اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
PERJALANAN MENUJU YANG HAQ
Ada dua jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq
dengan masing-masing dalilnya :
“Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu”
Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal
Tuhannya. (Dalil ini yang sangat popular dikalangan sufi, meditator , filosofi,
teologi)
“Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu”
Barang siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal
dirinya.
Pada jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari
murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya
berfikir dari yang sangat sederhana …iaitu ketika ia melihat sebuah alam
tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa
dibalik alam ini, … mustahil alam ini ada begitu saja … dan alam merupakan
jejak-jejak penciptanya … Dengan falsafah inilah orang akhirnya menemukan
kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.
Sebagian meditator atau ahli sufi menggunakan pendekatan
falsafah ini dalam mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi
wilayah-wilayah alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya,
fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana
ilham itu muncul, … apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar
dirinya…
Akan tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat
orang mudah tersesat, kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering
terjebak pada ‘keghaiban’ yang dia lihat dalam perjalanannya, … yang
kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai disini, kerana kalau
tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan
perjalanannya …. Kerana disana dia boleh melihat fenomena / keajaiban alam-alam
dan mampu melihat dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam ini … akhirnya
mudah muncul ‘keakuannya’ bahawa dirinyalah yang paling hebat …akan tetapi jika
dia kuat terhadap Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai
tujuannya…..
Teori yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana
dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya
(melalui ciptaan / alam), … ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang
pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara
ringkik kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia
menemukan wujud kuda yang sebenarnya ….Hal ini sebenarnya sangat menyulitkan
para pelaku pencari Tuhan, … kerana terlalu lama di dalam mengideantifikasi
alam-alam yang akan di laluinya ….
Dalil yang ke dua : adalah melangkah kepada yang paling
dekat dari dirinya …iaitu Yang Maha Dekat, … langkah ini yang paling cepat di
tempuh dibanding dalil pertama… Kerana dalil pertama banyak dipengaruhi oleh
para filosofi pada zaman pertengahan dalam hal ini falsafah Yunani. Teologi
Kristian dan Hindu telah banyak mempengaruhi falsafah ini. sehingga Al Ghazali
pantas mengkritik kaum filosofi dengan menulis kitab tentang tidak setujunya
dengan idea falsafah masa itu iaitu Tahafut Al Falasifah / kerancuan falsafah
….
Al Ghazali membantah pemikiran yang dimulai dengan rangkaian
berfikir terbalik, … beliau mengajukan gagasan bahawa umat Islam harus
memulakan pemikirannya dari sumber pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan, bukan
dimulai dari luar yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kebenarannya, ertinya
sangat berbahaya kerana di dalam falsafah memulakan berfikirnya dari tahap yang
benar menuju zat dibalik semuanya berasal. Sedangkan di dalam Islam menunjukkan
keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam Alqur’an
agar umat manusia tidak tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu
kebenarannya…
Pencarian kita telah di tulis dalam Alqur’an dan Allah
menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah …tidak menunjukkan
alam-alam yang mengakibatkan menjadi rancu dan bingung … kerana alam-alam itu
sangat banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar…
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang
mencari Tuhannya .
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku
maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka
selalu berada dalam kebenaran.”
(QS. Al Baqarah: 186)
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan
mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya
dari pada urat lehernya.” (QS. Al Qaaf: 16)
Ayat-ayat diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud
yang sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara
sempurna. Alqur’an mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari
perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan itu
terlontar, dimanakah Allah ? Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian
jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher kalian .Atau
dimana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi
segala sesuatu ….
Sebenarnya tidak ada alasan bagi kita jika dalam mencari
Tuhan melalui tahap terbalik…
Pada tahap pertama beliau nampak alam dan segala kejadian
adalah satu bersama Allah. Dan pada tahap kedua nampak alam sebagai bayangan
Allah; dan pada tahap ke tiga beliau nampak Allah adalah berasingan dari pada
segala sesuatu di alam ini. Kalau hal ini hanya sebatas penjelasan terstruktur
kepada muridnya, saya anggap hal ini tidak menjadi persoalan, … akan tetapi
jika tahap-tahap ini merupakan metologi dalam mencari Tuhan, … saya kira ini
berbahaya, kerana yang akan berjalan adalah fikirannya atau otaknya, … yang
akhirnya timbul khayalan atau khayalan.
Di dalam Islam memulakannya dengan pengenalan kepada Allah
terlebih dahulu iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), … kemudian kita di
perintah langsung mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat dekat..tidak perlu
anda mencari jauh-jauh melalui alam-alam yang amat luas dan membingungkan
..alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat. Tidak perlu kita
memikirkannya…cukupkan jiwa ini mendekat secara langsung kepada Allah … kerana
orang yang telah berjumpa alam-alam belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana
alam disana tidak ada bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah
ciptaan-Nya !!
Akan tetapi jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri
kepada Allah, maka secara automatik anda akan diperlihatkan / dipersaksikan
kepada kerajaan Tuhan yang amat luas. Maka saya setuju dengan dalil yang kedua,
barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya. Sebab kalau kita kenal
dengan pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita dan
alam-alam dibawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya…kerana Dia
meliputi segala sesuatu …kerana Dia ada dimana saja kita ada, … dan Dia sangat
dekat.
Betapa rumitnya perjalanan yang dilalui oleh pencari,
seperti apa yang yang saya tulis pada bab Membuka hijab….dan bagi yang tidak
kenal Alqur’an akan mudah sekali berhenti dan tersesat kepada alam-alam itu
…kerana ilham itu amat banyak yang muncul dari segala suara alam-alam tersebut
(tolong anda baca tahap spiritual yang di tulis pada bab Membuka hijab, kerana
akan membantu penjelasan saya ini )
Kesimpulan :
Islam mengajarkan didalam mencari Tuhan, telah diberi jalan
yang termudah dengan dalil barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal
dirinya … hal ini telah ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat, …
atau dengan dalil …barang siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, pasti
kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami…
(QS: Al ankabut: 69 )
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada
Allah niscaya dia akan menjadikan bagimu furqan (pembeza).”
(QS : Al Anfaal: 29)
Ayat-ayat ini membuktikan di dalam mendekatkan diri kepada
Allah tidak perlu lagi melalui proses pencarian atau menelusuri jalan-jalan
yang di temukan oleh kaum falsafah atau ahli spiritual di luar Islam, … kerana
mereka di dalam perjalanannya harus melalui tahap-tahap alam-alam … Islam di
dalam menemuhi Tuhannya harus mampu memfanakan alam-alam selain Allah dengan
konsep laa ilaha illallah … laa syai’un illallah … laa haula wala quwwata illa
billah … tidak ada Tuhan kecuali Allah … tidak ada sesuatu (termasuk alam-alam)
kecuali Allah, … tidak ada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah semata ….maka
berjalanlah atau melangkahlah kepada yang paling dekat dari kita terlebih
dahulu bukan melangkah dari yang paling jauh dari
diri kita ….
| Jalansufi via Kerabat Sufi Facebook
PERJALANAN MENUJU YANG HAQ
No comments:
Post a Comment