اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
NABI IBRAHIM DAN BAPANYA
Masjid Al Haram, Makkah
Azar, begitulah nama bapa Nabi Ibrahim. Juga seorang yang
dengan asyik menyembah batu batu patung, bahkan orang yang membuat patung
patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya.
Ibrahim tahu, bahawa bapanyalah manusia yang paling dekat
kepadanya. Sebab itu bapanya sendiri itulah yang harus pertama kali ditunjuki
dan dihindarkannya dari kesesatan, diberi nasihat sepanjang apa yang diajarkan
Allah kepadanya.
Terhadap bapanya itu, Nabi Ibrahim sangat hati hati,
sebagai penasihat, tetapi pula sebagai anak, Nabi Ibrahim sekali kali tidaklah
menghina atau merendahkan akan apa apa yang disembah bapanya itu. Di aturlah
oleh Ibrahim kata kata dengan susunan yang paling baik dan menarik hati,
dikeluarkan kalimat demi kalimat yang sudah diaturnya itu dengan suara yang
lunak, berlemah lembut, bersopan santun, dengan cara yang penuh hormat sekali
kepada orang tuanya sendiri.
Mula mula sekali disebutkannya bahawa dia sendiri adalah
anak dari bapanya itu sendiri. Kemudian mulai Ibrahim bertanya pertimbangan dan
alasan alasan apakah yang menyebabkan bapanya menyembah batu patung itu.
Akhirnya dengan cara yang halus, dinyatakannya kepada bapanya, bahawa dia
mendapat ilmu dan wahyu dari Allah, mendapatkan keterangan keterangan yang
tidak didapat oleh bapanya sendiri.
Dengan hormat dan khidmat, budi dan sopan, tutur demi tutur
kata yang teratur, Ibrahim mengajak bapanya sendiri untuk percaya kepadanya,
untuk sama sama mengenal Allah bersama dia, kemudian agar menyembah Allah dan
meninggalkan batu patung yang tak mendatangkan sesuatu apapun itu.
Masjid Al Haram
Tetapi bagaimana juga dicuba oleh Ibrahim untuk menarik
hati bapanya, sia sia belaka. Bapanya bukan bertambah insaf dan dekat dengan
pendiriannya, malah bertambah sesat dan jauh dari yang dicita citakan Ibrahim
sendiri. Akhirnya bapanya berkata: Apakah engkau benci kepada tuhanku, hai
Ibrahim? Kalau engkau tidak kembali dari tindakan engkau itu engkau akan saya
lontar dengan batu, akan saya hancurkan badanmu itu. Engkau akan tahu sendiri
bagaimana jadinya kalau saya sudah marah. Sebelum saya marah, lebih baik engkau
pergi saja, tidak ada tempat lagi buatmu di rumahku ini, dan tidak ada pula
tempat bagimu dalam hatiku.
kaaba1c.jpg
Semua sanggahan dan bantahan bapanya itu, disambut oleh
Ibrahim dengan dada yang lapang, ketenangan hati, ketetapan jiwa. Kepada
Ibrahim tidak dibolehkan oleh Allah bertindak lebih jauh selain menjawab semua
itu dengan apa yang diwahyukan Tuhannya: Salamku dan selamat tinggal kepada
bapa, saya mohon ampunan Tuhan bagi bapa, kerana bapaku harus kuhormat, dan aku
mohonkan ampun bagimu hai kaumku atas apa yang kamu sembah selain Allah, dan
aku berdoa kepada Tuhanku, mudah mudahan Tuhan tidak menjadikan doaku ini
pangkal kesengsaraan.
Nabi Ibrahim berangkat dan pergi dengan sedih memukul
hatinya, kerana anjurannya tidak dapat disambut dengan telinga terbuka oleh
bapanya sendiri. Dia mengasingkan diri dari bapanya, agar jangan ikut serta
menyaksikan kesesatan dan kesyirikan itu.
No comments:
Post a Comment