اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
KISAH PENCIPTAAN ROH MUHAMMAD
Saat Allah Subhanahu wa Ta’ala mengeluarkan keputusan
Ilahiah untuk mewujudkan makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah
(Realiti Muhammad –Nuur Muhammad) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta’ala
kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik alam atas mahupun
bawah. Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian memberitahu Muhammad akan
Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk apa-apa kecuali
berupa ruh dan badan. Kemudian darinya (dari Muhammad) keluar tercipta
sumber-sumber dari ruh, yang membuat beliau lebih luhur dibandingkan seluruh makhluq
ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula ayah dari semua makhluq yang wujud.
Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah
menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah
adalah berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan
Bumi, dan `Arasy-Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah
tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-Kitab (induk Kitab), adalah
bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah Penutup para Nabi. Al
Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam bersabda,
“Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam
bentuk tanah liat.”
Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi
sall-Allahu ‘alayhi wasallam, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang
Nabi?” Beliau sall-Allahu ‘alayhi wasallam menjawab, “Ketika Adam masih di
antara ruh dan badannya.”
Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, “Aku bertanya pada
Abu Ja’far Muhammad ibn `Ali radiy-Allahu ‘anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alayhi wasallam bisa mendahului nabi-nabi lain sedangkan beliau
akan diutus paling akhir?” Abu Ja’far radiy-Allahu ‘anhu menjawab bahawa ketika
Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi tentang
Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini Tuhanmu?’), Muhammad
sall-Allahu ‘alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!’ Kerana itu, beliau
mendahului seluruh nabi-nabi, sekalipun beliau diutus paling akhir.”
Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini
dengan mengatakan bahawa kerana Allah Ta’ala menciptakan arwah (jamak dari ruh)
sebelum tubuh fisik, perkataan Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam “Aku
adalah seorang Nabi,” ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu pada hakikat
beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami hakikat-hakikat ini. Tak
seorang pun memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan mereka yang telah
Allah dukung dengan Nur Ilahiah.
Jadi, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengurniakan kenabian
pada ruh Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang
Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan barakah tak berhingga atas ciptaan
ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam pada `Arasy
Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya akan penghargaan-Nya yang
tinggi bagi beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alayhi wasallam telah wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya
baru diciptakan kemudian. Al Syi’bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki
bertanya, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?” Beliau menjawab,
“ketika Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku.”
Kerana itulah, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah yang pertama
diciptakan di antara para Nabi, dan yang terakhir diutus.
Diriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam)
adalah satu-satunya yang diciptakan keluar dari sulbi Adam sebelum ruh Adam
ditiupkan pada badannya, kerana beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah
sebab dari diciptakannya manusia, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah
junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka, dan mahkota dari kalung
mereka.
`Ali ibn Abi Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas
radiy-Allahu ‘anhukeduanya meriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu ‘alayhi
wasallam) bersabda, “Allah tak pernah mengutus seorang nabi, dari Adam dan
seterusnya, melainkan sang Nabi itu harus melakukan perjanjian dengan-Nya
berkenaan dengan Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam): seandainya Muhammad
(SAW) diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia harus beriman pada beliau
(sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan mendukung beliau (sall-Allahu ‘alayhi
wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil janji yang serupa dari ummatnya.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi
kita Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam, Ia Subhanahu wa Ta’ala
memerintahkan padanya untuk memandang pada nur-nur dari Nabi-nabi lainnya.
Cahaya beliau melingkupi cahaya mereka semua, dan Allah SWT membuat mereka
berbicara, dan mereka pun berkata, “Wahai, Tuhan kami, siapakah yang meliputi
diri kami dengan cahayanya?” AllahSubhanahu wa Ta’ala menjawab, “Ini adalah
cahaya dari Muhammad ibn `Abdullah; jika kalian beriman padanya akan Kujadikan
kalian sebagai nabi-nabi.” Mereka menjawab, “Kami beriman padanya dan pada
kenabiannya.” Allah berfirman, “Apakah Aku menjadi saksimu?” Mereka menjawab,
“Ya.” Allah berfirman, “Apakah kalian setuju, dan mengambil perjanjian
dengan-Ku ini sebagai mengikat dirimu?” Mereka menjawab, “Kami setuju.” Allah
berfirman, “Maka saksikanlah (hai para Nabi), dan Aku menjadi saksi (pula)
bersamamu.”(QS 3:81).
Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Dan
(ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa
saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang
kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan
sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’” (QS 3:81).
Syaikh Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, “Dalam ayat mulia
ini, tampak jelas penghormatan kepada Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan
pujian atas kemuliaannya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa seandainya beliau
diutus di zaman Nabi-nabi lain itu, maka risalah da’wah beliau pun harus
diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan risalahnya adalah universal
dan umum bagi seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari Pembalasan, dan
seluruh Nabi beserta ummat mereka adalah termasuk pula dalam ummat beliau
sall-Allahu ‘alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina Muhammad (sall-Allahu
‘alayhi wasallam), “Aku telah diutus bagi seluruh ummat manusia,” bukan hanya
ditujukan bagi orang-orang di zaman beliau hingga Hari Pembalasan, tapi juga
meliputi mereka yang hidup sebelumnya. Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan
beliau, “Aku adalah seorang Nabi ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.”
Berpijak dari hal ini, Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah Nabi dari
para nabi, sebagaimana telah pula jelas saat malam Isra’ Mi’raj, saat mana para
Nabi melakukan salat berjama’ah di belakang beliau (yang bertindak selaku
Imam). Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat, saat seluruh
Nabi akan berkumpul di bawah bendera beliau.
Allahumma salli afdalas salaati ‘ala habiibikal Mushtofa
Sayyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi wasahbihi wasallaam
No comments:
Post a Comment