أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Doa Para Nabi s.a.w
Doa Para Nabi s.a.w
بسم الله الرحمن الرحيم
Doa Nabi Adam AS
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya
Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau
tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah
Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)
Doa Nabi Nuh AS
قَالَ
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ
وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya
Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada
Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya
Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan
kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)
Doa Nabi Hud AS
إِنِّي
تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا
هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
”Sesungguhnya
aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu
binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”(Surah Hud :56)
Doa nabi Ibrahim AS
رَبِّ
اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ
دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai
Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan
sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah
keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin
pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)
Doa Nabi Yusuf AS
رَبِّ
قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ
الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي
الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي
بِالصَّالِحِينَ
“Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari
kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran
mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan
Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika
mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang
yang soleh”.
( Surah Yusuf : 101 )
Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai
Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha
Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)
Doa nabi Yunus AS
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Bahwasanya
tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci
Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi
Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku,
dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan
dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ
أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ
وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي
بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Wahai
Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk
mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan
rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu :
19 )
Doa Nabi Zakaria AS
قَالَ
رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا
وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ
مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ
وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ
رَضِيًّا
Dia
merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah
tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku –
wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku
kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum
kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan
isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku
dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga
mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku
seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )
Doa Nabi Isa AS
قَالَ
عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً
مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً
مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Nabi
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya
Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari
langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada
hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai
satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan
kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )
Doa Nabi Muhammad s.a.w
لَا
يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ
وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا
أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا
حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا
مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
“Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah al-Baqarah : 286 )
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Doa Para Nabi s.a.w
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................


No comments:
Post a Comment