Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
Ramadhan Dan Kepintaran Emosi
Apa khabar para pembaca sekalian?
Sudah pasti Ramadhan memberikan rasa bau yang merangsang kita untuk melakukan kebaikan dan pembaikan dalam hidup.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa idea tentang Ramadhan dan kuasa kawal diri, atau lebih dikenali sebagai self-control. Sejauh manakah pentingnya kuasa kawal diri kepada kejayaan seseorang itu?
Untuk mengoptimumkan segala potensi yang terpendam dalam diri, seseorang itu perlu mempunyai satu kuasa yang saya namakannya sebagai ‘kuasa bertindak’. Ia suatu kuasa dan kemampuan yang sungguh penting bagi menjayakan apa-apa yang kita ingini.
Perbezaan besar antara orang yang sangat berjaya dengan orang yang kurang berjaya ialah tindakan dan pelaksanaan. Kuasa kawal diri adalah sebahagian daripada kuasa bertindak, dan Ramadhan mendidik kita bagaiman untuk memilikinya.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan kuasa kawal diri?
Ada satu perkara yang mengawal tindakan dan prestasi kita iaitu emosi.
Ramadhan Mengajar Kita Mengawal Emosi
Ya, saya boleh katakan bahawa dalam banyak keadaan, emosi memainkan peranan utama dalam mengawal tindakan dan prestasi seseorang. Seseorang itu bertindak kerana pengaruh emosi, bukan kerana logik.
Ramai orang tahu kaedah untuk merancang perbelanjaan, namun akhirnya mereka terpengaruh dengan ‘godaan’ jualan murah dan diskaun bulanan.
Mereka tahu mengikut kaedah pengurusan kewangan, mereka tidak perlu membeli, tetapi kerana desakan emosi yang kuat, mereka akhirnya tewas jua. Apabila anda pandai mengawal emosi, anda juga pandai mengawal diri.
Mereka tahu mengikut kaedah pengurusan kewangan, mereka tidak perlu membeli, tetapi kerana desakan emosi yang kuat, mereka akhirnya tewas jua. Apabila anda pandai mengawal emosi, anda juga pandai mengawal diri.
Potensi + Emosi Negatif = Prestasi Negatif
Potensi + Emosi Positif = Prestasi Positif
Secara semulajadi dan secara tidak sengaja, ada banyak perkara yang mempengaruhi emosi kita. Ada perkara yang mencetuskan emosi positif dan ada yang sebaliknya. Ada yang berlaku di luar kawalan kita dan ada yang boleh dikawal.
Alangkah bagusnya jika kita boleh mengawal emosi kita, bukankah begitu?
Alangkah eloknya jika kita boleh berfikiran positif pada bila-bila masa yang kita mahu, bukankah begitu?
Alangkah baiknya jika kita boleh sentiasa ceria walaupun memandu dalam kesesakan jalan raya dan sampai di pejabat dengan penuh semangat, bukankah begitu?
Adakah kita boleh mengawal diri kita begitu sekali?
Bagaimana Ramadhan mendidik diri kita memiliki kuasa kawal diri sedemikian?
Adakah kita boleh memilikinya?
Jawapannya, tentu boleh!
Kuasa Kawal Diri yang Luar Biasa
Tubuh kita diciptakan dalam keadaan yang boleh dikawal dan boleh diprogramkan.
Ia adalah ‘kuasa kawal diri’ yang mengawal keadaan emosi seseorang.
Orang yang berkuasa mengawal diri, mereka akan memiliki ‘kuasa bertindak’.
Orang yang memiliki kuasa bertindak akan memberikan komitmen yang luar biasa dalam hidup mereka.
Orang yang komited, secara sunnatullah akan berjaya merealisasikan cita-cita dan impiannya, insya-Allah.
Orang yang berkuasa mengawal diri, mereka akan memiliki ‘kuasa bertindak’.
Orang yang memiliki kuasa bertindak akan memberikan komitmen yang luar biasa dalam hidup mereka.
Orang yang komited, secara sunnatullah akan berjaya merealisasikan cita-cita dan impiannya, insya-Allah.
Pernahkah anda melakukan sesuatu dengan penuh emosi, dan selepas beberapa ketika perkara itu berlalu, anda hairan bagaimana ia boleh berlaku?
Ada orang yang begitu marah sehingga melakukan perkara yang dikesali sepanjang hayatnya. Ada orang yang begitu ghairah sehingga melakukan sesuatu yang melebihi hadnya.
Ada juga orang yang dikejar anjing boleh melompat longkang besar yang dalam, namun pada hari lain, dia tidak percaya dia melalui longkang yang sama, dia tidak percaya apa yang dia telah lakukan!
Ada juga orang yang dikejar anjing boleh melompat longkang besar yang dalam, namun pada hari lain, dia tidak percaya dia melalui longkang yang sama, dia tidak percaya apa yang dia telah lakukan!
Logik dan pemikirannya mengatakan ‘tidak akan mampu’ untuk melepasi longkang tersebut!
Mana boleh!
Mustahil!
Mungkin itu yang difikirkan oleh logik akal. Tetapi, dalam banyak keadaan, tubuh kita bertindak bukan kerana logik. Ia digerakkan oleh perasaan dan emosi. Ada orang yang begitu hebat, mampu mengawal emosi yang dikehendaki. Ada orang pula, emosi yang mengawal mereka.
Anda pula bagaimana?
Bagaimana Membina Kuasa Kawal Diri?
#1 Tetapkan matlamat dan hala tuju yang jelas
Apakah tindakan kita yang ingin lakukan?
Ketika Ramadhan, kita disarankan supaya bersahur dan semasa itulah kita telah menetapkan matlamat dan hala tuju yang jelas; iaitu tidak akan makan dan minum hari ini sehinggalah azan Maghrib.
#2 Buat keputusan yang tekad
Setiap hari dalam Ramadhan, kita telah putuskan untuk berpuasa pada siang hari dan keputusan itu telah memutuskan sebarang kebarangkalian untuk meneguk air atau mengunyah walau secebis roti.
Kita telah memutuskan minda kita daripada sebarang sangsi dalam fikiran yang membatalkan puasa. Jika ada sebarang sangsi dalam fikiran bahawa kita akan meneguk air di dapur pada tengahari, biasanya kita tidak akan bertahan sampai ke petang, bukankah begitu?
Kita telah memutuskan minda kita daripada sebarang sangsi dalam fikiran yang membatalkan puasa. Jika ada sebarang sangsi dalam fikiran bahawa kita akan meneguk air di dapur pada tengahari, biasanya kita tidak akan bertahan sampai ke petang, bukankah begitu?
Putuskan!
#3 Cari persekitaran yang membantu kita memiliki tingkahlaku yang sama
Persekitaran ini termasuklah rakan-rakan, siaran televisyen, filem, majalah, buku serta laman web sosial. Kesemua ini akan mempengaruhi pembentukan kuasa kawal diri pada bulan Ramadhan. Ramai orang boleh berpuasa penuh pada bulan Ramadhan tetapi pada sebelas bulan-bulan yang lain.
Mengapa?
Kerana pada bulan Ramadhan, suasana persekitaran, televisyen, radio, majalah, orang ramai dan semuanya boleh merangsang kita untuk berpuasa dengan sempurna.
#4 Cara berfikir yang positif
Cara berfikir orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sama dengan cara fikir 1.6 billion orang manusia yang berlapar di seluruh dunia.
Cara berfikir mereka ialah bau mulut orang yang berpuasa itu wangi di sisi Allah SWT. Selain itu, cara berfikir mereka ialah kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan di hadapan Allah SWT nanti dengan membawa amalan puasa mereka.
Dan cara berfikir mereka ialah doa-doa yang makbul serta Allah SWT sendiri yang akan memberikan ganjaran apabila mereka berpuasa dengan ikhlas.
Dan cara berfikir mereka ialah doa-doa yang makbul serta Allah SWT sendiri yang akan memberikan ganjaran apabila mereka berpuasa dengan ikhlas.
Yakin bahawa diri kita lebih kuat daripada keinginan kita sendiri
Apa jua keinginan anda, diri kita sentiasa boleh mengawalnya. Makan dan minum adalah antara keperluan fisiologi yang paling utama, namun diri kita sentiasa mengatasi keperluan asas tubuh kita.
Apabila itu kita boleh atasi, apalah sangat tabiat, amalan dan perangai negatif yang lain, bukan?
Apabila itu kita boleh atasi, apalah sangat tabiat, amalan dan perangai negatif yang lain, bukan?
Renung dalam diri anda, apakah tingkahlaku dan tabiat yang ingin kita hindari selepas ini?
Gunakan semester Ramadhan ini sebagai masa untuk kita benar-benar menyakini akan kuasa kawal diri kita, seterusnya menjadi manusia yang lebih fitrah pada 1 Syawal nanti, insya-Allah.
Fitrah kita?
Fitrah setiap insan ialah kejayaan dan kecemerlangan!
Salam sukses daripada saya.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment