ZikirrulLlah
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
SIFAT
DUA PULUH
SIFAT
SALBIAH
Apakah
Maksud Sifat Salbiah ?
Sifat
salbiah itu merujuk kepada kesempurnaan Allah.
Kesempurnaan dalam kebesaran, keagungan, kesucian, ketinggian dan
kekuasaanNya dalam segala-galanya.
Lengkap yang tidak ada kurang, gagah yang tidak ada yang lemah, suci
yang tidak ada kotor dan sebagainya. Tiada bandingan dengan selainNya. Inilah pengertian salbiah.
Andainya
ada sifat yang tinggi, kedudukan Allah itu, adalah lebih tinggi, jika ada sifat
yang halus, kedudukan Allah itu, adalah lebih halus, jika ada sifat yang baik,
kedudukan Allah itu, adalah lebih baik, jika ada sifat yang putih, pastinya
kedudukan Allah itu, lebih putih dan begitulah seterusnya. Inilah yang dikatakan sifat salbiah iaitu
sifat kesempurnaan Allah. Ketiga-tiga
sifat nafsiah, ma'ani dan maknawiyah itu semuanya terkandung didalam sifat
salbiah (kesempurnaan)
Seandainya
ada makhluk yang mendatangkan sebab, sesungguhnya Allahlah yang terlebih dahulu
memberi sebab. Seumpama kita dengar ada
orang mati sebab dimakan harimau. Mati dimakan harimau itu, hanya sekadar
menjadi sebab mati atau menjadi punca mati.
Sedangkan punca dari segala punca dan sebab dari segala sebab itu adalah
datangnya daripada Allah. Mati kerana sebab harimau itu adalah sekadar sebab
tetapi yang jadi penyebabnya adalah Allah sendiri. Allahlah menjadi penyebab dari segala sebab.
Ketetapan
Allah itu, telah mendahului dan mengatasi kejadian makhluk. Inilah yang dikatakan bahawa sifat salbiah
itu, adalah sifat kebesaran dalam kesempurnaan Allah. Allah itu sempurna dalam segala kejadianNya.
Segala apa yang berlaku atas diri kita ini, adalah datangnya dari ketetapan
Allah yang terbaik. Terbaik untuk kita
dan terbaik juga untuk semua makhlukNya.
Kita sebagai makhluk yang berserah diri kepada Allah, hendaklah terima
segala apa yang berlaku itu dengan hati yang terbuka dan dengan hati yang
berterima kasih kepada Allah. Terimalah
segala yang berlaku atas diri kita itu, dengan berlapang dada dan bersyukur,
semua yang terjadi telah mengikut dari apa yang telah tersurat.
Sifat
salbiah itu bila dikaitkan dengan sifat 20, dibahasakan dengan panggilan musabit
iaitu punca dari segala punca dan sebab dari segala sebab. Menyabitkan sesuatu dengan sesuatu. Sabit ertinya punca dari segala punca dan
sebab dari segala sebab. Berlakunya
sesuatu sebab itu adalah datangnya dari punca sebab (penyebab) itulah yang
dikatakan musabit pada sifat 20. Punca
dari sesuatu sebab, pasti datangnya dari penyebab dan musabab dan sabit itu,
adalah dari musabit. Sifat salbiah
adalah sifat pada peringkat punca,
peringkat musabab atau peringkat musabab atau peringkat permulaan (musabit).
Sifat
Apakah Yang Terkandung Dalam Salbiah ?
Sifat
yang terkandung di dalam salbiah adalah ;-
1. Wahdaniah (Esa)
2. Sifat Qodim ertinya sedia Allah itu tanpa
permulaan.
3. Baqo' ertinya kekal Allah itu tanpa kesudahan
4. Mukholafatuhu ertinya Allah itu tiada
perbandingannya.
5. Qiyamuhu ertinya berdirinya Allah dengan
tiada perlu bantuan.
Kelima-lima
sifat tersebut tidak dimiliki oleh yang lain selain dari Allah. Kesempurnaan dalam keEsaan Allah (wahdaniah)
yang tidak dimiliki oleh selainnya.
Allah bersifat tunggal yang tidak berbilang-bilang pada sifat, perangai,
nama atau pun pada zatNya. Yang
berbilang-bilang itu pada wajahnya bukan pada sifat, perangai (perbuatan), nama
arau zatNya.
Kesempurnaan
Qodim atau sedianya Allah itu, dengan tidak ada permulaan, yang tidak dimiliki
oleh sifat makhluk lain selainNya. Alam ini terjadi dengan ada permulaan dan
ada akhirnya. Manakala sempurnaNya Allah
itu apabila terjadinya Ia, dengan tidak ada permulaan. Begitulah seterusnya pada sifat baqo', mukholafatuhu ta'ala lilhawadis dan qiyamuhu
binafsih.
Apakah
Bentuk Sifat Salbiah ?
Salbiah
adalah sifat yang berbentuk perkhabaran, yang mengkhabarkan perihal
kesempurnaan, kebesaran, dan kemuliaan
Allah. Sifat ini ada hanya ada pada
fikiran dan sifat ini hanya ada pada zat Allah sahaja. Sifat Allah yang tidak dapat diukur melalui
jauh dekat jaraknya, tidak dapat dianggarkan melalui ukuran besar
kecilnya. Seumpama sifat Qidam (sedia),
sedianya Allah Ta'ala itu dengan tiada permulaan, kita tidak dapat untuk
menggambar atau membayangkan bagaimana mulanya Allah itu terjadi, akal yang
diberi Allah pada kita, tidak dapat untuk mengkaji dan tidak dapat untuk
dicerita dan tidak dapat untuk diperlihatkan secara zahir. Begitu juga dengan sifat baqo' (berkekalan)
Allah Ta'ala itu tiada kesudahan,
bentuknya tidak dapat untuk diukur, tidak boleh untuk disukat dan
dianggarkan melalui kenyataan zahir. Di
atas sifat kebesaranNya, kita dikehendaki mempercayainya tanpa usul.
Apakah
Peranan Sifat Salbiah ?
Sifat
salbiah berperanan mengajar kita supaya mengenal erti sifat ketuhanan yang
tiada tandingan , tiada bandingan, tiada seumpama dengan yang lainNya.
Sifat
kita sebagai makhluk ini, tidak sama dengan sifat Allah. Lihat sajalah sifat kebesaran Allah yang lima
itu. Allah difatNya tidak ada permulaan
sedangkan kita ini bersifat baharu, yang ada mula dan akhir. Allah bersifat baqo' (kekal) sedangkan kita
bersifat menerima binasa, Allah bersifat bersalahan dengan yang baharu dan
tidak serupa dengan makhluk kejadiannya, manusia menggunakan mulut untuk
bercakap, telinga untuk mendengar, manakala sifat Allah tidak ada yang serupa,
seumpama dan tidak ada yang sepertiNya.
Sifat Allah yang qodim, tidak sama dengan sifat yang baharu (makhluk)
Allah
berdiri dengan sendiri (qiyamuhu) tidak perlu ada pertolongan benda lain,
sedangkan kita hidup ini memerlukan benda lain untuk menumpang hidup, seumpama
anggota perlu kepada tulang, daging, air dan udara untuk hidup. Apabila sakit kita perlu kepada ubat,
sedangkan Allah Ta'ala tidak memerlukan sokongan sesiapa atau sokongan dari
apa-apa. Allah adalah Esa, satu atau
tunggal, yang tidak ada bilangan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Manakala
manisia perlu ibu bapa untuk dilahirkan.
Sifat Allah tidak sama dan tidak serupa dengan sifat makhluk. Janganlah sekali-kali kita mengaku yang kita
ini Allah atau kita ini Tuhan. Selagi
bernama makhluk dan selagi bernama manusia, kita tidak boleh mengaku yang kita
ini Tuhan. Peranan sifat salbiah adalah
bagi menunjukkan kesempurnaan Allah, yang kesempurnaannya itu tidak ada
tandingan dengan sifat-sifat makhluk.
Bagi mereka yang mengenal Allah, mengenal diri dan bagi mereka yang
mendalami sifat salbiah, mereka tidak sekali-kali mengaku yang dirinya sebagai
Tuhan, apa lagi mengadakan sesuatu patong untuk disembah sebagai tuhan. Bagi mereka yang benar-benar mengenal Allah
dan mengenal diri, pekerjaan seumpama mempertuhankan patung, tidak akan
terlintas dihatinya. Yang mendakwa
dirinya tuhan, sesungguhnya mereka-mereka itu dari golongan yang sesat, yang
buta mata hati dan tersangat buta pula mata zahirnya.
Bagi
yang benar-benar mengenal Allah, nama Allah yang sebenar itu, bukan boleh
dilafaz dengan perkataan. Allah bukan
suara dan bukan huruf. Allah bukan
perkataan, samada perkataan aku atau perkataan dia. Tidak ada lagi perkataan "Allah atau
Tuhan", Allah atau Tuhan itu, hanya sekadar nama. Sedangkan Allah dan Tuhan yang sebenar itu,
sifatNya tidak berhuruf dan tidak bersuara.
Allah juga bukan terletak dan tidak tertaklok kepada nama. Sedangkan Allah itu bersifat di atas segala
kesempurnaan. Jika Allah ada nama untuk
di panggil, kesempurnaan Allah itu melebihi, mengatasi dan mendahului dari
panggilan. Allah itu adalah tuan kepada
yang empunya nama itu sendiri. Inilah
gambaran kebesaran Allah, yang hendak disampaikan melalui ilmu salbiah.
Panggilan nama atau lafazan Allah dari bibir mulut seorang yang tidsk mengenal
Allah, tidak ubah seumpama lafazan yang keluar dari mulut orang kafir. Mereka hanya tahu sebut sahaja, sedangkan
hakikat tuan yang empunya nama, sedikit pun mereka tidak tahu dan tidak mereka
kenal.
Allah
bukan sekadar lafazan, ucapan atau sebutan dari bibir dan lidah yang tidak
bertulang. Allah bukan perkara yang
berhuruf dan bukan perkara yang bersuara.
Allah yang sebenar itu, bukan sekadar panggilan nama. Allah itu bersifat maha besar, kesempurnaan
besarNya itu, melebihi daripada besarnya panggilan nama. Allah itu bersifat maha tinggi, kesempurnaan
tinggiNya itu, melebihi ketinggian panggilan nama.
Allah
itu maha besar dari sekadar panggilan.
Allah itu bukan sekadar sebutan suara dari bibir dan Tuhan itu bukan
sekadar lafazan dari perkataan lidah.
Allah bukan ain (benda) yang boleh digambar dengan sebutan nama, sebutan
huruf atau sebutan suara. Allah adalah
Allah, yang kesempurnaanNya melebihi sekalian nama. Andainya Allah itu, masih boleh dipanggil
dengan suara dan masih boleh dipanggil dengan nama, bermakna ianya bukan Allah
yang sebenar. Inilah kaedah penyampaian ilmu salbiah, bagi meletakkan
kesempurnaan Allah itu, melebihi dari yang lain.
Peranan
salbiah dalam sifat 20 itu adalah bagi menunjukkan bahawa apabila kita sudah
sampi kepada tahap ini (tahap sifat salbiah), kedudukan keyakinan hati kita
hendaklah hanya semata-mata kepada Allah.
Tidak lagi ada basa basi dan
tidak lagi dolak dalih, melainkan segalanya adalah hanya Allah
semata-mata. Sifat yang lain sudah tidak
lagi boleh di masuk perkiraan atau bilangan.
Peringkat atau tahap sifat salbiah adalah peringkat yang peranannya
hanya nampak dan lihat kesempurnaan Allah dalam segala hal dan segenap bidang.
Mereka-mereka
yang sampai ke peringkat salbiah, hatinya sudah menjadi mabuk dalam cahaya
kesempurnaan Allah. Sehingga tidak ada
lagi makhluk yang hendak dinafi, ditolak, dibuang, dan tidak ada lagi makhluk
yang hendak diisbatkan, diadakan semula, ditarik balik, dimasuk dan diambil
kembali, melainkan yang mereka nampak adalah hanya Allah. Bagi mereka Allah itu, sudah jelas dan nyata
dalam kebesaran dan kesempurnaanNya.
Peringkat
ini adalah peringkat zuk
Atau
pada peringkat karam. Mereka-mereka yang
sampi ke peringkat ini, adalah mereka-mereka yang jiwanya sudah tergadai dan
sudah terjual. Jiwa mereka-mereka ini,
adalah jiwa yang hanya diisi oleh cahaya Allah dan wajah Allah. Di jiwa mereka sudah penuh dengan cahaya
iman, cahaya ihsan. Apabila berkata
mereka itu, katanya merupakan kalam Allah swt. Inilah diantara peranan
pemahaman pelajaran ilmu sifat salbiah.
Melihat, mendengar dan sebagainya adalah dengan penglihatan dan
pendengaran Allah.
Jiwa
dan raga mereka-mereka yang sebegini, adalah jiwa dan raga yang tidak lagi
berfungsi, tidak lagi memberi sebarang faedah, jiwa dan raga yang tidak lagi
berupaya. Jiwa mereka seumpama hilang,
lenyap dan binasa. Hilang lenyap diri
yang zahir, membawa kepada hilang lenyap pula dirinya yang batin. Zahir dan batinnya sudah karam didalam lautan
wajah kesempurnaan Allah. Kefahaman
sifat salbiah Allah yang lima perkara, telah melimpah dan menerangi hatinya,
yang tidak lagi dapat dikawal oleh anasir pancaindera. Limpahan kefahaman sifat salbiah, tidak lagi
terkawal atau tifak lagi tertaklok oleh akal.
Sirna cahaya wajah ilahi, telah menyinari dirinya, nur Allah telah
membakar dirinya, sehingga dirinya kini, bukan dirinya yang dahulu. Dirinya kini seumpama sudah mati dan sudah
pulang kerahmatullah dan sedah kembali kepangkuan Allah.
Sesungguhnya
jantung dan nadinya masih berdenyut dan nyawanya pula masih dikandung badan,
diri mereka sebenarnya sudah mati dan sudah terkubur didalam cahaya Allah.
Inilah
peranan yang hendak diketengahkan, diterjemah dan disampaikan oleh sifat
salbiah. Inilah juga ilmu ulamak
terdahulu, yang hendak disampaikan kepada kita supaya difahami dan dimengerti
oleh yang berpandangan.
Peranan
sifat salbiah dan peranan sifat-sifat yang lain adalah sekadar hiasan bahasa,
sekadar kiasan dan sekadar perumpamaan semata-mata, sedangkan hati basyirah
yang berpandangan sahaja yang dapat menyelami bahasa yang tersirat disebalik
yang tersurat. Oleh itu renung-renunglah
bahasa isyarat dan bahasa kiasan yang dipertontonkan itu.
Dengan
mengenali bahagian-bahagian sifat 20 yang lima diatas, mudah-mudahan membawa
kita kepada mengenal Allah swt. Inilah
lazat, manis, zuk, cantik, mantiq dan nikmatnya bagi sesiapa yang dapat
menyelami dan bagi sesiapa yang mempelajari bidang ilmu ini. Inilah bidang ilmu makrifat dan ilmu kalam
yang tersembunyi disebalik huruf.
Bagaimana
Cara Merujuk Tafsiran Salbiah Pada Diri Kita?
Sifat
salbiah tidak boleh terzahir pada diri kita, melainkan hanya bagi Allah sahaja
sifat itu. Sifat esa, sedia, kekal
adalah sifat Allah yang bersalahan dengan sifat yang baharu dan Allah berdiri dengan
sendirinya. Lima sifat salbiah itu,
adalah sifat Allah yang mutlak bagiNya.
Sifat
mutlak bagi kita pula adalah bersifat banyak dan berbilang-bilang, ada melayu,
cina, india, besar kecil, tua muda, gemuk kurus dan sebagainya. Kita bersifat
baharu, ibu melahirkan kita dan kita pula melahirkan anak, begitulah
seterusnya. Kita bersifat binasa, hidup kita ini tidak kekal dan akan menemui
mati juga bila umur kita sudah tua.
Sifat kita bersamaan dengan makhluk lain, kita ada tangan makhluk lain
juga ada tangan. Kita ada kaki makhluk
lain juga ada kaki dan sebagainya. Hidup
kita juga bergantung kepada pertolongan sifat lain, seumpama kaki memerlukan
tulang untuk berdiri, hidup memerlukan pula kepada nyawa, makan perlu melalui
mulut dan sebagainya.
Sifat
ilmu yang ada pada kita pula dapat diukur tinggi rendahnya, namun kita tidak
dapat untuk mengukur sifat pemberi ilmu.
Kita dapat mengukur pendek atau panjangnya usia hidup kita, namun kita
tidak dapat mengukur sifat pemberi hidup.
Manakala
sifat kebesaran Allah itu tidak dimiliki oleh sekalian makhluk, hanya Allah
sahaja yang memiliki sifat kebesaran, yang melimpah dan meresapi jantung
kita. Limpahan kebesarannya itulah yang
ada pada diri kita.
Apabila
kita mentelaah pelajaran sifat salbiah, jangan kita lupa untuk
menterjemahkannya pula kepada diri kita sendiri dan menghubung kaitkannya pula
kedalam kalimah syahdah. Pengajian ilmu
ini bukan setakat untuk tahu meletakkan perkatsan Allah pada tempatnya, yang
lebih penting lagi adalah tahu akan maksud Allah dalam sifat salbiah dan
hubungkaitnya dengan kalimah syahdah dan diterjemahkan pula ke atas diri.
Dalam
pengajian ilmu makrifat, konsep kefahaman sifat salbiah, hendaklah sampai
kepada tahap penamat dan tahap penghujung ilmu penyerahan. Seandainya kita masih dapati yang diri kita
ini masih ada, bererti Allah tidak ada dan tidak Esa. Seandainya pemahaman ilmu kita sampai ketahap
salbiah, diri kita ini hendaklah berada didalam kedudukan tidak ada atau dalam
ertikata binasa secara keseluruhan.
Selepas semua makhluk telah dianggap binasa, barulah kita dapat nampak
bahawa Allah itu benar-benar wahdah, qidam, baqo' dan sebagainya.
Dalam
ilmu makrifat, konsep penghayatan ilmu adalah amat penting. Iaitu konsep meletakkan sifat Allah sesuai
pada tempatnya dan membuat perbandingan pula dengan diri sendiri. Inilah yang dikatakan konsep kefahaman yang
berteraskan dan berasaskan kepada pemahaman dan penghayatan makrifat. Faham apa itu sifat salbiah dan faham
bagaimana hubungkaitnya dengan kalimah syahdah dan faham pula bagaimana cara
untuk meletak dan menterjemahkan keatas diri sendiri. Sifat 20 didalam salbiah menyatakan yang
Allah itu Esa (satu atau tunggal), manakala jika diterjemahkan kepada diri
kita, jadilah diri kita ini sifat yang berbilang-bilang. Maksud berbilang pula adalah merujuk kepada
sifat kaki tidak sama dengan sifat tangan.
Apabila ada mulut ianya tidak sama dengan sifat telinga. Apabila ada isteri (perempuan) tidak sama
dengan sifat suami (lelaki). Sedanglan
EsaNya Allah itu membawa maksud bahawa hayatNya itu adalah kudratNya dan
kudratNya pula adalah hayatNya. Sifat Allah tidak berbilang-bilang, sifat Allah
tidak berpisah dengan zatNya manakala zatNya pula tidak bercerai dengan
sifatNya. Empat sifat (zat, sifat,
afa'al dan asma') itu, sebenarnya adalah satu.
Kata-kata Allah (kalam Allah) adalah juga ilmuNya dan ilmuNya adalah
juga kalamNya. Sedangkan kedudukan diri
kita boleh dibahagi-bahagikan mengikut anggota, boleh dibahagi-bahagikan
mengikut nama dan sebagainya.
Semasa
melafaskan kalimah syahadah (kalimah Allah), konsep lima sifat salbiah
hendaklah diterapkan sehingga sampai ketahap pemahaman yang tinggi. Allah itu
hendaklah diterjemah dan dikiaskan (ditafsirkan) kepada diri kita. Apabila dibalikkan kepada diri, jadilah diri
kita ini binasa, benda yang tidak kekal.
Benda yang tidak kekal pada kebiasaannya menemui mati (binasa).
Jika
kita tahu yang diri kita ini bersifat binasa, apabila sudah binasa maknanya
diri kita ini tidak ada ( tidak wujud ), sesudah diri kita tidak ada, barulah
sifat ada (sifat wujud) itu benar-benar menjadi milik Allah yang mutlak. Setelah semuanya menjadi milik Allah, barulah
apa yang kita nampak, pandang dan lihat itu menjadi rupa paras wajah Allah. Barulah apa yang kita lihat itu terpandang
Allah. Selagi ada sifat makhluk, sifat
hakiki Allah akan tertutup dan terlindung, yang membuatkan kita tidak dapat
untuk melihat wajahnya. Sifat diri yang
ada ini hendaklah dikembalikan kepada Allah.
Setelah sifat diri dikembalikan kepada Allah, itulah tandanya kita telah
tahu konsep salbiah. Konsep ilmu salbiah
itu, apabila kita sudah dapat melihat kesempurnaan Allah atas sifat makhlukNya.
"Maka
apabila aku telah mencintai kepadanya, akulah yang menjaga pendengaran yang
dengan itu dia mendengar, penglihatannya yang dengan itu dia melihat, tangannya
yang dengan itu dia memukul dan kakinya yang dengan itu dia berjalan dan bila
dia meminta kepadaku, sesungguhnya aku berikan dan bila ia meminta perlindungan
kepadaku sungguh akan aku lindungi"
TAMAT
...................................................
No comments:
Post a Comment