اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
HAKIKAT MANUSIA
HAKIKAT MANUSIA
KITABUL MUBIN = Loh mahfuz
KIYANI = diniawi
LIQA = muka , wajah
MAHIYYAT = bakat
MAWAHID = orang yeng mengesakan Allah
ALAM MITHAL
Ertinya mithal ialah contoh = ikhtibar = petunjuk
Pemahaman :-
Petunjuk Zat ialah SifatNya
Petunjuk Malaikat ialah Ruh
Petunjik Ruh ialah Jasad
Maknanya :-
Ghaib Zat Allah dalam SifatNya = Nur Muhammad
Ghaib Sifat ( Muhammad ) didalam Malaikat
Ghaib Malaikat didalam Ruh Manusia
Ghaib Ruh manusia didalam Jasad manusia
Juga bermakna :-
Manusia itu adalah MITHALAN sebab :-
Jasad sesifat Ruh
Ruh sesifat Mlaikat
Malaikat sesifat Nur Muhammad
Nur Muhammad ialah Sifat Zat
Sifat itulah Zat
Alam Mithal adalah Alam Nyata yaitu dikandung bapa selama 40
hari.
Untuk menunaikan janji Allah memindahkan Ruh manusia itu
dari Alam Ruh kepada Alam Nyata yaitu dunia ini melalui proses Pentajallian
Secara Menurun atau NUZUL 14 tingkatan. Masuk melalui ubun ubun bapa Nanamah
namanya, turun hingga kepusat DI namanya, terus kepinggang WADI namanya, turun
kehujung zakar, MANI namanya dan terpancar ke Rahim Ibu MANIKAM namanya.
MANI juga dikenali sebagai A’YAN SABITAH yaitu bakat bakat
terpendam didalam ILMU ALLAH yang mengandungi manusia lengkap itu ( AKBAR )
siap dengan jasad serta ruhnya. Wujud didalam diri bapa dalam keadaan wujud
tetapi belum kelihatan nyatanya oleh mata, umpama wujudnya seluruh pokok sawit
dalam sebiji benih pokok sawit.
Banyak nama nama digunakan untuk menghuraikan proses
pengwujudan / pentajallian ini . Antaranya ialah :-
Syiar Allah = perjalanan Zat dari ubun ubun ke pusat
Sunnah Rasul = perjalanan Sifat dari pusat ke- zakar
Mani Yang Nyata = manusia yang ghaib / Nurzat / Ar-Rahman
Khusu’ Tawadduq = pemindahan mani ke rahim perempuan yaitu
penyampaian SIRR / Rahsia dari Alam Mithal ke Alam Ajsam ( Rahim Ibu ) melalui
junub.
ALAM AJSAM
Ertinya :-
Proses pesenyawaan mani bapa dengan telur ibu atau proses
pengwujudan jasad dan penyatuan ruh dengan jasad untuk menjadi manusia dalam
bentuk bayi.
Prosesnya :-
Selama sembilan bulan banyak sekali nama nama panggilannya
mengikut umur dan pertumbuhan lembaga bayi itu. Antaranya ialah Mani menjadi
darah, darah menjadi daging, daging menjadi tulang.
Maka sempurnalah jasad & ruh. Hiduplah bayi itu membesar
menjadi kanak kanak terus menjadi dewasa. Kalau terlalu panjang umurnya menjadi
PIKUN dan setelah itu ia mati berpindah kealam BARZAH sebelum pulang kenegeri
asalnya disebut ALAM AKHIRAT bersama Allah.
Inilah ALAM INSAN yaitu Alam Kehidupan Manusia didunia ini
hingga dia mati.
No comments:
Post a Comment