اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Menolak Perlakuan LGBT Adalah Ajaran Al-Quran: Timbalan Mufti Perak
Menolak Perlakuan LGBT Adalah Ajaran Al-Quran: Timbalan Mufti Perak
KITA berpeluang melihat sendiri produk-produk yang lahir dari mangsa-mangsa serangan pemikiran yang melanda dunia Islam termasuk Malaysia.
Pada peringkat awal kita agak tersentap apabila sudah muncul di persada maya ungkapan-ungkapan seperti “perbuatan homoseksual itu adalah fitrah, bahkan mereka yang tidak menyokong LGBT ataupun yang dipanggil homofobia itulah yang sebenarnya di luar fitrah, dan bukan golongan LGBT itu.”
Lebih tersentap lagi apabila mendapati yang mengungkapkanya adalah seorang muslim. Bahkan menegakkan hujjahnya merujuk kepada alam haiwan! Ia adalah fitrah semulajadi hidupan adalah kerana terdapat banyak haiwan-haiwan seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat LGBT. Bahkan mereka mencadangkan kanak-kanak perlu melihat watak-watak gay di dalam filem. Mereka perlu diajar bahawa golongan gay wujud.
Inilah contoh kesan serangan pemikiran kepada anak-anak muda yang merasakan diri lebih moden dan maju sehingga gagal membezakan antara kepercayaan tradisi dengan hukum-hukum Islam. Merasa lebih maju jika menolak ajaran al-Quran yang dianggap sangat tradisi. Merasa lebih megah apabila merujuk kepada nilai-nilai sejagat berbanding dengan merujuk kepada al-Quran sebagai rujukan utama.
Merujuk isu LGBT kepada alam haiwan dan menganggap penolakan terhadap amalan songsang LGBT sebagai kepercayaan tradisi adalah rujukan yang salah dan tidak wajar bagi seorang muslim. Tetapi trend ini semakin popular khususnya kepada muslim-muslim muda yang semakin cair jati diri.
Menolak perlakuan homoseks adalah ajaran al-Quran. Ada beberapa ayat al-Quran secara terang dan nyata mengeji perbuatan ini dan telah menghukum mereka yang terlibat. Istilah yang dipakai untuk menggambarkan perbuatan homoseksual di dalam al-Quran ialah “amal qaum Lut” perbuatan kaum Lut tetapi telah diantarabangsakan dan dipopularkan istilah homoseks daripada perkataan liwat. Rujukan-rujukan mula menghala kepada nilai-nilai universal walaupun tidak sedikit yang bertentangan dengan nilai-nilai al-Quran.
Firman Allah SWT: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.(Al-A’raf: 80-81)
Perbuatan keji itu disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran bahkan al-Quran menceritakan azab yang menimpa kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan keji itu. Firman Allah SWT: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya). Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci . Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran. (Al-Naml: 54-58)
Walaupun perbuatan itu dilakukan oleh kaum Nabi Lut AS, namun Nabi Muhammad SAW sangat membimbangi jika ia juga dilakukan oleh umat baginda. Baginda SAW pernah bersabda: Antara perkara yang paling aku takuti berlaku kepada umat aku ialah apabila mereka melakukan seperti perbuatan umat Nabi Lut. (HR al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Dalam hadith yang lain Baginda memberi amaran: dilaknat orang yang membuat hubungan kelamin dengan binatang, dilaknati orang yang melakukan perbuatan keji umat Lut. (HR Ahmad)
Mewajarkan perbuatan keji itu atas alasan ia perkara fitrah haiwan adalah perbuatan menurunkan taraf manusia setaraf dengan haiwan. Perbuatan ini bukan dipandang keji oleh tradisi klasik orang melayu tetapi ia adalah dipandang keji oleh al-Quran. Rujukan yang salah terbukti telah melahirkan generasi yang telah turun darjat kepada hanya mengekori barat dalam sistem nilai hidup mereka.
Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak
Timbalan Mufti Negeri Perak
Sumber: www.indahnyaislam.my
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَر)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah
No comments:
Post a Comment