu tidak akan diakui sebagai anakku lagi.
Setelah mereka semuanya menerima baik segala janji dan
ikrar itu dengan bersumpah dan mempertaruhkan keimanan mereka, lalu berkata:
Tuhan menjadi saksi atas segala yang kami katakan itu.
Mereka berangkat bersama adiknya yang diminta oleh Yusuf
supaya dibawa. Setelah berjalan jauh, menurun dan mendaki berhari dan bermalam,
akhirnya sampailah mereka di tempat yang dituju, lalu minta izin masuk untuk
bentemu dengan Yusuf. Baru saja Yusuf melihat akan saudaranya sendiri turut
serta, bukan main ghairatnya untuk memeluk dan menciumi saudaranya itu, tetapi
seluruh perasaannya disembunyikan saja, Mereka itu dipanggil untuk dijamui
bersama sama dan diaturnya duduk berdua dua. Kerana mereka berjumlah sebelas
orang, maka tinggallah Bunyamin duduk menyendiri. Melihat dia duduk sendiri
itu, Bunyamin lalu mengenangkan nasibnya yang malang itu, seraya menangis
tersedu sedu dan berkata dengan suara yang gugup-sayup terdengar:
Kalau Yusuf masih ada, tentu dialah yang duduk di sampingku
sekarang ini.
Melihat itu Yusuf lalu tampil dan menjadi teman bagi
Bunyamin. Rumah tempat tinggal pun disediakan sebuah rumah untuk dua orang dan
Yusuf pulalah yang tinggal bersama Bunyamin. Yusuf serumah dan bermalam dengan
adiknya. Yusuf lalu bercakap cakap dengan adiknya yang dicintainya itu: Sukakah
engkau menjadikan saya sebagai ganti saudaramu yang telah meninggal itu ?
Bunyamin menjawab: Memang tidak ada orang yang lebih baik
dari Tuan sendiri. Namun sayang, Tuan bukan dianakkan oleh Yaakub dan bunda
Rahil.
Mendengar jawaban adiknya itu, Yusuf tidak dapat menahan
airmatanya, lalu menangis tersedu sedu sambil berdiri dan mencium adiknya, ia
berkata membukakan rahsianya: Aku ini adalah saudaramu yang selama ini engkau
sebut sebut dan kau rindukan. Akulah Yusuf saudaramu itu. Aku sudah mengalami
banyak pengalaman kerana buah perbuatan saudara-saudara kita. Banyak
pengalamanku yang sedih sedih dan pahit pahit. Aku pernah ditimpa fitnah yang
paling berat. Tetapi itu semua kulawan dengan kesabaran dan ketetapan hati,
sambil berjuang mengatasinya atas cubaan cubaan itu. Akhirnya Allah menunjukkan
jalan bagiku, sehingga yang sengsara kini menjadi kaya, yang pernah difitnah
sekarang menjadi orang yang berkuasa. Tetapi hal ini sekali kali janganlah
engkau ceritakan kepada saudara saudara kita untuk sementara waktu. Tutuplah
dahulu rahsia ini serapat-rapatnya terhadap mereka.
Tidak dapat diterangkan bagaimana perasaan Binyamin pada
waktu itu setelah mengetahui bahwa yang bercerita itu adalah Yusuf saudaranya.
Begitu pula perasaan Yusuf sendiri !
Beberapa hari sudah berlalu dengan tenang, Mereka sudah sampai
waktunya untuk kembali ke negerinya. Tetapi Yusuf ingin membuat sesuatu yang
agak menggemparkan terhadap mereka. Setelah semua perbekalan dan alat alat yang
diperlukan dalam penjalanan itu disediakan, begitu pula buah tangan untuk
dibawa pulang, lalu Yusuf memerintahkan kepada seorang suruhannya, agar ke
dalam barang barang yang akan dibawa oleh Bunyamin, dimasukkan dengan diam diam
sebuah timbangan kepunyaan negara. Baru saja mereka berangkat keluar dari Kota
Mesir, tiba tiba mereka ditahan orang dengan berkata:
Berhenti dan turun semua, kamu ini adalah pencuri semua.
Alangkah terkejut dan gemparnya mereka mendengar tuduhan seberat itu: Apakah
maksudmu menuduh kami, kami ini bukan pencuri sebagai yang kamu tuduh itu.
Barang apakah yang sudah kami curi dari kamu?
Orang itu menjawab: Kami kehilangan timbangan (cupak)
kepunyaan raja, dan kami mempunyai persangkaan, bahawa kamulah yang telah
mengambilnya. Sebab itu kalian kami tahan dan kami berkuasa untuk menahanmu.
Demi Allah kami datang ke mari bukan untuk merusak dan
mencuri, jawab saudara-saudana Yusuf.
Kita tak usah bertengkar panjang-panjang, izinkan saja kami
memeriksa segala bungkusan yang kamu bawa ini. Hukuman apakah yang akan kamu
jalankan nanti, bilamana barang itu ter-dapat dalam bungkusanmu? kata orang itu
lagi. Jawab saudara saudara Yusuf:
Kami ini adalah orang orang yang mempunyai undang undang,
mempunyai agama pula. Menurut undang undang dan agama kami, bila seseorang
kedapatan mencuni, dia harus ditawan dan boleh dijadikan budak oleh orang yang
mempunyai barang itu. Inilah undang undang negeri kami yang selalu kami patuhi
dan tunduk kepadanya. Tetapi kami yakin bahwa kami tidak mencuri apa apa.
Akhirnya perkara tersebut dibawa ke hadapan Yusuf, untuk
mempersaksikan janji janji yang telah dikemukakan mereka sebagai orang orang
terdakwa. Tiap bungkusan diperiksa dengan teliti, seorang demi seorang. Tidak
seorang pun di antara sepuluh orang pertama yang membawa barang curian itu.
Sekarang tibalah giliran Bunyamin untuk diperiksa segala bungkusannya, iaitu
pemeriksaan yang penghabisan. Baru saja bungkusan Bunyamin dibuka, terdapatlah
di situ cupak (timbangan) yang dikatakan hilang itu. Cupak itupun segera
dipertontonkan kepada mereka. Alangkah terkejut dan terperanjat mereka, malu
yang tak dapat terkatakan besarnya.
Yusuf lalu berkata kepada mereka: Sekarang kita tinggal
menjalankan undang-undang dan memenuhijanji yang sudah kamu ucapkan tadi. Orang
yang bersalah kami tahan dan memang sudah menjadi hak bagi kami untuk
menahannya." Ya, Tuanku, keluh mereka. Bapanya sudah sangat tua, sudah
melewati dua usia (lapanpuluh tahun lebih), bapanya sungguh berat berpisah
dengannya. Ia diizinkan dibawa oleh kami ke mari hanya untuk kali ini saja,
guna memenuhi permintaan Tuanku atas kebenaran kami, namun dengan perjanjian
bahawa ia harus bersama kami bilamana kami pulang kembali. Kami ini semuanya
berjumlah sepuluh orang. Ambillah oleh Tuanku salah seorang di antara kami
untuk menggantikannya dan kami percaya bahwa Tuanku adalah orang yang sangat
baik hati.
Berkata pula Yusuf: Kami berlindung kepada Allah, bahwa
kami tidak akan menahan orang yang tidak mengambil barang kami, sebab kalau
demikian halnya, berarti kami orang aniaya.
Dengan meneteskan airmata, mereka meminta agar Bunyamin
dapat dibawa pulang akan tetapi permintaan tidak dapat dikabulkan. Akhirnya
mereka sama berputusasa untuk memperoleh Binyamin kembali. Berkatalah ketika
itu seorang yang terbesar di antara mereka, yaitu Yahuza: Kita sekalian sudah
bersumpah terhadap bapak kita, bahwa Bunyamin pasti pulang dengan selamat,
tetapi sekarang tennyata Bunyamin tertinggal, apakah daya kita? Apakah kita
dahulu sudah menghilangkan Yusuf dari bapak dan ketika itupun kita sama sama
bersumpah pula.
Hati bapak yang luka dan sedih karena hilangnya Yusuf belum
sembuh, airmata bapak setiap harinya masih terus mengalir. Kita telah berdosa
besar terhadap Yusuf dan dosa itu kita ulangi lagi terhadap Bunyamin.
Saya benjanji bahwa saya tidak akan meninggalkan negeri
ini, hingga bapa saya memberi izin untuk kembali atau Allah menjatuhkan hukuman
atas diri saya, karena Allah adalah sebaik-baik pemberi hukum.
Sebab itu pulanglah engkau sekalian tinggalkan saya dan
katakan kepada bapak nanti, bahwa Binyamin telah mencuri, te tapi kita sendiri
tidak melihat bahwa dia mencuri dan apa yang sebenar-nya tersembunyi dalam hal
ini kita tidak mengetahuinya. Baiklah bapa supaya menanyakan kepada orang orang
di bumi tempat kita berpijak di situ dan orang orang di kafilah yang berada di
hadapan kita ketika itu, semuanya akan menjadi saksi bahwa per-kataan kita itu
benar.
Mereka kesembilan orang pun pulanglah menuju kampung
halamannya, sedang Yahuza sengaja tinggal di Mesir, begitupun Bunyamin ditawan
oleh pembesar Yusuf.
Baru saja Yaakub melihat bahwa Bunyamin tidak pulang
bersama mereka, hatinya rasa disayat untuk kedua kalinya, bercampur geram yang
tak dapat dibayangkan. Lalu ia bertanya: Apa pula yang kamu lakukan atas diri
saudanamu? Mana sumpah dan janji yang sudah kamu ucapkan itu? Cuba ceritakan
apa kejadian yang sebenarnya !
Semua kejadian itu mereka ceritakan. Yaakub lalu
memalingkan muka menyisihkan diri menuju ke dalam kamarnya bersembunyi diri dan
berkata: Hal itu sudah terjadi pula, maka sabar pulalah yang lebih baik, karena
hanya Allahlah yang dapat menolong atas semua apa yang diceritakan itu.
Mula mula aku kehilangan Yusuf, sekarang kehilangan
Bunyamin dan Yahuza pula. Mudah mudahan Allah akan mendatangkan mereka yang
telah hilang itu bersama sama, karena Tuhan Allah Maha Mengetahui, Maha Kuasa
dan Maha Pintar.
PERTEMUAN
Yaakub lenyap ke dalam gelombang dan gelora sedih.
Gelombang dan gelora sedih yang datang silih berganti. Segenap tulang belulang
dan urat sarafnya kini penuh dengan kesedihan, sejak dari hujung rambut hingga
ke hujung tumit; lobang kecil sebuah pun tak ada yang dapat ditembus angin
untuk mengurangkan serta kepedihan yang menyeksa batinnya. Hanya ada dua ketika
saja yang dapat dikatakan menjadi saat gembiranya dalam keadaan sekarang ini.
Pertama ialah di saat ia menyembah dan bersujud kepada Allah, ia bermunajat dan
berserah diri kepada Allah dalam sembahyangnya, menuang jiwanya dengan iman,
sabar dan yakin. Kedua ialah di saat ia mengingatkan wajah Yusuf dan Bunyamin.
Di saat mengingat dan membayangkan wajah kedua orang anaknya itu timbul ghairat
hati yang gembira dalam kalbunya, seakan akan ia benar benar bertemu dengan
kedua anaknya itu, sekalipun hanya sedetik, sesaat belaka yang segera diringi
pula oleh air mata dan sedu tangis yang tidak ada hentinya, air mata panas yang
membakar jantung, bukan air mata dingin yang dapat mengurangkan kesedihan.
Akan sia sia sajakah air mata dan sedu sedanku sebanyak
itu? tanya Yaakub kepada dirinya, sehabis ia mencurahkan air mata dan menangis
tersedu sedu itu. Air mataku ini dijadikan Allah tentu bukan untuk disia siakan
belaka, katanya pula yang diperintah oleh rasa keimanan dan kesabaran.
Sungguhpun keimanan dan kesabarannya sentiasa membujuk
hatinya yang duka, namun badan Yaakub bertambah kurus, matanya semakin putih,
akhirnya ia tak dapat bergerak lagi kerana lemahnya, matanya sudah tidak dapat
melihat lagi disebabkan terlalu banyak mengeluarkan air mata.
Pada suatu pagi sehabis dia sembahyang dan berdoa ke
hadhrat Tuhannya kembali badannya menjadi gementar, lalu ia menangis dan air
matanya pun tercurah pula; ia mengeluh panjang: Ya Asafa ala Yusuf, katanya
dengan suara yang putus, seakan akan ia melihat sendiri akan Yusuf yang berada
jauh di sana.
Melihat keadaan bapanya yang demikian itu, salah seorang di
antaranya memanggil saudara saudaranya untuk memeriksa bagaimanakah keadaan
bapanya kini dengan cara bagaimana untuk dapat membantu dan meringankan
kesedihan hatinya yang tidak terhingga itu. Salah seorang di antaranya lalu
berkata kepada bapanya: Hai, bapa kami. Engkau adalah Rasul yang benar, Nabi
yang mulia. Wahyu Allah turun kepada engkau, ya bapa, dari engkaulah keluarnya
nasihat dan petunjuk. Tetapi mengapa bapa sampai demikian rupa? Sudah cukup
rasanya air mata yang bapa keluarkan, sehingga sudah kurus kering badan bapa
karenanya "Demi Allah, sentiasa bapa teringat kepada Yusuf, sehingga
keadaan bapa menjadi sakit atau mungkin meninggal dunia.
Berkatalah Yaakub: Semua usahamu akan sia sia belaka,
takkan ada yang dapat menyembuhkan penyakitku ini, sebelum aku dapat bertemu
dengan Yusuf dan dapat melihat wajahnya. Sekalipun Yusuf sudah mati dimakan
serigala sebagaimana ucapanmu, tetapi selama aku masih dapat menghirup udara
dan masih berada di bawah lindungan langit yang biru, aku dapat merasakan suatu
perasaan yang berada dalam jiwa dan lubuk jantungku, wahyu Allah telah
berhembus dalam hatiku, sehingga aku masih mempunyai kepercayaan bahawa Yusuf
masih menghirup udara yang kuhirup, masih bernaung di bawah langit biru yang
melindungiiku ini. Hanya saja aku tidak mengetahui padang pasir manakah yang
sedang dijalaninya sekarang ini, entah ke timur atau ke barat tujuan
perjalanannya. Inilah yang menyebabkan kesedihan dan kepiluan hatiku. Bila kamu
sekalian ingin menyembuhkan aku dari penyakitku dan menghilangkan segala
kesedihan hatiku, pergilah kamu untuk menjelajahi bumi Allah yang luas ini,
carilah di mana Yusuf sekarang berada, walaupun kamu sudah mengatakan bahwa dia
sudah binasa. Carilah dia dengan segala kesungguhan dan kesabaranmu dan
janganlah kamu sampai berputus asa, kerana tidak akan berputus asa selain
mereka orang orang yang kafir.
Kata kata yang keluar dari mulut bapanya yang sudah tua
itu, sungguh menusuk lubuk hati mereka, dicucukkanlah tiap tiap kata yang
diucapkan oleh bapanya itu dengan rahsia rahsia yang mereka simpan selama ini.
Teringatlah mereka, bukankah Yusuf tidak jelas matinya, kerana mereka hanya
melemparkannya hidup hidup ke dalam telaga Jub itu? Mungkin dia dapat keluar
dari telaga itu dan setelah ia dapat keluan terus mengembara ke sana ke mari.
Tetapi di manakah gerangan Yusuf sekarang ini?
Sungguhpun tentang Yusuf masih meragukan hati mereka,
tetapi mengenai Bunyamin, jelas masih ada, sedang dalam tawanan raja dan
tempatnya pun sudah dikenalnya pula. Timbullah gerak dalam hati mereka untuk
mencuba mendapatkan Bunyamin lebih dahulu, kemudian baru berikhtiar mencari
Yusuf, sebab mereka beranggapan, dengan kembalinya Bunyamin lebih dahulu,
sedikitnya dapat juga mengurangi kesedihan hati bapanya.
Mereka lalu minta izin untuk berangkat kembali ke tanah
Mesir, mengadap pembesarnya yang masyhur itu, dengan maksud untuk meminta
saudaranya yang ditawan itu dengan permohonan setinggi tingginya, harapan yang
sebesar besarnya, lebih tinggi dari langit dan lebih besar dari bumi.
Setibanya di negeri Mesir, segera mereka mendapatkan
pembesar (Yusuf) serta menyampaikan permohonan: Ya Tuanku Pembesar, keadaan
memaksa kami untuk kembali ke mari mengadap Tuan. Kehendak kami akan menetap di
sini mendatangkan sembah dan sujud kepada Tuan, Hari yang selalu berubah. Bahan
bahan yang telah Tuan serahkan kepada kami semuanya telah habis, sedang keadaan
di tempat kami masih tetap susah, sedang bahaya kelaparan masih tetap mengancam
kami. Kami sengaja datang kembali untuk minta atas segala kemurahan hati Tuan,
agar Tuan suka memberi sedekah lagi kepada kami, untuk dapat menahan hidup
kami. Begitu pula bila Tuan masih menyukai dan berbuat baik terhadap kami,
sudilah kiranya Tuan melepaskan saudara kami yang sedang Tuan tahan itu, agar
dengan cara demikian dapatlah air mata bapa kami yang selalu bercucuran itu
ditahannya, begitu pula jantung beliau dapat diringankan.
Di saat itu Yusuf berpendapat, bahawa sudah datanglah
waktunya kini untuk membukakan rahsianya yang selalu ditutupinya, guna
memaklumkan kepada saudara saudaranya, bahawa dialah Yusuf, agar mereka itu
mengakui atas kebenaran dan kesalahan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Berkatalah Yusuf kepada saudara saudaranya itu: Ingatkah
kamu sekalian akan awal cerita di waktu kamu masih kecil kecil? Kamu diperkuda
oleh hawa nafsu dan dengki, menurutkan pengaruh buruk dari syaitan, sehingga
Yusuf kamu buang ke dalam telaga, kemudian saudaranya yang tertinggal selalu
kamu goda dan kamu hinakan. Masih teringatkah kamu, ketika salah seorang di
antaranya yang terkuat dengan kedua belah tangannya yang kuat itu memaksa Yusuf
untuk membuka semua pakaiannya? Sedang Yusuf ketika itu menangis terisak isak
minta dikasihani, tetapi tidak ada seorang pun di antaramu yang merasa kasihan
kepadanya dan dengan kasar kamu lemparkan dia ke dalam telaga yang jauh
terpencil di tengah tengah gurun Sahara yang panas, dan di sanalah pula kamu
tinggalkan Yusuf sendirian menunggu nasib dan takdir Tuhannya.
Mendengar cerita Yusuf itu, mulailah mereka tercengang
cengang, kehairanan. Dari siapakah pembesar itu tahu akan riwayat itu semua?
Apakah dari Bunyamin? Tetapi Bunyamin sendiri tidak turut ketika itu, tidak
pula mengetahui sedikitpun tentang kejadian itu dan tak seorang manusia pun
yang tahu.
Setelah menyimpulkan pendapat bahawa tak seorang juga
manusia yang mengetahui akan kejadian itu, mereka memerhatikan benar benar akan
gerak geri orang yang berkata kata di hadapannya, diingat ingatnya akan bentuk
dan keadaan diri Yusuf, akhirnya yakinlah mereka bahawa semua tanda tanda yang dapat
mereka ingat, memang bersamaan dengan orang yang berada di hadapan mereka itu,
lalu berkatalah mereka: Sesungguhnya engkau inilah kiranya Yusuf.
Dengan segera Yusuf menjawab: Betul saya adalah Yusuf, dan
ini Bunyamin adalah saudaraku sendiri. Allah telah mempertemukan kami, kerana
dia adalah hamba Tuhan yang taqwa dan penyabar, sedang Allah tidak akan menyia
nyiakan jasa hambaNya yang sabar itu.
Mendengan kisah itu, berubahlah warna muka mereka, terkejut
dan lebih terperanjat, dari mendengar petir yang dahsyat sekalipun. Mulut
mereka menjadi tertutup tak dapat berkata kata, badan mereka menjadi kaku tak
dapat bergerak rasanya. Kalau bumi mempunyai mulut dan mengangakan mulutnya
itu, rupanya mereka rela masuk ke dalamnya, agar ditelannya habis habis di saat
itu juga.
Tetapi Yusuf dengan segera menyabarkan mereka,
dijelaskannya bahawa mereka tidak akan menerima pembalasan apa apa, kerana
mereka itu saudaranya sendiri, saudara sebapa, sekalipun dahulu mereka pernah
berbuat kejahatan terhadap dirinya. Yusuf berkata kepada mereka: Aku tidak akan
bertindak apa apa atas dirimu sekalian. Tuhan telah mengampuni segala dosamu.
Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
Kembali kita kepada Nabi Yaakub yang sedang ditimpa cubaan
besar silih berganti, sebagaimana halnya yang dialami oleh Yusuf sendiri.
Memang kedua orang itu adalah orang orang suci yang harus lurus dalam menerima
cubaan yang bagaimanapun juga hebat dan dahsyatnya, cubaan yang tak mungkin
dapat diatasi oleh sebarang manusia.
Demikianlah, pada suatu pagi setelah Nabi Yaakub selesai
mengerjakan sembahyang, sehabis berdoa dan mengingat akan Allah, dia kembali
menangis tersedu sedu dengan sehebat hebatnya, ia seorang diri kerana tidak ada
orang yang menemaninya. Tiba tiba tangisnya terhenti, dadanya berasa lapang,
airmatanya tak mengalir, hatinya sangat nyaman. Dia pun hairan, dari manakah
gerangan datangnya perasaan yang demikian lega dan senang itu? Ketika itu
teringatlah dia akan Yusuf, terbayang pula dalam ingatannya akan wajah Yusuf.
Ketika itu keluarlah senyuman dari kedua belah bibirnya.
Tiba tiba Yaakub berteriak dengan sekuat suaranya: Sungguh,
aku mencium baunya Yusuf.
Tepat di saat itu sampailah unta yang dikenderai anak
anaknya dari Mesir, selain membawa buah tangan, mereka juga membawa sehelai
baju kepunyaan Yusuf. Baju itulah rupanya yang tercium oleh hidung Yaakub
sehingga ia merasakan nikmat, hilang segala kedukaannya.
Anak anaknya yang sembilan orang itupun segera turun dari
untanya, lalu melemparkan baju Yusuf yang sengaja mereka bawa itu ke hadapan
Yaakub, tepat mengenai hidungnya. Seketika itu juga mata Yaakub yang selama ini
buta dan kering, kini terbukalah serta dapat melihat dengan terangnya.
Di dalam keadaan yang serba nikmat bahagia itu, mereka
ceritakan kepada bapanya segala sesuatu yang telah terjadi dalam perjalanannya
ke Mesir yang ketiga kalinya ini, dimana mereka telah menemui pula pembesar
yang budiman itu, serta diterangkannya pula agar mereka sekaliannya berangkat
kembali ke Mesir, untuk menemui serta dapat hidup bersama sama dengan Yusuf.
Berkatalah Yaakub dengan sangat girangnya: Apa apa yang
sudah terjadi, marilah kita lupakan, sekalipun aku tidak dapat menghindarkan
seseorang dari seksaan Allah, namun aku mendoakan serta memintakan keampunan
kepada Allah, mudah mudahan Allah mengampuni segala dosa dosamu sekalian begitu
pula dosaku sendiri, kerana Allah Pemberi ampun dan Pengasih. Sekarang marilah
kita berangkat bersama sama menuju Mesir.
Setelah Yusuf melihat bapanya datang dan sedang dikelilingi
oleh saudara saudaranya yang berjumlah I I orang itu, sekalian saudara
saudaranya itu sujud bersimpuh di hadapan Yusuf sebagai tanda membesarkannya,
lalu berdiri di hadapan Yusuf dengan hormatnya. Seketika itu juga Yusuf
menengadahkan kedua belah tangannya ke langit, ia bersyukur atas nikmat dan
kurnia Allah yang dianugerahkan pada dirinya, sambil berkata: Tuhanku, Engkau
sudah memberi kekuasaan padaku dan Engkau telah mengajarkan akan takwil
mimpiku, Engkaulah yang menciptakan semuanya langit dan bumi. Engkaulah Waliku
di atas dunia dan di akhirat nanti, hendaknya Engkau mewafatkan aku dalam
keadaan aku beragama Islam dan masukkanlah aku dalam golongan orang orang yang
berbahagia.
Demikianlah riwayat kedua orang Nabi Besar yang mulia ini,
iaitu Nabi Yaakub dengan anaknya (Nabi Yusuf as.), yang tak kurang pula hebat
serta mendalam pembawaannya, dibandingkan dengan riwayat Nabi Ibrahim dengan
anaknya (Nabi Ismail). Begitu pula riwayat para Nabi dan Rasul lainnya. Hanya
dengan kesucian dan keimanan mereka kepada Allah sajalah yang dapat membawa
mereka dengan kejayaan dalam menghadapi perjuangan sucinya, Dengan itu pulalah
mereka dapat mengatasi segala rintangan dan bahaya yang mereka hadapi, rintangan
dan bahaya mana jauh lebih hebat dan sulit dari rintangan serta bahaya yang
dihadapi oleh manusia di zaman sekarang ini. Dengan berpedoman kepada
perjuangan mereka itu, insya Allah kita akan berhasil pula mengatasi segala
kesulitan yang terdapat sekarang ini dalam menghadapi penjuangan kita.
No comments:
Post a Comment