01 February 2020

Raja-Raja Jin Dan Iblis




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 
Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan

Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan






Raja_iblis_dan_jin

Raja-Raja Jin Dan Iblis



Pada zaman moden ini istilah alam ghaib dikenali atau digelar dengan alam dimensi, ada yang digelar alam dimensi ke empat, ke lima atau ke enam. Dahulunya apabila kita memperkatakan tentang jin, bunian dan hantu secara tidak langsung kesemua makhluk ini adalah jenis makhluk halus dan sudah tentu mempunyai alamnya yang tersendiri iaitu alam ghaib. Mereka mendiami dunia atau alam kita tetapi memiliki satu dimensi yang tersendiri. Mungkin kita sering mendengar istilah yang digunakan oleh pihak barat yang menyebut dimensi ketiga atau dimensi ke empat, istilah itu sebenarnya adalah merujuk kepada alam ghaib di mana secara kasar kita tidak dapat melihatnya. Selain dari itu, tidak dapat pula kita menafikan di mana terdapat juga manusia dikalangan kita yang mempunyai kemampuan untuk berinteraksi atau berhubung dengan makhluk halus atau dapat memasuki dunia atau dimensi alam ghaib. Apakah mungkin yang dikatakan makhluk asing itu adalah Jin dan Bunian yang mendiami dimensi yang lain tetapi berkongsi alam yang sama dengan kita?
Apakah pula menurut pandangan Islam mengenal alam ghaib ini?
Alam di bahagikan kepada dua, iaitu alam nyata dan alam ghaib, alam nyata adalah apa yang terlihat dan nampak oleh kita manakala yang ghaib adalah sesuatu yang terlindung atau tidak kelihatan oleh kita, sepertimana firman Allah swt iaitu: “Dialah Allah yang tidak ada tuhan kecuali Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang tampak”. (Al-Hasyr: 22)
Sesungguhnya Aku mengetahui segala yang ghaib di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kalian tampakkan dan apa yang kalian sembunyikan”. (Al-Baqarah: 33)
Tidak dapat kita menafikan bahawa kita harus beriman kepada yang ghaib sepertimana firman Allah swt:
Kitab ini tidak ada keraguan di dalamnya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib“. (Al-Baqarah: 2-3)
Allah swt menciptakan yang ghaib termasuk alamnya adalah lebih merupakan ujian kepada kita manusia, sama ada mempercayainya atau pun tidak, termasuklah juga ujiannya pada kita jika kita terlalu taksub akan hal-hal yang berkaitan dengan makhluk halus yang sesetengah dari kita bergantung harap padanya sehingga lalai dan lupa bergantung harap kepada Allah. Kecenderungan sesetengah pihak atau individu yang melibatkan diri secara melampau adalah faktor penyumbang penglibatan atau gangguan Jin dialam manusia dan membuka ruang untuknya berinteraksi dengan manusia seperti penglibatan dalam dunia mistik dan misteri serta perubatan alternatif yang terpesong yang boleh membawa seseorang itu lari dari landasan akidah.
Sepintas lalu mengenal kejadian makhluk halus:
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya Surah Al-Hijr ayat 26-27 Yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas“.
Surah Ar-Rahman ayat 15, Yang bermaksud: “Dia (Allah) menciptakan Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)
Dari Hadis Nabi saw yang telah diriwayatkan oleh Muslim ra, Maksudnya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah)
Jin_dan_iblis
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “AsSamuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan AlMaarij itulah Allah jadikan Jaan. Hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin samuun yang sanggar panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah la hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin huga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah saw mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
RAJA-RAJA JIN DI ALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM: Terdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut:
  1. Jibriyaail
  2. Mikiyaail
  3. Samsamaail
  4. Ruqiyaail
  5. Kasfiyail
  6. Sarfiyaail
  7. Ainyaail
RAJA-RAJA JIN DI ALAM BAWAH YANG KAFIR: Terdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut:
  1. Akhmar
  2. Burkhan
  3. Syamhurisah
  4. Mazhab
  5. Marrah
  6. Maimon
  7. Zubaiah
RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAIT: Terdapat 4 kerajaan yang besar golongan jin lfrait di seluruh alam ini. Mereka-mereka ini pernah berkerja dibawah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini adalah Jin Ifrait yang paling jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah:
  1. Munaliq
  2. Hadlabaajan
  3. Shughal
  4. Thamrit
RAJA-RAJA DARI ANAK-ANAK IBLIS: Terdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak blis berserta dengan tugas-tugas mereka dalam kerajaan itu, Mereka ialah:
  1. Dassim-Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya berceral-berai antara suami isteri, adik-beradik, sahabat-handai, jiran tetangga. Memutuskan siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.
  2. Mabsuut-Tugasnya ialah untuk merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki khianat, berlaku summah dan seumpama dengannya.
  3. Thubar-Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masaalah, musibah dan bala bencana supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka menyumpah-yumpah dan memaki-hamun, marah kepada Allah swt kerana ditimpakan musibah Itu.
  4. zalanbur-Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengahsut manusia supaya bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal akan sifat panas barannya, contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin dan lain-lain.
  5. AlAnwar-Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak sumbang mahram, onani, berzina, lebsian, seks bebas, homoseksual, Liwat. Mereka pada mulanya hanya mencuba dan berjinak-jinak akan perkara-perkara di atas, tetapi mereka tidak tahu, sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan yang kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya ketagihan yang tidak dapat lagi keluar dari masaalah itu. Contoh yang paling keji sekali lalah Homoseksual dan Liwat, mereka yang telah mencuba sekali akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.
Alam_jin
KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN IALAH:
  • IZAZIL LAKNATULLAH
Manakala Maharaja tertinggi kesemua kerajaan jin ialah:
  • THUTHAMGHIYAM YAAL
Manakala malaikat yang menjaga dan memantau akan kesemua kerajaan dan seluruh golongan jin ini ialah:
  • MALAIKAT MAITHOTORUN atau KUTUBUL JALALAH
Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga dengan nama yang paling popular dipanggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi. Sekarang anda semua telah mengetahui dengan lengkap akan Alam lblis yang menjadi musuh kamu yang paling nyata walaupun telah dijadikan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat Islam. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada jisim Kathif laitu tanah dan air jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “LatifaturRabbaniah” sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala makhluk-makhluk lain yang dijadikan oleh Allah dijadikannya daripada salah satu unsur tersebut. Binatang dijadikan daripada campuran jisim Kasyif dan jisim syafaf sahaja. Batu-batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada isim kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata. Orang Bunian yang sering disebut oleh masyarakat Melayu atau pun orang halus atau makhluk ghaib adalah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makhluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaih seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia. Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam diantara alam manusia dan alam malaikat. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit-bukau, kumpulan yang menunggu ain mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.
Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka. Mungkinkah juga yang dimaksudkan menjadi khadam atau penjaga dan mungkin menghuni batu-batu mustika adalah daripada kalangan Jin… Wallahualam.
NABI SULAIMAN DENGAN JIN IFRIT
Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.

Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.

Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Beta".

Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.


Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.

Bagaimana Mengetahui Jin Dan Syaitan Sedang Mengganggu


Jin
Gambar hiasan.

Namun, tidak ramai tahu kisah di sebaliknya dan seorang netizen bernama Daus, berkongsi menerusi laman Twitter miliknya semalam tentang golongan jin selain juga manusia yang digemari oleh saka.

Perkongsian seperti ini sememangnya mendatangkan manfaat dan dapat menambah ilmu kepada semua pembaca apabila ramai netizen di Twitter tertarik dengan kisah dibawakannya.

Bahan thread ini juga sebenarnya merupakan ringkasan perkongsian yang pernah disampaikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kasim Elias ketika memberi ceramah mengenai saka.

***

Thread ni tentang tiga golongan jin. Ha? Tak tahu, takpe sekarang korang kena tahu.

Jin yang berbentuk ular

1. Jin yang berbentuk ular ni memang suka sangat masuk rumah orang.

2. Jin yang berbentuk ular biasanya takkan masuk dimana-mana pintu, sebaliknya tiba-tiba sahaja da ada dalam rumah kita.

3. Jin yang berbentuk ular, tidak melingkar macam ular biasa, tapi memanjang. Matanya tak akan berkedip, kadang-kadang suka sangat duduk dalam almari.

4. Nabi SAW cakap kalau nampak ular dalam rumah, jangan bunuh dulu, sebaliknya bagi salam, sebab mungkin ular ni bukan jin tapi ular betul. Cuba baca "Salaamun a'lanuhin fil a'lamiin, Salaamun a'laa sulaiman fil a'lamiin".

5. Kalau tak hafal ayat ni, jangan risau, cakap dalam bahasa melayu pun boleh. Caranya cakap macam ni "Kalau kamu ular betul, aku akan bunuh, kalau kamu jin, baik kamu keluar sekarang."

Biasanya kalau ulat itu adalah jin, dia akan hilang serta merta.

6. Pastikan kita tanya dulu sebab kalau kita terus bunuh, nak nak pula ular tu adalah jin, habislah kita. Jin ni macam yang kita tahu ada sifat dendam, jadi jin akan balas dendam, simple je ok?

Jin dalam bentuk anjing yang berwarna hitam

1.Anjing yang berwarna hitam dan garang bukan yang comel. Jangan main tuduh je anjing tu jin, kesian dia tau korang main tuduh je.. 😂

Nabi SAW cakap golongan jin yang ketiga iaitu golongan jin yang suka berpindah randah (Saka)

1. Biasanya ini adalah jenis jin yang diwarisi ataupun dipanggil saka.

2. Saka ni dia suka berjalan-jalan, suka sangat terbang dan singgah atas pokok. Segala tempat dia suka.

3. Saka macam ni juga suka terbang dan suka duduk atas bumbung, suka singgah bumbung rumah orang.

4. Kadang-kadang dia ikut sesiapa yang suka sangat balik rumah waktu maghrib. Sebab tu bila kita sampai rumah waktu maghrib, untuk elak jin ikut dan masuk rumah, baca ayat kursi 9 kali. Berhenti dan ludah 3 kali sebelah kiri. Insyaa-Allah jin tu takkan berani masuk atau dia akan terbakar terus.

Seterusnya, kami nak kongsikan pula tanda-tanda orang yang sudah dimasuki saka atau sedang cuba diganggu oleh saka.

Sebelum tu kami nak bagitau yang jin atau saka suka pada orang orang yang macam ni:

1. Orang yang cetek ilmu agamanya, solat tak, puasa malas. Orang yang jenis macam ni adalah peluang untuk dapat saka sangatlah cerah! Jadi, jangan malas-malas nak solat dan nak buat ibadah.

2. Anak cucu yang suka melakukan maksiat.

3. Orang yang nak kehebatan duniawi contohnya nak cantik, nak kuat, nak disayangi, nak terkenal.

4. Orang yang kuat pegangan agama pun akan dicuba oleh jin sebab dia nak tengok sejauh mana kekuatan kita menahan dari gangguan dia. Salah satu kejayaan besar bagi jin sebab dapat menumpaskan golongan beriman.

Mimpi

Macam mana nak tahu yang kita ni sedang diganggu jin atau saka atau kita ni sudah ada saka ketika dalam mimpi?

1. Mimpi melihat hantu dalam tidur.

2. Mimpi berada di tempat yang sunyi.

3. Mimpi berada di kawasan kotor atau perkuburan.

4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

5. Berdiri dan berjalan dalam tidur.

6. Ketawa dan menangis di dalam tidur.

7. Gigi berlaga ketika tidur.

8. Mimpi melihat binatang seperti kucing, serigala, unta, ular, tikus.

9. Orang yang mimpi dipatuk ular (kadang-kadang mimpi pasal saka sudah masuk dalam badan).

10. Mimpi menakutkan dan seram.

11. Mimpi buruk, seperti kena tindih.

12. Mimpi yang menjadikan kita sering terjaga waktu malam dalam keadaan takut.

13. Susah tidur malam, melainkan setelah bersusah payah.

14. Mimpi menyusukan budak, mendukung anak (khas untuk orang wanita). Kalau dapat mimpi tu, kita dukung dan kita timang budak tu tak apa, tapi bahaya bila budak dalam mimpi tu selak baju kita dan dia cuba nak menyusu. Kalau jadi macam ni, kita kena cepat-cepat campak budak tu. Kita boleh kawal mimpi kita, itu yang diberitahu oleh Ustaz Kazim. Apabila kita sudah terjaga, sila ludah 3 kali di sebelah kiri dan terus beralih dari tempat tidur kita tu. Kaedah ni boleh digunakan untuk semua mimpi buruk, Insyaa Allah mimpi buruk tu takkan beri kesan pada kita.

15. Mimpi melihat salib gereja paderi.

16. Orang yang selalu merintih iaitu orang yang tidur sambil merintih menangis.

Tanda-tanda gangguan Jin ketika jaga adalah:

1. Terlalu emotional ataupun sensitif. Bergurau sikit pun nak terasa. Asal cakap sikit nangis.

2. Mudah naik darah atau panas baran. Kadang-kadang benda ni bukan orang tu, tapi jin yang mengawal dia.

3. Selalu sangat pening, bila pergi hospital, doktor cakap migrain.

4. Selalu lalai dalam ingat pada Allah, rasa malas bila nak solat dan kalau tak solat rasa macam gembira atau tak rasa apa-apa.

5. Mengantuk pada waktu maghrib. Bila maghrib je ngantuk, bila ngantuk je, waktu maghrib. Bila menguap tu sampai terkeluar air mata.

6. Mengantuk pada bukan tempatnya khususnya majlis ilmu, bila dah habis majlis ilmu tak mengantuk pula.

7. Lesu dan malas.

8. Bila dapat kesusahan mudah sangat panik dan mudah gelabah, masalah sikit pun dah kelam kabut.

9. Rasa sakit pada satu-satu anggota badan ,kadang-kadang sakit pinggang, lepas tu sakit sendi pula.

10. Melihat sesuatu yang pelik, contohnya kita tengah mandi, tiba-tiba nampak orang melintas depan kita.

11. Selalu didatangi penyakit pelik yang tak dapat diubati, yang tak boleh dikesan oleh doktor atau yang selalu doktor sebut adalah kanser. Kanser ni puncanya dari 3 benda iaitu santau yang tak diubati, santau yang tak boleh diubati atau santau yang lambat diubati dan bertukar menjadikanser. Kanser boleh datang dari bentuk jin, jadi untuk hilangkan kanser, rajin-rajin bangun solat malam, Insyaa Allah kanser akan hilang. Tapi kena istiqamah bangun solat malam. Ustz kazim cerita, ada sorang pesakit ni, dia sakit kanser, Ustaz Kazim pesan dekat dia bangun solat malam dan Alhamdulillah kanser tu hilang.

Kesan dan akibat ada saka

1. Sukar untuk mendapatkan anak, kadang-kadang tak dapat anak langsung, kadang-kadang juga, nak bersetubuh suami isteri pun payah benar. Jadi cuba periksa balik, ada tak kita amalkan jampi nenek moyang kita? Contohnya cara nak dapatkan seri wajah, cara nak majukan bisnes dan sebagainya. Dan untuk pengetahuan anda, itulah salah satu sebab anda suami isteri susah mendapat anak ataupun tak dapat anak langsung.

2. Banyak berlaku perkara pelik dalam hidup. Contohnya mana-mana kita pergi kita akan nampak orang tua terbongkok-bongkok ataupun perempuan. Ataupun apa-apa benda yang pelik melintas ataupun berjalan. Tak kisahlah dia buat apapun, janji kita nampak. Kenapa kita asyik alami perkara begini? Sebab itulah khadam kita, dia nak tunjuk dekat kita yang dia ikut kita mana saja kita pergi.

3. Orang yang tak suka bergaul dan hidup bermasyarakat.

4. Sangat sensitif.

5. Orang itu akan mengetahui perkara yang orang lain tak tau. Contohnya dia tau di belakang rumah kita ada harta karun, bila kita periksa, memang ada.

6. Cucu suka menangis, budak yang kecil lagi tapi nakal ,perangai buruk, ganas. Biasanya keturunan yang ada saka atau jin, anak cucunya akan bermasalah.

7. Kehidupan yang tidak tenteram.

Sampai sini perkongsiannya yang diadaptasi dari ceramah Ustaz Kazim Elias. 😊

***

Apa yang dikongsikan oleh pemuda ini sangat berguna untuk dijadikan pengajaran atau rujukan kepada diri kita sehingga turut menjadi tular. Hakikatnya jin dan syaitan memang ada di mana-mana sahaja.

Tugasan ‘khas’ makhluk ini seperti yang kita sedia maklum ialah untuk menyesatkan umat Islam. Janganlah kita mudah terperdaya dengan taktik licik makhluk yang dilaknati Allah SWT.

Makhluk dijamin penghuni neraka ini memang tidak akan pernah penat untuk turut sama memimpin umat Islam mengikut mereka masuk ke neraka.

Nauzubillah min zalik.

Wallahu a'lam.

41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

Terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila dan dia buat apa yang dia suka.
Gangguan Jin

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin.

Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom gangguan Jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin, tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah.

1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2. Badan terasa berat dan malas.

3. Sukar mendapat jodoh.

4. Badan terasa bisa-bisa.

5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6. Sukar tidur malam.

7. Sakit pinggang tanpa sebab.

8. Sakit dada bila waktu asar keatas.

9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11. Bermimpi di tempat tinggi.

12. Bermimpi di tempat yang kotor.

13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15. Bayi kerap menangis.

16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19. Malas beribadat.

20. Nyanyuk ketika usia lanjut.

21. Panas baran.

22. Sikap berubah secara mendadak.

23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24. Suka melakukan tabiat buruk.

25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26. Kerap keguguran.

27. Gagal melakukan hubungan kelamin.

28. Mengantuk bila dengar al-quran.

29. Bermimpi seram yang menakutkan.

30. Darah haid turun lebih 15 hari.

31. Batuk yang berpanjangan.

32. Selalu ditindih ketika tidur.

33. Kuat berangan.

34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35. Nafsu seksual yang melampau.

36. Selalu melihat kelibat dirumah.

37. Terasa diri selalu diperhatikan.

38. Mandul.

39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40. Melihat jin secara terus.

41. Sakit mental atau gila.

Jika anda sering mengalami masalah-masalah diatas, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

Wallahu a'lam.

Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur

Misteri. Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba kemaluannya disahkan telah dikhatan tanpa bantuan manusia.

Misteri Disunat Jin

Dek kerana itu, ibunya percaya anaknya yang berusia tiga tahun itu sebenarnya dikhatankan oleh jin.

Menurut Ani, 38, dari Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi, Jawa Barat, kejadian itu berlaku minggu lalu kira-kira 2 pagi, apabila Alparo tiba-tiba menangis apabila bangun dari tidur sambil memegang kemaluannya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya hanya menepuknya untuk menidurkannya semula.

“Ketika mandi awal pagi, anak saya memanggil saya sambil menunjukkan kemaluannya yang berdarah. Saya sungguh terkejut. Suami saya juga terkejut.

"Apabila diperiksa, nyata kemaluannya sudah disunat,” kata Ani.

Terkejut dengan perkara itu, Ani dan suaminya kemudian membawa Alparo menemui seorang pembantu perubatan di kampung mereka.

“Dia mengesahkan Alparo memang sudah dikhatan dan hasilnya sungguh memuaskan.

"Tidak puas hati, kami membawa anak kami untuk berjumpa dengan orang paling tua di kampung dan kiai.

"Mereka juga mengesahkan anak kami memang sudah disunatkan, mungkin oleh jin Islam,” kata Ani.

Alparo merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.
Wallahu a'lam.
Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................


✒ Karimon
🕋❣💟💟💗💗🕌

No comments: