اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
KELUARGA IMRAN
Semasa masih remaja puteri bercita-cita beroleh anak,
sampai tua dan beruban belum juga dianugerahi Allah seorang anak pun. Cita cita
untuk beroleh anak inilah yang selalu menggoda ketenangan hati dan kebahagiaan
hidup perempuan tua yang kita ceritakan ini, iaitu isteri Imran.
Lebih lebih ketika matanya menuju memandang burung burung
yang dengan riang gembira berterbangan ke sana ke mari dengan anak anaknya,
berkicauan dan bersiul siul, berebut ulat dan buah buahan. Demikian pula
perempuan tua mi melihat perempuan perempuan lain sedang menggendong dan
membuaikan anak anak bayi mereka, membelai dan menyanyikan anak yang menjadi
buahati mereka, dengan kasihsayang dan kegembiraan penuh. Apalagi melihat anak
anak orang yang sudah besar besar, datang dan pergi bila dipanggil dan disuruh
ibu bapaknya. Sedang perempuan tua ini hidup sebatang kara hanya dengan suami
yang sudah tua dan sepi, kerana tidak seorang anak pun yang berada di samping
keduanya untuk memecahkan kesepian hidupnya itu.
Siang menjadi angan angan, malam menjadi buah mimpi,
sehingga sudi dan rela hatinya mengorbankan apa saja yang ada padanya asal saja
dia dapat beroleh seorang anak yang terdiri dari darah dan dagingnya sendiri.
Anak, sekali lagi anak dan seterusnya anaklah yang menjadi impian dan idamannya
sepanjang masa.
Siang berganti malam, hari berganti bulan, bulan berganti
tahun dan sudah berpuluh puluh tahun konon lamanya, cita cita ini tetap menjadi
cita cita saja, namun dia belum juga beroleh yang dicitakannya itu. Hatinya
mulai kesal, rasa putusasa mulai bertunas dalam kalbunya, kerana umur yang
dicapainya ini rasanya tidak memungkinkan lagi untuk beroleh anak, fikirnya.
Tidaklah bererti bahawa cita citanya itu telah padam.
Tidak, malah bertambah hebat dan bernyala nyala juga. Akhirnya dia menghadapkan
muka dan seluruh jiwaraganya kepada Allah Yang Maha Kuasa, yang menjadikan
langit dan bumi. Berdoalah dia dengan khusyu dan khudhu agar kiranya Allah Yang
Maha Kuasa dan Maha Pengasih, yang mendengar segala doa yang sanggup membuat
apa kehendakNya, mengurniainya jua dengan seorang anak.
Untuk menguatkan doanya ini, ia bernazar, berjanji kepada
Allah tempat dia meminta itu, bahawa bila doanya mi terkabul, maka anak yang
akan diperolehinya itu, akan didermakannya bulat bulat tanpa syarat untuk Rumah
Suci Baitul Maqdis, sebagai abdi Allah dan pengawal Rumah Suci itu. Tidak akan
dipekerjakan, selain untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah semata di
tempat. suci itu.
Allah mendengar dan mengabulkan doa perempuan tua itu.
Perempuan tua itu mulai merasakan sesuatu yang bergerak dalam rahimnya.
Bukan main girang dan senang hatinya. Dunia yang mulanya
gelap gelita dan lapuk dalam pemandangannya, kembali menjadi terang dan muda
dalam pandangannya, penuh dengan cahaya terang benderang. Hilang rasanya segala
pandangan gelap dan kegelisahan hati selama itu.
Duduklah dia di samping suaminya (Imran) dan menerangkan
apa yang terasa dalam kandungannya itu. Dan mata suaminya yang sudah tua itu
terpancarlah cahaya kegembiraan yang kilau kemilau, diiringi oleh beberapa
titis airmata tanda kegembiraan yang tidak terhingga hebatnya.
Tetapi......, riang dan sedih tidak ada yang kekal di atas
dunia ini. Dalam keadaan riang gembira yang penuh nikmat itu, seakan akan
berada dalam mimpi menunggu kelahiran seorang putera yang sudah lama dicita
citakan itu, tiba tiba kegembiraan dan kenikmatan perasaan itu berganti dengan
nasa sedih dan pilu, kerana suaminya yang tua yang dicintainya itu pulang ke
rahmatullah, menemui Tuhannya sebelum dapat melihat dengan biji matanya, akan
anak yang ditunggu tunggu dan diidam idamkannya itu.
Tinggallah perempuan tua itu seorang diri, diselubungi oleh
perasaan sedih dan pilu ditinggalkan suami yang sangat dicintainya, sekalipun
dalam dadanya penuh rasa harap dan gembira, bersemi pula memenuhi kalbunya
menanti nanti kelahiran sang bayi dan kandungannya, yang sudah sekian lama
diidam idamkannya.
Belum pernah kiranya seorang manusia di dunia ini yang
diserang rasa sedih dan pilu bersamaan waktunya dengan perasaan gembira dan
nikmat, sebagai perempuan tua janda Imran ini.
Dengan perasaan sedih bercampur gembira dan harap itu dia
merasakan bahawa dia sudah dekat bersalin. Segala sesuatu disiapkannya, lalu
kandungannya itupun lahirlah.
Setelah diketahuinya, bahawa bayi yang dilahirkannya itu
adalah perempuan, dia pun mengeluh lagi, kerana bukanlah sebagai yang dicita
citakannya selama ini. Seorang perempuan tentu tidak dapat dijadikan abdi Rumah
Suci Baitul Maqdis, fikirnya.
Dengan perasaan duka dan sedih pula, bayi yang baru lahir
itu diberi nama dengan nama yang sudah diwahyukan Tuhannya; iaitu Mariam yang
bererti Pengabdi Tuhan.
MARIAM (WANITA PALING MULIA DI MUKA BUMI)
Janda Imran mendoakan anak bayinya yang bernama Mariam itu
kepada Tuhan, agar Allah menjaga dan melindunginya dan segala noda dan cela,
agar amal dan pekerti anak itu nanti sesuai dengan nama yang diberikanNya itu.
Dia doakan pula, agar Mariam dan keturunannya diperlindungi Allah dari godaan
godaan syaitan yang laknat.
Dia sudah nazarkan anaknya itu untuk menjadi abdi di Rumah
Suci. Tetapi dapatkah gerangan seorang perempuan menjadi abdi di Tempat Suci?
Bukankah perempuan itu tidak dapat disamakan dengan lelaki? Dia sangat khuatir
dan gelisah lagi, kesedihan dan kegelisahan yang tidak kurang hebatnya dan
kesedihan dan kegelisahannya di kala suaminya meninggal dunia.
Tetapi apakah daya, selain memohon dan menyerah ke hadhrat
Allah mendoa petang dan pagi dengan tidak putus putusnya, agar anaknya itu
diterima Allah menjadi abdi di Rumah Suci, sebagai yang dinazarkannya itu.
Semua doanya itu dijawab oleh Allah dengan jawaban yang sebaik baiknya.
Kepadanya diilhamkan Allah, bahawa nazarnya itu akan dikabulkan Allah, anaknya
itu akan diterima Allah sebagai abdi di Tempat Suci Baitul Maqdis.
Dengan diam diam, pada suatu malam anaknya yang masih kecil
itupun dibungkusnya baik baik dengan kain, digendongnya dan dia lalu berjalan
menuju Baitul Maqdis, Tempat Suci. Di Ternpat Suci itu ditemuinya semua pendita
yang menjadi pegawai Tempat Suci itu. Kepada pendita itu dia berkata:
Anak perempuan ini aku serahkan kepada Tuan tuan, kerana
saya sudah bernazar untuk menyerahkan anakku ini untuk menjadi abdi Rumah Suci
ini.
Alangkah tabah dan kesatrianya hati yang dimiliki perempuan
ini. Dia baru saja kehilangan suami, sekarang anaknya yang hanya seorang, yang
diidam idamkan dan dicita citakannya berpuluh tahun lamanya itu, diserahkannya
pula untuk Tempat Suci memenuhi nazarnya, kerana taat akan janji dan nazar yang
sudah diucapkannya ke hadhrat Allah s.w.t.
Dia segera pulang ke numahnya, meninggalkan anak
kandungnya. Bukan airmata yang tercurah dan matanya saban dia teringat akan
anaknya, atau dia mendengar berita yang dibawa orang lalu tentang keadaan
anaknya itu, tetapi dia bersyukur memuji Allah dengan hati yang tenang dan
sabar. Tidak pernah dia mengeluh dan menyesal.
Mariam sekarang berada di tengah tengah para pendita di
Tempat Suci Baitul Maqdis. Masing-masing pendita ingin agar dia sendirilah yang
menjadi pengasuh dan memelihara Mariam. Berbagai-bagai alasan yang mereka
kemukakan, untuk mendapatkan keinginannya terhadap Mariam. Ada yang berkata
kerana berdekatan kampung dengan Mariam. Ada yang berkata mengemukakan alasan
kerana berdekatan hubungan kekeluargaan dan famili, ada pula alasan lain yang
mengatakan bahawa bapa Mariam itu adalah guru dan pemimpinnya sendiri.
Terbitlah pentengkaran antara pendita dengan pendita, untuk mendapatkan Mariam
yang masih bayi itu.
Yang paling keras dan paling kuat alasannya di antara para
pendita itu, ialah seorang tua yang bernama ZAKARIA (Nabi Zakania): Serahkanlah
pengasuhan dan pemeliharaan Mariam kepada saya, kata Zakania. Sayalah yang
paling berhak menjaga dan rnengasuhnya, kerana sayalah yang paling dekat
perhubungan kefarnilian dengannya.
Pendita pendita yang lain pun tidak kurangnya mengemukakan
alasan mereka pula, sehingga pertengkaran dan pendebatan semakin sengit, soal
jawab semakin hebat. Sernuanya ingin menjadi pengasuh Mariam, semua ingin
memberikan baktinya terhadap Allah s.w.t.
Kerana tidak seorang jua di antara para pendita itu yang
mahu rnengalah, akhirnya mereka bersepakat akan rnengadu peruntungan masing
masing dengan undian. Mereka lalu berangkat menuju salah sebuah sungai, dimana
mereka akan melemparkan tongkat masing masing ke sungai itu dengan perjanjian,
tongkat siapa yang tidak tenggelam, maka dialah yang berhak menjadi pengasuh
Mariam.
Setelah undian itu dilakukan, maka terbuktilah bahawa
tongkat Zakaria saja yang tidak tenggelam, maka para pendita itupun relalah
sekarang menyerahkan Mariam kepada Zakaria, untuk diasuh dan dibesarkan.
Zakaria seorang tua yang belum pernah mempunyai anak, cintanya terhadap Mariam
bukan alang kepalang. Segala sesuatu yang dapat menggembirakan hati Mariam,
disediakan sebaik baiknya dan secukup cukupnya. Segala keperluan Mariam dia
sendirilah yang menguruskannya, baik urusan yang kecil kecil, apalagi urusan yang
besar besar. Seorang manusia lain, siapapun juga, tidak diizinkannya
menghampiri Mariam.
Mariam ditempatkannya di salah sebuah bilik, yang besar di
tingkat atas dalam Rumah Suci itu, sedang di bawah bilik itu adalah Mihrab Nabi
Zakaria sendiri, dimana Nabi Zakaria setiap waktu beribadat dan mengajar agama
kepada setiap orang yang datang belajar. Tidak seorang juga manusia dapat masuk
ke dalam bilik Mariam, dengan tidak melalui tangga di mihrabnya itu, sedang
tangga itu dijaganya sebaik baik dan serapi rapinya.
Zakaria merasa senang dan tak pernah merasa penat menjaga
dan mengasuh Mariam serapi itu, kerana hal itu bererti menjalankan amanat
Allah. Demikianlah berlangsung bertahun tahun lamanya, sehingga keadaan Mariarn
semakin lama semakin besar jua.
KEJADIAN ANEH
Pada suatu ketika Zakaria sebagai biasa masuk mihrabnya dan
menemui Mariam dikamarnya. Tiba tiba dia melihat makanan terletak di pintu
masuk ke kamar Mariam. Alangkah terkejutnya melihat makanan itu disitu,
siapakah gerangan yang telah membawa makanan itu ke dalam kamar Mariam dengan
tiada seizin dan setahu Zakaria sendiri?
Zakaria amat gelisah memikirkan kejadian ajaib itu, tetapi
untuk sementara dibiarkannya saja. Tetapi dia berjaga jaga, kalau ada orang
masuk dengan cara sembunyi sembunyi. Pada hari esoknya dia masuk pula ke kamar
Mariam dan didapatinya pula di tempat itu makanan yang baru lagi, lain dari
makanan yang sebelumnya. Penjagaan makin diperkuatnya. Lusanya kembali dia
melihat makanan yang baru lagi, sudah tersedia pula dengan baiknya di kamar
Mariam.
Kecurigaan Zakaria terhadap manusia lainnya mulai
berkurangan, tetapi kehairanannya semakin menghebat, sebab dia sudah tahu
benar, tidak seorang manusia pun yang datang dan masuk ke situ, sebagai yang
dicurigainya semula.
Kepala Zakaria penuh dengan fikiran dan keajaiban kejadian
itu, tentang rahsia yang dihadapinya.
Dia masuk mendapatkan Mariam dan bertanya: Hai Mariam, dan
manakah datangnya makanan itu, sedang pintu tetap tertutup dan tidak seorang
juga yang dapat masuk ke mari membawa makanan?
Mariam menjawab dengan tenang: Makanan itu adalah dari
Allah. Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya dengan tidak
berhisab.
Mendengar jawapan Mariam yang tegas dan tenang itu, barulah
Zakaria insaf, bahawa Allah sudah menentukan Mariam yang dia jagai itu menjadi
seorang hambaNya yang luarbiasa, mempunyai kedudukan dan martabat penting di
sisi Allah yang belum pernah dicapai dan diduduki oleh perempuan lain di atas
dunia ini.
Kasih dan sayang Zakaria terhadap Mariam berubah menjadi
penghormatan dan pengkhidmatan yang semakin lama semakin bertambah dan mendalam
jua, sehingga penjagaan dan pemeliharaannya semakin teliti dan hati hati lagi
dan yang sudah sudah. Cita cita baru mulai bersemi dengan kukuh sekali di hati
Zakaria.
Zakaria yang sudah tua dan tidak bertenaga lagi itu, kini
semakin ingin untuk beroleh seorang anak dari darah dagingnya sendiri. Bukan
hanya semata mata ingin beranak, tetapi cita cita yang jauh lebih agung dan
luhur, ialah agar anak yang dicintakan itu dapat meneruskan perjuangan suci
menghadapi suasana baru yang akan ditimbulkan oleh Mariam, kerana dia sendiri
sekarang sudah tua dan sudah dekat kepada akhir hayatnya. Nabi Zakaria lalu
mendoa kepada Allah tentang cita citanya.
Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Isterinya yang sudah
tua itupun mulai mengandung. Tidak lama kemudian lahirlah seorang putera, yang
diberi nama Yahya (Nabi Yahya).
Adapun Mariam tetap tinggal di tempatnya, semakin besar dan
besar juga, dengan hati yang penuh taqwa, dengan ibadat yang tulus ikhlas.
Namanya mulai terkenal kepada setiap orang sebagai seorang puteri yang suci
murni, yang terjauh dari segala dosa dan noda. Dia menjadi buah bibir, menjadi
contoh dan kata kata julukan segenap ummat yang hidup di masanya itu.
No comments:
Post a Comment