Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Post
pada Khamis, 21 Julai 2011
Berikut saya petik dari Vivanews,
kerana relevan dengan apa yang saya kaji selama ini. Lautan penuh dengan
misteri. Ada beberapa lokasi laut di dunia yang ditakuti. Di mana pesawat dan
kapal menghilang tanpa jejak. Atau punya pusaran air raksasa, ombak dasyat,
atau lingkaran cahaya misteri di dalam air. Ada sebuah tempat di mana semua
fenomena terjadi sekaligus, iaitu Segitiga Bermuda.
Berikut fenomena misteri di lautan
seperti dimuat dalam laman web berita Rusia, Pravda;
Meliputi wilayah yang luasnya jutaan
kilometer persegi. Disebut segitiga kerana lokasinya yang berada di antara tiga
wilayah, iaitu Kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Mexico, dan Pantai Florida,
AS.
Misteri Segitiga
Bermuda dipicu peristiwa hilangnya skuadron
yang terdiri dari lima pembom torpedo Angkatan Laut AS pada 5 Disember 1945.
Jasad 14 kru Penerbangan 19 hingga saat ini tidak ditemui. Setidaknya ada 50
kapal dan pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah itu. Namun, Segitiga
Bermuda kehilangan reputasi mistiknya, juga daya tariknya pertengahan tahun
1980-an.
Sejumlah teori berusaha menjelaskan
fenomena aneh di Segitiga Bermuda - dari pseudosains, paranormal, sampai UFO.
Namun, yang paling meyakinkan dikemukakan oleh Joseph Monaghan dari Monash
University. Pada 2003, ilmuwan tersebut menulis artikel dalam American Journal
of Physics. Judulnya, 'Bolehkah Gelembung Metana Menenggelamkan Kapal?'
Menurut Monaghan, gelembung besar
boleh terbentuk dari deposit metana padat, yang dikenali dengan gas hidrat.
Untuk diketahui gas metana boleh memadat di bawah tekanan besar di dalam laut.
Deposit metana yang mirip ais boleh pecah, berubah jadi gas, dan menciptakan
gelembung di permukaan air. Konsentrasi gas yang lepas boleh menyebabkan
kerosakan alat elektronik pada pesawat juga kapal. Tak hanya itu, kapal boleh
tenggelam di lokasi tersebut kerana pengurangan kepadatan (densiti) air secara
mendadak.
Fenomena lain di Segitiga Bermuda
disebut Flying Dutchman - lenyapnya kru kapal secara misteri. Teori ilmiah
ditawarkan untuk menjelaskan dari hilangnya para pelaut itu. Yakni infrasonik.
Beberapa saintis yakin, infrasonik itu menimbulkan gelembung gas metana ketika
naik ke permukaan.
Getaran infrasonik memicu resonansi
berbahaya di jantung dan pembuluh darah. Ketika itu, manusia yang terkena boleh
diserang panik. Ini mungkin yang membuat para pelaut panik dan melompat ke luar
kapal - untuk melepaskan diri dari perasaan aneh yang menimpanya.
Bagaimanapun, tak ada satu pun teori
yang menjelaskan, mengapa pada pertengahan tahun 1980-an, Segitiga Bermuda
berhenti melahap kapal dan pesawat. Mungkin kerana kemajuan teknologi pesawat
dan kapal.
2. Laut Sargasso
Ramai orang menyamakan Laut Sargasso
dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terdapat di tenggara Segitiga
Bermuda di Samudera Atlantik. Ada beberapa keunikan di wilayah ini. Samudera
bergerak mengikut jarum jam, terdapat banyak alga Sargassum di dalamnya.
Laut ini memiliki pusaran raksasa
yang memiliki aturannya sendiri. Suhu di luar pusaran jauh lebih tinggi dari
bahagian luarnya. Sejumlah orang yang berlayar di sana mengaku melihat
fatamorgana misalnya, matahari terbit di Timur dan Barat dalam waktu bersamaan.
Richard Sylvester dari University of
Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat sentrifugal -
yang lantas menciptakan pusaran kecil yang mencapai wilayah segitiga bermuda.
Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara - cukup kuat untuk
mencelakakan sebuah pesawat kecil.
3. Laut Syaitan (Devil's Sea)
Ini adalah wilayah di Pasifik,
sekitar Pulau Miyake - 100 kilometer Selatan Tokyo. 'Saudara' Segitiga Bermuda
ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun para pelaut memilih untuk
menghindarinya. Badai boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sama
mendadaknya. Paus, lumba-lumba, bahkan burung tak hidup di wilayah itu. Sembilan
kapal menghilang dalam waktu lima tahun pada tahun 1950-an. Yang paling
terkenal adalah menghilangnya Kaiyo Maru No.5, kapal penyelidikan Jepun.
Laut Syaitan berada di kawasan
seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak konstan. Pulau vulkanik muncul
dan menghilang secara biasa. Wilayah ini juga diketahui sangat aktif aktiviti
siklonnya.
4. Tanjung Harapan
Daerah ini juga dikenali sebagai
Tanjung Badai. Kapal-kapal besar tenggelam dalam kurun waktu ratusan tahun.
Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk, khususnya ombak maut, atau
'cape roller'. Para saintis menyebutnya gelombang soliter - yang tingginya
boleh mencapai 30 meter, sejatinya terdiri dari dua ombak yang bergabung
menjadi satu.
Gelombang raksasa itu menciptakan
rongga besar, yang tingginya hanya sedikit lebih rendah dari gelombang itu.
Meskipun fenomena ombak ini boleh terjadi di laut lainnya, namun area di
Tanjung Harapan yang paling bahaya.
5. Bahagian Timur Samudera Hindia
dan Teluk Parsi
Daerah ini dikenali dengan fenomena
yang sangat mengagumkan dan misteri, dengan lingkaran cahaya raksasa yang
berputar-putar di permukaan air.
Ahli kelautan Jerman, Kurt Kahle
percaya, fenomena itu adalah akibat dari gempa bawah laut, yang menimbulkan
pendaran plankton. Lalu timbul gerakan seperti putaran roda. Namun, hipotesis
ini menuai kritik akhir-akhir ini kerana belum mampu menjelaskan transformasi
lingkaran cahaya secara logik. Sains moden juga belum mampu menjelaskan bentuk
lingkaran sempurna objek tersebut. Kerananya, muncul teori baru iaitu UFO.
6. Pusaran air (maelstrom)
Meskipun tak terlalu mengagumkan
seperti pusaran air di Laut Sargasso. Namun para pelaut tahu fenomena
menakjubkan tentang pusaran jenis ini. Pusaran air ini terjadi dua kali sehari,
di bahagian barat laut Laut Norwegia Kata 'maelstrom' dipopularkan oleh Edgar
Alan Poe. Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air dari
pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut. Kekuatannya puluhan
kali lipat dari arus biasa.
Yang anehnya, pusaran berubah arah
berlawanan setiap tiga sampai empat bulan. Boleh terjadi di mana pun, termasuk
Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di
belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.
[Vivanews]
Lihat Juga





No comments:
Post a Comment