Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Repair Tubuh Jin
Saje nak kongsi pengalaman.
Ada satu pusat rawatan ni Den nampak terlalu obses dan suka
menuduh orang bersilat ni mesti ada dampingan Jin.
Kebetulan adalah hamba allah ni sakit. Dia plak pakai baju
ada lambang silat Den pelajari. Terus kata ada Dampingan.
Dia pun ketuklah dgn kayu nona. Habis lebam sana lebam sini.
Budak tu sakit. Jin tak keluar juga. Jin tu parah sakitnya.
Umpama pencuri masuk rumah. Kita tangkap dan potong kaki
dia. Lepas tu kita suruh dia keluar. Camna le mamat tu nak keluar. Silap silap
pengsan sebab darah byk keluar ! Atau mati dan camna nak keluar !
Bayangkan Jin yg kita ketuk atau Ruqyah tu cedera parah atau
mati dalam badan pesakit ? Apa mau bikin beb ? Mau pakai otak sikit beb ! Tanya
le guru. Kalau guru tak reti tanya le guru lain. Jin ni pun ada daya tahan
sendiri bila kita ruqyah atau ketuk dgn kayu nona !
Bila dia melawan tu yg kita sebagai perawat kena pakai otak
sikit. Jangan main enjut aje. Cek dulu Jin tu kena ikat oleh Bomoh atau tak ?
Kalau bomoh dah ikat lebih lebih lagi kalau di ikat sepanjang tulang belakang
mau kasi buka dulu beb. Jangan main henjut je.
Walaupun Jin ni makhluk halus mereka pun ada Tubuh Jasad dan
Roh. Bila kojol Jasad Tinggal. Camna tu ? Patient rasa semacam walau tak le
rasa atau dengar mende dok nyanyi nyanyi kat telinga lagi. Tapi mayat Jin tu
camna nak buat ?
Berbalik pada Ustaz yg pakai kayu Nona tu, murid Den tipun
dia kenapa pandai pandai kata kami guna dampingan ? Walhal guru dia dan guru
SGFM pun mengambil tarikat yang sama ? Maka dia pun ada dampingan le. Terkulat
kulat dia nak jawab.
Walhal yang ganggu budak tu SAKA. Tak tahu cakap tak tahu.
Orang pun tak hangin.
Bila budak tu jumpa Den, Den tengok Jin tu patah riok. Peti
suara pun dah bocor. Ini macam bukan senang mau kasi keluar. Jin cedera parah
dalam badan. Walhal kalau tau itu SAKA just sembang aje. Nanti saka tu kasi
taule nak rentap atau keluar.
Den dah banyak dapat kes cenggini. Biasanya kalau kes
cenggini Den guna Jurus Kanuragan Pereput Tulang dan Repair balik stukturJin
tu. Bila dah ok Jin tu sendiri yang akan keluar sampai nak sembah kita kerana
selamatkan dia.
Menda halus repair cara halus. Macam orang dulu guna Jin
repair tangan atau kaki manusia yang patah. Kita pun mampu repair kerosakan
yang berlaku kepada Jin.
Biasa Jin kalau depa mai jumpa Den mesti kes terpijak dek
manusia. Dah banyak kali jadi. Murid Den siap gaduh lagi sebab Family Jin tu
dok aniaya budak yg terpijak anak anak
Jin duk bermain. Bila nak setel dia minta pulut kuning le bagai. Murid Den di
Penang tu sms Den. Den cakap kepala hotak ko. Siapa suruh main di laluan
manusia ! Ko tubuh halus Kami tubuh kasar.
Last last depa cakap patah patah ni siapa nak ubat ? Murid
Den cakap pi la jumpa Tok Belagak. Depa cakap tak mau dia garang suka patahkan
tanduk Jin. ( Selepas dapat teguran dari
Allahyarham Pendita Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN Den tak buat
dah. Masa tu Den suka buat experimen. Kalau kerat kaki jin camna jadi. Macam
Nazi buat kat Yahudi masa perang dulu. )
Arwah guru tegur lepas dia scan Den dan pesan pada rakan Den
jangan buat lagi. He he he. Adus.
Last last rombongan Jin tu mai dari Penang ke The Mines Seri
Kembangan. Den cakap tu dah ok. Mana ada patah patah lagi. Depa punya suka
walhal muka takut takut masa nak jumpa Den. Macam nak sembah Den. Udah kang Aku
jurus plak Korang. Balik kata Den.
Lepas tu mula le episod repair Jin patah riok terbakat muka
badan kena Ruqyah dll. Den cakap jin jahat memang patut kenale.
Pastu Guru pesan STOP. Manalah tau nanti ada mangkuk ayun
mana duk scan nampak Den tengah sembang dengan Kabilah Jin, Depa main tuduh Den
bela Jin.
Best tak cerita temberang Den kali ini !
Dihantar oleh DARUL SAKA pada 6:34 AM

No comments:
Post a Comment