02 March 2020

Tafsiran Mimpi Ular








Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH






Tafsiran Mimpi Ular: Nantikan!!! Kamus Tafsir Mimpi Kaedah al Quran; Terbitan KISWAH Publishing House 2013 Share Nantikan kemunculannya; JUN 2013 Contoh Soal Jawab Tafsiran Mimpi Kaedah al Quran: "Tafsiran Bermimpi Ular" 1) Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan. Saya selalu bermimpi ular dan binatang-binatang lain semasa tidur. Adakah ada orang ingin masuk meminang saya? Apakah maksud mimpi saya ini ustaz?  Mimpi ular tiada kena mengena dengan orang datang masuk meminang. Semua mimpi ular khususnya dan binatang berbisa dan liar lain adalah membawa maksud yang negatif. Kemungkinan mimpi ular bermaksud ada orang yang ingin melakukan kejahatan kepada anda. Sekiranya ia telah patuk bermakna bisa atau kejahatannya sudah menular. Mimpi dipatuk ular juga mungkin membawa maksud kemungkinan anda akan menerima musibah di dalam waktu terdekat. a) Gangguan sihir: Sekiranya kerapkali bermimpi ular semasa tidur. b) Gangguan tidur yang biasa: Sekali sekala bermimpi. Mimpi begini juga mungkin bermaksud terjadinya percakaran antara keluarga, anak-anak dan isteri. Kemungkinan juga ada orang yang berhasad dengki kepada anda. Jika mimpinya banyak kali boleh jadi ia adalah Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus. Jadi hendaklah anda diruqyah dengan ayat-ayat suci al Quran untuk menghilangkan pengaruh gangguan jin atau sihir yang kemungkinan terdapat di dalam tubuh anda.Jika anda bermimpi ular masuk ke rumah mungkin membawa maksud musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda. Jika di dalam mimpi tersebut anda berjaya membunuh ular, ini bermaksud anda berjaya mengatasi musuh anda. Wallahu a’lam. SEDUTAN DARI BUKU KAMUS TAFSIR MIMPI KAEDAH AL QURAN; JUN 2013:  TERBITAN "KISWAH PUBLISHING HOUSE 2013..."

No comments: