30 March 2020

Membina Mahligai Di Syurga





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


Membina Mahligai Di Syurga




Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam IsrakBaginda Nabi SAW berlalu melintasi Nabi Ibrahim A.S.

Sejurus itu, Nabi Ibrahim A.S bertanya kepada malaikat Jibril A.S:-
 “Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibril?”
Jibril A.S menjawab:-
 “Ini Muhammad.”
Nabi Ibrahim A.S lalu berkata:-
 “Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas.”
Nabi SAW bertanya:-
 “Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?”
Nabi Ibrahim A.S menjawab:-
 “Ucapkan kalimat ‘لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلاّ بِاللهِ’.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

Menempah Rumah Di Syurga


Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah SWT yang berbakti.

Hadith di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan tempat kediaman tersebut.

Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang. 

Harga yang diminta bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, akan tetapi amal soleh dan zikir yang kita lakukan.

Amalan inilah yang akan menjadi bahan bagi pembinaan rumah-rumah di syurga.

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya menriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:-
“Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya. 

Apabila mereka ditanyakan:-



‘Mengapa kamu berhenti bekerja?’


Mereka menjawab:-



‘Kami sedang menunggu bahan-bahannya.’”


Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
Ibn Rajab al-Hambali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. 

Malaikat itu berkata:-
 “Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama ‘Villa Kebahagiaan’ (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempurna dibina.”
Tujuh hari kemudian, orang yang soleh itu meninggal dunia.

Zikir Dan Pohon Syurga


Hadith ini dan beberapa hadith yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia. 

At-Tirmidzi dan an-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
 “Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ’, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.”

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
 “Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’ akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.”
Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu.

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabi'in di Makkah:-
 “Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.”
Tokoh tabi'in yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabah berkata:-
 “Majlis zikir ialah majlis halal dan haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.”

Wangian Daripada Pelbagai Minyak Wangi


Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:-
 “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.”
Benar ucapan beliau. 

Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Ia tidak memerlukan pembiayaan yang banyak. Dengan hanya mengucap tasbih dan tahlil. Kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abadi.

Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. 

Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap masa.

Salah seorang tokoh tabi'in yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di KufahImam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan.

Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.


Said bin Zaid berkata:-
 Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.”
Malik bin Dinar berkata:-
 “Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari.”

Indahkan Rumah Di Akhirat


Saya selalu berpesan:-

“Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Sebab kehidupan akhirat kekal abadi. 
Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal dalam ketidakselesaan.”

Untuk itu, marilah kita memperbanyak ibadah sunnah dan zikir. Setiapkali mengucapkan tasbih, pada hakikatnya, kita sedang menanam sebuah pokok di taman syurga. Semakin banyak zikir yang kita ucapkan, semakin hijau dan rendang taman-taman tersebut.

Semoga Allah SWT meringankan lidah-lidah kita untuk berzikir menyebut nama-Nya agar semakin indah dan hijau kediaman kita di syurga abadi kelak.

Aamiiin ya Rab al-Alamiiin.

Wallahua'lam

No comments: