اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Amal Sebahagian Daripada Iman
Para ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mendefinisikan iman sebagai pembenaran dengan hati, perakuan dengan lisan dan beramal dengan anggota badan. Ia adalah pandangan majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada kalangan salaf dan khalaf.
Menurut Imam Malik RH dan Imam Syafi'e RH, iman ialah ucapan dan amalan, Imam Ahmad bin Hanbal juga mempunyai pendapat yang sama, bahawa iman itu ucapan dengan lisan, beramal dengan anggota badan dan iktikad dengan hati.
Iman ialah kata nama yang merangkumi perbuatan dan perkataan.
Iman boleh bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Iman juga menjadi kuat dengan ilmu dan menjadi lemah dengan kejahilan. Dengan hidayah Allah SWT, seseorang boleh mencapai iman.
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, amal perbuatan juga termasuk dalam hakikat iman bahkan tiada iman yang sempurna tanpa amalan, fahaman ini jelas berasaskan kepada nas-nas yang banyak dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Cuma berlaku sedikit perselisihan pendapat dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menjelaskan hakikat iman.
Cuma berlaku sedikit perselisihan pendapat dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menjelaskan hakikat iman.
Oleh itu wujud kepelbagaian definisi tentang iman walaupun kesemuanya berkehendak kepada maksud yang sama, iaitu memasukkan amal perbuatan ke dalam hakikat iman sebagaimana yang diisyaratkan oleh al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Antaranya ialah firman Allah SWT ketika menjelaskan sejumlah sifat golongan yang bertaqwa dalam kalangan orang Mukmin.
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi, dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan yang mengerjakan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.Orang yang demikian, mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa.”Surah al-Baqarah 02:177
Ayat ini jelas memasukkan amal perbuatan ke dalam pengertian iman.
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang masuknya amalan ke dalam definisi iman juga adalah berdasarkan dalil-dalil hadith yang banyak.
Antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Iman itu tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang, sebaik-baiknya ialah ucapan tidak Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, serendah-rendahnya ialah menghilangkan sesuatu yang menyusahkan (menyakitkan) daripada jalan, dan malu ialah satu cabang daripada iman.”(HR Muslim)
Kedudukan Amal Perbuatan
Para ulama' khalaf telah menerangkan mengapa sesetengah ulama' seperti Imam Abu Hanifah dan Imam al-Haramain mengetakan iman itu tidak bertambah dan tidak berkurangan.
Menurut al-Taftazani, ini kerana mereka berpandangan iman adalah kata nama bagi pembenaran yang mencapai had muktamad dan penyerahan diri, ia tidak boleh digambarkan sebagai bertambah dan berkurang.
Menurut al-Taftazani, ini kerana mereka berpandangan iman adalah kata nama bagi pembenaran yang mencapai had muktamad dan penyerahan diri, ia tidak boleh digambarkan sebagai bertambah dan berkurang.
Seorang pembenar (al-musaddiq) apabila ia melaksanakan ketaatan atau melakukan maksiat, maka pembenarannya yang asal pada ketika itu tidak berubah.
Namun ia berbeza-beza jika kata nama iman itu disandarkan kepada amalan-amalan ketaatan yang berbeza-beza tahap sedikit atau banyaknya.
Oleh itu, Imam al-Razi menjelaskan bahawa khilaf ini adalah perkara cabang dalam mentafsirkan erti iman.
Jika kita mengatakan ia adalah pembenaran maka ia tidak berbeza-beza, tetapi jika kita berpendapat ia adalah amal perbuatan maka ia adalah berbeza-beza.
Imam al-Haramain menyebut jika iita meletakkan iman dengan erti pembenaran, maka pada peringkat asas, pembenaran tidak boleh diutamakan atas pembenaran yang lain, tetapi pada peringkat pelengkap ia mungkin berbeza.
Ia sebagaimana ilmu pada asasnya, ia tidak boleh diutamakan atas ilmu lain kecuali pada pelengkapnya.
Melalui penjelasan ini, dapat difahami bahawa pandangan sesetengah ulama' khalaf yang tidak memasukkan amal perbuatan ke dalam takrifan iman adalah untuk mengelakkan daripada tercabutnya keimanan seseorang apabila berlaku kepincangan dalam amal perbuatannya.
Justeru, ulama' khalaf tidak sekali-kali bermaksud untuk membelakangkan amal perbuatan atau memperlecehkan kepentingan amal perbuatan seperti yang dipegang oleh golongan Murji'ah.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment