29 March 2020

Haji




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


Usah Bertangguh Tunai Haji

Alhamdulillahmusim haji kini tiba lagi. 

Mungkin sudah ramai antara sanak saudara serta kenalan kita yang sudah pun berangkat ke Tanah Suci Makkah al-Mukarramah bagi menyahut panggilan Ilahi menuju ke rumah-Nya. 

Namun, bagaimana pula dengan kita?

Bagi mereka yang belum memenuhi syarat-syarat yang dituntut oleh syarak, itu tidak menjadi masalah. 

Insya-Allah, rezeki itu akan tiba jua jika diizinkan oleh-Nya.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah cukup syarat untuk menunaikan haji, masih bertangguh-tangguh atas pelbagai alasan antaranya tidak bersedia lagi atau terlalu sibuk dengan kehidupan dunia.

Mati Dalam Keadaan Yahudi Atau Nasrani


Secara ringkasnya, kita tidak dibenarkan untuk bertangguh dalam menunaikan haji sekiranya sudah mencukupi syarat dan tiada faktor penghalang.

Imam an-Nawawi RH dalam kitabnya, al-Idah berkata:-
“Jika didapati syarat-syarat wajib haji, maka haji wajib secara tarakhi. Justeru, dia boleh menangguhkannya selama mana dia tidak bimbang terkena ‘adhab. 


Jika dibimbangkan terjadinya ‘adhab, maka haram ke atasnya takhir haji mengikut pendapat yang asah (lebih tepat). Inilah pendapat mazhab kita.”
Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan al-Muzani berkata:-
 “Haji wajib dilakukan segera. Kemudian di sisi kami, siapa yang takhir haji kemudian mati, nyatalah bahawa dia mati dalam keadaan derhaka mengikut pendapat yang asah kerana kecuaiannya.”

Imam Ibn Hajar mengemukakan banyak hadith bagi menerangkan kesalahan orang yang enggan pergi haji setelah ia berkemampuan.

Sebahagiannya adalah hadith riwayat yang bermaksud:-
“Sesiapa yang tidak dihalang oleh sesuatu hajat (kepentingan lain yang perlu didahulukan), sakit atau sultan yang zalim namun dia tidak pergi menunaikan haji, maka biarlah dia mati jika dia suka mati dalam keadaan Yahudi atau mati dalam keadaan Nasrani.” 
Hadith Riwayat al-Baihaqi

Sebaik-Baik Tempat Di Atas Bumi


Kota suci Makkah mempunyai banyak nama. Ini antara tanda kemuliaannya.

Imam an-Nawawi berkata:-
“Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran bagi perkara yang dinamakan itu. Hal ini sebagaimana banyaknya nama bagi Allah SWT dan nama Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. 


Kita tidak mengetahui satu tempat yang mempunyai banyak nama lain selain daripada Makkah dan Madinah. Ini kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik tempat di bumi disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya.”
Menurut buku Khasa'is Jazirah al-Arab (Keistimewaan Semenanjung Tanah Arab), karya Syeikh Bakar bin Abdullah Abu Zaid ada mencatatkan beberapa keistimewaan kota suci Makkah al-Mukarramah antaranya:-

Keistimewaan Pertama


Ibn Qayyim berkata:-
 “Allah SWT memilih tempat dan negeri terbaik, iaitu al-Balad al-Haram. Begitu juga untuk Nabi Muhammad SAW dan dijadikan sebagai manasik sehingga mereka datang ke kota suci Makkah.”

Keistimewaan Kedua


Sesiapa yang datang ke Kaabah bertujuan melakukan ibadah dan tidak membuat perkara yang tidak baik, nescaya dia pulang seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya.

Keistimewaan Ketiga


Masjidil Haram ialah sebaik-baik tempat di muka bumi. Kita digalakkan bersungguh-sungguh musafir kepadanya sama ada untuk menunaikan ibadat haji atau umrah.

Keistimewaan Keempat


Kaabah di kota Makkah menjadi kiblat penduduk bumi. Antara keistimewaannya lagi, haram menghadap atau membelakangkan kiblat ketika membuang air.

Keistimewaan Kelima


Masjidil Haram merupakan masjid pertama di muka bumi ini, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.


Keistimewaan Keenam


Tidak boleh memasuki Makkah bagi yang tidak mempunyai hajat secara berulang kecuali dengan ihram.

Keistimewaan Ketujuh


Dihukum berdosa kepada orang yang bercita-cita melakukan kejahatan, sekalipun belum melaksanakannya, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Sesungguhnya (amatlah zalim) orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah SWT (agama Islam) dan daripada memasuki Masjidil Haram (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah, dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.”
Surah al-Hajj 22:25

Keistimewaan Kelapan


Ibadat yang dilakukan di sana akan digandakan pahalanya. Contohnya satu solat menyamai 100,000 solat di tempat lain selain kota Makkah.

Keistimewaan Kesembilan


Di sini adalah tempat lahirnya Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW, terletaknya Kaabah, Hajarul Aswad, Maqam Ibrahim dan lain-lain lagi tempat yang mana mudah dimakbulkan doa.

Keistimewaan Kesepuluh


Makkah juga tidak akan dimasuki oleh Dajjal al-Masih.

Hal ini berdasarkan hadith sahih riwayat Imam al-Bukhari, daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. 

Semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafiq.”
Wallahua'lam

No comments: