اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
MEMAHAMI AKU
Bismillahi rahmani rahim
Ketahuilah olehmu wahai anak-anakku akan siapakah yang
dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia
Ketuhananmu.
Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku
bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah
yang dimaksudkan kepada AKU.
AKU.
Adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana
jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu.
AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang
nyata kerana ia bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah
satu rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi penyata bagi
Zatullah. AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan Yang Maha
Kuasa.
Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana
ia (aku) itu adalah Benyata bagi Zat Tuhan atau dengan kata lain dia (aku)
itulah Kenyataan Tuhan.
Sesungguhnya Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan
keadaan dirinya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan
macam-macam lagi, kerana ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan
sesuatu apa pun. Oleh kerana itulah Tuhan mahu memperkenalkan DIRINYA maka ia
telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan nya dan ia yang bernama AKU.
Dalam ilmu hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan
nama AMAR ROBBI ….urusan tuhan, dan ia membawa makna kepada keadaan Tuhan
padanya. Perlu di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi ianya Penyata yang
dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah
Kebesaran Tuhan itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Tuhan tidak
akan nyata dan kita tidak akan tahu yang tuhan itu ada walaupun ia ada.
Didalam ilmu yang kita perlajari ini saya ingin menyatakan
bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan
Tuhan pada jasadku ini. Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah
menjadi DIRI pula.
AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah
berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya
daripada nyalah (AKU) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.
Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu
Khazanah Tuhan kepada kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu
darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan
nya.
AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu
sahaja kerana ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa
paras dan bentuk.
Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan
keberadaanku pada badan dirimu itu. AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu
tanpaku kau akan mati.
Anak-anakku…….ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah
Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat yang telah digantungkan oleh Tuhan
bagi menyatakan dan mendalilkan akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya (sifat) ia
dapat mentadbir alam badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam
Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani.
Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan
itulah siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah
iaitu……..
1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman
Sifat-sifat ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan
keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU
itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).
Adalah Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya
tidaklah mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan kalimah AKU ini
saya menyatakan ianya adalah penyataan. Umpama lampu suluh mengeluarkan cahaya
dan menyuluh dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada
cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya yang berada pada dinding
itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….
Tentu tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang
jauh, kerana ianya adalah tali bertali dari punca yang sama. Maka tali itulah
bagi AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat
Maknawiah dan ia dari Tuhan jua datang nya. MANLA YAKRIF FALA YAKZUK…barang
siapa tak mengenal maka tak akan merasai.
Anak-anakku kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal
ini kepada kedudukan AKU kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu
adalah dari Zat jua adanya. Dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu
daripada ilmunya.
Kau jangan bicara tentang keadaan zat tuhan kerana kau tak
mampu untuk itu,cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula
dirimu dan darinya dirimu terbit,.kata orang bijak pandai “mengenal diri
mengenal tuhan” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.
AKU…….adalah kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan
nya,bila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap
didalamnya itulah saya mengatakan ianya adalah zat diri,bukan zat tuhan.kerana
AKU adalah AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan
AKU,akan tetapi AKU datangnya dari TUHAN.
AKULAH ………………..ketuhanan.
Renungilah olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu
dan mengerti dan temuilah AKU,kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil
penyataan af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses
semulajadi.AKU…..yang menanggung amanah dari tuhan membawa dan menerima suatu
tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun akhirat.
Ingat-ingatlah wahai anak-anakku………..dalam perjalanan ini
pastikan kau meletakkan semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup
mencukupi bagi mu.rahsia ilahi yang maha kuasa itulah yang menjadi
bekalanmu.AKU……..yang hidup tiada mati,kekal tiada binasa menjadi diri bagi
badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan rahsia
ilahi………..
AKU adalah Rahsia Tuhan Menyata Sifat Yang Maha EsaKini aku
telah berbadan …Hidup didunia sebagai hamba.
Subscribe to posts
MAQAM MAQAM ROH
posted Oct 15, 2009, 1:24 AM by ALIF BRAJA [ updated Apr 23, 2013, 11:33 AM ]
Dalam istilahi tasawwuf yang dimaksud maqamat sangat berbeza
dengan maqam dalam istilah umum yang bererti kubur. Pengertian maqamat secara adalah bentuk jamak dari kata
maqam, yang berarti kedudukan kerohanian
Maqam erti nya :
1) adalah "tempat berdiri", dalam istilah sufis
bererti tempat atau martabat seseorang hamba di hadapan Allah pada saat dia
berdiri menghadap kepada-Nya. Adapun "ahwal" bentuk jamak dari 'hal'
2) biasanya diartikan sebagai keadaan minda atau fikiran
yang dialami oleh para sufi celah-celah perjalanan kerohaniannya
Dengan erti kata lain, maqam diertikan sebagai suatu tahap
adab
kepadaNya dengan
bermacam usaha diwujudkan untuk satu tujuan
pencarian dan ukuran tugas masing-masing yang berada dalam
tahapnya
sendiri ketika dalam keadaan tersebut, serta tingkah laku
riyadah
menuju kepadanya.
3 Seorang sufi tidak
dibenarkan berpindah ke suatu maqam
lain, kecuali setelah menyelesaikan syarat-syarat yang ada
dalam maqam
tersebut. Tahap-tahap atau tingkat-tingkat maqam ini
bukannya berbentuk
yang sama di antara ahli-ahli sufi, namun mereka
bersependapat bahawa
tahap permulaan bagi setiap maqam ialah taubah.
Rentetan amalan para sufi tersebut di atas akan memberi
kesan kepada
keadaan rohani yang disebut sebagai al-ahwal yang diperoleh
secara
rohaniah dalam hati secara tidak langsung sebagai anugerah
daripada Allah
semata-mata, daripada rasa senang atau sedih, rindu atau
benci, rasa takut
atau sukacita, ketenangan atau kecemasan secara berlawanan
dalam kenyataan
dan pengalaman dan sebagainya.
4 Al-Maqamat dan al-ahwal adalah dua bentuk kesinambungan
yang bersambungan dan bertalian daripada sebab akibat amalan-amalan melalui
latihan-latihan rohani.
Banyak pendapat yang berbeza untuk mendefinisikan maqamat,
di antaranya :
Al Qusyairi,
menjelaskan bahwa maqamat adalah etika seorang hamba dalam wushul (mencapai,
menyambung) kepadanya dengan macam upaya, diwujudkan dengan tujuan pencarian
dan ukuran tugas. Al Qusyairi menggambarkan maqamat dalam taubat - wara - zuhud
- tawakal - sabar dan Ridha.
Al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin membuat sistematika
maqamat dengan taubat - sabar - faqir - zuhud - tawakal - mahabbah - ma'rifat
dan redha.
At Thusi menjelaskan maqamat sebagai berikut : Al Taubat -
Wara - Zuhud - faqir - sabar - redha - tawakal - ma'rifat.
Al Kalabadhi (w. 990/5) didalam kitabnya "Al taaruf Li
Madzhab Ahl Tasawuf", menjelaskan ada sekitar 10 maqamat : Taubat - zuhud
- sabar - faqir - dipercaya - tawadhu (rendah hati) - tawakal - redha -
mahabbah (cinta) -dan ma'rifat.
Ibn Arabi dalam kitab Al futuhat Al Makiyah bahkan
menyebutkan enam puluh maqam tetapi tidak memperdulikan sususunan maqam
tersebut.
Maqam-maqam di atas harus dilalui oleh seorang sufi yang
sedang mendekatkan diri kepada Tuhannya. Karena urutan masing-masing ulama sufi
dalam menentukan urutan seperti yang tersebut di atas tidak seragam sehingga
mengelirukan murid, biasanya Syaikh (guru) tasawuf akan memberikan petunjuknya
kepada muridnya.
Menjelaskan perbezaan tentang maqamat dan hal mengelirukan
karena definisi dari masing-masing tokoh tasawuf berbeza tetapi umumnya yang
dipakai sebagai berikut:
Maqamat adalah perjalanan rohaniah yang diperjuangkan oleh
para Sufi untuk memperolehnya. Perjuangan ini pada hakikatnya merupakan
perjuangan srohaniah yang panjang dan melelahkan untuk melawan hawa nafsu
termasuk ego manusia yang dipandang sebagai berhala besar dan merupakan
halangan untuk menuju Tuhan.
Didalam kenyataannya para Saliki memang untuk berpindah dari
satu maqam ke maqam lain itu memerlukan waktu yang bertahun- tahun, sedangkan
"ahwal" sering diperoleh secara spontan sebagai hadiah dari Tuhan.
Contoh ahwal yang sering disebut adalah : takut , syukur, rendah hati, ikhlas,
takwa, gembira. Walaupun definisi yang diberikan sering berlawanan makna, namun
kebanyakan mereka mengatakan bahwa ahwal dialami secara spontan dan berlangsung
sebentar dan diperoleh bukan atas dasar usaha sedar dan perjuangan keras, seperti
halnya pada maqamat, melainkan sebagai hadiah dari kilatan Ilahiah , yang biasa
disebut "lama'at".Menurut al-Qusyairi (w. 465 H) maqam adalah tahapan
adab (etika) seorang hamba dalam rangka wushul (sampai) kepadaNya dengan
berbagai upaya, diwujudkan dengan suatu tujuan pencarian dan ukuran tugas.
Adapun pengertian maqam dalam pandangan al-Sarraj (w. 378 H)
yaitu kedudukan atau tingkatan seorang hamba dihadapan Allah yang diperoleh
melalui serangkaian pengabdian (ibadah), kesungguhan melawan hawa nafsu dan
penyakit-penyakit hati (mujahadah), latihan-latihan spiritual (riyadhah) dan
mengarahkan segenap jiwa raga semata-mata kepada Allah.
Semakna dengan al-Qusyairi, al-Hujwiri (w. 465 H) menyatakan
bahwa maqam adalah keberadaan seseorang di jalan Allah
yang dipenuhi olehnya kewajiban-kewajiban yang berkaitan dengan maqam itu serta
menjaganya hingga ia mencapai kesempurnaannya.
Jika diperhatikan beberapa pendapat sufi diatas maka secara terminologis
kesemuanya sepakat memahami Maqamat bermakna kedudukan seorang pejalan
spiritual di hadapan Allah yang diperoleh melalui kerja keras beribadah,
bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan latihan-latihan spiritual sehingga
pada akhirnya ia dapat mencapai kesempurnaan. Bentuk maqamat adalah
pengalaman-pengalaman yang dirasakan dan diperoleh seorang sufi melalui
usaha-usaha tertentu; jalan panjang berisi tingkatan-tingkatan yang harus
ditempuh oleh seorang sufi agar berada sedekat mungkin dengan Allah. Tasawuf
memang bertujuan agar manusia (sufi) memperoleh hubungan langsung dengan Allah
sehingga ia menyadari benar bahwa dirinya berada sedekat-dekatnya dengan Allah.
Namun, seorang sufi tidak dapat begitu saja dekat dengan Allah. Ia harus
menempuh jalan panjang yang berisi tingkatan-tingkatan (stages ataustations).
Jumlah maqam yang harus dilalui oleh seorang sufi ternyata bersifat relatif.
Artinya, antara satu sufi dengan yang lain mempunyai jumlah maqam yang berbeda.
Ini merupakan sesuatu yang wajar mengingat maqamat itu terkait erat dengan
pengalaman sufi itu sendiri.
Ibn Qayyim al-Jauziyah (w. 750 H) berpendapat bahwa Maqamat
terbagi kepada tiga tahapan. Yang pertama adalah kesadaran (yaqzah), kedua
adalah tafkir (berpikir) dan yang ketiga adalah musyahadah. Sedangkan menurut
al-Sarraj Maqamat terdiri dari tujuh tingkatan yaitu taubat, wara’, zuhd, faqr,
shabr, tawakkal dan ridha.
Al Ghazali dalam
kitab Ihya Ulumudin membuat sistematika maqamat dengan taubat – sabar – faqir –
zuhud – tawakal – mahabah – ma’rifat dan ridha. At Thusi menjelaskan maqamat
sebagai berikut : Al Taubat – Wara – Zuhud – faqir – sabar – ridha – tawakal –
ma’rifat. Al Kalabadhi (w. 990/5) didalam kitabnya “Al taaruf Li Madzhab Ahl
Tasawuf” menjelaskan ada sekitar 10 maqamat : Taubat – zuhud – sabar – faqir –
dipercaya – tawadhu (rendah hati) – tawakal – ridho – mahabbah (cinta) -dan
ma’rifat.
Tentang "Hal", dapat diambil contoh beberapa item
yang diungkapkan oleh al-
Thusi sebagai item yang termasuk di dalam kategori hâl
yaitu:
Al-murâqabat (rasa
selalu diawasi oleh Tuhan),
al-qurb (perasaan dekat kepada Tuhan),
al-mahabbat (rasa cinta kepada Tuhan),
al-khauf wa al-rajâ’
(rasa takut dan pengharapan kepada Tuhan),
al-syawq (rasa
rindu),
al-uns (rasa
berteman),
al-thuma’nînat (rasa tenteram),
al-musyâhadat
(perasaan menyaksikan Tuhan dengan mata hati), dan
al-yaqîn (rasa yakin).
Kembali kepada masalah Al-Maqaamaat dan Al-Akhwaal, yang
dapat
dibezakan dari dua segi:
a). Tingkat kerohanian yang disebut maqam hanya dapat
diperoleh
dengan cara pengamalan ajaran Tasawuf yang sungguh-sungguh.
Sedangkan
ahwaal, di samping dapat diperoleh manusia yang
mengamalkannya, dapat
juga diperoleh manusia hanya karena anugErah semata-mata
dari Tuhan,
meskipun ia tidak pernah mengamalkan ajaran Tasawuf secara sungguh-
sungguh.
b) Tingkatan kerohanian yang disebut maqam sifatnya
bertahan lama, sedangkan ahwaal sifatnya sementara; sering
ada pada
diri manusia, dan sering pula hilang. Meskipun ada pendapat
Ulama
Tasawuf yang mengatakan bahwa maqam dan ahwaal sama pengertiannya,
namun penulis mengikuti pendapat yang membeZakannya beserta
alasan-
alasannya.
Tentang jumlah tingkatan maqam dan ahwaal, tidak disepakati
oleh Ulama
Tasawuf. Abu Nashr As-Sarraaj mengatakan bahwa tingkatan
maqam ada
tujuh, sedangkan tingkatan ahwaal ada sepuluh.
Adapun tingkatan maqam menurut Abu Nashr As-Sarraj, dapat
disebutkan
sebagai berikut:
a). Tingkatan Taubat (At-Taubah);
b) Tingkatan pemeliharaan diri dari perbuatan yang haram dan
yang
makruh, serta yang syubhat (Al-Wara');
c). Tingkatan meninggalkan kesenangan dunia (As-Zuhdu).
d) Tingkatan memfakirkan diri (Al-Faqru).
e). Tingkatan Sabar (Ash-Shabru).
f). Tingkatan Tawakkal (At-Tawakkul).
g). Tingkatan kerelaaan (Ar-Ridhaa).
Mengenai tingkatan hal (al-ahwaal) menurut Abu Nash As
Sarraj, dapat
dikemukakan sebagai berikut;
a). Tingkatan Pengawasan diri (Al-Muraaqabah)
b). Tingkatan kedekatan/kehampiran diri (Al-Qurbu)
c). Tingkatan cinta (Al-Mahabbah)
d). Tingkatan takut (Al-Khauf)
e). Tingkatan harapan (Ar-Rajaa)
f). Tingkatan kerinduan (Asy-Syauuq)
g). Tingkatan kejinakan atau senang mendekat kepada perintah
Allah
(Al-Unsu).
h). Tingkatan ketenangan jiwa (Al-Itmi'naan)
i). Tingkatan Perenungan (Al-Musyaahaah)
j). Tingkatan kepastian (Al-Yaqiin).
Maqām merupakan tahapan-tahapan thariqah yang harus dilalui
oleh seorang salik, yang membuahkan keadaan tertentu yang merasuk dalam diri
salik. Misalnya maqām taubat, seorang salik dikatakan telah mencapai maqām ini
ketika dia telah bermujahadah dengan penuh kesungguhan untuk menjauhi segala
bentuk maksiat dan nafsu syahwat. Dengan demikian, maqām adalah suatu keadaan
tertentu yang ada pada diri salik yang didapatnya melalui proses usaha riyadhah
(melatih hawa nafsu).
Sedangkan yang dimaksud dengan hāl − sebagaimana diungkapkan
oleh al-Qusyairi − adalah suatu keadaan yang dianugerahkan kepada seorang sālik
tanpa melalui proses usaha riyadhah.
Namun, dalam konsep maqām ini Ibn Atha’illah memiliki
pemikiran yang berbeza, dia memandang bahawa suatu maqām boleh dicapai bukan
karena adanya usaha dari seorang salik, melainkan semata anugerah Allah swt.
Karena jika maqām dicapai karena usaha salik sendiri, sama halnya dengan
menisbatkan bahwa salik memiliki kemampuan untuk mencapai suatu maqām atas
kehendak dan kemampuan dirinya sendiri.
Pun jika demikian, maka hal ini bertentangan dengan konsep
fana’ iradah, iaitu bahwa manusia sama sekali tidak memiliki kehendak, dan juga
bertentangan dengan keimanan kita bahwa Allah yang menciptakan semua perbuatan
manusia. Dengan demikian, bagi seorang salik untuk mencapai suatu maqām
hendaknya salik menghilangkan segala kehendak dan angan-angannya (isqath
al-iradah wa al-tadbir).
Mengenai maqām, Ibn Atha’illah membahaginya tingkatan maqam
sufi menjadi 9 tahapan;
1. Maqam taubat
2. Maqam zuhud
3. Maqam shabar
4. Maqam syukur
5. Maqam khauf
6. Maqam raja’
7. Maqam ridha
8. Maqam tawakkal
9. Maqam mahabbah
MAKRIFAT KEPADA ALLAH
posted Oct 13, 2009, 12:58 AM by ALIF BRAJA [ updated Apr 23, 2013, 11:31 AM ]
da pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan
Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:-
1. Makrifat diri yang zahir.
2. Makrifat diri yang bathin.
3. Makrifat Tuhan.
APA GUNA MAKRIFAT?
Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal
yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata:
"AWALUDDIN MAKRIFATULLAH"
Ertinya: Awal ugama mengenal Allah.
Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu
serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan
diantara Tuhan dengan hamba.
BAITULLAH KALBU MUKMININ
Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baliq
diibaratkan bunga yang sedang menguntum,tidak ada seekor ulat atau kumbang yang
dapat menjelajahnya! apabila dewasa (aqil baliq) maka hati itu ibaratkan bunga
yang sedang mengembang,maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga itu!
Sesungguhnya amalan makrifat dan zikir yang dibaiah itu
adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum semula seperti hati
kanak-kanak yang suci-bersih!
Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang
tertutup rapat dan dijaga dengan baik! sekiranya tutup itu tidak jaga dengan
baik atau tutupnya sudah rosak,maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula
itu makanannya!
PEPERANGAN
Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan
lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)",
setiap saat denyut jantung ku ini, aku akan terus berperang.Sesungguhnya iblis
itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam !Sekiranya aku tidak ada
bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!Keluar masuk nafas anak Adam
adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam
tidak bersenjata, pasti ia kecundang!
ASAL USUL MAKRIFAT
Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali
Karamullah.Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.Imam
Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.Habib An Najmi mengajar kepada
Daud Attaie.Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.Maaruf Al Karhi
mengajar kepada Sirris Sakatari.Sirris Sakatari mengajar kepada Daud
Assakatar.Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi. Maka Al Junidi yang
terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.Maka pancaran makrifat itu dari empat sumber
iaitu:
1. Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan
Makrifat Musyahadah.
2. Pancaran daripada sumber KHALUAT yang dinamakan
Makrifat Insaniah.
3. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.
4. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.
Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi
dan mempunyai rahsia yang sulit.
API MA'RIFATULLAH
Dengan berlindung kepada Allah Swt, Pencetusan Api
Ma’rifattullah dalam kalimah “ALLAH” saya awali.
Syahdan, nama Allah itu tidak akan pernah dapat dihilangkan,
sebab nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi para Malaikat, Zikir para
burung, Zikir para binatang melata, Zikir tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari Nasar
yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir segala makhluk yang ada pada 7
lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara langit
dan bumi. (buka…..Al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat 1).
Adapun zikir para makhluk Allah yang kami sebutkan tadi
tidaklah sama logatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit
para akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir
para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.
Dalam Kitab Taurat, nama Zat yang maha Esa itu ada 300
banyaknya yang ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300
banyaknya nama Zat yang maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.
Dalam Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa
itu yang ditulis dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99
nama Zat yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari
keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999 nama
bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama itu, adalah
nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari pada Zat yang maha esa
itu hanya satu saja, yaitu “ ALLAH ”.
Diterangkan didalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab,
yaitu pada halaman 523. disebutkan bahwa nama Allah itu tertulis didalam
Al-Qur’an sebanyak 2.696 tempat.
Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu
banyak nama Allah, Zat yang maha Esa itu bagi kita…?
Allah, Zat yang maha esa, berpesan :
“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku “
Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan
pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.
Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para
nabi-nabinya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab
yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu
rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim
itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.
Begitu pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis
dalam bahasa arab ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah
La Ilaha Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.
Ma’na kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun
digugurkan satu persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan
mengandung ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi
kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam
bentuk yang paling sempurna.
ALLAH jika diarabkan maka Ia akan berhuruf dasar Alif, Lam
diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya
maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.
• Gugurkan huruf pertamanya, yaitu huruf Alif (ا ), maka
akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi
Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala
makhluk.
• Gugurkan huruf keduanya, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka
akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi
Lahu.
Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa
saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
• Gugurkan huruf ketiganya, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka
akan tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu, Huwal haiyul
qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.
Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap
kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :
Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan
yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya
Zat.
Bagi sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih
hidup ini berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan
kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.
Perhatikan beberapa pengguguran – pengguguran dibawah ini :
Ketahui pula olehmu, jika pada kalimah ALLAH itu kita
gugurkan Lam (ل ) pertama dan Lam (ل ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang
awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf
Ha (dibaca AH).
Kalimah ini (AH) tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar
masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau kebawah tetapi hanya
dibaca dengan titik.
Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2
huruf, artinya dalam bahasa disebutkan INTAHA (Kesudahan dan keakhiran),
seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan
tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald
Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (Silahkan
bertanya kepada akhlinya)
Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya, yaitu huruf ALIF dan
gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf
ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah).
Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan),
ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai
atau terpisah Nafi dan Isbat itu.
Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang
tertinggal juga dua huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua
huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu
menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang
mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat,
yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.
Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM pertama, LAM
kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang
tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).
Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda
Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka
dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat
Allah dan jika semua bunyi itu (A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala
bunyi/suara didalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar
yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari
mulut makhluk Ada Zat Allah.
Penegasannya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari
apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan
huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.
Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka
seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah
biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang,
daun, ranting, dahan dan buahnya.
Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.
Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak
kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat
itulah datangnya Alam beserta isinya.
Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun
kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha itu akan terhimpun pada Basmallah,
dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun
pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan
menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal
ia banyak.
Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan
maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf
TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi
satu huruf Alif.
Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu
Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat
Allah dan Zat Allah.
Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan
tinggal adalah kosong.
LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada
suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan
Zat.
Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja
yang ada.
La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).
Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah,
seandainya juga belum dapat dipahami maka tanyakanlah kepada akhlinya.
SYAHADAH SEBENARNYA
posted Oct 13, 2009, 12:58 AM by ALIF BRAJA [ updated Apr 23, 2013, 11:29 AM ]
Rukun syahadah 4 perkara:
1. mengisbatkan zat Allah
2. mengisbatkan sifat Allah
3. mengisbatkan af’al Allah
4. mengisbatkan kebenaran Rasulullah
Syarat sah syahadah:
1. diketahui
2. diiqrarkan
3. ditasdiqkan
4. diamalkan
Binasa syahadah 4 perkara:
1. menduakan Allah
2. syak dan waham di dalam hati
3. menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah
4. tidak mengisbatkan zat Allah
Syahadah terbahagi kepada 3 bahagian:
1. syahadah syariat
2. syahadah tareqat
3. syahadah haqiqat
Syahadah syariat – mengucap syahadatain serta dikerjakan
yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah
Syahadah tareqat – hendaklah kita melihat dengan sepenuhnya
segala perkara yang terjadi pada kita dan sekalian makhluk samada baik atau
jahat, semuanya datang dari Allah dengan qudrah dan iradahNya, serta ikhlas
kita kepadaNya.
Syahadah haqiqat – apabila kita sudah mengetahui dan yakini
dengan sepenuhnya pada hati kita , dan diucapkan dengan syahadatain, iaitu
telah nyata apa yang kita lihat dengan mata zahir, mata hati dan mata sir akan
setiap perbuatan Allah dengan qudrah dan iradahNya. Maka zahirlah wujud itu di
dalam setiap hal dan keadaan, sehingga kita pandang dengan mata sirr kita,
tiada wujud yang lain melainkan wujud Allah semata-mata.
Syahadah ada 2 macam iaitu syahadah kamilah dan syahadah
sirr. Syahadah sirr itu di hati, tidak lahir syahadah roh itu melainkan dengan
syahadah kamilah. Jadi, kedatangan syahadah itu adalah disebabkan adanya roh.
Jika tiada roh, tiadalah syahadah itu. Roh itu adalah sir Allah, zahir itu jadi
kenyataan, inilah yang dikatakan kalimah kamilah @ sempurna, barulah sempurna
kalimah syahadah yang kita syahadahkan, kerana kamilah itu adalah sirr. Jika
seseorang tidak tahu kalimah sirr itu, maka pastilah (yakin) pada seseorang itu
mengaku bahawa syahadah itu adalah syahadahnya.
Maka yang ada pada kita itu adalah untuk menyatakan anasir
zat iaitu wujud, ilmu, nur dan syuhud @ zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya.
Inilah yang dikatakan tajalli zat @ dikatakan syahadah. Jadi sifat ma’ani
itulah syahadah @ kenyataan, yakni syahadah kamilah. Dan nyata syahadah kamilah
itu dengan adanya syahadah sirr. Apa yang menjadi sirr ialah wujud, ilmu, nur
dan syuhud.
Kamilah iaitu alam roh, alam mithal, alam ijsam dan alam
insan yang ada pada makhluk khususnya pada Muhammad, kerana Muhammad adalah
amanah. Yang menjadi amanah (hayat) iaitu alam roh. Hidup inilah yang hendak
menyatakan zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya.
Kalau kita memahami dengan sebenar-benarnya faham, bahawa
kita diibaratkan duduk di dalam lautan. Cuma kita tidak sedar kerana kita tidak
lemas. Tetapi jika kita tahu, sememangnya kita lemas, kerana setiap orang yang
berada di dalam lautan sudah semestinya lemas. Oleh kerana seseorang itu tidak
sedar akan duduknya di dalam lautan, jadi sangkaannya “hidup” ini kepunyaannya,
kerana dia belum mati. Inilah perbezaan antara orang yang tiada ilmu makrifah.
Pada ahli makrifah, bahawa dia duduk di dalam lautan iaitu maul hayat @ lautan
ahdah.
Maka mengambil ibarat antara cermin dengan bayang di dalam
cermin. Jasad ini ibarat cermin dan gambar di dalam cermin itu adalah benda di
hadapan cermin. Maka di hadapan cermin itulah gambarnya. Apa yang menjadi
gambar kepada kita ialah hayat, ilmu, qudrah, iradah, sama’, basar dan kalam.
Gambar di hadapan kita iaitu nafas yang turun naik dan
membawa segala perubahan. Maka sesiapa yang dapat memandang itu, lemaslah ia.
Dan setiap yang lemas itu harus mati. Apabila sudah mati, yang hidup itu
barulah zahir nama Allah iaitu hayyum, ‘alimun, qadirun, muridun, sami’un,
basirun dan mutakallimun. Itulah syahadah!!!
Seperti ahli tahqiq menyatakan, “ Tukarlah cahaya dirimu itu
dengan digantikan dengan cahaya Tuhannya”. Dan syahadah inilah yang terkandung
di dalam 3 potong ayat iaitu;
1. Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku
2. Maha suci Allah itu satu daripada tiga
3. Dan Allah menjadikan kamu dan setiap apa yang kamu
lakukan
Setiap kejadian itu daripada Allah jua. Maka tidak zahir
amanah itu melainkan dizahirkan manusia, kerana manusia itu sanggup menerima amanah.
...............................
No comments:
Post a Comment