ZikirrulLlah
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
HAKIKAT WUJUD
HAKIKAT WUJUD
ZINDIQ = atheis , orang yang menjadikan
makhluk sebagai tuhan juga digelar zindiq
ZALIM = orang yang meletakkan sesuatu
bukan pada tempatnya, penganiaya
ZAQUM = pokok didalam neraka penuh duri,
buahnya adalah kata kata iblis jadi makanan penghuni neraka
ZAHID = orang soleh
ZAHIR = luar, manifestasi Allah berupa
A’yan serta dengan sifat sifatnya
MUMKINUL WUJUD
Yang Mungkin Ada
MUMKINUL WUJUD terzahir KERANA CINTA
yaitu Cinta Allah kepada memandang Kecantikan dalam KecantikanNya sendiri.
- Cinta Zat pada Zat digelar JAM’I yaitu
cinta Zat pada Hakikat Muhammad
- Cinta Zat pada Alam digelar JAM’I BI
JAM’I
- Cinta Alam pada Alam digelar JAM’I BI
FARAK saperti cinta saorang gadis terhadap saorang teruna
Cinta Allah Yang Pertama digelar A’YAN
yaitu Hakikat Muhammad . Keupayaannya terzahir dalam cermin A’yannya . Oleh itu
Allah ialah Bapa A’yan itu dipelihara pada penzahirannya oleh Asma’&
SifatNya.
Penzahiran Cinta mengambil bentuk (
yaitu SifatNya ). Zat adalah Mutlak dan apa apa yang terbit daripadaNya adalah
Terhad. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.
Alam ini terbit daripada Allah dan tiada
yang lain kecuali Allah yang ternampak dari alam ini. Contoh untuk faham :-
- Biji sawit terzahir dalam pokok sawit
dan pokok sawit itu didapati dari biji sawit atau benih sawit. Maka lahirlah
berjuta ekar ladang sawit tanpa perubahan kepada biji benih itu, tetap menjadi
biji benih sawit akhirnya tidak mungkin menjadi biji kelapa atau biji cempedak.
Setiap ketika segalanya meminjam wujud
mereka daripada Allah dan setiap ketika mereka kembali kepada Zat mereka yang
mana adalah kosong.
ZAT BENDA adalah SIFAT JALAL ( Agung )
dan JAMAL ( Indah ) Allah. Benda ialah penzahiran kedua Sifat ini. Semuanya
sama ada baik atau jahat datang dari kedua pintu ini dan kembali melalui pintu
yang sama.
Tiap tiap sesuatu adalah BENTUK SATU
SIFAT. A’yan adalah bentuk bentuk Sifat. Apa jua yang keluar dari sesuatu Sifat
adalah kesempurnaan bagi sesuatu Sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari
Alam Yang Sementara kepada Alam Yang Abadi. Sesuatu itu tidak kembali kepada
Zat tetapi kembali kepada Sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan
keadaan di-Akhirat kelak.
Firman Allah :-
Segala-galanya binasa kecuali WajahNya.
MUMKINUL WUJUD adalah Tajalli Allah
dengan bentuk A’yan dengan kekhusussannya. Ini digelar WUJUD IDHAFI yaitu wujud
yang dizahirkan. Ianya juga digelar BAYANGAN - Zil
Firman Allah :-
Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu
telah memanjangkan
bayanganNya ?.
HAKIKAT WUJUD
...............................................
No comments:
Post a Comment