اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Memandang
Yang Esa pada Ke-esaan, yakni Nur kepada Zat. Kalam Hakikat berkata
AKU
adalah ZAT menyatakan akan KetuhananKu melalui Penyataan atau Pentajallian
Sifat dan Af'alku pada Kezahiran Ujud Maklukat. Hal ini membawa maksud kepada
faham Hakikat Wahdatul Ujud.
(wujud
yg satu )...
Huraian
nya :-
Asal
mula hidup ini adalah Zatul Haq jua adanya dan ia adalah punca segala-galanya
pada kita ini. Kemudian Zat pada masa itu adalah pada martabat AHDAH lalu ia
menyatakan akan TajaliNya yang pertama iaituNurullah ( AKU) dan apabila
Nurullah itu nyata maka Zatulhaq lenyap dari kenyataan dan ia menjadi Rahsia
bagi Nurullah. Pada martabat ini ia menyatakan Syahadatnya (la ialaha illa ana)
Kemudian
Penyataan dari Nurullah itu maka terbitlah Nur Tajalli Sifat iaitu Nur Muhammad
Abu Arwah. Disinilah bermulanya Era Ketuhanan dan Kehambaan apabila Nurullah
berkata Alastu birabbikum dan Nur Muhammad menjawab qoolu bala syahidna ya rabbi...adakah
aku ini Tuhanmu, ya bahkan engkaulah Tuhanku.
Selepas
daripada itu Alam Taqdir bermula bagi menyatakan Zamani Makhluk pula, iaitu
penciptaan jasad dan seterusnya. Maka disini saya tidaklah mahu menghuraikan
secara detail akan tetapi cukup sekadar renungan sahaja...
Kesimpulanya
:-
Asalku
adalah Zat menyatakan akan Sifat ( Ketuhananku ) pada keadaanku dan menyatakan
Af'alku pada Kebesaranku, dan aku kembali kepada Zat jua. Kalau ku diam maka
Kenyataan Af'alku tiada. Kalau ku bertukar Alam Kenyataan Sifatku tiada, tetapi
kini aku berbadan makanyaku AKU bersifat
dan ber-af'al.......itulah AKU.
zat=diri
allah=nama
bagi zat
aku=ketuhanan(sifat)
diriku=nur
penyataan(muhammad)
badan=bekas(adam)
Dan
kini aku diluar bernama insan dan dialam Ketuhanan disebalik itu akulah.
................................................
No comments:
Post a Comment