اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Hukum meninggalkan solat
Hukum meninggalkan solat
Beberapa ketika yang lalu, kita telah pun membicarakan
tentang pengenalan ibadah solat.
Dalam topik tersebut, kita telah mengupas tentang pengertian
dan kefardhuan solat, kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam (bahagian 1
dan bahagian 2), serta hikmah solat.
Jadi pada kali ini eloklah kita bincang serba sedikit
tentang hukum meninggalkan solat.
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan
sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s.
yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang
yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali.
Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam
neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa
ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang
bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka
menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa
pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang
bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur
untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada
nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling
panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang
menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang
meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab
malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama
tentang hukumnya, iaitu:
Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik.
Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali
mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya
hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan
khalaf.
Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang
ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang
diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan
Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin
Rahawaih.
Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh,
sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah
daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan
pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi
seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di
dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di
antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.
P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.
Share this:
No comments:
Post a Comment