اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
HIJAB
Hijab ada 2 jenis :- Pertama – DIRI – Hijab Diri tidak akan hilang selagi anda ABD ( Hamba ) dan Zat hamba itu sendiri adalah hijab. Kedua – SIFAT – Hijab Sifat hilang apabila anda menukar Zat & Sifat anda dan masuk ke Zat & Sifat Allah. DUA berlawanan dengan ESA. Sesiapa yang dihijab dengan KEDUAAN tidak nampak KEESAAN. Seorang MAWAHID hendaklah keluar dari keduaan dan memasukkan dirinya kedalam KEESAAN DIRI. KASYAF ialah KELUAR DARI YANG MELINDUNG. Pelindung yang paling tebal ialah KEAKUAN salik. Anda adalah hijab anda sendiri. Tidak ada hijab kecuali SANGKAAN tentang wujud anda. Kata – kata Ahli Sufi :- Tauhid ialah lupa kepada Tauhid Siapa yang kenal Allah tidak tahu Allah Hadith :- Allah ada dan tidak ada apa apa pun beserta Dia. Allah sekarang saperti Allah dahulu jua. Tiap tiap objek ( benda ) mempunyai rupa atau bentuk dan juga makna. Maknanya ialah Allah. |
No comments:
Post a Comment