اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
ALAM MITHAL
ALAM
ALAM MITHAL
ALAM MITHAL
Di- ALAM
LAHUT yaitu Perbatasan Pertama, Zat , Sifat dan A’yan adalah ABSTARACT (
Mujarrad ) Zat tidak dapat dibezakan dari Sifat dan begitulah sebaliknya. A’yan
tidak berbeza antara satu dengan yang lain dalam Ilmu dan belum ada diluar.
Peringkat atau Alam ini digelar HAKIKAT MUHAMMAD atau PERBATASAN PERTAMA.
ALAM
seterusnya menurun dipanggil ALAM MITHAL atau PERBATASAN KEDUA. Disini Allah
melihat segalanya secara PERINCIAN dan berbeza-beza antara satu dengan yang
lain.
Sebagai
misalan dicontohkan biji benih :-
- Perbatasan
Pertama - ialah pengetahuan biji benih sebagai biji benih
- Perbatasan
Kedua – biji benih itu mengetahui keupayaannya untuk menjadi akar, batang,
dahan, daun, bunga , buah dan sebagainya dalam Ilmu atau Pengetahuan.
Perbezaan
batas batas itu tidak ujud pada hakikatnya. Ianya wujud untuk menjelaskan ilmu
sahaja oleh para sufi.
Butir butir
MINIFESTASI ialah ALAM ARWAH, ALAM MITHAL, ALAM SAHADAH dan ALAM INSAN.
Allah jua
Yang Sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah Alam ini. Minifestasi kita
dan sifat kita adalah sedikit dari SifatNya. Dengan itu sifat sifat kita dan
yang lain lain adalah tidak sempurna. Tetapi kita tidak wujud kerana Yang Wujud
Hanyalah Allah.
Perbatasan
atau Alam tidak ada had bilangannya. Untuk faham ditetapkan 6 sahaja. Perbtasan
hanya wujud dalam ilmu sufi dan pada hakikatnya tidak ada apa apa yang
dikatakan perbatasan itu.
WAHDAH
Ghaib Yang
Pertama dimana A’yan dalan fana’, tidak wujud walaupun dalam Ilmu. Allah ada
dan tidak ada apa apa yang bersama dengan Dia.
WAHDIYYAT
Ghaib Yang
Kedua. A’yan wujud dalam ILMU ALLAH tetapi A’yan tidak tahu akan kewujudannya.
ARWAH
Disini A’yan
mempunyai perbezaan perbezaan antara satu dengan yang lain.
AMTHAL
Disini
salinan gambaran ( prototype ) objek objek wujud
AJSAM
Disini
mereka mempunyai badan badan kebendaan
INSAN
Paduan semua
Perbatasan / Alam / Peringkat diatas bergelar INSANUL KAMIL
ALAM DIDALAM
TUBUH
ALAM BADAN =
ALAM – i – AJSAM
Raja Agung (
Allah ) dalam pintu kuat berkunci DENGAN MEMAKAI PAKAIAN ADAM keluar
menzahirkan DIRINYA dari Perbatasan Pertama hingga keperingkat habuk.
FirmanNya :-
Aku adalah
harta ( perbendaharaan ) yang tersembunyi . Aku suka diketahui dan Aku jadikan
Alam supaya Aku diketahui.
Zahirnya
umpama biji benih tersembunyi didalam pokok dan pokok itu pula tersembunyi
didalam biji benih.
Wujud kita
adalah bayangan ( reflection ) WUJUD DIA. Pandangan kita adalah bayangan
PandanganNya. Apabila saya memerhati NAFS ( Diri ) saya Allah memerhati ZatNya.
ZAT dan NAFS
( diri ) adalah dua nama bagi hakikat yang SATU dan yang sama.
Sayyidina
Ali rda
Aku kenal
Allah dengan Allah . maksudnya :-
Allah
diketahui oleh DiriNya sendiri kepada DiriNya tanpa diselangi oleh yang lain. (
ghayr )
As-Fusilat :
53
Allah
Menyaksikan segala sesuatu , maksudnya :-
Yang
Diketahui dan Yang Mengetahui adalah sama. Barangsiapa mengetahui Allah, dialah
Allah.
Al-Araf :
143
Engkau tidak
boleh melihat Aku : maksdunya,
Yang lain (
ghayr ) tidak ada wujud dan dengan itu tidak ada yang melihat.
Allah Yang
Melihat dan ghayr buta sebab ghayr itu kosong.
Semua benda
adalah gelap. Pelihat melihat dengan adanya cahaya. Wujud benda benda dipinjam
dari Wujud Allah. Dia Yang Melihat dan Yang Dilihat. Anda hanya Adom ( kosong )
KESATUAN
adalah Hakiki. Ranyak adalah sangkaan atau anggapan sahaja.
Kita adalah
bentuk dan hakikat kata ialah Allah. Allah itu NYAWA ALAM dan Alam itu adalah
BADAN. Inilah KEESAAN dan yang lain itu adalah omong omong kosong belaka.
Membimbing
pada JALAN YANG BENAR dan PADA JALAN YANG SESAT adalah diibaratkan berkait
dengan Muhammad & Iblis tetapi kedua-duanya adalah Sifat Allah itu sendiri,
satu Sifat bernama Muhammad dan satu Sifat lagi bernama Iblis.
-Dengan
mengetahui DiriNya Dia memuji DiriNya dan menjadi Muhammad
- Dengan
menuding DiriNya daripada DiriNya , Dia menjadi ghayrNya sendiri, menguruk
DiriNya dan lari daripada DiriNya sendiri lalu menjadi Iblis bergelar Syaitan.
Satu dapat
Rahmat dan satu lagi mendapat Kemurkaan dan ini adalah keadaan yang kekal.
Al-Anbia :
107
Tidak kami
utus engkau ( Muhammad ) kecuali sebagai pembawa Rahmat sekalian Alam.
As-Shad : 78
Laknatku
padamu sehingga kehari Penghitungan.
Tiap tiap
syans ( bakat ) ada mempunyai rupanya yang khusus dan tidak didapati pada lain
lain syans.
Apabila
syans itu masuk dalam Ilmu ia menjadi A’yan Kharij ( kalimah Allah ) atau
objek. Banyak A’yan dizahirkan tidak mengganggu Esanya Zat. Saperti banyaknya
jag ( jug ) atau mangkuk yang berasal dari tanah liat yang satu.
No comments:
Post a Comment