اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
JANGAN PANDANG WUJUDMU
Ketahuilah olehmu bahawasa nya selagi kau merasa dan
memandang akan adanya ujudmu itu pada keadaan ini maka kau belum lagi sampai
kepada penyatuan yang sejati,,,,,,,
Penyatuan ini bukanlah bererti kita dan Tuhan bersatu pada
tempat yang sama kerana mana mungkin dua hal yang berbeza mendudukki pada
tempat yang sama ..ini tidak munkin terjadi dan tak akan terjadi.
Akan tetapi penyatuan yang dimaksudkan ini adalah ia
(insan) itu memandang akan segala yang
ujud ini adalah kenyataan bekas dari azali iaitu Tuhan, ke-akuan diri pada
menyatakan kewujudan Tuhan secara menyeluruh inilah yang di kehendaki. Oleh itu
kita mestilah memahami nya dalam erti kata yang sebenarnya.
Penampakan atau kezahiran pada barang yang ujud zahir
mahupun ujud batin itu adalah semuanya itu dalil dan ia sememangnya Kenyataan
Tuhan pada Sifat Az-zhohiru (yang zahir) kerana ujud itu hanyalah satu jua pada
nisbah wujud iaitu Zatullah. Maka yang lain itu adalah kenyataan wujudnya.
Penyatuan yang kita mahukan ini adalah penyatuan yang hakiki
bukan bersatu kita dan Tuhan . Itu dengan makna kita dan Tuhan berada pada satu
tempat akan tetapi ia membawa makna bahawa Tuhan itulah yang wujud dan aku ini
ganti nama bagi Sifat Kewujudan nya.
AKU adalah Esa dari Ke-esaan Tuhan ia dinamakan Sifat yang
ternyata dari alam zat. Setelah nyata nya AKU maka Zat itu telah ghaib didalam
sirrku. Kini yang dilihat dan dirasa itu adalah Sifat Kenyataan ZatNya, Oleh
itu kalau kita selidiki maka tidak lah ada percampuran didalam hal penyatuan
ini,
Esaku menyatakan Tuhan umpama bayangan pada cermin......mana
munkin bayang atau gambaran didalam cermin itu menjadi dua kalau yang diluarnya
satu objek sahaja. Ini bermakna ianya satu diluar dan menunjukan satu itu pula
adalah didalam cermin itu maka tiada dua lah ia melainkan satu jua.
Perjalananku melakukan penyatuan dengan mengadakan Pengakuan
dan Penyaksian yang hakiki pada hakikat ku sendiri iaitu Tuhan. Hadrat ilahi
lah yang meleburkan ke-akuanku pada fahamanku yang mengatakan aku ini ada dan
aku ini lain nya dan apabila hampirnya aku pada maqamku iaitu Ketuhananku maka
aku yang dulunya ada kita telah menjadi tiada kerana bersatunya AKU dan
tuhanku.
Maka disitu TIADA LAGI SIFATmelainkan ZAT semata-mata ini
dapat ku tahu apabila aku merasai aku hilang perasaanku pada keadaanku sendiri.
Saudaraku fahamkanlah ini bukan aku mengaku aku ini Tuhan
akan tetapi aku mengatakan aku ini ujud yang menyatakan ujudnya Allah, tanpaku
dia (allah) tidak akan Nampak wujudNYA nya kerana AKUlah yang menyatakan
nya,.........sekian.
.........................................
No comments:
Post a Comment