02 March 2020

Ayat Pelenggang










Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Ayat Pelenggang
Ada ketika masa duduk duduk teringat Den masa kerja di Paka dulu..

Projek GPP 2 3 4. Tahun 1988.

Masa tu mana ada rumah sewa. Den orang pertama menyewa umah 2 tingkat di Panelex sebuah projek oleh kerajaan Negeri.

Kami berempat .. mana ada apa nak buat .. kecuali ngail ...

Takda Jembatan dari Sungai Ular Pahang sampai Jembatan Paka yang kami dok ngail.

Biasa lepas isyak.. pelan pelan bawak kete. Mana tergerak kami singgah ngail.

Ngail .. perkakas cam pro ..hasil je tak pro.
Pernah suatu pagi dalam 3 am di jembatan selepas Kerteh. Member sound... Mujor le ada kerja sambilang di Hyundai jadi engineer.. kalau harap jadi Nelayang .. dok makang anak bini.

Adus pedih telinga .. terus kemas .. dan balik..
Ikang duri buleh sekor. 😃😂😁

Hujung minggu gi ngail laut. Pernah tidur kat Chalet Makcik Gemuk di Marang.

Sewa bot Penampang Rm 600. Hasil ... faham ajele. Namun cerita kaki pancing mana nok kalah.

Mancing laut ni banyak sangat pantang.. letih kalau layan.. Den pernah naik hangin.. dapat sekor ikan Yu Pasir yang suka depek kat perut bot. Kecik je dalam 2 kaki. Lekat kat perut Bot. Kalau Tekong tak bantu memang Den kerat je tali joran. Den punya hangin.. cakap .. kalau besor gini baik tak yah. Nok maghi biar besar bot. Bot ni dalam 40 kaki gak.

Lepas tu perut sakit... Den pun pi belakang dan melepas le beb. Tengok atas je.. jadi takda le pening. Selepas 10 tahun jumpa Kengkawan balik di Johor. Terbuka le cerita. Masa Den melepas tu. Naik sekor Ikang warna putih sama besar dengan Bot. TERGAMANG semua.

Patutlah lepas melepas semua pakat senyap je termasuk Tekong terus menukar tempat ngail.

Masa dulu tempat mancing power ada kat Kemaman. Kawasan larangan. Logi Petronas. Ikang besor besor.. kalau sentap ..kasar kasar kata orang. Nama pun kawasan larangan. So kena pandai pandai le.

Suatu hari ia di buka untuk pertandingan memancing. Ramai orang beb. Kami memang Join le. Memasing dengan Joran Kasar le .. sebab katanya ada siakap bagai. Kasor kasor lak tu. Yang pasti lebih 500 peserta kat atas Jeti Batu ..


Dari pagi sampai petang. Takda peserta yang dapat. Hilang sudah ceria dan angan angan.
Akhirnya ada le sorang peserta menang. Itupun sangkut kat tepi. Ikan Kekacang.

Tahun 2007 Den pi mancing kat sungai yang di matikan berhampiran Pulau Indah.. banyak betul ikan Betuk. Khabarnya sekali manjing main puloh ekor.. Den pi le dengan kengkawan .. Ciput je hasil. Terus kenangan lama menghambau kembali.

Rupanya bila Den rujuk guru .. Itu petunjuk ko ada Pelenggang. ADUS mana Den ada amal ..

Guru kata ada tu .. ko cek balik ..

Lama gak Den fikir .. maklumlah dari form one lagi Den rajin duk amal amal.

Last last baru Den tahu ..

Rupanya Mengamal ayat 7 dan At Taubah 128 dan 129 memang akan menjadi sebagai Ayat Pelenggang.

Ayat Tujuh :

At Taubah : 51
Al Yunus : 107
Al Hud : 6
Al Hud : 56
Al Ankabut : 61
Al Fathir : 2
Az Zumar : 38

Dan At Taubah 128 & 129






Makhluk
Orang yang  melihat Allah dalam Puji dan Keji makhluk maka ia sudah masuk asas seorang yang Arifbillah.


Wajar kita melihat Kebesaran Allah dalam setiap makhlukNya.


Dihantar oleh DARUL SAKA pada 4:45 AM  

No comments: