ZikirrulLlah
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, dengan izin dan
pertolongan Allah, posting tentang kitab “hakikat insan”, dapat juga disiapkan.
Kitab yang di maksudkan di sini ialah kitab hakikat insan, karangan Haji Ahmad
Laksamana bin Omar. Kitab ini sebenarnya sudah lama menjadi isu hangat, ada
juga setengah daripadanya yang mungkin kekurangan ilmu dan bimbingan,
membenarkan kitab ini. Kononnya kitab ini menpunyai maksud terlalu dalam dan
orang yang hendak membaca dan memahami kitab ini, perlulah menpunyai ilmu
Tasauf yang tinggi dan menpunyai hati yang bersih barulah akan mendapati bahawa
kitab ini kitab Tasauf yang benar. Padahal ternyata kitab ini kitab ajaran
sesat. Kitab pemfitnah kaum sufi dan ilmu Tasauf.
Kata guru kami Syeikh Abdullah Al- Majzub:
. “ Ajaran yang terkandung di dalam kitab ini adalah sesat,
barangsiapa beramal dan berpegang dengan kitab ini, boleh membawa kepada kufur
dan sesat”. – Semoga Allah menjauhkan kita semua daripadanya.
Bukan niat kami untuk memburukkan identiti penulis, dan
jikalau penulis kitab ini sudahpun kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, kami
tidak mengetahuinya. Apa yang menjadi masalah di sini, masih ada segelintir
umat Islam di Negara kita, khususnya di negeri Terengganu ini masih mengguna
pakai kitab ini sebagai pegangan dan rujukan di dalam bidang Tasauf. Sekali
lagi kami mengingatkan bahawa kitab ini adalah sesat. Turut juga di fatwakan
sesat oleh JAKIM.
Untuk golongan yang masih lagi berpegang pada kitab ini,
cubalah saudara selidiki, bab yang kami akan bawakan ini, adakah ianya juga ada
di bincangkan di dalam kitab Tasauf dan Sufi yang muktabar? Adah ajaran dalam
kitab ini selari dengan akidah Islam dan Sunnah Rasulullah? Adakah ajaran ini
ada termuat juga di dalam kitab karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -ulama
Tasauf ikutan, Imam Al-Ghazali- Hujjatul Islam, Syeikh Athoillah-penulis kitab
Hikam, dan banyak lagi ulama Tasauf yang muktabar dan benar, yang kitabnya kita
boleh jadikan rujukan dalam bidang Tasauf. Adakah saudara menjumpainya apa yang
di bincangkan di dalam kitab ini (hakikat insan), yang akan kami tampilkan ini,
ada juga di bincangkan di dalam kitab mereka?
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan
sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah
Rasulullah Saw.
-(HR.Muslim)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ
لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ
أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para
nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu
maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang
banyak.”
Untuk golongan yang baru hendak mengenali Tasauf ataupun
golongan yang memusuhi Tasauf, janganlah kamu mengambil kitab ini sebagai modal
untuk mempelajari dan memfitnah ilmu Tasauf. Kerana kitab ini bukanlah kitab
Tasauf. Kitab ini hanyalah kitab nukil. Kitab sesat yang bukan dari ajaran
Islam, bukan dari ilmu Tasauf.
Kami tampilkan sedikit tentang ajaran dan fahaman yang
terkandung di dalam kitab ini, agar kita boleh mengambil iktibar, dan boleh
menjadi satu bukti bahawa isi kandungan di dalam kitab ini adalah sesat. Kami
hanya mengambil sedikit isi kandungan kitab ini, di mana yang boleh di lihat
dengan jelas dan ketara kesesatan kitab ini.
Wallahualam.
Sedutan dari kitab hakikat insan mad laksamana mukasurat
304-324.
Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah
pula telah menyatakan dalam firmanNya:
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
*Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan
bahawa Ayat-Ayat Surah Al-Ikhlas diatas adalah ayat-ayat makrifat yang meliputi
pada membincangkan proses Tajali diri Allah s.w.t pada peringkat akidah
sampailah ke alam Ihsan. Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam bab yang
lalu.
Soalnya , di dalam empat rangkap ayat makrifat yang
terkandung di dalam surah Al-Ikhlas itu, kenapa Allah s.w.t telah menekankan
dengan seriusnya, Firmannya:
“-Tidak beranak dan tidak di peranakkan.”
Di dalam hal ini sudah tentu ianya menpunyai sesuatu hikmat
rahsia yang harus di terokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya
dengan Allah.
Bila kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka
dengan segera kita dapat memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan
soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan
secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan
kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal burit (faraj) dan soal pelir
(zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah
disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri makrifat imu makrifat
tinggi.
Sesungguhnya tugas zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan
faraj dan tugas faraj pula memakrifatkan dirinya dengan zakar dan perlu
ditegaskan di sini tujuan pertama zakar harus memakrifatkan dirinya dengan
faraj adalah bertujuan untuk menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang
terkandung di dalam mani kepada faraj dan manakala tugas faraj pula harus
menerima rahsia hakikat diri manusia untuk ditanggung oleh rahim yang berakhir
dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah faraj harus
memakrifatkan dirinya dengan Zakar. Begitulah dengan manusia, di mana seseorang
manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan
untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah Tuhan semesta alam.
Di dalam membincangkan soal makrifatkannya zakar dengan
faraj dan makrifatkan dengan zakar banyak perkara-perkara anih yang harus
digali oleh kita.Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita
bersama di samping kita buat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks
makrifat dengan Allah s-w.t
(1). Bagaimana zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal
faraj. Lantas iapun bangkit segar (keras) semacam mencari faraj yang
diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan faraj.
(2). Bagaimana pula zakar dapat mendengar apabila disebut
nama faraj iapun bangun (keras) jadi tentu zakar mendengar. Ianya mengguna
teliriga mana?
(3). Bagaimana pula zakar dapat melihat, sedangkan ianya
tidak mempunyai mata. Ianya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan
dilindungi, maka begitu pula dengan faraj.
(4). Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj
mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak
melangsungkan perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara
mengadakan hubungan sex dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwini anaknya
menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang sex. Dari mana dan siapa
yang mengajar anak itu tentang sex?
(5). Apakah ilmu yang dipakai oleh zakar dan faraj di mana
ianya dapat mengetahui makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.
(6). Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita,
untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang balk dalam arah tujuan kita
mengenali Allah s.w.t.
(7). Sesungguhnya zakar dan faraj benar-benar makrifat di
antara satu dengan lain sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka
lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di
suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, zakar memang mengenali benar
faraj tetapi bagi zakar jika disebut nama lain nescaya ianya tidak akan
menunjukkan sebarang reaksi, kenapa dan mengapa? Jika bagi zakar matlamat
makrifatnya dengan faraj dan manusia pula menpunyai matlamat makrifat dengan
diri Allah, maka knapa pula kita bila saja di sebut nama Allah walaupun
beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukkan sebarang
reaksi spontan tidak seperti zakar terhadap faraj.
KITAB HAKIKAT INSAN MAD LAKSAMANA
............................................
Disalin dari buku sebenar..
Nota Peringatan:
Segala Kandungan di dalam buku ini adalah untuk rujukan dan kajian sahaja. Pihak Penerbitan tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perlakuan yang terjadi dari pembacaan dan pemahaman yang dibuat dari kandungan buku ini. Tujuan buku ini cuma untuk rujukan keatas tulisan JAWI dan RUMI sahaja.
Sekian Dimaklumkan. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment