اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Janji Syaitan & Iblis
Oleh: Masruhan Kyai Choteb Al-hafiz
SESUDAH menerima laknat Allah swt kerana enggan sujud kepada
Nabi Adam as, iblis dengan bongkak memohon kepada Allah:
‘Berikanlah aku peluang (umur panjang yang tidak akan mati
sehingga hari kiamat)!’
Allah dengan sifat Al-Rahman-Nya mengabulkan: ‘Sesungguhnya
kamu termasuk mereka yang diberi tangguh (tidak akan mati sampai hari kiamat).’
Iblis memohon lagi: ‘Kerana Engkau telah pun menghukum aku
sebagai makhluk yang sesat, maka aku bersumpah akan sentiasa menghalang mereka
(Bani Adam) daripada jalan Engkau yang lurus.’ (Surah Al-Araf: 14-16).
Ulama, termasuk Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhaj Al-Abidin
dan Ibn Athaillah Al-Skandari dalam kitabnya yang terkenal, Al-Hikam,
memberikan garis panduan kepada manusia tentang cara melawan tipu daya syaitan.
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa penipuan syaitan menerusi
tujuh cara. Beliau juga cuba mengemukakan cara-cara mengatasinya, iaitu:
Syaitan melarang manusia melakukan ketaatan kepada Allah.
Orang yang dipelihara Allah akan membantah larangan
tersebut, dan berkata: ‘Aku sangat perlu sekali kepada pahala daripada Allah.
Oleh kerana itu, aku mesti mempunyai bekalan daripada dunia untuk menjalani
kehidupan akhirat yang kekal abadi.’
Syaitan mengajak manusia segera mengakhiri sesuatu ibadah
dan ketaatan atau menghasut agar menangguh-nangguhkan waktu.
Orang yang dipelihara Allah akan menolaknya dengan berkata:
‘Ajalku bukan di tanganku. Jika aku menangguh kan amal soleh hari ini untuk
dilakukan esok, maka bilakah masanya amal hari esok aku kerjakan, padahal
setiap hari mempunyai amal masing-masing.’
Syaitan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan
amal baik dengan mengatakan: Ayuhlah cepat-cepat beramal supaya engkau dapat
memburu lagi amal lainnya.
Orang yang dijaga Allah tentu menolak dan berkata: ‘Sedikit
tetapi sempurna dan istiqamah lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak
sempurna dan kurang istiqamah.’
Syaitan menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan
sempurna sebab kalau tidak sempurna, nanti akan dicela orang lain. Pada
peringkat ini, syaitan cuba menanamkan rasa riak dalam hati manusia.
Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan
berkata: ‘Bagi saya, cukup dinilai Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal
kerana ingin mendapatkan pujian manusia.’
Syaitan menanamkan rasa ujub (bermegah-megah) dalam hati
orang yang beramal dengan membisikkan: ‘Betapa tingginya darjatmu kerana
berjaya melakukan amal soleh dan betapa pula engkau cerdik dan bijak.’
Orang-orang yang baik dan diselamatkan Allah akan menjawab:
‘Sesungguh nya semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, ia bukan
kekuatan atau kekuasaanku.
‘Allahlah yang memberikan taufik kepadaku untuk dapat
mengerjakan amal yang Dia redai, dan memberikan ganjaran yang besar dengan
kurnia-Nya.
‘Jika tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini
dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, lagi pula dosa-dosaku
sangat banyak.’
Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengemukakan jalan
keenam.
Jalan ini lebih hebat daripada yang sebelumnya, dan tidak
akan dapat waspada terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya.
Syaitan berkata, dengan membisikkan hasutan di hati manusia:
‘Bersungguh-sungguhlah engkau dalam melakukan amal secara sirr atau rahsia,
jangan sampai diketahui manusia, sebab Allah jualah yang akan menzahirkan
amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau seorang hamba
Allah yang ikhlas.’
Syaitan telah mencampur-baurkan setiap orang yang beramal
soleh dengan amal tipu dayanya.
Dengan hasutannya itu, syaitan bermaksud memasukkan
sebahagian daripada penyakit riak yang sirr (tersembunyi dan sangat halus).
Orang-orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak hasutan
syaitan itu dengan mengatakan: ‘Hai malaun yang dilaknat, tiada henti-hentinya
engkau menggodaku untuk merosakkan amalku dengan pelbagai cara, sekarang engkau
berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk
merosaknya.
‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah yang hina dan lemah,
bahkan Allah yang menjadikan aku. Kalau Allah berkehendak menzahirkan amalku
atau menyembunyikannya dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina,
maka ini semua adalah urusan Allah.’
‘Aku tidak hairan atau gelisah sama ada amalku dilihat
manusia atau tidak, kerana hal itu semua bukan urusan manusia.’
Terakhir, syaitan menggoda dengan mempengaruhi akidah dan
keyakinan manusia terhadap ketentuan (qadak dan qadar) Allah.
Dalam hadis Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah bin Masud
meriwayatkan:‘Jika anak Adam ditiupkan roh pada usia 120 hari di dalam perut
ibunya, maka Allah telah pun menetapkan empat perkara: rezekinya, umurnya,
amalannya dan selamat atau binasanya…’ Bertolak dari sinilah syaitan
membisikkan tipu dayanya kepada manusia dengan mengatakan segala tuah
manusia sudah ditentukan, maka tiada gunanya dia berusaha
mengubah nasibnya.
Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat
kepada Allah tidak akan dimasukkan ke neraka dan pasti dimasukkan ke syurga
(Surah Al-Tawbah). Bagaimanapun, masuknya seseorang ke syurga bukanlah kerana
kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata-mata, yang pasti benar dan
suci.
Manusia akan terus diuji Allah tetapi syaitanlah yang
membawa kehancurannya. Tujuh jawapan tersebut patut dijadikan perisai sebagai
senjata menghadapi syaitan.
Kita mesti senantiasa beribadah dengan mengharapkan Allah
melindungi kita daripada jerat
syaitan. Apa jua yang berlaku dengan izin Allah dan
kepada-Nya kita mohon
petunjuk dan keredaan.
Nota: Penulis adalah Imam Masjid Abdul
Aleem Siddique. Beliau sedang menyiapkan program kedoktoran
di Universiti Malaya
Share this:
No comments:
Post a Comment