30 March 2020

Dosa Pahala vs Rahmat Keampunan




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


Dosa Pahala vs Rahmat Keampunan


Doa di atas antara untaian doa yang diajar oleh guruku, dengan sanad yang bersambungan kepada Rasulullah SAW melalui Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili.

Sukalah saya berkongsi dengan para pembaca sekalian akan doa ini. Mudah-mudahan dapat menjadi amalan kita, dan dengan membacanya, kita mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT yang amat luas dan paling kita dambakan.

Walaupun rangkap doa ini amat ringkas, cuma dua rangkap, namun pemahaman makna dan isinya wajar kita renungi secara mendalam. Dalam doa ini seolah-olah terangkum persoalan dosa pahala dan keampunan kerahmatan

Apakah hubungkait antara persoalan dosa dan pahala dengan rahmat dan keampunan Allah SWT

Antara dosa pahala dan rahmat pengampunan, yang manakah perlu kita beri perhatian?
Muhasabah Dosa

Sebagai hamba yang serba daif dan fakir, lemah lagi serba kekurangan, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, kekhilafan dan keterlanjuran yang membawa kepada dosa

Tidak ada siapa yang boleh mendakwa dirinya tiada dosa kecuali para Nabi dan Rasul yang bersifat maksum dan terpelihara daripada dosa

Justeru, sifat kehambaan menuntut kita sentiasa merasakan diri hina dan penuh dosaNoda dan dosa kita amat banyak lantaran kealpaan dan kelalaian kita menjalani kehidupan seharian di dunia ini. 

Ada dosa yang kita sedari dan banyak juga yang tanpa kita sedari.

Menghitung dosa-dosa kita, menjadikan kita berasa malu dengan Allah SWT

Menghisab kesalahan dan keterlanjuran kita membuat kita rasa amat bersalah, penuh hina dan kerdil di hadapan Allah SWT

Apakah kita masih layak bergelar hamba-Nya yang soleh

Apakah masih ada ruang untuk kita memohon keampunan Allah SWT

Mampukah kita menebus segala dosa dan noda ini? 

Adakah kita akan terlepas daripada kemurkaan Allah SWT atas kita?

Lantaran itulah, kita perlu bersangka baik dengan Allah SWT kerana keampunan Allah SWT itu lebih luas daripada dosa-dosa kita. Allah SWT dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim

Amat luas keampunan-Nya dan memiliki sifat Yang Maha Pemaaf (al-‘Afuw). Memang, jika dikira semua dosa, kita seolah-olah sudah tiada harapan. Tetapi ingatlah bahawa sebanyak mana pun dosa kita, Allah SWT itu lebih luas keampunan-Nya.

Peluang Masih Terbuka

Kembalilah kepada Allah SWT Yang Maha Pengampun kerana Allah SWT amat gembira apabila hamba-Nya merintih dan remuk-redam hatinya, memohon keampunan Allah SWTAllah SWT amat gembira meyambut hamba-Nya yang bertaubat, sepertimana kegembiraan seorang Badwi yang bertemu kembali untanya yang hilang di padang pasir (mafhum hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Betapa banyak pun dosa dan noda kita, jangan berputus asa kerana ruang keampunan Allah SWT itu masih terbuka luas untuk menerima kita. 

Yang penting, kita perlu segera bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT

Istighfar dan doa taubat perlu sentiasa di lidah dan hati kita kerana Allah SWT itu Maha Penerima Taubat hamba-Nya.

Peruntukkan masa setiap hari untuk bertaubat dan beristighfar kerana keampunan Allah SWT yang luas, perlu kita menangi. 

Buangkan rasa bersalah yang bersangatan sehingga membawa kepada putus harapan kerana seorang Mukmin itu tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.

Rahmat Allah SWT inilah yang paling kita harapkan berbanding hitungan amalan kita kerana sebanyak mana pun amalan, kita tidak akan mampu membeli syurga Allah SWT.

Hendak membayar harga diri, pancaindera, mata dan sebagainya pun kita tidak mampu, apatah lagi hendak memiliki syurga Allah SWT dengan amalan kita.

Amalan kita amat sedikit dan yang sedikit itu pun belum pasti sempurna

Justeru, hanya dengan rahmat Allah SWT sahaja kita masih berpeluang hidup dan mengecap segala nikmat di dunia ini. Jika setiap hari kita perlu ‘membayar’ usia kita pada hari tersebut, kita tidak akan mampu untuk meneruskan kehidupan ini. 

Jika setiap nikmat Allah SWT kita diberi invois dan bil, apakah kita mampu melunaskannya?
Mengharap Rahmat Tuhan

Maka tiada amalan yang dapat menyelamatkan kita, selain mengharapkan rahmat Allah SWT

Rahmat Allah SWT itulah yang paling kita dambakan dan menjadi tujuan hati kita. Setiap detik dan ketika, kita perlu merasai rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada kita.

Hatta ingin menggerakkan jari-jemari ini juga dengan rahmat Allah SWT. Betapa luka dan cedera yang sedikit, kita akan berasa serba lemah dan tiada upaya. 


Adakah kita merasakan luasnya rahmat Allah SWT atas kita?

Inilah sifat kehambaan yang kita didik dan asuh dalam diri kita. Betapa banyaknya dosa kita, keampunan Allah SWT itu pasti lebih luas, maka janganlah bersedih, mohonlah keampunan-Nya.

Betapa banyaknya amalan kita, rahmat Allah SWT itulah yang lebih kita dambakan. Keampunan dan rahmat Allah SWT pasti mengatasi dosa dan amalan kita.

Lebih mulia lagi, apabila kita dapat melatih diri kita memiliki sifat yang mulia ini. Sebanyak mana pun kesalahan orang lain kepada kita, maafkanlah. Lapangkan dada kita dengan sifat pemaaf kerana memberi maaf itu penawar kepada hati yang lara. 

Begitu juga dengan sifat belas ihsan

Bantulah saudara kita yang memerlukan tanpa mengharap balasan. Berbudilah kepada manusia, meskipun kita tidak pernah termakan budi mereka. Inilah keindahan akhlak Rasulullah SAW; yang amat pemaaf dan sentiasa berbudi.

Ya Allah, keampunan-Mu lebih luas daripada dosa-dosaku.

Dan rahmat-Mu lebih ku harapkan di sisiku, daripada amalanku.

Wallahua'lam

No comments: