30 March 2020

DARI TITIK ke TITIK





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 





DARI TITIK ke TITIK

AKU adalah titik atau noktah awal perjalananku menuju ke titik akhir iaitu AKU jua.
Titik awal itu nyata dengan sifatnya dan titik akhir ghaib dengan ZatNya. Namun itu
semua adalah AKU jua. Ianya ibarat menghasta kain sarung dari situ kesitulah jua
akhirnya

Namun ia tetap ada perbezaannya. Oleh itu kita mestilah tahu apakah perbezaan nya
dan permulaannya kalau awalnya dari tidak ada menjadi ada. Manakala diakhirnya dari
ada menjadi tidak ada. Titik itu membawa makna pada pengertian adalah AKU iaitu
Ketuhananku dan Ketuhanan itu adalah Rahsia Hidup yang di anugerahkan Tuhan
kepada kita.

Oleh itu setiap sesuatu itu bermula atau bergerak dari titik atau noktah awalnya. Titik
ini adalah suatu daya kuasa atau daya hidup yang mengaliri didalam batang tubuh
ianya menerima dan memberi daya-daya hidup dan menjaga kestabilan keadaan badan
diri ini. Tamnanya badan tidak akan hidup untuk kau tahu itulah kau yang sebenarnya.
Bertitik dari Zatullah dan bergerak dengan daya Qudaratullah.

Padanya mempunyai eion, bion, elektron dan proton serta atom2 Ilahiah iaitu
semulajadi dari tuhan. Dari titik ia berkembang-berkembang lantas menjadi diri didalam
badan setelah itu titik yang awal tu lenyaplah dan kini hanya yang nyata adalah diriku
pula namun AKU ( titik ) tetap ada tetapi aku berada ditempat tiada ada, menjadi
sumber dan tenaga serta aku kini menjadi Aliran Qudratullah pada badan.

Perkembangan titik ini telah menjadikan suatu NUR yang memancar membentuk diri
didalam badan dan diri inilah tenaga atau stroom bagi badan dan kalau kita perhatikan
darimanakah datang nya atau asal di balik asal tenaga itu?.......

Baiklah kalau DIRI ( tenaga ) maka dari manakah tenaga itu datang? Tidakkah dari
induk awal itu iaitu titik ( AKU) ?. Sesungguhnya jalan kita ini adalah mengenal
diri yang sebenar diri dan ianya adalah AKU iaitu titik awal dari Tuhan.
Oleh itu dalam kita mencari kebenaran Ilmu Allah ini terlebih dahulu kau perlu masuk
kedalam atau kau perlu melalui JALAN DALAM supaya dengan jalan inilah kau akan
tahu manakah titik awal dan kemanakah berakhirnya titik itu.

Nah!!!! perhatikanlah itu, dan sesungguhnya titik akhir dan titik awal itu adalah sama
jua ianya adalah AKU yang pasti disebalik titik itu tiada apa-apa lagi kecuali kekosongan
jua.

Maka yang kosong itulah ZAT. Disini bukanlah zat itu kosong maksud kosong
itu adalah tidak ada pada kenyataan namun ia ada dibalik kenyataan kerana
tanpa nya mana mungkin titik itu akan wujud. Maknanya setiap sesuatu itu ada
permulaannya akan tetapi tuhan tidak ada mula dan penamatnya.

Dan lagi bahawa titik itu mempunyai daya dan kekuatan Azali kerana titik itulah
Qudratullah, Hayatullah dan ia menjadi RahsiaKU . Maka berpeganglah pada
AKU itu. Segala sesuatu itu datang nya dari AKU dan AKU datang dari Tuhan.
AKU yang tiada wasithah (perantara) datang langsung dari Tuhan akan tetapi sesuatu
yang ada pada badan ini samaada yang nyata atau yang akan dinyatakan ianya tetap
bermula dariKU kerana AKUlah yang mengadakan sesuatu untuk sesuatu dari sesuatu
menuju ke sesuatu.

Perhubungan dan kesedaran yang mendalam serta penyerahan yang total kepada
Tuhan sehingga sesuatu itu tidak ada melainkan DIA semata-mata maka rahsia nya
adalah proses semula jadi akan berlaku secara automatik dan dengan kekuatan proses
itulah mendatangkan gerak2 tertentu. Ianya bermula dari titik yang dinamakan TITIK
MINDA kemudian ia akan di tranferkan kepada TITIK DAYA jana kuasa iaitu
KUDRAT maka proses akan terjadi GERAK mula berlaku.

Disini saya menyebut titik minda sesungguhnya titik minda itu berasal dari titik awal jua
iaitu (AKU). Tempatkanlah AKU itu pada tempatnya antara badan, diri dan AKU serta
tuhan bolehlah di ibaratkan umpama gula, manis, rasa dan nikmat itu lah ibaratnya.

Berbalik kepada hal titik itu tadi.........ketahuilah titik awal itu namanya ROHULLAH
(KETUHANAN) dan dari titik itulah nyatanya DIRI (RUHANI) dari rohani inilah
RASA mula terasa pada badan namun kesemuanya ini bergerak serentak bukan
bergerak asing asingan dia umpama lampu dan suis apabila suis dibuka lampu terus
bernyala,

Itulah rahsianya. Ingat-ingatlah TUHAN dan AKU ( titik ) itu jauhnya tiada antara
dekatnya tiada berbatas........Pandanglah ia dengan RASA bukan dengan MATA. Ianya
ada tetapi tidak ada, nyata pada kita bila kita tidak ada maka nyatalah ia.
Adakanlah PENGAKUANmu pada Tuhanmu, BADAN yang kau terima itu untuk
kau guna menyatakan pengakuan dan mengadakan bakti KEHAMBAANMU
itu. Dari titik sampai ke titik jua dan dibalik titik itulah rahsia tak terungkap
oleh makhluk kerana ianya adalah ZATULLAH


Lafadz Syahadat Yang Diucapkan Nabi Muhammad saw

Bila yang dimaksud lafaz syahadat seperti ketika dalam Solat, maka lafazh syahadatnya sama dengan umatnya.
أخبرنا الرَّبِيعُ قال أخبرنا الشَّافِعِيُّ قال أخبرنا يحيى بن حَسَّانَ عن اللَّيْثِ بن سَعْدٍ عن أبي الزُّبَيْرِ الْمَكِّيِّ عن سَعِيدِ بن جُبَيْرٍ وَطَاوُسٍ عن بن عَبَّاسٍ قال كان رسول اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم يُعَلِّمُنَا التَّشَهُّدَ كما يُعَلِّمُنَا الْقُرْآنَ فَكَانَ يقول التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ سَلَامٌ عَلَيْك أَيُّهَا النبي وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ سَلَامٌ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رسول اللَّهِ
"Dikhabarkan dari Rabi' berkata, dikhabarkan dari Syafi'i berkata, dikhabarkan dari Yahya ibn Hassan, dari Laits ibn Sa'd, dari Abu Zubair al-Makkiy, dari Sa'id ibn Jubair dan Thawus, dari Ibnu Abbas berkata, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan kepada kami tasyahud sebagaimana mengajarkan kami al-Qur'an. Maka beliau shallallahu 'alaihi wasallam berucap: attahiyyatul mubarakatush shalawatuth thayyibatu lillah. Salamun 'alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh. Salamun 'alaina wa 'ala 'ibadillahish shalihin. Asyhadu alla ilaha illallah. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah." (al-Um: 117)

LETAK NERAKA DAN SYURGA

Rekomendasi utama adalah kitab 'Yaqzhatu Ulil I'tibar mimma Warada Fi Dzikrin Nar wa Ashhabin Nar' (Kewaspadaan bagi Orang yang Mau Mengambil Pelajaran dari Keterangan yang Menuturkan Tentang Neraka dan Para Penghuninya) karangan Shiddiq Hasan Khan.
Saya tidak menjumpai keterangan semacam di atas. Yang agak serupa, terdapat pendapat neraka terdapat di bumi lapisan ke tujuh (bukan ke satu), di mana pendapat ini adalah salah satu dari sekian pendapat berbeda yang berupa:

- Neraka terdapat di langit, mengambil dalil hadits Hudzaifah tentang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sewaktu mi'raj di langit melihat syurga dan neraka.
- Neraka terdapat di bawah bumi lapisan ke tujuh, mengambil dalil dari hadits riwayat Ibnu Abbas dan Mu'adz.
- Neraka terdapat di permukaan bumi tanpa diketahui lokasi persisnya, dikemukakan oleh al-Qurthubi. - Neraka pembahasannya mauquf, tidak boleh diketahui lokasinya dikarenakan semua hadits yang menyebutkan tempat neraka belum boleh dijadikan pegangan, ini adalah pendapat yang disepakati oleh banyak ulama seperti as-Suyuthi, Waliyullah ad-Dahlawi, dan Shiddiq Hasan Khan.

وقيل إن النار فى السماء كالجنة لما روى أحمد من حديث حذيفة رضى الله عنه عن النبي قال أتيت بالبراق فلم نزايل طرفة عين أنا وجبريل حتى أتيت بيت المقدس وفتحت لنا أبواب السماء ورأيت الجنة والنار -الى أن قال-
قال الحافظ ابن رجب وحديث حذيفة إن ثبت فالسماء ظرف للرؤية لا للمرئى وفى حديث ضعيف جدا أنه رأى الجنة والنار فوق السموات فلو صح على حمل ما ذكرنا 
والحاصل أن الجنة فوق السماء السابعة وسقفها العرش وإن النار فى الأرض السابعة على الصحيح المعتمد وبالله التوفيق انتهى -الى أن قال-
ومثله فى التذكرة للقرطبى قال فهذا يدل على أن جهنم على وجه الأرض والله أعلم بموضعها وأين هى من الأرض انتهى -الى أن قال-
وتقف عن النار أي تقول فيها بالوقف أى محلها حيث لا يعلمه إلا الله فلم يثبت عندى حديث اعتمده فى ذلك -الى أن قال-
وقال قال الشيخ أحمد ولى الله المحدث الدهلوى فى عقيدته ولم يصرح نص بتعين مكانهما بل حيث شاء الله تعالى إذ لا إحاطة لنا بخلق الله وعوالمه انتهى 
أقول وهذا القول أرجح الأقوال وأحوطها إن شاء الله تعالى
الكتاب : يقظة أولي الاعتبار مما ورد في ذكر النار وأصحاب النار ص48-45

Perpaduan Al Qur’an dengan hasil penelitian ilmiah tentang asal-usul manusia pertama.
Terwujudnya alam semesta ini berikut segala isinya diciptakan oleh Allah dalam waktu enam masa. hal ini sesuai dengan firman Allah :

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرض وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيراً

"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada iantara keduanya dalam enam   masa, kemudian Dia bersemayam diatas Arsy (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah itu kepada Yang Maha Mengetahui." (QS. Al Furqaan (25) : 59)

Keenam masa itu adalah :
Azoikum,... Ercheozoikum,... Protovozoikum,...Palaeozoikum,... Mesozoikum, dan Cenozoikum.
Dari penelitian para ahli, setiap periode menunjukkan perubahan dan perkembangan yang bertahap menurut susunan organisme yang sesuai dengan ukuran dan kadarnya masing-masing. (tidak berevolusi).

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيراً
"yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan [Nya], dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya" (QS. Al Furqaan (25) : 2)

Dari perpaduan antara Al Qur’an dengan hasil penelitian ini maka teori evolusi Darwin tidak dapat diterima. Dari penelitian membuktikan bahwa kurun akhir (cenozoikum) adalah masa dimana mulai muncul manusia yang berbudaya dan Allah   menciptakan lima kurun sebelumnya lengkap dengan segala isinya adalah untuk memenuhi kebutuhan yang diperlukan oleh manusia.

Dari keterangan di atas, memang sangat bertentangan
>> Isykal itu dijawab oleh Ibnu Rajab, bahwa yang berada di atas (sebagai zharaf) adalah penglihatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sedang neraka yang dilihat tidak harus di atas, melainkan di bumi (dari atas melihat ke bawah).
قال الحافظ ابن رجب وحديث حذيفة إن ثبت فالسماء ظرف للرؤية لا للمرئى وفى حديث ضعيف جدا أنه رأى الجنة والنار فوق السموات فلو صح على حمل ما ذكرنا

Hadits riwayat Ibnu Abbas:
وعن عبد الله ابن سلام قال قال أكرم خليفة الله أبو القاسم إن الجنة فى السماء أخرجه أبو نعيم وعنده أيضا عن ابن عباس أن الجنة فى السماء السابعة ويجعلها الله تعالى حيث شاء يوم القيامة وجهنم فى الأرض السابعة

Hadits riwayat Mu'adz ibn Jabbal:
وعن معاذ بن جبل رضى الله عنه سئل رسول الله أين يجاء بجهنم يوم القيامة قال يجاء بها من الأرض السابعة لها سبعون ألف زمام يتعلق بكل زمام سبعون ألف ملك تصيح إلى أهلى إلى أهلى فإذا كانت من العباد على مسير مائة سنة زفرت زفرة فلا يبقى ملك مقرب ولا نبى مرسل إلا جثى على ركبتيه فيقول رب نفسى نفسى وأخرجه جويبر فى تفسيره

Apabila Bumi yang kita pijak, adalah lapisan ke-1, itu berarti Neraka ada pada lapisan ke-7,
Dari keterangan di atas, memang sangat bertentangan antara:

- Neraka terdapat di langit, mengambil dalil hadits Hudzaifah tentang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sewaktu mi'raj di langit melihat syurga dan neraka.

&

- Neraka terdapat di bawah bumi lapisan ke tujuh, mengambil dalil dari hadits riwayat Ibnu Abbas dan Mu'adz.




Wallahu a'lam.


Agar lebih memberikan pemahaman yang utuh, berikut adalah redaksi dan terjemahan satu bab utuh dari kitab Yaqzhah:

 باب فى ذكر مكان النار وأين هى على مقتضى الآثار وكذا مكان الجنة
 فاعلم أن الجنة فوق السماء السابعة وسقفها عرش الرحمن كما قال تعالى فى محكم القرآن ولقد رآه نزلة أخرى عند سدرة المنتهى عندها جنة المأوى وقد ثبت أن سدرة المنتهى فوق السماء السابعة وقال تعالى وفى السماء رزقكم وما توعدون قال مجاهد هو الجنة وتلقاه الناس عنه رواه ابن أبى نجيح وفى رواية عنه هو الجنة والنار حكاه ابن المنذر فى تفسيره
 وعن عبد الله ابن سلام قال قال أكرم خليفة الله أبو القاسم إن الجنة فى السماء أخرجه أبو نعيم وعنده أيضا عن ابن عباس أن الجنة فى السماء السابعة ويجعلها الله تعالى حيث شاء يوم القيامة وجهنم فى الأرض السابعة وعن ابن مسعود رضى الله عنه الجنة فى السماء السابعة فإذا كان يوم القيامة جعلها الله حيث شاء والنار فى الأرض السابعة فإذا كان يوم القيامة جعلها الله حيث شاء أخرجه ابن مندة
 وقال مجاهد قلت لابن عباس أين الجنة قال فوق سبع سموات قلت فأين النار قال تحت سبعة أبحر مطبقة رواه ابن منده قال الشوكانى فى فتح القدير والأولى الحمل على ما هو الأعم من هذه الأقوال فان جزاء الأعمال مكتوب فى السماء والقدر والقضاء ينزل منها والجنة والنار فيها انتهى
 وعن ابن عمر رضى الله عنه قال قال رسول الله إن جهنم محيطة بالدنيا وإن الجنة وراءها فلذلك كان الصراط على جهنم طريقا إلى الجنة أخرجه أبونعيم فى تاريخ أصبهان
 وعن معاذ بن جبل رضى الله عنه سئل رسول الله أين يجاء بجهنم يوم القيامة قال يجاء بها من الأرض السابعة لها سبعون ألف زمام يتعلق بكل زمام سبعون ألف ملك تصيح إلى أهلى إلى أهلى فإذا كانت من العباد على مسير مائة سنة زفرت زفرة فلا يبقى ملك مقرب ولا نبى مرسل إلا جثى على ركبتيه فيقول رب نفسى نفسى وأخرجه جويبر فى تفسيره
 وعن يعلى بن أمية رضى الله عنه أن النبي قال البحر هو جهنم أخرجه أحمد والبيهقى بسند رجاله ثقات وعن سعيد بن أبى الحسين قال البحر طبق جهنم أخرجه أحمد فى الزهد وعن على بن أبى طالب رضى الله عنه قال ما رأيت يهوديا أصدق من فلان زعم أن نار الله الكبرى هى البحر فاذا كان يوم القيامة جمع الله فيه الشمس والقمر والنجوم ثم بعث عليه الدبور فسعرته أخرجه أبو الشيخ فى العظمة والبيهقى من طريق سعيد بن المسيب
 وعن كعب فى قوله تعالى والبحر المسجور قال البحر يسجر فيصير جهنم أخرجه أبو الشيخ وعن وهب بن منبه أنه قال إذا قامت القيامة أمر بالفلق فيكشف عن سقر وهو غطاؤها فتخرج منه نار فاذا وصلت إلى البحر المطبق على شفير جهنم وهو بحر البحور نشفته أسرع من طرف العين وهو حاجز بين جهنم والأرضين السبع فاذا نشفت اشتعلت فى الأرضين السبع فتدعها جمرة واحدة أخرجه البيهقى فى شعب الإيمان
 وقيل إن النار فى السماء كالجنة لما روى أحمد من حديث حذيفة رضى الله عنه عن النبي قال أتيت بالبراق فلم نزايل طرفة عين أنا وجبريل حتى أتيت بيت المقدس وفتحت لنا أبواب السماء ورأيت الجنة والنار وأخرج أيضا عن النبي أنه قال رأيت ليلة أسرى بى الجنة والنار
 فى السماء وقرأ هذه الآية وفى السماء رزقكم وما توعدون فكأنى لم أقرأها
 قال السفارينى وليس فى هذا ونحوه حجة على أن النار فى السماء لجواز أن يراها فى الأرض وهو فى السماء وهذا الميت يرى وهو فى قبره الجنة والنار وليست الجنة فى الأرض وثبت أنه رآهما وهو فى صلاةالكسوف وهو فى الأرض
 قال الحافظ ابن رجب وحديث حذيفة إن ثبت فالسماء ظرف للرؤية لا للمرئى وفى حديث ضعيف جدا أنه رأى الجنة والنار فوق السموات فلو صح على حمل ما ذكرنا
 والحاصل أن الجنة فوق السماء السابعة وسقفها العرش وإن النار فى الأرض السابعة على الصحيح المعتمد وبالله التوفيق انتهى
 أقول قال السيوطى فى اتمام الدراية شرح النقاية ونعتقد أن الجنة فى السماء وقيل فى الأرض وقيل بالوقف حيث لا يعلمه إلا الله والذى اخترته هو المفهوم من سياق القرآن والحديث كقوله تعالى فى قصة آدم قلنا اهبطوا منها وفى الصحيح سلوا الله الفردوس فإنه أعلى الجنة وفوقه عرش الرحمن ومنه تفجر أنهار الجنة وفى صحيح مسلم أرواح الشهداء في حواصل طيور خضر تسرح من الجنة حيث شاءت ثم تأوى إلى قناديل معلقة بالعرش وتقف عن النار أي تقول فيها بالوقف أى محلها حيث لا يعلمه إلا الله فلم يثبت عندى حديث اعتمده فى ذلك وقيل تحت الأرض لما روى ابن عبد البر وضعفه من حديث ابن عمر مرفوعا لا يركب البحر إلا غاز أو حاج أو معتمر فان تحت البحر نارا وروى عنه أيضا موقوفا لا يتوضأ بماء البحر لأنه طبق جهنم وضعفه وقيل هى على وجه الأرض لما روى وهب أيضا
 قال أشرف ذو القرنين على جبل قاف فرأى تحته جبالا صغارا إلى أن قال يا قاف أخبرنى عن عظمة الله فقال إن شأن ربنا لعظيم إن ورائى أرضا مسيرة خمسمائة عام فى خمسمائة عام من جبال ثلج يحطم بعضها بعضا ولولا هى لاحترقت من جهنم وروى الحارث بن أسامة فى مسنده عن عبد الله بن سلام قال الجنة فى السماء والنار فى الأرض وقيل محلها فى السماء انتهى كلام السيوطى ومثله فى التذكرة للقرطبى قال فهذا يدل على أن جهنم على وجه الأرض والله أعلم بموضعها وأين هى من الأرض انتهى
 وقال قال الشيخ أحمد ولى الله المحدث الدهلوى فى عقيدته ولم يصرح نص بتعين مكانهما بل حيث شاء الله تعالى إذ لا إحاطة لنا بخلق الله وعوالمه انتهى  أقول وهذا القول أرجح الأقوال وأحوطها إن شاء الله تعالى


Bab Tentang Penuturan Letak Neraka Serta Di Mana Tempatnya Mengacu Pada Keterangan Hadits; Begitu Juga Letak syurga

Ketahuilah bahwa syurga itu di atas langit ketujuh di mana atap syurga adalah 'arsy Allah Ar-Rahman, sebagaimana firman Allah dalam ayat muhkamNya: "Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (yaitu) Di Sidratil Muntaha. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal," (QS. An-Najm: 13-15). Sedangkan telah diketahui bahwa sidratul muntaha terletak di atas langit ketujuh, Allah berfirman: "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rizqimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu" (QS. Adz-Dzariyat: 22).
Diriwayatkan dalam atsar oleh Ibnu Abi Nujaih, dari Mujahid berkata: Itu adalah syurga, Allah melimpahkan rizqi dari syurgaNya.
Diceritakan oleh Ibnu Mundzir dalam Tafsirnya mengenai riwayat atsar lain dari Mujahid: Itu adalah syurga dan neraka.

Diriwayatkan dalam atsar oleh Abu Nu'aim, dari Abdullah ibn Salam berkata - semoga Allah memuliakan khalifahNya Abu Qasim shallallahu 'alaihi wasallam- Sesungguhnya syurga ada di langit.
Dalam riwayat atsar lain olehnya, dari Ibnu Abbas: Sesungguhnya syurga ada di langit yang ketujuh, dan Allah menjadikan syurga sebagaimana yang Dia kehendaki di hari kiamat. Serta neraka jahannam ada di bumi yang ketujuh.
Dikeluarkan atsar oleh Ibnu Mandah dari Ibnu Mas'ud berkata: Syurga ada di langit yang ketujuh, dan ketika datang hari kiamat maka Allah menjadikan syurga sebagaimana yang Dia kehendaki. Serta neraka ada di bumi yang ketujuh, dan ketika   datang hari kiamat maka Allah menjadikan neraka sebagaimana yang Dia kehendaki.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah, bahwa Mujahid berkata, aku bertanya pada Ibnu Abbas: Di manakah syurga? Di atas langit yang tujuh. Lalu di mana neraka? Di bawah tujuh keseluruhan samudera. Asy-Syaukani dalam Fath al-Qadir berkomentar: Yang lebih utama adalah mengarahkan ucapan dalam atsar ini pada konsep umum. Mengingat balasan dari amal ditulis di langit, qadha dan qadar diturunkan dari langit, begitu juga syurga dan neraka terletak di dalamnya.

Dikeluarkan hadits oleh Abu Nu'aim dalam Tarikh Ashbahan, dari Ibnu Umar berkata,   Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya neraka jahannam diliputi oleh dunia dan syurga ada di belakangnya, karena itu shirat terletak di atas neraka dan menjadi jalan menuju ke syurga.

Dikeluarkan hadits oleh Juwaibir dalam kitab Tafsirnya, dari Mu'adz ibn Jabbal, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya: Dari arah mana neraka jahannam akan didatangkan pada hari kiamat? Beliau menjawab: Akan didatangkan dari bumi yang ketujuh, pada neraka terdapat tujuh puluh ribu kendali, pada tiap kendali bergantungan tujuh puluh malaikat, neraka berseru 'arahkan ke penghuniku, arahkan ke penghuniku'. Ketika masih berjarak langkah seratus tahun dari manusia neraka berkobar-kobar. Saat itu sudah tidak tersisa lagi para hamba malaikat dan utusan nabi melainkan diriku yang bersimpuh pada kedua lututku dan berucap 'wahai rabbi, diriku diriku.'

Dikeluarkan hadits oleh Ahmad dan Baehaqi dengan sanad yang para rawinya tsiqah, dari Ya'la ibn Umayyah, sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Lautan adalah neraka jahannam.
Dikeluarkan atsar oleh Ahmad dalam kitab az-Zuhd, dari Sa'id ibn Abi al-Husain berkata: lautan adalah wadah neraka jahannam.

Dikeluarkan atsar oleh Abu asy-Syaikh Ibnu Hayyan dalam kitab al-'Azhamah serta Baehaqi dari jalur Said ibn Musayyab, dari Ali ibn Abi Thalib berkata: Aku tidak mengetahui orang yahudi yang lebih benar dari seseorang yang menduga bahwa sesungguhnya neraka agung Allah adalah lautan. Ketika tiba hari kiamat maka di lautan Allah mengumpulkan matahari, bulan, dan bintang, lalu mengirimkan angin barat yang menyalakan lautan itu.

Dikeluarkan atsar oleh Abu asy-Syaikh Ibnu Hayyan, dari Ka'ab ketika mentafsiri ayat 'Dan lautan yang menyala' (QS. Ath-Thur: 6) berkata: Lautan menyala sehingga menjadi neraka jahannam.
Dikeluarkan atsar oleh Baehaqi dalam kitab Syu'ab al-Iman, dari Wahab ibn Munabbih bahwasanya dia berkata: Ketika kiamat terjadi Allah berfirman pada cakrawala dan terkuaklah neraka saqar yangmana langit semula menjadi tutupnya, lalu keluar api yang ketika sampai pada seluruh lautan -dimana laut menjadi tepi batas neraka jahannam- maka api itu mengeringkan lautan lebih cepat dari kedipan mata. Laut menjadi pembatas antara neraka jahannam dan tujuh bumi. Ketika mengering maka laut menyala pada tujuh bumi dan meninggalkannya menjadi onggokan bara api.

Pendapat lain mengatakan neraka ada di langit sebagaimana syurga, berlandaskan hadits Ahmad riwayat Hudzaifah, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Aku diberikan buraq, namun kami -aku dan Jibril- belum berpindah sekejapan mata sebelum dihantarkan pada Baitul Maqdis terlebih dahulu, lalu dibukakan bagiku pintu langit dan kulihat syurga dan neraka. Dikeluarkan hadits lain oleh Ahmad, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahwasanya beliau bersabda: Aku melihat pada malam yang kulalui syurga dan neraka di langit. Lalu beliau shallallahu 'alaihi wasallam membaca ayat "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rizqimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu" (QS. Adz-Dzariyat: 22). Maka seakan aku belum membacanya.

As-Safarini berkata: Hadits itu dan sejenisnya belum boleh menjadi hujjah bahwa letak neraka di langit, sebab boleh jadi neraka itu terlihatnya ada di bumi sementara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di langit. Mayit diketahui boleh melihat syurga dan neraka sementara mayit itu berada di dalam kubur, padahal keberadaan syurga tidaklah di bumi. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga diketahui pernah melihat syurga dan neraka saat Solat kusuf sementara Solat itu dilakukan di bumi.

Al-Hafizh Ibnu Rajab berkata: Hadits itu, andaipun tsubut, maka kata 'langit' menjadi zharaf [keterangan waktu] dari penglihatan, bukan zharaf dari yang dilihat. Padahal hadits tentang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang melihat syurga dan neraka di atas beberapa lapisan langit itu statusnya sangat dhaif. Seandainya shahih pun akan diarahkan pada pemahaman yang telah disebutkan tadi. Sehingga kesimpulannya syurga terletak di atas langit lapisan ketujuh, atapnya adalah 'arsy Allah ar-Rahman, dan langit terletak di bumi lapisan ke tujuh, sesuai dengan pendapat shahih mu'tamad. Wabillahi taufiq. Demikian penuturan Ibnu Rajab.
Aku [Shiddiq Hasan] tandaskan, bahwa as-Suyuthi dalam Itmam ad-Dirayah syarh an-Niqayah telah berkata: kita meyakini syurga ada di langit, versi pendapat lain ada di bumi, versi lainnya lagi mauquf serta hanya Allah yang tahu. Pendapat yang aku [as-Suyuthi] pilih adalah sesuai mafhum dari redaksi al-Qur'an dan Hadits. Yakni pada semisal firman Allah tentang kisah Nabi Adam 'alaihi salam: Kami berfirman "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!". Juga pada hadits shahih "Mintalah syurga firdaus. Sesungguhnya firdaus adalah syurga yang paling tinggi. Di atasnya ada 'arsy   Allah ar-Rahman. Dari firdaus memancar sungai-sungai syurga." Pada hadits shahih Muslim disebutkan "Arwah para syuhada berada dalam perut burung hijau, mereka dapat keluar masuk dari [tempat kediamannya di] syurga sesuka hati, lalu kembali beristirahat menuju lentera-lentera yang digantungkan di [bawah] ‘Arsy. 

Kemudian kau mauqufkanlah pembahasan tentang neraka. Yakni kau katakanlah mauquf tentang letak neraka itu karena tidak ada yang tahu kebenarannya selain Allah. Aku [as-Suyuthi] tidak menemukan satu hadits pun yang boleh dijadikan pegangan tentang masalah itu. Pendapat lain mengatakan di bawah bumi, mengacu pada hadits marfu' dari Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdil   Barr dan dinyatakan dhaif olehnya: "Janganlah pergi melaut kecuali mereka yang akan berperang, haji, atau menunaikan umrah. Sesungguhnya di bawah lautan adalah neraka." Diriwayatkan juga hadits mauquf dari Ibnu Umar dan dinyatakan dhaif oleh Ibnu Abdil Barr: "Janganlah berwudhu dengan air laut, sesungguhnya lautan adalah tangga bagi neraka." Ada pendapat lain mengatakan neraka ada di muka bumi, mengacu pada hadits riwayat Wahab ibn Munabbih, bahwa Dzul Qarnain mengamati Gunung Qaf lalu terlihat di bawahnya ada gunung lain yang lebih kecil...Dzul Qarnain berkata: Gunung Qaf, beritahukanlah padaku akan keagungan Allah. Jawabnya: Sesungguhnya urusan Tuhanku sungguh agung. Di belakangku berjarak langkah lima ratus tahun terdapat sebuah bumi, dimana pada jarak langkah lima puluh tahunnya terdapat pegunungan bersalju yang satu sama lain senantiasa runtuh. Jika bukan karena pegunungan es itu niscaya aku sudah terbakar oleh neraka. Diriwayatkan atsar oleh Harits ibn Usamah dalam musnadnya, dari Abdullah ibn Salam berkata: Syurga ada di langit dan neraka ada di bumi. Versi pendapat lain syurga ada di bumi. Demikan penuturan as-Suyuthi.

Keterangan senada terdapat di kitab Tadzkirah karangan al-Qurthubi yang berkata: Hal itu menunjukkan bahwa neraka ada di permukaan bumi, hanya Allah yang tahu di mana letaknya dan di bagian bumi sebelah mana. Demikian penuturan al-Qurthubi.
As-Safarini berkata, bahwa Muhaddits Ahmad Waliyullah ad-Dahlawi dalam kitab aqidahnya berkata: nash tidak menjelaskan letak syurga dan neraka, melainkan terserah kehendak Allah semata, karena kita memang tidak akan mampu meliputi terhadap penciptaan dan ilmu Allah. Demikian seluruh penuturan as-Safarini. Aku [Shiddiq Hasan] tandaskan, pendapat ad-Dahlawi ini adalah pendapat yang paling rajih dan paling hati-hati di antara sekian pendapat lainnya insya Allah ta'ala.


 
........................

No comments: