30 March 2020

Bumi Semakin Parah




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 



Bumi Semakin Parah
Hukum Keabadian Tenaga menyatakan,

"Bahawa tenaga tidak boleh termusnah atau tercipta tetapi hanya boleh berubah bentuk dari satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain."~SAINTIS BARAT YANG KUFUR.

Hukum Termodinamik Pertama menjelaskan lagi hukum di atas dengan menyatakan,

"Pertambahan atau pengurangan Tenaga Dalaman dalam sesebuah Sistem adalah bersamaan dengan Tenaga Luaran yang ditambah kepada sesebuah Sistem, ditolak Kehilangan Tenaga dari Sistem akibat Kerja yang dilakukan terhadap Persekitarannya."~SAINTIS BARAT YANG KUFUR.

atau secara formulanya dU = δQ - δW

di mana,

dU adalah perubahan tenaga yang berlaku di dalam Tenaga Dalaman sesebuah Sistem.

δQ adalah Tenaga Haba Luaran yang ditambah kepada sistem, manakala

δW adalah jumlah Kerja yang dilakukan oleh sesebuah sistem.

Kedua-dua pernyataan di atas amat penting dan telah terbukti dalam kajian termodinamik lalu telah dijadikan hukum-hukum. Hukum dalam sains ialah sesuatu yang sahih dan muktamad.

Bagi membuktikan Bumi semakin lemah, saya andaikan bahawa,

1. Bumi sebagai suatu Sistem yang bertenaga dalaman.
2. Sinar Matahari sebagai Tenaga Luaran yang ditambah kepada Bumi.
3. Aktiviti Manusia menggunakan Tenaga Dalaman untuk menghasilkan Kerja.
4. Ruang angkasa lepas sebagai Persekitaran.

Bumi tanpa manusia adalah suatu Sistem yang stabil yang wujud dalam keseimbangan. Pertambahan populasi manusia telah menggiatkan perindustrian dan penggunaan bahanapi dari sumber alam untuk melakukan Kerja. Secara sedar, manusia menyumbang kepada kerosakan bumi seperti firman Tuhan yang bermaksud,

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"." (QS. al-Baqarah 2:30)

Walaupun Tuhan telah menjadikan nikmat di muka bumi untuk dimanfaatkan oleh manusia, manusia lalai untuk bersyukur atas nikmat kejadian dengan tidak melakukan pemuliharaan terhadap kemusnahan alam. Tuhan berfirman yang bermaksud,

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (QS. al-An'aam 6:99)

"Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur." (QS. al-A'raf 7:58)


Bahanapi dari sumber alam yang telah diteroka secara meluas untuk melakukan Kerja ialah:-

* Petroleum yang menjana kenderaan, janakuasa elektrik dan jentera industri.
* Arang batu yang menghidupkan janakuasa elektrik
* Logam radioaktif (contohnya; plutonium, radium dan uranium) yang menghidupkan janakuasa nuklear.


Ketiga-tiga sumber di atas mengandungi Tenaga Kimia yang kemudiannya ditukar bentuk (oleh aktiviti manusia di atas) untuk melakukan Kerja dan sebahagian besarnya dibazirkan kepada tenaga haba dan tenaga cahaya kerana pertukaran tenaga tidak berlaku secara sempurna. Misalnya, tenaga kimia dari petrol yang dibakar (tenaga haba) oleh enjin kereta akan dibazirkan sebagai haba pelepasan gas ekzos dan kepanasan enjin. Janakuasa elektrik arang batu TNB akan membazirkan haba ketika menjana tenaga elektrik ke rumah kita.

Tenaga haba dan cahaya yang dibazirkan sewaktu Kerja terlaksana akan dipancar keluar dari bumi secara radiasi haba dan cahaya ke ruang angkasa lepas. Sepatutnya radiasi keluar tenaga haba dan cahaya dari bumi akan menyejukkan suhu muka bumi sementara tenaga cahaya dan haba yang diserap bumi dari matahari pula akan memanaskan bumi disamping menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuhan (penggantian tenaga kimia). Keadaan normal dari kesan penyejukan dan pemanasan ini mewujudkan keadaan keseimbangan tenaga bumi. Suhu muka bumi juga seimbang.

Ketidakseimbangan tenaga dan suhu bumi berlaku apabila; "tenaga yang diserap dari sinar matahari melebihi daripada tenaga yang di pancar keluar dari bumi". Keadaan ini dipanggil Kesan Greenhouse atau Pemanasan Global di mana suhu muka bumi menjadi panas.

Keadaan ini berlaku bila bahan cemar dari pelepasan partikel karbon hitam serta gas karbon dioksida (dari pembakaran petroleum dan hutan) dan pelepasan gas metana (dari pencemaran industri) membentuk suatu lapisan penebat pada atmosfera bumi. Lapisan ini menghalang pancaran keluar haba dan cahaya daripada muka bumi menyebabkan haba panas menyelubungi bumi. Lapisan ini pula menyerap tenaga matahari dengan banyak dan ini mengakibatkan suhu muka bumi bertambah meningkat lagi bila "tenaga haba terperangkap dan ditambah lagi peningkatan serapan tenaga matahari".

Peningkatan haba yang berterusan ini bertambah serius bila suhu air lautan meningkat. Secara fizikalnya bila lautan menjadi panas, ia lambat untuk menyejuk. Maka lapisan ais di kedua kutub pun mencair dan berlakulah peningkatan aras air lautan. Daratan akan semakin tenggelam.

Kesan penipisan lapisan Ozon akibat pencemaran gas CFC lebih memburukkan keadaan. Lapisan Ozon menyerap sinar ultra-ungu (UV) dari sinaran matahari. Lapisan Ozon yang semakin tipis akan lebih membenarkan sinar UV untuk terus sampai ke muka bumi. Sinar UV yang terus sampai boleh menyebabkan barah kulit, kemusnahan tanaman padi dan kepupusan plankton (rantaian makanan hidupan marin yang penting).

Tuhan telah menjadikan bumi dan segala isi cakerawala dan planet-planet pada kedudukannya (pada garis edar orbit) yang stabil dan seimbang seperti firman Tuhan yang bermaksud,

"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (QS. al-Anbiya 21:32-33)


Semakin lama usia bumi, semakin perlahan putaran pada paksinya. Ini adalah kerana bumi kehilangan tenaganya apabila tenaga haba dan cahaya dipancar keluar ke angkasa lepas. Tenaga yang 'hilang' itu kebanyakannya datang dari tenaga kimia dari perut bumi (petroleum, arang batu dan logam radioaktif) yang ditukar kepada tenaga untuk kegunaan manusia. Berjuta-juta tan beratnya tenaga kimia dilombong setiap hari. Semakin lama semakin kuranglah jisim bumi.

Pengurangan jisim bumi akan mengurangkan kekuatan tolakan magnet kutub utara dan selatan yang membuatkan bumi berputar pada paksinya. Pengurangan jisim bumi juga mengurangkan momentum bumi untuk terus berputar. Putaran bumi yang semakin perlahan akan menyebabkan waktu siang dan waktu malam yang lebih lama. Sekiranya waktu siang mencapai 30 jam sehari (sekarang 12 jam sehari), segala air lautan dan tasik akan kering dan seterusnya mukabumi akan terbakar. Selepas bumi terhenti berputar pada paksinya, ia akan cenderung untuk berputar melawan arah selama beberapa jam kerana tarikan graviti matahari dan manusia di bumi akan melihat matahari terbit dari sebelah barat!

Semakin perlahan putaran bumi akan membuatkan peredaran bumi semakin perlahan mengelilingi matahari. Ini disebabkan tenaga kinetik putaran yang menghayun bumi mengedari matahari semakin lemah. Apabila halaju peredaran bumi mengelilingi matahari semakin lemah, daya memusat eliptikal yang mengekalkan bumi pada orbit (petala) nya juga semakin lemah. Bumi akan terkeluar dari orbitnya disebabkan tarikan oleh graviti matahari lalu bergerak menuju ke arah matahari.

Sewaktu inilah belaku bumi berpusing-pusing secara rawak dan seterusnya bertukar ke fasa gas dan hilang ditelan suhu panas sebelum pun sempat menghentam matahari.

Nampaknya SAINTIS BARAT YANG KUFUR dan tidak percaya kepada Pencipta melalui hukum-hukum mereka terpaksa juga tunduk dengan Tuhan dan Hari Kiamat!
Beberapa firman Tuhan mengenai gambaran kiamat yang bermaksud,

"Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan, dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan), dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dipanaskan," (QS. at-Takwir 81: 1-6)

"(iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kami lah yang akan melaksanakannya." (QS. al-Anbiya 21:104)

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)." (QS. az-Zumar 39:67-68)

No comments: