Kubur Adalah Tempat Pertama Di Alam Akhirat

Kuliah Subuh Pada 18 Dis 2011

Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman@ Abdul Rahman
Imam Masjid al-Syakirin
Sambungan:   Peristiwa Ketika Malaikat `Izrail Mencabut Nyawa.
Abu Dardak telah berkata;  “Tiga perkara membuat aku ketawa dan tiga perkara juga yang membuat aku menangis kerananya;  Tiga perkara yang membuat aku ketawa ialah; pertama, orang yang mengangan-angankan dunia dengan kenikmatannya pada hal kematian menantinya, kedua; orang yang lalai terhadap sesuatu yang tidak lalai daripadanya, ketiga, orang yang ketawa  pada hal dia tidak tahu apakah Allah reda terahadapnya atau murka kepadanya. Tiga  perkara yang membuat aku menangis kerananya ialah;  Pertama, berpisah dengan orang yang tercinta iaitu Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya, kedua, ketakutan ketika nyawa dicabut sewaktu sakratul maut (mabuk mati) dan ketika,  ketika bertemu dengan Allah Ta`ala ketika diperlihatkan jambatan kemudian tidak ada hamba yang tahu sama ada dia diperintahkan ke syurga atau ke neraka.
Anas bin Malik berkata; “ Mahukah kamu supaya aku ceritakan tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah seorang  pun mendengarnya:  Hari ketika datang berita kepada kamu dari Allah Ta`la sama ada mendapat keredaanNya atau kemurkaanNya, kedua,  adalah hari ketika mengadap Tuhanmu lalu dikatakan; “Ambillah kitabmu”, apakah dari kiri atau dari sebelah kanan.  Manakala malam pula pertamanya, ketika mayat dibawa masuk kedalam kuburnya dan kedua, malan yang dikuti dengan hari kiamat pada besuknya.
Bab: Kubur Adalah Tempat Pertama Di Alam Akhirat, Menangis Disisi  Mayat dan Persiapan Menghadapinya.
Ibnu Majah telah meriwayatkan dari Hani` bin Usman dengan katanya; “ Bahawa Usman  r.a. apabila berhenti  disebuah perkuburan, dia menangis hingga basah janggutnya, lalu sahabat bertanya kepadanya; “Adakah engkau mengingati  syurga dan  neraka,  janganlah menangis, adakah engkau menangis kerana kubur ini?, lalu dia menjawab dengan katanya;
Ertinya;  Rasul Allah s.a.w. telah bersabda;  “Sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat dalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya”.   Dalam hadith yang lain Sabda  Baginda s.a.w.;  “Aku tidak pernah melihat  suatu pandangan yang lebih menakutkan dari  pandangan didalam kubur”.
Usman Bin Affan pernah membaca satu syair apabila melihat mayat sedang diturunkan kedalam kubur dengan katanya;
Apabila kamu selamat daripadanya maka kamu akan selamat dari yang lebih besar
   Tetapi apabila tidak(selamat)  maka tidak ada tanda bagimu akan selamat.
Ibnu Majah meriwayatkan dari  Anas dari al-Barrak bin `Azib r.a. katanya:
Ertinya: “Kami pernah bersama Rasul Allah s.a.w.  ketika mengziarahi  kubur, baginda duduk ditepi kubur lalu menangis, sahabatnya tururt  menangis hingga basah  tanah dengan air mata mereka, lalu Baginda berkata; “ Wahai  saudara-saudaraku,  memandangkan beginilah  keadaan kubur hendaklah kamu   persiapkan diri(dengan  amalan)”.
Bahan bacaan;  al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam, cetakan kedua, tahun 2008,  hal. 88
Abd Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Jasmin,  hal. 73

Perkara yang mengikuti mayat Semasa Pengkebumiannya

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 11 Dis 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman @ Abdul Rahman Imam Masjid al-Syakirin
Bab:  Perkara yang mengikuti   mayat  Semasa Pengkebumiannya.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Ertinya: “Ada tiga perkara ikut menghantar mayat kekubur, dua  daripadanya akan pulang dan satu yang kekal bersamanya, iaitu keluarga, harta dan amalannya, keluarga dan harta akan pulang manakala amalannya  akan tinggal bersamanya”.
Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im;
Ertinya; “Ada tujuh perkara yang Allah s.w.t sampaikan pahalanya bagi seorang hamba dalam kubur selepas kematiaannya; Siapa yang mengajarkan ilmu pengetahuan semasa hidupnya, mengalirkan air sungai, menggali perigi, menanam pokok buah-buahan, membina  masjid, mewakafkan Mushaf al-Quran atau meninggalkan anak yang akan memohon keampunannya selepas mati”.
Dalam satu hadith   disebut anak yang saleh atau anak yang muslim. Dalam hadith   yang di- riwayatkan oleh Muhammad bin Yazid al_Qazwani dalam kitab sunannya menyebut:
Ertinya: ”Sedekah yang dikeluarkan sebahagian dari hartanya ketika dia masih sihat”.
Telah berkata Basyar bin Ghalib; aku pernah Nampak Rabi`ah al-`Adawiyah dalam mimpiku, aku sentiasa   berdo`a kepadanya, lalu dia berkata kepadaku: “Wahai Basyar hadiahmu sampai kepada kami dalam bekas yang bercahaya, dialaskan dengan kain sutera, beginilah  Wahai Basyar setiap do`a kepada  rakan mereka yang telah mati akan diperkenankan do`a mereka apabila sesaorang itu berdo`a  dengan niatnya untuk disedekah kepada orang yang mati”.  Begitulah setiap do`a orang yang   beriman akan sampai kepada orang yang telah meninggal dunia, dikatakan kepada orang yang menerima hadiah itu, “Inilah hadiah sipolan untukmu”.
Beberapa orang ulamak telah berbicara sesama mereka, antaranya berkata; “Aku pernah lalu didepan tanah perkuburan yang luas lalu aku pun membaca surah al-Fatihah,   surah Ikhlas dan Ta`wwuz masing-masing aku baca sebanyak tiga kali, kemudian aku hadiahkan kepada  orang   islam yang telah meninggal dunia,  kemudian timbul keraguan dalam hatiku dan bertanya diriku sendiri apakah mereka mendapat pahala dari hadiah ku ini,  lalu  aku tertidur,   aku melihat dalam mimpiku cahaya turun kepermukaan bumi, lalu cahaya-cahaya itu masuk kedalam setiap kubur. Kemudian aku mendengar suara   berkata, “ Inilah pahala bacaanmu yang kamu hadiahkan kepada mereka”.
Bab: Mengenai Peristiwa Ketika Nyawa Dicabut Oleh Malaikat  I`zrail
Telah disebuat dalam sebuah hadith  yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah katanya; Sabda Nabi s
 
Ertinya; “Jangan kamu bercita-cita untuk mati kerana kematian itu sangat sakit”.
Ketika Umar bin al-Khattab ditikam, seorang lelaki telah berkata kepadanya; “Wahai Amirul Mukminin aku harap agar jasadmu tidak disentuh oleh api neraka”;  Kemudian Umar memandang lelaki tersebut seraya berkata, “Sesungguhnya orang yang engkau tipu telah tertipu, demi Allah andainya aku memiliki segala yang ada dibumi ini, aku akan mengorbankannya demi menghindari pencabutan nyawa yang menakutkan”. Sekian bersambung…
Bahan bacaan;
Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Terjemahan, Jasmin, hal  70.
Imam al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam. Hal. 87.

Cara Berlaku Kematian dan Perbedaan Sesama Manusia

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pad 20 Nov 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Bab:  Cara Berlaku Kematian dan Perbedaan  Sesama  Manusia
Allah Ta`ala telah menyatakan dalam kitab al-Quran secara ringkas dan terperinci, Firman Allah:
32. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”. Al Nahl:32.
Dalam Surah al-Sajdah ayat 11 Firman Allah:
11. Katakanlah (Wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. Al-Sajdah: 11.
Dalam surah al-An`am ayat 61 firman Allah;
61. dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Al-An`am:61.
Dalam surah al-Nahl ayat 28 Firman Allah:
28. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya).” lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): “Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan”. (malaikat menjawab): “Bahkan (kamu ada melakukannya); Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan”. Al-Nahl:28.
Ayat-ayat di atas dikatakan ayat mujmal (ringkas) bererti ianya secara ringkas, ayat-ayat ini akan  dijelaskan secara terperinci oleh Rasul Allah s.a.w.
Dan ada ayat-ayat lain yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala secara khusus, antaranya Frman Allah:
50. dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (Wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka Yang membakar”. Al-Anfal:50.
Dan Firman Allah lagi dalam surat Muhammad ayat 27,;
27. (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (Mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka.  -Muhammad:27.
Ayat-ayat ini menceritakan bagaimana orang kafir ketika kematian mereka dalam peperangan badar.  mereka dipukul depan dan belakang,  demikian juga keadaannya orang-orang kafir pada hari ini ketika mereka diambil nyawa  dipukul depan dan belakang, mereka mati dengan penuh kehinaan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;
Telah berkata Ibnu Abas; Ketika orang Islam berada dalam keadaan terdesak dihadapan orang Musyrikin dalam peperangan badar, iba-tiba mereka mendengar bunyi pukulan sesuatu dan juga mereka mendengar suara jeritan  kuda, lalu mereka diminta supaya cepat bergerak, ketika itu mereka ternampak orang musyrikin yang jatuh terlentang sedangkan hidung mereka dijerat dengan tali, muka pecah dengan sebab pukulan tersebut, banyak antara  mereka yang terjatuh, seorang ansar telah menceritakan kepada Rasul Allah s.a.w. berita tersebut lalu Baginda menjawab; “Memang benar katamu, itu bantuan Allah dari langit kedua, yang membunuh sebanyak tujuh puluh orang dan menawan sebanyak tujuh puluh orang”.
Pasal
Jika diperkatakan; bagaimakah dapat dipahami ayat-ayat dengan makna yang sama, dan bagaimana caranya malikil maut dapat mengambil roh-roh yang begitu banyak dalam waktu yang sama ditimur dan barat?.
Ketahuilah,  bahawa kadang-kadang kematian itu dinisbahkan kepada malikil maut, kerana dialah yang langsung mengerjakannya, kadang-kadang dinisbahkan kepada kawan-kawanya (pembantu malikil maut), dan kadang-kadang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. seperti firman Allah  dalam surah al-Zumar ayat 42,
42. Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya). – Al-Zumar:42.
Dan Firman Allah lagi dalam surah al-Haj ayat 66;
66. dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian ia mematikan kamu, kemudian ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.     -al-Haj:66.
Dan dalan ayat 2 Surah al-Mulk;
2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); al-Mulk:2.
Al-Kalbi pernah berkata: Malikil Maut  yang mencabut  roh dari jasad, lalu memberikannya kepada malaikat rahmat apabila roh itu adalah dari kalangan orang yang beriman, atau kepada malaikat azab jika sekiranya roh itu dari kalangan orang kafir.
Dari  khabar yang lain; Semua catatan ajal yang telah dituliskan dimalam Nisfu Sya`ban berada disisi malaikil maut, itulah malam yang diperintahkan segala urusan Allah kepada para malaikat sama ada rezeki, ajal dan lain-ain. Ini adalah pandangan dari Ikrimah dan dan lain-lain.
Yang sebenarnya, Allah telah menentukan segala urusan ini dimalam Ramadzan iaitu dimalam lailatul Qadar, menurut pandangan Qatadah,  hasan Mujahid dan lain-lain berdasarkan firman Allah dalam surah  al-Dukhan ayat  1 hingga ayat 3.
1. Haa, Miim.
2. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). Al-Dukhan:1-3.
Yang dimaksudkan lailatul Mubarakah iaitu malam Lailatul Qadar. Menurut pandangan Ibnu Abbas; sesungguhnya Allah menentukan segala urusan dimalam Nisfu Sya`ban kemudian menyerahkan kepada petugas-petugasnNya dimalam Lailatul Qadar. Sekian wallahu `Alam.
Bahan bacaan:
al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dal-Assalam, cetakan kedua 2008, Kahirah, hal.65.

Ke Mana Perginya Roh Setelah Keluar Dari Badannya.

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 13 Mov 2011
Oleh
Ustaz Ya`ali Bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Tajuk:  Ke Mana Perginya Roh Setelah Keluar Dari Badannya.
Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh sesaorang dia akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. Jika roh itu termasuk daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan,  Allah akan berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan   tempatnya di dalam syurga”.  Malaikat akan membawanya ke dalam syurga. Aapabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama dengan jasadnya,   ketika  jasadnya diusung  ia boleh mendengar suara  orang yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.
Apabila  disembahyang   dan dikuburkan, pada masa itu roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.

Amru bin Dinar pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung  dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat lain ditambah;  dan dikatakan kepadanya  Ketika berada diatas katilnya, “dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk”.
Dalam satu riwayat lain dikatakan;  Seorang bermimpi bertemu dengan  Muhammad bin Nabatah setelah dia meningal dunia dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah keatas kamu”, ia menjawab ; “Allah menempatkan aku didepanNya dan bertanya kepadaku;  “Kamu adalah orang yang membenarkan kata-kata mu semasa hidup didunia,  sehingga orang memujimu”, lalu aku  berkata; “maha suci Engkau Ya Allah dan seterusnya aku    mengajar mereka    tentang sifat-sifat Mu Yang Mulia dan mengajar mereka tentang ilmu tauhid”.

Lalu Allah berkata kepadaku; “Katakanlah seperti yang kamu katakan semasa di dunia”,  aku pun berkata; “Dia,  Allah s.w.t. akan menghancurkan manusia  sebagaimanaDia menciptakannya, Dia  akan  menjadikan manusia tidak bercakap  sebagaiman Dia membuat manusia   bercakap, Dia menciptakan manusia sepertimana sebelum ini manusia tidak ada, Dia akan mengumpulkan manusia sebagaimana Dia memisahkannya”, lalu Allah s.w.t. berkata; “Kamu benar, pergilah! Aku telah mengampunimu”.

Begitu juga dengan kata Mansur bin Imar, seorang    bermimpi bertemu dengannya setelah meninggal dunia lalu dia pun bertanya; “Apakah yang Allah lakukan kepadamu?”, ia menjawab: “Allah s.w.t. telah menempatkan aku didepanNya, lalu berkata; “ Dengan apa yang kamu datang  kepadaKu wahai Mansur?”, aku pun menjawab: “Dengan tigapuluh enam hujjah (alasan). Jawab Allah; “Aku tidak terima walau pun satu hujjah”. Kemudian Allah bertanya lagi; “Dengan apa yang kamu datang bertemu dengan Aku wahai Mansur?”. Dengan tiga ratus enam puluh kali khatam al-Quran al-Karim”.  Allah berkata lagi;  “Aku tidak menerima satu pun dari khatammu itu”,  lalu Dia bertanya  lagi; “Dengan apa kamu datang  bertemuKu  wahai Mansur?”, aku menjawab, “   “Aku datang  kepadaMu dengan Mu Ya Allah”.  Maka Allah s.w.t. pun menjawab” Mahasuci Allah, sekarang baru kau  datang disisiKu,   pergilah,  Aku telah mengampunimu”.  Sekian wallah `alam.

Bahan bacaan, Abd Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkiran al-Qurtubi, Jasmin, cetakan pertama 2008,  Hal. 50

Bukti Penciptaan Roh Selepas Penciptaan Badannya

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 17 Jan 2011
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Kuliah  Roh
Pasal : Bukti Penciptaan Roh Selepas Penciptaan Badannya
Buktinya ada beberapa  sebab:
Pertama: Penciptaan Adam bapa manusia seperti berikut; Allah perintahkan Malaikat Jibril mengambil segenggam tanah kemudian diadunkan sehingga menjadi tanah liat kemudian dibentuk rupa Adam, kemudian ditiupkan roh kedalam badannya, sebaik sahaja roh masuk kedalam badannya jadilah daging, darah dan hidup hingga boleh bertutur.

Menurut tafsir Abu Malik dan Abu Saleh daripada Ibnu Abas, Murah daripada Ibnu Mas’ud dan dari sahabat Nabi s.a.w.; Setelah selesai penciptaan Adam  oleh Allah menurut pilihanNya   lalu Allah Istiwa diatas Arasy, kemudian Allah mengangkat Iblis menjadi pemerintah langit dunia, Iblis berasal dari  kaum Malaikat yang berasal dari golongan Jin, dinamakan Jin kerana mereka bertugas menjaga penghuni syurga, kemudan terlintas dalam pandangannya, bahawa Allah tidak akan memberi tugas ini melainkan  aku adalah teristemiwa pada pandangan Allah berbanding  dengan malaikat, maka lahirlah perasaan takabbur dalam dirinya, hal ini terdedah ketika Allah  maklumkan kepada malaikat; maksud al-Quran :

Sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah diatas muka bumi” al-Baqarah: 30.

Malaikat bertanya; Tuhan kami! Bagaimana keadaan khalifah itu dan apa yang akan  dilakukan diatas muka bumi?. Allah menjawab; Meraka akan beranak-pinak dan akan melakukan kerosakan diatas muka bumi, mereka akan berhasad dengki dan bunuh membunuh sesama mereka. Seterusnya Malaikat berkata menurut al-Quran firman Alllah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ


30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Al-Baqarah:30.

Inilah gambaran dari al-Quran tentang perihal iblis.

Setelah selesai gambaran diatas lalu Allah utuskan Jibril  untuk mengambil segenggam tanah di bumi, lalu bumi mengatakan; Aku berlindung dengan Allah  agar kamu tidak mengambil aku,  lalu Jibril tidak mengambilnya.   Kemudian kembali kepada Allah dengan katanya; Sesungguhnya bumi telah berlindung diri kepada Mu Ya Allah. Kemudian Allah perintahkan malaikat Mikaail untuk mengambil tanah, tanah juga memohon perlindungan dari Allah lalu Mikaail juga tidak mengambilnya.

Seterusnya Allah perintahkan malaikat al-Maut (‘Izraail) untuk berbuat demikian, bumi jua memohon perlindungan daripada Allah, tetapi malaikat Izraail pula memohon  perlindungan daripada  Allah supaya melaksanakan perinnah tersebut, akhirnya malaikat Izraail telah mengambil segengam tanah dari berbagi jenis  trmasuk tanah yang berwarna merah,  puteh dan hitam , diambil dari berbagai tempat lalu dicampurkan menjadi satu, dengan sebab itulah lahirlah anak adam dari brbagai warna kulit.lalu dibawa naik di sisi Allah sehingga menjadi tanah lazib (melekat antara satu sama lain). Kemudian Allah berfirman kepada malaikat:

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ


71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ” Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam)  dari tanah;
72. ” kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “. Saad: 71-72.

Allah  memberitahu  penciptaan Adam dengan TanganNya(kuasaNya), agar Iblis tidak merasa takbur lagi, kalau sekiranya iblis  takbur juga maka Allah akan menyatakan; Apakah kamu akan takabur juga sedangkan aku ciptakan manusia dengan TanganKu (KuasaMu) sendiri, meskipun begitu Aku tidak terasa takbur”. Adam berbentuk jasad selama empat puluh tahun, setiap kali malaikat melalui di sinya merasa takut terhadapnya. Anatara mereka yang paling takut ialah Iblis, setiap kali Iblis lalu di sisinya dia akan memukulnya, kemudian keluar suara seperti suara tembikar. Al-Quran menyatakan dalam surah al-Rahman ayat 14 bermaksud’

Daripad suara semacam tembikar”.

Seterusnya iblis bertanya kepada Allah; Untuk apa dijadikan tubuh ini?.  Lalu iblis masuk kedalamnya menerusi mulut dan keluar menerusi duburnya. Iblis berkata kepada malaikat; jangan kamu   takut kepada tubuh ini, Tuhan kamu tempat meminta perlindungan,  didalamnya kosong,   kalau aku  menguasai atasnya  pasti dia akan ku pecahkan atau rosakkan.

Apabila Allah memasukkan roh kedalam jasad Adam, lalu diperintahkan supaya malaikat sujud kepad Adam, sebaik sahaja roh masuk kedalam jasad menerusi kepalanya lalu dia bersin, kemudian malaikat suruh  Adam bekata al-hamdulillah, lalu dijawab oleh Allah: Yarhamuka rabbuk (Tuhan kamu merahmatimu).

Apabila roh sampai kemata lalu dia dapat melihat buah-buahan syurga,  bila  sampai keperutnya lalu rasa ingin memakan buah tersebut pada hal ketika itu roh belum lagi sampai kekakinya, dia segera ingin bangun untuk mendapat buah-buahnnya, ini adalah sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;

Manusia itu dicipta dengan sifat tergesa-gesa:. Al-Anbiya’:37.

Telah berkata Yunus bin Abdul ‘Ala dari Ibnu Wahab dari Ibnu Zaid dengan katanya;

Apabila Allah menciptakan neraka, mereka terkejut lalu bertanya; Ya Allah untuk apakah engkau ciptakan neraka ini? Dan untuk siapakah? Jawab Allah; Aku sediakan untuk siapa yang derhaka kepada Ku  dari kalangan  makhluk Ku.
Pada masa itu  tiada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah melainkan malaikat. Ketika itu tidak ada makhluq di atas muka bumi ini, lepas itu barulah diciptakan Adam, menurut al-Quran firman Allah;

هَلْ أَتَى عَلَى الإنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا


Maksudnya; “Sesunguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika itu   belum ada suatu apa pun yang dapat disebut”. Al-Insan: 1.

Umar bin al-Khattab  bertanya Rasul Allah s.a.w.;

Wahai Rasul Allah! Alangkah baiknya masa itu! Kemudian baginda menyatakan kata-kata malaikat, apakah akan datang suatu masa kami akan melakukan maksiat nanti? Sebab mereka tidak nampak makhluq lain pada ketika itu, Allah menjawab; tidak! Sesungguhnya Aku ingin mencipta dibumi ini makahluq dan akan dilantik disitu seorang khalifah. Demikian menurut mafhum hadith.

Berkata Ibnu Ishak; Allah telah menciptakan Adam, kemudian dibiarkan selama empat puluh tahun, kemudian meniupkan roh kepadanya sehingga berbentuk tembikar yang tidak disentuh oleh api, apabila rohnya sampai kekepalanya lalu dia besin dan mengucap Alhamdulillah.

Dari dalil al-Quran, al-hadith dan berita dari ulamak salaf menunjukkan bahawa Allah telah meniupkan kedalam tubuh Adam sesudah dicipta jasadnya. Dari tiupan itu barulah dia bernafas dan hidup, jika sekiranya roh diciptakan sebelum badan bersama-sam roh zuriatnya, tentu malaikat tidak ta’jub  denganya, juga tidak tidak ta’jub dengan pencpitaan neraka, sehingga berkata; Untuk apa engkau jadikan neraka ini? Sebab malaikat telah melihat sebelum ini roh anak-anak Adam   ada yang beriman dan ada yang kufur, ada yang baik dan ada yang jahat.

Bahan bacaan Kita al-Roh karangan Ibnu Qaiyim, hal. 410.

Adakah Roh dijadikkan oleh Allah lebih dahulu daripada jasad atau jasad lebih dahulu…. bahagian 2

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 9 Jan 2011
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Kuliah al-Roh (sambungan)
Pasal: Pandangan Ulamak Salaf Dan Khalaf mengenai maksud ayat al-Quran; (Kemudian Kami perintahkan malaikat suapaya sujud…)
Dalam ayat ini tiada  dalil yang menyatakan bahawa Roh dijadikan lebih dahulu daripada jasad, hanya apa yang dimaksudkan ialah kejadian bentuk dan rupanya dalam gambaran alam yang amat kecil seperti atom, dan diminta ia bertutur. Lepas itu dikembalikan kealam asalnya, kalau ini dikatakan  berita yang sah. Namun begitu yang jelas  ialah ditakdirkan oleh Allah tentang celaka dan bahagianya.
Adapun dalil yang dipegang oleh Ibnu Hazmin berdasarkan firman Allah;
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ
11. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Al-A’raf:11
Dalil ini amat jelas bahawa zahir ayat bahawa Allah telah memerintahkan supaya sujud kepada Adam  terdahulu daripada penciptan diri kita dan pembentukannya, kerana perintah sujud adalah terhadap badan dan roh, peristiwa ini berlaku selepas penciptaan Adam, Menurut Ibnu Abas; Ssungguhnya Kami ciptakan kamu (Adam), kemudian Kami gambarkan rupa zuriat kamu.
Demikian juga pandangan Ibnu Abas; Firman Allah yang bermaksud ;Kami telah ciptakan kamu iaitu Adam dan Kami gambarkan rupa kamu dimaksudkan  zuriatnya. Demikian juga pandangan Mujahid. Abu Ubaid menyokong pandangan Mujahid disebalik firman Allah yang bermaksud; Kemudian kami perintahkan kepada malaikat  supaya sujud kepada Adam, perintah ini berlaku sebelum zuriat Adam dibentuk dalam kandungan ibunya,
Kata Abu Ubaid;  Mujahid telah menerangkan tentang perintah Allah supaya Malaikat sujud kepada Adam selepas Allah menciptakan zuriatnya, perkara ini juga sudah dijelaskan didalam Hadith.
Didalam al-Quran ada ayat yang menjelaskan lebih lanjut lagi tentang penafsiran penciptaan Adam dan zuriatnya; firman Allah;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ

Maksudnya: “Wahai manusia! kalau kamu masih ragu tentang hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa Kamilah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari seitik air mani”. Al-Haj: 5

Dalam ayat diatas Allah menyatakan tentang kejadian manusia dari tanah, walaupun bentuk ayat mengatakan Kami jadikan kamu, sebenarnya yang dimaksudkan dari tanah ialah Adam, kerana Adam asal kejadian mansuia, kemudian zuriat Adam dijadikan daripada benih iaitu air mani.

Bahan bacaan Kitab al-Roh karangan Ibnu Qaiyim hal. 407.

Adakah Roh dijadikkan oleh Allah lebih dahulu daripada jasad atau jasad lebih dahulu.

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 2 hb Jan 2011
Oleh
Imam Masjid al-Syakirin Oran

Kuliah al-Roh (sambungan)

Pasal 18
Adakah Roh dijadikkan oleh Allah lebih dahulu daripada jasad atau jasad lebih dahulu.
Dalam masalah ini ada dua pandangan sebagaimana dimaklumkan kepada kita oleh Sheikh al-Islam dan lain-lain, antara mereka yang mengatakan bahawa roh dijadikan lebih dahulu daripada badan ialah Muhammad bin Nasru al-Marwazi, abu Muhammad bin Hazmin dan kata ibnu Hazmi pandangan ini adalah secara ijmak, kami akan terangkan dalil dari kedua-dua belah pihak.   Pandangan pertama adalah yang benar.

Mereka yang mengatakan bahawa roh diciptakan oleh Allah lebih dahulu daripada badan berdasarkan fiman Allah Ta’ala:
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ
11. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk Dalam golongan Yang sujud.
– Al-“Araf:11
Mereka berkata; dalam ayat tersebut telah dinyatakan tertib dan tempohnya antara keduanya, dalam   tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa roh dijadikan lebih dahulu daripada jasad berdasarkan kepada ayat dimana Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam, dengan  ini sudah termaklum kepada kita bahawa roh diciptakan lebih dahulu daripad badan.
Hujah mereka lagi firman Allah:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
172. Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.Al-‘Aarf:172

Mereka juga berkata bahawa penyaksian yang diambil  oleh Allah adalah kepada roh dimana pada ketika itu jasad belum dijadikan lagi,
Mereka juga menyatakan bahawa suatu ketika Umar bin al-Khattab telah ditanya mengenai ayat yang bermaksud; (Dan ketika  Tuhan Mu menjadikan keturunan anak-anak Adam dari punggungnya) al-‘Aarf: 172. lalu Umar menjawab; saya pernah mendengar bahawa Rasul Allah s.a.w. telah ditanya lalu baginda menjawab; “Allah telah menciptakan Adam, kemudian disapukan punggungnya dengan kanannya, maka keluarlah zuriatnya. Maka Allah berfirman; bermaksud; “Aku ciptakan mereka untuk neraka dan meraka akan beramal dengan amalan ahli neraka, dan Aku ciptakan mereka untuk syurga  dan beramal  dengan amalan ahli shurga”.
Lalu  ditanya oleh seorang lelaki; wahai Rasul Allah apa guna amalan itu? Jawab Rasul Allah s.a.w. “Sesungguhnya jika Allah menjadikan seorang itu sebagai ahli syurga, maka Dia akan mendorongnya beramal dengan amalan ahli syurga lalu dimasukkan kedalam syurga, dan jika Dia menciptakan seorang itu untuk neraka,  akan mendorongnya beramal dengan amalan ahli neraka sehingga mati dengan amalan ahli neraka maka dia akan dimasukkan kedalam neraka.

Al-Hakim telah meriwayatkan dari Hisham dari Zaid dari Abu Saleh dari Abu Hurairah, “Apabila Allah menciptakan Adam lalu menyapukan atas punggungnya maka keluarlah setiap jiwa yang diciptakan hingga hari kiamat seperti debu kemudian dijadikan kedua belah matanya pancaran  seperti cahaya kemudian ditunjukkan kepada Adam lalu bertanya; siapa mereka itu wahai Tuhan Ku?, jawab Allah itulah keturunanmu.

Kemudian Adam melihat seorang lelaki antara mereka yang ada pancaran cahaya dari kedua belah matanya, lalu bertanya; Wahai Tuhanku sipakah dia?; lalu dijawab itulah anak engkau bernama Daud   yang akan lahir di penghujung umat, Adam bertanya lagi; berapa umurnya, jawab Allah; enam puluh tahun. Adam memohon agar Allah tambahkan umurnya melebihi   empat puluh tahun dari umurnya, jawab Allah kalaulah ditetapkan begitu tidak boleh ditambahkan lagi.

Apabila sampai umur yang ditetapkan kepada Adam lalu datanglah malikilmaut kepadanya lalu Adam  bertanya kepadanya; adakah  masih baki umurku selama empat puluh tahun lagi? Jawab Malikilmaut; Bukankah engkau telah berikan kepada anakmu Daud?. Sambung Nabi Kita yang menceritakan cerita ini. Adam mengingkarinya, lalu keturunannya juga mengingkari. Adam melupainya lalu  umatnya juga pelupa, Adam juga melakukan kesalahan dan juga umatnya sering melakukan kesalahan.

Seterusnya Ibnu Abas telah meriwayatkan bahawa setelah turun ayat mengenai dengan hutang, kata Rasul Allah s.a.w.; “Sesungguhnya orang yang mula melupainya ialah Adam”. Muhammad bin Saad menambah; Kemudian Allah telah menyempurnakan umur Adam seribu tahun dan Daud seratus tahun.

Dalam kitab Saheh al-Hakim dari Ubai bin Ka’ab menyatakan firman Allah; bermaksud “ Dan ketika Allah menjadikan keturunan anak-anak Adam dari punggungnya….”. al-“’Araf: 172.

Katanya;  Allah telah mengumpulkan semua keturunan Adam yang akan keluar hingga hari kiamat  dan dijadikan dalam bentuk roh kemudian dirupakannya  hingga boleh berkata-kata lalu  ditanyakan kepada mereka;

وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

Maksudnya; dan diambil kesaksian dari mereka, katanya bukankan aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, ya Tuhan kami menjadi saksi. Nanti dihari kiamat Engkau tidak dapat mengatakan, bahawa Kami telah lalai dari semua ini! * Atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya nenek kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedangkan kami adalah anak-anak keturunan yang datang sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang telah sesat. “ al-A’raf: 172, 173.


Bahan bacaaan Kitab al-Roh karangan Ibnu Qaiyim, Hal. 379.


Ibnu al-Qaiyim: Hujah Sampainya Sedekah Pahala Bacaan Quran Kepada Si Mati

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 28 Nov 2010
Oleh
Ustaz Ya ali Bin Dahaman Iman masjid al-Syakirin
Kuliah al-Roh (sambungan)
Amalan yang afdhal untuk dihadiahkan kepada mayat ialah membebaskan hamba, sedekah, meminta Allah ampun   dosanya, berdo’a dan mengerjakan haji  untuknya. Pahala Membaca al-Quran juga akan sampai kepada mayat jika dibaca dengan ikhlas tanpa sebarang upah sebagaimana sampainya pahala haji kepadanya.
Ada pendapat mengatakan; bahawa membaca al-Quran untuk dihadiahkan kepada mayat tidak  diketahui berlakunya dizaman ulamak salaf, tidak siapa yang dapat  menceritakan amalan kebaikan mereka kerana mereka amat berhati-hati dan menjaga agar amalan mereka tidak dihebohkan. Nabi s.a.w. tidak menunjukkan supaya sahabatnya  melakukannya, malah apa yang dianjurkan oleh Baginda s.a.w. ialah untuk berdo’a kepada mayat, memohon ampun, besedekah, mengerjakan haji dan berpuasa. Jika sekiranya pahala bacaan al-Quran sampai kepada mayat pasti baginda s.a.w. menganjurkan kepada mereka berbuat demikian, sudah tentu mereka akan melakukannya.
Jawapannya; Orang yang menimbulkan persoalan ini telah mengakui bahawa pahala haji, puasa, do’a dan istighfar sampai kepada mayat.
Jawapan seterusnya; apakah ada sebab yang khas pahala bacaan al-Quran  tidak sampai kepada mayat sedangkan pahala amalan yang lain sampai kepadanya, ini adalah suatu cubaan untuk membezakan antara amalan tersebut, sepatutnya untuk menyatakan tidak sampai  pahala bacaan al-Quran hendaklah diambil dalil dari al-Quran, al-Sunnah , Ijmak dan kaedah syarak.
Antara sebab tidak terkenalnya amalan ini dizaman ulamak salaf, kerana tidak berlaku dikalangan mereka   orang yang mengupah orang untuk membaca al-Quran  lalu dihadiahkan kepada mayat, dan tidak juga berlaku dikalangan mereka ada orang yang membaca al-Quran diatas kubur sepertimana yang berlaku disetengah tempat dewasa ini, mereka juga  tidak pernah melihat  orang yang membaca al-Quran lalu menghadiahkan pahalanya kepada sipulan yang tertentu, demikian juga menghadiahkan pahala sedekah dan puasa.
Jawapan seterusnya kapada mereka yang mengatakan demikian; kalau diminta  supaya mereka   menceritakan dari   ulamak salaf yang pernah berdo’a; “Ya Allah sampaikahlah pahala puasaku ini kepada si pulan”; pasti tidak dapat, kerana mereka amat berhati-hati agar amalan mereka tidak diketahui orang ramai  dan terus menyembunyikan setiap amalan  baik, mereka tidak  ingin orang ramai menyaksikan amalan mereka  agar Allah sampaikan kepada mayat.
Kalau dikatakan pula; Rasul Allah s.a.w.   pernah menganjurkan para sahabat menghadiah pahala puasa, sedekah dan haji tetapi Baginda tidak pernah menganjurkan mereka menghadiah pahala bacaan al-Quran.
Jawapannya; Mengenai dengan amalan itu pun baginda s.a.w. tidak memulakannya untuk menganjurkan supaya  berbuat demikian, sebenarnya telah terkeluar dari  persoalan ini. Sebenarnya mengenai   haji sebagai hadiah kepada mayat bermula dengan soalan sahabat kepada baginda lalu Baginda mengizinkannya, demikian juga dengan   puasa apabila ada yang bertanya lalu Baginda mengizinkannya, juga   sedekah baginda mengizinkannya, seterusnya Baginda s.a.w. tidak pernah melarang sama sekali untuk mengerjakan lain-lain amalan untuk disedekahkan kepada mayat.
Apakah bezanya dengan sampainya pahala puasa yang dihadiahkan  semata-mata dengan niat dan menahan  diri dari makan dan minum  sahaja berbanding  dengan  sampainya pahala membaca al-Quran dan zikir yang memerlukan tenaga dan amalan khas.
Mereka yang mendakwa  bahawa tidak ada seorang pun dari  ulamak salaf  yang mengerjakannya, sebenarnya  orang yang berkata demikian   tidak tahu langsung tentang ehwal ulamak salaf,  ini adalah suatu penapian dari orang yang tidak tahu kedudukan mereka, sebenarnya amalan ulamak salaf itu tidak diketehui oleh  oran g ramai melainkan hanya diketahui oleh Allah yang mengetahui sesuatu yang ghaib tentang  niat dan   maksud ibadat sesaorang, apatah lagi  melafazkan niat ketika menghadiahkan pahala   kepada mayat langsung  tidak disyaratkan.
Jelaslah bahawa, pahala   amalan adalah hak milik  pengamalnya, apabila dia ingin menghadiahkan kepada saudaranya yang Islam, Allah akan menyampaikannya,  dengan ini apakah    layak kita katakan bahawa Alah akan menahan pahala bacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada mayat, amalan ini adalah amalan biasa yang dikerjakan oleh orang ramai sehingga berlaku dikalangan orang yang mengingkarinya dimana sahaja dan disebarang waktu dan tidak pernah dinapikan oleh ulamak Islam.
Jika dibincangkan lagi; apakah boleh dihadiahkan pahala amalan kepada Rasul Allah s.a.w.?
Jawapannya; Ulamak yang muta’khir menggalakknya, dan ada yang tidak menggalakkannya kerana mereka menyatakan ini adalah amalan bid’ah, sebab sahabat Nabi tidak pernah  berbuat deikian. Sebenarnya   Nabi diberi pahala setiap amal baik yang dilakukan oleh umatnya tidak dikurang sedikit pun, kerana Bagindalah yang mula menunjukkan umatnya untuk mengerjakan amalan yang baik, baginda menunjuk dan mengajak mereka mengerjakannya, maksud Hadith Nabi s.a.w. “ Siapa yang mengajak kepada sesuatu yang baik iaitu petunjuk Allah baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tidak akan dikurang sedikit pun”. Maka dengan itu Baginda akan mendapat pahala hasil amalan orang yang mengikutnya begitulah seterusnya.
Bahan bacaan Kitab al-Roh karangan Ibnu al-Qaiyim , hal. 347.

Hadiah Pahala Kepada Si Mati

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 14 Nov 2010
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin.
Kuliah al-Roh (sambungan)

Jika sesaorang itu melafazkan dengan  kalimah untuk menghadiahkan pahala kepada sipulan adalah diharuskan,  jika tidak melafazkan memadai dengan niatnya sahaja dan sampai pahala kepada simayat,  tidak perlu dia mengatakan; “ Ya Allah sesungguhnya aku puasa besok hari untuk pulan bin pulan”. Disyaratkan niat semasa mengerjakan  sesuatu amalan   untuk dihadiahkan kepada orang lain.
Apabila sesaorang mengerjakan suatu amalan dengan niat untuk dirinya sendiri, kemudian dia ingin   untuk disampaikan kepada orang lain, tidak akan sampai dengan niatnya itu, sama juga seperti jika sesaorang niat semasa menghebahkan sesuatu benda, atau membebaskan hamba atau bersedekah, tidak akan sampai pahala kepada orang lain dengan niatnya sahaja. Untuk lebih jelas lagi  sebagai contoh apabila  sesaorang membina rumah lalu diniatkan untuk dijadikan masjid, atau sekolah, atau tempat agihan air minuman, akan menjadi wakaf dengan perbuatannya beserta dengan niat dan tidak perlu kepada lafaz lagi. Demikian juga jika sesaorang memberi wang kepada oran faqir dengan niat zakat, dengan sendirinya gugurlah tanggungan zakatnya walaupun dia tidak melafazkannya. Jika sesaorang membayar hutang saudaranya sama ada masih hidup atau mati maka gugurlah zimmah (tanggungjawab membayarnya) walau pun dia tidak melafazkannya seperti dia berkata;”hutang ini adalah untuk sipulan”.
Adakah boleh sesaorang  mensyaratkan ta’liq terhadap hadiahnya itu, seperti dia berkata; “Ya Allah Ya Tuhanku jika Engkau terima amalku ini,   Engkau berikan pahalanya pula   kepada sipulan bin pulan”, adakah    boleh atau tidak  ta’liq ini?. Sebenarnya tidak perlu  ta’liq serupa ini dengan lafaz atau niat, malah dia tidak mendatangkan faedah dengan  ta’liq begini, kerana Allah Ta’ala tetap akan melaksanakannya sama ada disyaratkan atau tidak, kalau sekiranya Allah tidak akan melaksanakan  tanpa  ta’liq ini, maka dengan demikian   ta’liq ini akan  berfaedah.
Jika dikatakan; ‘Ya Alah jika Engkau beri pahala kepadaku terhadap amalan ini maka beri kan pahala ini  kepada si pulan, sebenarnya pahala amalan sesaorang adalah miliknya kemudian akan berpindah kepada siapa yang dia ingin menghadiahkannya, sebenarnya bukan begitu, bahkan apabila sesaorang itu meniatkan ketika hendak mengerjakan sesuatu amal, supaya pahalanya disampaikan kepada sipulan, maka secara terus sipulan itu akan menerima pahalanya, demikian juga seperti memerdekakan hambanya   untuk orang lain, bukan lah  walaknya akan diberikan kepada orang yang membebaskan hamba kemudian barulah berpindah wala’ kepada orang lain.
Jika dipersoalakan; apakah amalan yang utama sekali untuk dihadiahkan kepada mayat, jawabnya; yang utama untuk dihadiahkan kepada  mayat ialah membebaskan hamba untuknya, sedekah adalah lebih utama berbanding dengan puasa, sedekah yag paling utama ialah diberi ketika sesaoang memerlukannya dan sedekah diberi secara tetap atau berkekalan, sabda Nabi s.a.w.
“أفضل الصدقة سقى الماء”
“Sebaik-baik sedekah ialah memberi minuman kepada orang ramai”.
Ini bergantung kepada tempat-tempat yang memerulukan air, iaitu di tempat kemarau sehingga setiap orang dahaga dan memerlukannya, adapun memberi air dari sungai atau tempat-tempat takungan air tidak diberi keutaman berbanding dengan waktu yang amat memerlukan minuman dan amakanan, demikian juga berdoa dan memohon ampun untuk sesaorang dengan ikhlas dan merendahkan diri, doa yang serupa ini adalah lebih utama dari memberi sedekah kepada   simayat seperti sembahyang jenazah atau berdiri dan berdoa di siinya atas kubur .
Bahan bacaan Kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal. 345.

Bolehkah menghadihkan amal yang wajib kepada mayat

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 24 Okt 2010
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin.

Pengajian mengenai al-Roh (sambungan).
Rahsia masalah ini, sama ada pahala yang dihadiahkan oleh sesaorang itu sampai kepada simayat terlebih dahulu, atau orang yang beramal ibadat itu yang mendapat lebih dahulu, kemudian barulah dihadiahkan kepada orang lain. Siapa yang meniatkan hadiah pahala kepada simati sebelum dia beramal atau selepasnya akan sampai pahala tersebut, jika dia beramal dan tidak menghadiahkan kepada orang lain maka pahala tersebut adalah miliknya tidak akan berpindah kepada orang lain, sebab setiap pahala bergantung kepada siapa yang mengamalkannya.

Jika sesaorang membebaskan hamba untuk dirinya maka berpindahlah wala’ (kuasa) kepada dirinya, jika dipindahkan hak milik kepada orang lain selepas dibebaskan tidak akan berpindah kecuali jika dibebaskan hamba tersebut untuk orang lain, (wala’)kuasanya akan berpindah kepada siapa yang dia dibebaskan, demikian juga jika sesaorang itu membayar hutang untuk dirinya kemuadian dia ingin   memindahkan kepada orang lain tidak boleh dipindahkan, demikian juga jika sesaorang telah mengerjakan haji,  puasa atau sembahyang untuk dirinya kemudian ingin untuk memindahkan kepada orang lain maka tidak boleh berbuat demikian kerana ketaatan itu hanya miliknya.

Bagi menguatkan lagi kenyataan diatas berdasarkan beberapa soalan yang dikemukakan oleh para sahabat kepada Nabi S.A.W.;  telah berkata Saad; ”Adakah memberi manfaat jika saya sedekahkan    untuk ibu saya?”; Saad tidak berkata jika saya hadiahkan pahala untuknya. Demikian juga soalan seorang wanita, katanya ; “Adakah boleh saya kerjakan haji untuk ibu saya?”. Seorang sahabat yang lain pula bertanya; “Apakah boleh saya kerjakan haji untuk ayah saya?”, Baginda Nabi telah memberi izin kepada mereka untuk mengerjakan  haji   bukan dengan mengsedekahkan pahalanya.   Tidak pernah diketahui oleh para sahabat adanya soalan untuk memberi pahala amalan,  dan tidak pernah diketahui adanya sahabat yang berdoa seperti;  “Ya Allah jadikanlah pahala amalan saya yang telah lalu untuk sipulan atau pahala yang saya kerjakan untuk  diri saya sendiri”.

Ini adalah rahsia disabalik syarat-syarat tersebut, namun demikian Allah jualah yang lebih mengetahui hakikatnya,  Siapa yang mengerjakan amal taat kepada Allah pahala tetap untuknya, maka jika dia ingin sedekah atau hadiah kepada orang lain seolah-olah dia ingin mengsedekahkan hartanya kepada orang lain.


Pasal
Bolehkah menghadihkan amal yang wajib kepada mayat.

Jawapannya, adalah mustahil bagi  mereka yang mengatakan sampainya niat amalan tersebut kepada mayat, kerana amalan yang wajib tidak sah untuk dikerjakan untuk orang lain, kerana ianya adalah wajib keatas pelakunya disamping dia niat untuk mendekatkan diri  kepada Allah.  Jika sesaorang itu tidak meniatkan malannya itu untuk orang lain, tetapi dia ingin menghadiahkan pahalanya dari amalan fardu adakah sampai atau tidak, jawapannya :

Telah berkata Abdullah bin Hamdan: jika dihadiahkan pahala amalan fardu seperti sembahyang, puasa atau ibadat yang lain harus dan gugurlah  kewajipan keatas pelakunya.

Sesungguhnya telah berlaku dilkalangan sahabat dimana mereka menghadiahkan pahala amalan fardu kepada sesama orang islam disamping kata mereka; kami akan bertemu dengan Allah dengan keadaan fakir dan muflis  tanpa sebarang pahala,  syariat tidak melarang perbuatan demikian kerana pahala amalan adalah hak pelakunya, jika dia ingin menghadiahkan kepada aorang lain tidak boleh ditahan.


Pasal
Segala kewajipan keatas manusia adalah ujian dan percobaan yang tidak boleh diganti oleh orang lain.

Jawapannya; Syariat Islam tidak melarang seorang menghadiahkan pahala amalannya kepada orang lain, malah ini adalah antara kesempurnaan Ehsan Allah dan RahmatNya kepada hambaNya, diantara kesempurnaan syariat ini dibina atas keadilan, ehsan dan tolong menolong, Allah sendiri telah menugaskan para malaikat  termasuk malaikat yang menanggung Arasy supaya berdoa untuk hambaNya yang beriman dan memohon keampunan daripada Allah untuk mereka, seterusnya memohon agar dijauhkan Allah dari sebarang keburukan dan kejahatan, dan Allah memerintahkan kepada  Rasul akhir zaman supaya memohon ampun  untuk orang yang beriman lelaki dan wanita, dan Allah akan membangunkan Nabi Muhammad  dihari akhirat kelak dengan maqam yang tinggi lagi terpuji supaya dapat memberi syafaat kepada pengikutnya dan ahli sunnah dari sebarang kemaksiatan, dan Allah juga memerintahkan Baginda supaya berdoa kepada sahabatnya semasa hidup dan selepas   mati, dengan demikian Nabi telah berdiri dikubur    dan berdoa untuk mereka.

Bahan bacaan Kitab al-Roh, oleh Ibnu Qaiyim, hal. 329.

Sedekah pahala amalannya kepada simati

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 17 hb Okt 2010
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Kitab al-Roh(sambungan).

Sebagai jawapannya dikatakan:  Pahala amalan yang telah dihadiahkan oleh orang hidup kepada orang mati telah menjadi miliknya, maka tidaklah   terputus atau terbatal hak miliknya dengan sebab pemberinya  menjadi murtad, begitu juga dengan apa-apa kerja yang  telah dilakukkan sebelum dia murtad seperti membebaskan hamba atau membayar kifarat, jika dia telah menunaikan haji badal terhadap orang yang lumpuh kemudian dia murtad maka tidaklah perlu pesakit tersebut meminta orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihaknya.

Disana ada perbezaan antara orang hidup dengan  orang mati, umpamanya orang hidup tidak memerlukan kepada orang lain untuk mengerjakan sesuatu  amalan untuknya seperti orang yang mati, kerana dia sendiri dapat berbuat demikian untuk mendapat pahala amalannya, sedangkan orang mati tidak dapat berbuat  sesuatu pun.  Kalau ada orang yang mengatakan orang hidup boleh bergantung kepada  orang lain untuk menunaikan amalannya, ini adalah membawa kerosakan yang besar sekali. Sebab bagi mereka yang mempunyai wang yang banyak akan mengambil peluang ini  dengan mengupah orang lain untuk menunaikan  ibadatnya, dengan ini akan menggugurkan  amal ibadatnya samada wajib atau sunat, akhirnya akan berubah  dari ibadat yang asalnya dilakukan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah kepada amalan mendekatkan diri semsama manusia, akan hilanglah konsep ikhlas dalam amalan dan tidak akan  diberi pahala kepada kedua belah pihak.

Ibnu Uqil melarang mengambil upah ketika berbuat taat kepada Allah, katanya lagi, kami mengancam  orang yang mengambil upah seperti menjadi qadhi, mufti, guru yang mengajar ilmu agama, imam sembahyang, mengambil upah membaca al-Quran dan lain-lain lagi. Allah tidak akan memberi pahala setiap amalan yang dilakukan tanpa ikhlas kepadaNya, oleh itu jika dilakukan amalan dengan mengambil upah,  Allah tidak memberi pahala kepada pengamalnya dan juga orang yang  mengupahnya. Tidak layak pada pandangan syarak untuk  dijadikan ibadat yang suci ini semacam  jual beli untuk  meraih pencarian didunia. Ini adalah berbeza dengan cara tolong membayar hutang  atau menjaminnya, kerana ini adalah hak sesama manusia yang boleh bantu membantu sesama mereka, maka sebab itu  boleh  dikerjakan sama ada selepas mati atau semasa hidupnya.

Pasal
Kalau boleh dihadiahklan semua pahala amalan tentu   boleh dihadiahkan separuh atau seperempat daripadanya.

Ada dua bentuk jawapannya:
Pertama; Dilarang  berbuat demikian kerana tidak ada dalil melainkan hanya sekadar kata-kata sahaja,

Kedua; harus berbuat demikian, Dalil nas dari Imam Ahmad menukilkan dari riwayat Muhammad bin Yahya al-Kahhal; iaitu pahala amalan memang hak milik pelakunya, dia berhak untuk menghadiahkan semua pahalanya atau separuh kepada orang lain, umpamanya jika dia ingin menghadiahkan kepada empat orang untuk setiap orang sebanyak satu perempat daripadanya, demikian juga jika dia hendak menghadiahkan seperempat sahaja dan bakinya untuk   darinya sendiri, ini juga harus  hukumnya.

Pasal
Kalau boleh disedekahkan pahala amalannya kepada simati tentu boleh juga diperuntukkan pahala itu untuk dirinya sendiri.
Semasa  mengerjakan amalan untuk  dihadiahkan pahala kepada simati hendaklah disertakan dengan niat, kalau tidak  tak akan sampai pahalanya.
Jawapannya tidak dinaskan oleh Imam Ahmad dan juga dari ulamak-ulamak dikalangan sahabatnya, kecuali ada nasnya dari kalangan ulamak metakhir seperti al-Kadzi dan pengikut-pengikutnya.

Berkat Ibnu Uqil: Apabila sesaorang mengerjakan amalan taat seperti solat, puasa dan bacaan al-Quran lalu dihadiahkan pahalanya kepada orang mati dikalangan umat islam, maka sampai pahalanya dan memberi manfaat dengan syarat didahulukan dengan niat atau diniatkan serentak dengan amalan tersebut.

Kata Abu Abdullah bin Hamdan: siapa yang mengerjakan amalan sunat demi mendekatkan diri dengan Allah seperti sedekah, sembahyang, puasa, haji, umrah., membaca al-Quran dan membebaskan hamba serta lain-lain ibadat badaniah yang boleh diniatkan badal (ganti) atau ibadat harta (maliah), kemudian diniatkan hadiah semua amalan tersebut kepada simati yang  islam sehingga Nabi s.a.w. sendiri, dan dia berdo’a untuk diampunkan dosanya atau dia tolong tunaikan kewajipan yang wajib keatas simati dari sudut syara’ atau mana-mana  amalan yang termasuk amalan gantian (niyabah), semua amalan ini memberi manfaat dan sampai pahala kepadanya, katanya; sampai pahala tersebut dengan syarat diniatkan sebelum atau semasa ibadat itu dikerjakan.

Bersambung, bahan bacaan kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal.327.

Beramal mengutamakan pahala kepada orang lain adalah makroh

Kuliaih Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada  10 Okt 2010
Oleh
Uutaz Ya ali Dahaman Imam Masjid al-Syakirin.

Sambungan perbahasan mengenai (Beramal mengutamakan pahala kepada orang lain adalah makroh)
Ketiga; Allah  gemar agar  kita  berlumba dan segera   melakukan amalan baik, ini dapat mencapai matlamat peribadatan itu sendiri,  sesaorang yang akan memiliki pahala amalannya pasti  segera membuat taat kepada Allah, mengutamakan  untuk orang  lain akan melemahkan matlamat ibadatnya, Allah memerintahkan supaya kita mengerjakan amalan mendekatkan diri kepadaNya sama ada wajib atau sunat,   dengan itu  sekiranya untuk mengutamakan untuk orang lain akan melemahkan atau meninggalkannya, berlainan jika dia melakukan amalan taat untuk dirinya sendiri kemudian dihadiahkan padala itu kepada orang lain sesama Islam.
Firman Allah:
سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ

21. Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,  Al-Hadid : 21.
Dan FirmanNya lagi:
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan;  Al-Baqarah:148.
Jelaslah bahawa mengutamakan amalan untuk orang lain tidak akan berlumba dan bersegera melakukannya.
Para sahabat Nabi S.A.W. berlumba sesama mereka  untuk mengerjakan taat kepada Allah, tidak ada yang mengutamakan kepada orang lain, Omar telah berkata; “Demi Allah, Abu Bakar tidak pernah berlumba dengan aku untuk mengerjakan kebaikan tetapi beliau sentiasa mengatasi aku, lalu belaiu berkata; demi Allah aku tidak akan sekali-kali berlumba dengan engkau untuk mengejakan kebaikan”.
Firman Allah Ta’ala:
وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

26.       – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; al-Mutaffifin:26.
Semua dalil diatas jelas menyatakan bahawa apabila sesaorang gemar kepada amalan pasti dia akan berlumba,  dia tidak akan mengutamakan untuk orang lain.
Pasal
Kalau boleh diberi pahala amalan kepada yang mati tentu boleh diberikan kepada yang hidup
Jawabannya dua bentuk:
Pertama; Menurut pandangan setengah ulamak dari kalangan sahabat Imam Ahmad dan lain-lain. Kata al-Qadzi: pandangan Imam Ahmad tidak bermaksud mengkhususkan kepada   mayat, seperti katanya; bila dilakukan suatu amalan lalu dijadikan separuh untuk ibu dan ayahnya, Abu al-Wafa’ bin Uqil telah menentangkan pendapat ini, katanya ini semacam suatu mainan terhadap syariat Allah dan cuba menyentuh urusan tadbian Allah, iaitu meminta menyegerakan pemberian pahala kepada orang lain hasil dari amalannya, pada hal pahala amalan akan disampaikan oleh Allah seperti beristighfar untuknya seperti dalam sembahyang mayat.
Seterusnya dia telah menimbulkan tentang persoalan, tidakkah dengan menyelesaikan hutang dan menanggung sebarang bebanan waktu hidup  adalah sama seperti meunaikannya selepas mati,  dalam dua keadaan ini adalah sama dapat menjamin terlepasnya bebanan tersebut setelah ditunaikan oleh orang lain sama ada semasa mati atau hidup,  jika hutang itu telah tertunai  semasa hidup atau mati,  mengapa tidak dijadikan pahala   amalan  dihadiahkan untuknya semasa mati atau hidup.
Dia sendiri menjawab pula; kalau persoalan ini boleh diterima dan sah, nesaya dosa simati dapat dihapuskan dengan taubat atau istighfari  oleh  orang yang hidup untuknya dan terangkatlah dosanya dihari akhirat kelak.
Dengan demikian ditolak pandangan yang mengatakan tidak sampai amalan orang lain kepada simati  seperti pembayaran hutang atau istighfarnya, untuk  menguatkan hujah ini dan kebenarannya dimana Nabi S.A.W. telah mengizinkan  sahabatnya untuk menunaikan fardu haji daripada orang   hidup tetapi lumpuh yang tidak mampu menunaikannya sendiri sedangkan dia masih hidup.
Ada pandangan lain dari kalangan sahabat, semasa hidup sesaorang   itu belum dapat memberi jaminan akan keselamatan diakhirat nanti, bimbang kalau sekirangnya orang yang menghadiahkan pahala amalannya itu menjadi murtad maka tentulah tidak berfaedah lagi pahala tersebut.
Kata Ibu Aqil; ini adalah andain yang salah,   dia sendiri tidak menjamin dirinya sama ada akan jadi murtad atau tidak kerana dengan murtad akan terhapuslah segala pahala amalannya.
Akuannya lagi; ini pun tidak perlu difikir, sebab sumber-sumber nas dan ijma; akan menolakknya, dalil bahawa Nabi S.A.W. telah mgizinkan sahabat menunaikan haji dan puasa bagi pihak orang lain, dan juga seluruh umat bersepakat mengatakan bahawa terlepas hutang sesaorang apabila dibayar oleh orang lain bagi pihaknya.

Brsambung
Bahan bacaan Kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal. 324.

Do’a memberi manfaat kepada mayat

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 27 Jun 2010
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Kuliah al-Roh Sambungan (Do’a memberi manfaat kepada mayat)
Dalam kitab al-Sunan oleh Wailah bin Al-Asyqa’,  katanya; Baginda Nabi s.a.w. telah sembahyang keatas mayat  maka aku dengar Baginda  membaca;
“اللهم ان فلانا ابن فلان في ذمتك وحبل جوارك, فقه من فتنة القبر وعذاب النار, وأنت أهل الوفاء والحق , فاغفر له وارحمه انك انت الغفور الرحيم”
Ertinya; ”Sesungguhnya sipulan bin sipulan berada dibawah naunganMu, dan disisi Mu hindarkanlah dia dari azab qubur dan azab neraka,  Kerana Engkau adalah ahli yang  menepati janji dan kebenaran, maka ampuni   dan kasihanilah dia, sesunguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani”.
Do’a serupa ini banyak didapati dari  hadith iaitu mengenai  sembahyang mayat dan juga  do’a selepas dikebumikannya.
Dalam kitab sunan dari hadih Othman bin Affan katanya; “Apabila selesai dikebumikan mayat lalu baginda   berdiri dan berkata; “mohonlah keampunan bagi saudara kamu, dan mintalah agar ditetapkan imannya kerana sekarang ini dia sedang disoal.”
Demikianlah do’a yang diajar  oleh Rasul Allah s.a.w.  apabila menziarahi kubur, diriwayatkan oleh Buraidah bin al-Khasib katanya; bahawa Rasul Allah s.a.w.  telah mengajar mereka apabila keluar menziarahi kubur supaya membaca;
“السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وانا ان شاء الله بكم لاحقون, نسأل الله لنا ولكم العافية”.
Ertinya“Selamat sejahtera atas kamu penghuni rumah ini daripada orang yang beriman dan orang Islam dan kami Insya Allah akan mengikuti kamu, kami mohon daripada Allah bagi kami dan kamu agar sehat walafiat”.
Dalam Kitab Saheh Muslim bahawa A’ishah telah bertanya Nabi s.a.w. Apakah yang sepatutnya saya  baca bersama   orang yang memohon keampunan kepada ahli kubur? Jawab Baginda s.a.w.;
قولي السلام على أهل الديار من المؤمنين والمسلمين, ويرحم الله المستقدمين منا  والمستأخرين, وانا ان شاء الله بكم لاحقون”.
Ertinya; “Bacalah, selamat sejahtera keatas penghuni rumah ini dari kalangan orang yang beriman dan  orang  Islam, semoga Allah merahmati orang yang terdahulu dan akan datang,   sesungnuhnya kami Insya Allah akan mengikuti kamu”.
Dalam kitab Saheh Muslim,   bahawa Rasul Allah s.a.w. telah keluar pada   akhir suatu malam kekubur Baqi’ lalu baginda berdo’a;
السلام عليكم دار قوم مؤمنين, واتاكم ما توعدون غدا, مؤجلون, وانا ان شاء الله بكم لاحقون, اللهم اغفرلأهل البقيع الغرقد”.
Ertinya; “Selamat sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kampong kaum yang beriman, nanti akan datang apa yang dijanjikan kepada kamu, dan kami Insya Allah akan mengikuti   kamu, Ya Allah yang Tuhanku ampunlah penghuni-penghini baqi’ al-gharqad”.
Doa’ Nabi kepada  simati adalah amali dan juga pengajaran,   doa’ para sahabat,  tabi’ain dan orang islam dari masa kesemasa  adalah lebih banyak dari apa yang disebut dan lebih mashur dari   apa yang diingkari. Ada riwayat mengatakan, bahawa Allah Ta’ala akan mengangkat darjat sesaorang hamba Nya  didalam syurga, lalu  ditanya bilalah masa datangnya semua ini, Dijawab kepadanya semua ini berlaku dengan do’a seorang anak kepada bapanya.
Pasal;
Sampainya pahala sedekah kepada mayat.
Dalilnya hadith riwayat  A’ishah, bahawa seorang lelaki telah bertanya Nabi s.a.w.; Ya Rassul Allah, sesungguhnya ibu saya telah mati mengejut tidak sempat ia berwasiat, dan saya sangka kalau dia sempat berkata-kata tentu dia akan  bersedekah, apakah dia akan dapat pahala jika saya sedekah bagi pihaknya? Jawab Baginda; Ya”.
Dalam kitab Saheh Bukhari hadith dari Abdullah bin Abas, bahawa ibu kepada Saad bin Ubadah telah meninggal dunia ketika itu Saad tidak bersama denganya, Saad bertanya; “Adakah memberi manfaat jika saya bersedekah bagi pihaknya? Jawab Baginda;Ya;  Sambung Saad lagi, “Aku jadikan  engkau saksi bahawa kebunku yang banyak pohon kurma itu menjadi sedekah untuk ibuku”.
Dalam kitab saheh Muslim hadith dari Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w. ;” Ibu saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta yang belum berwasiat, adakah memberi faedah kepadanya jika saya bersedekah bagi pihaknya? Jaawab Baginda; Ya”.
Dalam kitab Sunan dan musnad Imam Ahmad, hadith dari Saad bin Ubadah ia telah bertanya Nabi s.a.w. “
“يا رسول الله, ان أم سعد ماتت فأي صدقة أفضل؟ قال: “الماء”. فحفر بئرا وقا ل: هذه لأم سعد”.
Ertinya:”Ya Rasul Allah, bahawa ibu Saad telah meninggal dunia maka apakah sedekah yang afdzal untuknya?, jawab Baginda “perigi”,  maka  dia menggali perigi dan  dia berkata, ini adalah sedekah bagi Ummu Saad”.
Abdullah bin Amrin telah menceritakan  bahawa al-As bin Wail telah bernazar dizaman jahiliah beliau akan menyembelih seratus ekor unta betina, dan Hisahm bin al-As akan menyembelih lima puluh ekor, umar bertanya Nabi s.a.w. baginda menjawab: Kalau bapa kamu    mati dalam Islam maka puasamu dan sedekah yang kamu lakukan memberi faedah kepadanya”.
Bahan bacaan kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal; 303.

Adakah Berfaedah Amalan Orang Yang Hidup Terhadap Roh Simati Atau Tida

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 13 Jun 2010
Oleh
Ustaz Ya ‘ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Pengajian kitab al-Roh (sambungan)
Pasal
Persoalan Ke Enam Belas
Adakah  Berfaedah Amalan Orang Yang Hidup Terhadap Roh Simati Atau Tidak
Jawabannya: Amalan orang yang hidup memberi faedah kepada simati dalam dua keadaan menurut al-Quran, al-Sunnah dan kebanyakan ahli feqah.
Pertama: Amalan yang dikerjakan oleh simati sebelum matinya. memberi manfaat kepadanya.
Kedua: Do’a orang Islam kepadanya, seperti memohon istighfar, sedekah dan pekerjaan haji, semua perkara ini ulamak  berbeza pandangan   sama ada sampai  kepadanya pahalan amalan,  atau sampai kepadanya pahala perbelanjaan untuknya.   Menurut kebanyakan ulamak mengatakan sampai pahala amalannya,  manakala sebahagian ulamak   Hanafi mengatakan yang sampai hanya pahala perbelanjaannya.
Kemudian mereka berbeza pendapat mengenai ibadat badaniah saperti puasa, sembahyang, bacaan al-Qur’an dan zikir, menurut pendapat Imam Ahmad dan kebanyakan dari ulamak salaf sampai pahalanya, temasuk juga pandangan sebahagian ulamak  dari kalangan Hanafi.
Dalil tersebut;     Imam Ahmad  meriwayatkan bahawa Muhammad bin Yahya al-Kahhal telah berkata:   Abu Abbdullah telah menerima satu berita: Seorang lelaki telah   mendirikan sembahyang, sedekah dan amalan lain seumpamanya lalu dihadiahkan  pahalanya separuh kepada bapanya dan separuh kepada ibunya, kata Muhammad: aku harap Allah maqbulkan  kehendaknya,  sambungnya lagi; akan sampai kepada simati setiap amalan sama ada sedekah atau lain-lain amalan, akhirnya dia   bekata: bacalah ayat kursi tiga kali,   sekali qulhuwallah(surah al-Ikhlas) dan berdo’alah: Ya Allah sesungguhnya aku  hadiahkan pahalanya kepada seluruh ahli kubur.
Menurut pandangan yang masyhur dari mazhab al-Shafie dan Malik pahalanya tidak sampai kepada simati.
Pandangan sebahagian ahli bid’ah dari ahli al-kalam, bahawa tidak sampai sebarang pahala amalan kepada simati  sama ada do’a atau lain-lain amalan.
Dalil yang mengatakan bahawa amalan simati semasa hidupnya memberi faedah kepadanya  berdasarkan hadith saheh yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah, bahawa Rasul Allah s.a.w. bersabda ok
“اذا مات الانسان انقطع  عمله الا من ثلاث: الا من صدقة جارية, او علم ينتفع به, أو ولد صالح يدعو له”
Jika mati seorang insan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:  sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat dengannya, atau anak saleh yang berdo’a untuknya”.
Dalam kitab Sunan Ibnu Majah dari Abu Hurairah katanya sabda Nabi s.a.w.
“ان مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه نشره, أو ولدا صالحا تركه, أو مصحفا ورثه, أو مسجدا بناه , أو بيتا لابن السبيل بناه, أو نهرا اكراه, أو صدقة أخرجها من ماله في صحته حياته تلحقه من بعد موته”.
Sesungguhnya yang mengikuti simati selepas matinya  ialah; amalannya, amalan kebaikakannya dan ilmu yang diajarkan dan disebarkan, atau anak saleh yang ditinggalkan, atau mashaf al-Quran yang diwariskannya, atau masjid yang dibinanya, atau rumah  untuk ibnu sabil yang dibinanya, atau sungai yang dialirkan airnya, atau sedekah yang dikeluarkan dari hartanya semasa dia sehat, semasa hidupnya akan mengikutinya selepas kematiannya”.
Dalam kitab Saheh Muslim hadith diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda;
“من سن في الاسلام سنة حسنة, فله أجرها وأجر من عمل بها من بعده , من غير أن ينقص من أجورهم شيء, ومن سن في الاسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده, من غير أن ينقص من أوزارهم شيء”.
Ertinya “ Sesiapa yang menganjurkan dalam Islam suatu perbuatan yang baik,  maka dia akan mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya selepas dia mati, dengan tidak mengurangkan dengan pahala mereka sedikit pun, dan siapa yang menganjurkan sesuatu perbuatan yang buruk dalam Islam baginya dosa dan dosa sebagaimana orang yang mengikutnya selepas itu dengan tidak mengurangkan dari dosa mereka sedikit pun”.
Dalam hadith lain dari Khuzaifah beliau berkata; ada seorang lelaki dizaman Rasul Allah s.a.w. meminta  sedekah dari rakan-rakannya dan tidak seorang pun yang memberi bantuan, kemudian salah seorang dari mereka memberi  sedekah lalu diikuti oleh orang ramai, maka Nabi s.a.w. bersabda;
“من سن خيرا فاستن به كان له أجره, ومن أجور من يتبعه من غير منتقص من أجورهم شيئا, ومن سن شرا فاستن به كان عليه وزره, ومن أوزار من يتبعه غير منتقص من أوزارهم شيئا”
Ertinya; “Sesiapa yang memulakan sesuatu kebaikan lalu ramai yang mengikutinya, maka baginya pahala kebaikan itu, dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangkan sedikit pun dari pahala-pahala mereka, dan sesiapa yang memulakan sesuatu perkara yang buruk maka ramai yang mengikutinya, baginya dosa dan dosa dari kejahatan orang yang mengukitinya dengan tidak megurangkan sedikit pun dari dosa-dosa meraka”.
Baginda juga pernah bersabda;
“لا تقتل نفس ظلما الا كان على ابن آدم الاول كفل من دمها, لأنه أول من سن القتل”
Ertinya; “ Tiada dibunuh jiwa seorang secara aniaya, melainkan ditanggungkan keatas anak Adam yang pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang yang pertama yang memulakan pembunuhan itu”.
Pasal
Dalil Yang Menyatakan Do’a Memberi Manfaat Kepada Simati
Dalil yang menyatakan simati mendapat manfaat dari amalan orang yang hidup  menurut al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Kaedah Syara’; Dalil al-Quran firman Allah:
“والذين جآؤوا من بعدهم يقولوا ربنا اغفر لنا ولاخوانا الذين سبقوا بالايمان” الحشر: 10
Maksudnya: “Dan orang-orang yang datang sesudah meraka,  ,meraka mengatakan; “
Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan dosa-dosa saudara  kami yang telah beriman terlebih daripada kami”.
Allah memuji   orang yang memohon keampunan terhadap orang   sebelum mereka, ini menandakan bahawa simati mendapat manfaat dari amalan dan do’a mereka.
Boleh juga dikatakan: sesungguhnya mereka mendapat dari pahala amalan mereka kerana mereka yang telah memulakan amalan tersebut lalu diikuti oleh orang yang masih hidup, telah sepakat ulamak mengatakan mereka mendapat manfaat do’a orang yang hidup berdasarkan do’a dalam solat jenazah. Dalam sebuah hadith Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. bersabda;
“اذا صليتم على الميت فأخلصوا له الدعاء”
“Apabila kamu sembahyang keatas mayat, maka hendaklah kamu mengikhlaskan do’a kepadanya”.
Didalam kitab Saheh Muslim Auf bin Malik telah menceritakan; Baginda  Nabi s.a.w. telah sembahyang jenazah dan aku hafal do’anya iaitu;
“اللهم اغفر له وارحمه, وعافه واعف عنه, وأكرم نزله, ووسع مدخله, واغسله بالماء والثلج والبرد, ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الد نس, وابدله  دارا خيرا من داره, وأهلا خيرا من أهله, وزوجا خيرا من زوجه, وأدخله الجنة, وأعذ ه من عذاب القبر وعذاب النا ر”.
Ya Allah  Ya Tuhanku! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat kediamannya, luaskanlah kemasukkannya, dan mandikanlah dia dengan air salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana engkau membersihkan  kain putih dari kotoran, gantikanlah dia dengan rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik dari isterinya, masukkanlah dia kedalam syurga, dan lindungilah dia dari siksa kubur dan azab neraka”.
Bahan bacaan,
Kitab al-Roh oleh Ibnu Qaiyim al-Jauziyah, hal. 300.