29 March 2020

Syurga dan Neraka serta penghuninya





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 



NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA



.
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1.    Firdaus
2.    Syurga ‘Adn
3.    Syurga Na’iim
4.    Syurga Na’wa
5.    Syurga Darussalaam
6.    Daarul Muaqaamah
7.    Al-Muqqamul Amin
8.    Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1.    Neraka Jahannam
2.    Neraka Jahiim
3.    Neraka Hawiyah
4.    Neraka Wail
5.    Neraka Sa’iir
6.    Neraka Ladhaa
7.    Neraka Saqar
8.    Neraka Hutomah

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

 Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hathamah.

Gambaran tentang Syurga di dalam Al-Qur'an antara lain sebagai berikut : syurga seluas langit dan Bumi (Al-Hadid:21), di dalamnya terdapat pohon-pohon dan buah-buahan (Ar-Rahman:54,68, dan Al Waqi'ah :28,29,32-33), terdapat istana-istana dan mengalir sungai-sungai dibawahnya (Al-Furqan:10), tahta-tahta kebesaran dan ranjang-ranjang emas/permata (Ash Safaat:44 dan Al Waqi'ah : 15), serta ditemani bidadari-bidadari (Ar-Rahman : 72 dan Ad Dukhan : 54)

Nama Syurga, tingkatan, dan calon-calon penghuninya sbb :

1. Syurga Firdaus
Dijadikan dari emas yang merah. Dalam Al-Mukminun :1-11, dijelaskan bahwa syurga ini untuk orang-orang yang khusyuk syolatnya, menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluannya, memelihara amanah, menepati janji, dan memelihara syolatnya.

2. Syurga 'Adn
Diciptakan dari intan putih. Penghuninya yaitu orang yang bertakwa kepada Allah (An Nahl :30-31), benar-benar beriman dan beramal saleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir:32-33), sabar, menginfakkan hartanya, dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar Ra'ad :22-23).

3. Syurga Naim
Dijadikan dari perak putih. Diperuntukkan bagi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal saleh (Al Qalam : 34, Luqman : 8, Yunus : 9, dan Al-Haj : 56).

4. Syurga Ma'wa
Diciptakan dari jamrud hijau. Adalah tempat orang-orang yang bertakwa kepada Allah (An Najm:15), beramal saleh (As Sajdah : 19) serta takut kepada kebesaran Allah dan menahan hawa nafsunya (An Naziat : 40-41).
5. Syurga Darussalam
Diciptakan dari Yakut merah. Penghuninya yaitu orang-orang yang kuat iman dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah, serta beramal Saleh (Al An'am : 27).

6. Syurga Darul Muqamah
Diciptakan dari permata putih. Dihuni oleh orang-orang yang kuat iman Islamnya, banyak berbuat kebajikan, dan jarang berbuat kesalahan.

7. Syurga Al-Maqamul Amin
Diciptakan dari permata putih. Kediaman orang-orang yang bertakwa (Ad dukhan : 51).

8. Syurga Khuldi
Diciptakan dari marjan merah dan kuning. Dihuni oleh orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya (Al Furqaan :15).

Jarak antara tingkatan syurga yang satu dengan yang lainnya diterangkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri : "Syurga itu terdiri dari seratus tingkat. Antara tingkat yang satu dengan yang lainnya berjarak seperti antara Bumi dan langit. Dan tingkatan tertinggi adalah syurga Firdaus.".

Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., syurga memiliki 8 pitu dari emas yang ditaburi mutiara. Pintu-pintu tersebut adalah :

1. Pintu untuk para Nabi, Rasul, syuhada, dan dermawan.
2. Pintu bagi orang-orang yang mendirikan syolat dengan menyempurnakan syarar rukunnya dan wudhunya.
3. Pintu buat orang-orang yang mengeluarkan zakat dengan kebersihan jiwa.
4. Pintu untuk orang-orang yang memerintah kebaikan dan melarang kemungkaran.
5. Pintu orang-orang yang mencegah hawa nafsu dan kesyahwatan.
6. Pintu buat orang-orang yang menunaikan ibadah Haji dan umrah.
7. Pintu bagi para ahli Jihad (berjuang menegakkan agama Allah)
8. Pintu bagi orang-orang yang bertakwa, berbakti kepada orangtua, dan menyambung tali persaudaraan.

Penghuni syurga kekal abadi.. adakah kita hanya memilih untuk masuk syurga yang paling bawah dan kekal abadi di situ? Boleh kah penghuni syurga di bawah memasuki syurga yang atas?

-Tujuh tingkat Neraka-

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, waima sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

- Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)

Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

- Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

- Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

- Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

- Saqru@Saqar ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

- Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.


- Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. ” (surah Al-Qariah: 8-11)

Nama-nama Syurga dan Neraka serta penghuninya




1. Syurga



a. Syurga Firdaus

Mengenai syurga firdaus ini, dalam Al Qur'an, surah Al Kahfi, ayat 107, Allah swt. telah menegaskan:



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,"



Juga penegasan Nya dalam Al Qur'an, surah Al Mu'minuun, ayat 9-11.



"Dan orang-orang yang memelihara solat (sembahyang) nya.
Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."

b. Surga 'Adn
Syurga 'Adn ini telah banyak sekali dijelaskan dalam Al Qur'an. Iaitu sebagai berikut: Firman Allah swt. di dalam surat Thaaha, tepatnya ayat 76.

"(yaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan)."

Firman-Nya lagi didalam surat Shaad, ayat 50 :

"(Iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka,"

c. Syurga Na'iim
Dalam Al Qur'an surat al Hajj, ayat 56. Allah swt. telah menegaskan :

"Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, dia memberi Keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan."

Firman-Nya lagi dalam surat Luqman, ayat 8 :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan."

d. Syurga Ma'wa
Banyak sekali di dalam Al Qur'an dijelaskan, antara lain :
Surat As Sajdah, ayat 19 Allah swt. menegaskan:

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, Maka bagi mereka jannah tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan."

Firman-nya lagi didalam surat An Naziat, ayat 41:

"Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)."

e. Syurga Darussalam
Mengenai syurga Darussalam ini, telah banyak dijelaskan di dalam Al Qur'an, di antaranya ialah : Dalam surat Yunus, ayat 25 :

"Allah menyeru (manusia) ke darussalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).

erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

f. Syurga Daarul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan Aallah swt. di dalam Al Qur'an, surat Faathir, ayat 34-35 :

Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.
Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".

g. Syurga Maqoomul Amiin
Sesuai dangan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surat Ad Dukhan, ayat 51 :

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman,"

h. Syurga Khuldi
Di dalam Al Qur'an tepatnya surat Al Furqaan, ayat 15, Allah swt. telah menegaskan :

Katakanlah: "Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?".

2. Neraka

Neraka adalah tempat penyeksaan bagi mahluk Allah yang derhaka. Mereka adalah orang-orang yang membangkang terhadap syariat Allah dan mengingkari Rasulullah saw.
Kata neraka sering disebutkan dalam kitab suci Al-Qur'an dan jumlahnya sangat banyak sekali. Dalam bahasa Arab disebut naarالنار (ar)* (an-nār).

Siapapun orang yang dimasukkan ke dalam neraka, dia tidak akan keluar darinya. Pintu neraka berdiri kokoh dan tertutup rapat. Itulah penjara bagi orang-orang yang menganggap remeh berita tentang pengadilan akhirat.
Ada juga orang-orang yang terakhir kali masuk syurga, setelah mereka diseksa sesuai dengan dosa-dosanya yang telah mereka perbuat.

Di dalam Al Qur'an disebutkan bahan bakar neraka adalah dari manusia dan batu (ada yang mengertikan berhala). Pintu gerbang Neraka dipimpin oleh Malaikat Malik, yang memiliki 19 malaikat penyiksa di dalam Neraka, salah satunya yang disebut namanya dalam Al-Qur'an adalah Zabaniah.

Walaupun neraka sering digambarkan sebagai tempat penyeksaan yang teramat panas, tetapi ada hawa neraka menjadi teramat sangat dingin. Disebutkan di dalam Al-Qur'an:

“Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin. (Sad [38]:57)”

Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan sandal api yang boleh membuat otak mereka mendidih.

“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya kerana panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim)

a. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas atau perak, mereka yang serakah tidak mahu mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah (104).

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
(yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
Yang (membakar) sampai ke hati.
Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

maksudnya mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang kerananya dia menjadi kikir dan tidak mahu menafkahkannya di jalan Allah.

b. Hawiyah
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Qori'ah (101) ayat 9-10.

Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
(yaitu) api yang sangat panas.

Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim lelaki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menutup aurat (tidak menggunakan jilbab), bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah

c. Jahannam
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat al-hijr (15) ayat 43.

"Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya."

Syaitan bentuknya ada 3 (tiga) iaitu:
a. Ucapan para dukun, peramal
b. Hawa nafsu (egoisme)
c. Memuja kepada seseorang

d. Jahim
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran surat As-Syu'araa (26) ayat 91.
di dalamnya ditempati orang-orang musyrik.

"Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang- orang yang sesat",

Neraka sebagai tempat penyeksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, kerana syirik bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan boleh pula menganggap bahawa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.

e. Saqar
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad s.a.w, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muddatsir ayat 26-27,42. di dalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.

Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.
Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu?

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"

f. Sa'iir
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Qur'an Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain.

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." ayat 5

5. Sesungguhnya kami Telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". ayat 10
Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala. ayat 11

Disediakan untuk orang-orang kafir terhadap akhirat (tidak percaya), juga untuk orang yang senang bila mendapat rezeki dan marah ketika susah memperoleh rezeki.

g. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, menyorok barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muthaffifin, ayat 1-3.

"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang
(yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,
Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi."

yang dimaksud dengan orang-orang yang curang di sini ialah orang-orang yang curang dalam menakar dan menimbang.

3. Jenis hukuman dan seksaan di neraka
Di akhirat para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa siksa yang sangat pedih. Siksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:

"Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, perut dan punggung mereka." (At-Taubah [9]:35)

"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api."(Al-Mu’min [40]:71-72)

"Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia." (Ad-Dukhan [44]:47-49)

"Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta." (Al-Haqqah [69]:30-32)

"Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): "Rasailah azab yang membakar ini." (Al-Hajj
[22]:19-22)

Untuk itu, hati-hatilah dalam bertindak dan beramal, ingatlah azab neraka begitu pedih. Semoga boleh menjadi pengajaran.




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 





TAHAP YANG LEBIH TINGGI DAN PINDAAN MEREKA

Apabila seorang lelaki iman hidup di dunia, matlamat hidupnya mesti kerana dia mengharapkan berkat Tuhan supaya kita dapat mencapai syurga-Nya. Nah, syurga ternyata mempunyai beberapa nama dan tahap. Lebih tinggi tahap, semakin banyak keseronokan yang anda dapatkan. Apakah nama-nama syurga?
1. Syurgawi Syurga
Amalan yang boleh membawa kita ke tahap tertinggi surga dijelaskan dalam QS. Al Mu'minun: 1-11, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu beruntung. (Dialah) orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam doa-doa mereka. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) tidak berguna. Dan orang-orang yang membayar zakat. Dan orang-orang yang menjaga ayamnya. Kecuali isteri atau hamba mereka, sebenarnya mereka berada dalam perkara ini tanpa penolakan. Sesiapa yang mencari di belakang mereka adalah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang menjaga amanat (yang mereka tanggung) dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang menunaikan solat mereka. Ini adalah orang yang akan mewarisi. (Iaitu) yang akan mewarisi syurga syurga. Mereka kekal di dalamnya. "
2. Syurga 'Adn
Mereka yang akan memasuki syurga ini adalah orang-orang yang saleh, "(Iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalam, mengalir di bawah sungai-sungai, di syurga itu mereka mendapatkan segala yang mereka inginkan. Demikianlah Allah memberi pahala kepada orang-orang yang soleh. (Yaitu) orang-orang yang diberkati dalam keadaan baik oleh malaikat dengan berkata (kepada mereka): "Salaamun alaikum, kamu masuk syurga kerana apa yang telah kamu lakukan." QS. An Nahl: 30-31.
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, "Dan sesiapa yang datang kepada Rabbnya dalam keadaan iman, sekali lagi melakukan perbuatan-perbuatan yang benar, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat tempat-tempat yang tinggi. (Yaitu) syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawah, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah pahala bagi orang-orang yang bersih (dari kekafiran dan tidak taat) "QS. Thaha: 75-76.
Orang-orang yang melakukan banyak kebaikan, "Kemudian Kami mewarisi Kitab dari orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba kami, maka di antara mereka terdapat orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka terdapat pertengahan dan di antaranya di antara mereka ( juga) yang lebih cepat melakukan kebaikan dengan izin Allah. Itulah hadiah yang besar. (Untuk mereka) Adn syurga, mereka masuk ke dalamnya, di mana mereka diberi perhiasan dengan gelang emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya sutera. " QS. Fathir: 32-33.
Orang-orang yang sabar, membelanjakan hartanya, dan membalas kejahatan dengan kebaikan, "Dan orang-orang yang bersabar kerana mereka mencari keredaan Tuhan mereka, mendirikan sembahyang, dan menghabiskan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara terang-terangan atau secara terbuka dan menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka adalah orang-orang yang mendapat pemberian yang baik. (Iaitu) syurga Adn yang mereka masukkan bersama-sama dengan orang-orang yang benar dari bapak-bapak mereka, isteri dan cucu mereka, sementara para malaikat memasuki tempat mereka dari semua pintu. " QS.Ar Ra'd: 22-23
3. Syurga Na'im
Allah menyebut amalan yang boleh membawa kita ke syurga ini, "Sesungguhnya bagi orang-orang yang takut (disediakan) keseronokan yang penuh surga di sisi Tuhannya." QS. Al-Qalam: 34.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi syurga yang penuh dengan kesenangan" QS. Luqman: 8.
"Kekuatan hari itu adalah milik Tuhan, Dia membuat keputusan di antara mereka. Jadi orang-orang yang beriman dan beramal soleh di syurga penuh dengan kesenangan. " QS. Al Hajj: 56
4. Syurga Ma'wa
Firman Allah mengenai syurga ini, "Bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka langit adalah tempat tinggal, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan." QS. Sebagai Sajdah: 19.
Mereka yang menahan diri dari hawa nafsu yang buruk, "Dan bagi orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhan mereka dan menahan diri dari hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurga adalah kediamannya. " (Surat seorang Nazi'at: 40-41)
5. Syurga Syurga
Allah Ta'ala berfirman, "Bagi mereka disediakan tempat yang aman di sisi Tuhan mereka. Dan Dia pelindung mereka kerana perbuatan baik yang mereka lakukan. " QS.Al An'am: 127
6. Syurga Darul Muqamah
Melakukan banyak kebaikan akan membawa kepada syurga ini. Allah Ta'ala berfirman, "Dan mereka berkata:" Segala puji bagi Allah, yang telah menghapuskan kesedihan kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, lagi Maha Bersyukur. Siapa yang meletakkan kita di tempat kekal (surga) dari karunia-Nya; di dalamnya kita tidak merasa letih atau merasa lelah. " QS. Fathir: 34-35
7. Syurga Al Maqamul Amin
Firman Allah ta'ala, "Sesungguhnya orang benar berada di tempat yang aman." QS. Ad Dukhan: 51
8. Syurga Khuldi
Syurga ini adalah bagi mereka yang mematuhi perintah-perintah Allah Ta'ala dan menjauhkan larangan-Nya, "Katakanlah:" Apakah (azab) itu syurga yang baik atau syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah? Dia adalah pahala dan tempat untuk kembali. " QS. Al Furqan: 15
Mudah-mudahan meningkatkan motivasi kita untuk meningkatkan lagi perbuatan yang saleh dan mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala agar kita dapat menjadi penduduk bumi yang berpotensi. Aamiin
Allah tahu yang terbaik.


Sumber: annida-online.com

***IKLAN***

Dana patuh Syariah PMB INVESTMENT www.unit-amanah-islam.blogspot.com
Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus www.sspni-plus-online.blogspot.com
Hartanah Mampu Milik KOHAB www.hartanahanggun.blogspot.com


No comments: