أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub
Qosad,
Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub بسم الله الرحمن الرحيم Yang Pertama
: QOSAD Adapun sebenar-benar Qosad itu Sebenar-Benar Niat. Niat itu yang tiada
huruf dan suara, itulah yang Sebenar-Benar Niat. Yang ada huruf dan suara itu
bukannya Niat yaitu Adam. Yang sebenar-benar tiada huruf dan suara itu, itulah
Zat ALLAH Ta’ala, itulah Niat Yang Sebenar-Benarnya. Dan asal Niat dan tempat
Niat pun inilah yang Niat, Berniat Sebenar-Benar Tuhan Mutlaq Yang Bersifat Zat
Wajibul Wujud Kholiqun Nas lagi Bersifat Kamil. Wallohu A’lam. Yang Kedua:
TA’RUDH Adapun Ta’rudh itu menyatakan Fardhu. Adapun sebenar-benar Fardhu itu
Tajalli Sifat ALLAH, artinya Nyata ALLAH, yaitu Nur Muhammad, A’yanu Thabitah
pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan Kamil pun ia. Inilah ialah (Dialah) Yang
Sebenar-Benar Fardhu. Asal Fardhu itu Ruh Nabi kita Muhammad Shollallohu
‘Alaihi Wasallam, semulia-mulia tempat Tajalli sekalian Nabinya. Ruh Adam
itulah sebenar-benar dikatakan asal Fardhu yang sebenarnya. Kerana sekalian
Nyawa itu Tajalli daripada Nur Muhammad. Tersebutlah di dalam Hadith “Ana
Minallohi Min Nuur, Al-‘Aalamiina Minnii” yang bermaksud “Aku daripada ALLAH
dan sekalian Jisim Alam itu daripada Aku”. Tersebut juga “Ana Minallohi Wal
Anbiya^u Minnii” maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Anbiya^ itu
daripada Aku”. Dan lagi “ Ana Minallohi Wal Mu^miniina Minnii” maksudnya “Aku
daripada ALLAH dan sekalian Mu^min daripada Aku”. Itulah sebabnya dikatakan
Muhammad itu Abul Arwah (Bapa Sekalian Nyawa) dan Adam Abul Basyar (Bapa
Sekalian Tubuh). Inilah yang dikatakan Sebenar-Benar Fardhu pada kita. (Nyawa)
kerana itu memerintahkan dan Tajalli nyata gerak Tubuh oleh Nyawa. Tiada gerak
Nyawa maka tiada gerak Badan. Wallohu A’lam. Yang Ketiga: TA’YIN. Adapun Ta’yin
itu menyatakan Fardu Zohor dan Asar dan yang lain-lainnya. Adapun maksud
sebenar-benar itu nyata itu Af’al ALLAH pada Jasad Adam, yaitu Tubuh kita yang
kasar. Inilah Sebenar-Benar Ta’yin dan Sebenar-Benar Nyata. Wallohu A’lam. Yang
Keempat: TAKBIRATUL IHRAM. Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah kita hadirkan
Hati kita seluruhnya kepada Zat ALLAH Ta’ala dahulu. (LAA) daripada Takbir
tatkala Qamah itu diniatkan di dalam Hati kita pulangkan sekalian pancaindera
yang dipinjamkan kepada kita. Demikian Niat “Tiada Pendengarku Hanya Ia, Tiada
Penglihatanku Hanya Ia, Tiada Gerak Dan Diamku Hanya Ia, Tiada Di Atas Dan Ke
Bawah Hanya Ia, Tiada Di Kanan Dan Kiri, Tiada Hampir Tiada Jauh, Tiada Di
Dalam Dan Di Luar, Tiada Ada Bandingan, Hanya Ia Tiada Hamba”. BAB HAKIKAT
JUNUB Bab ini peri menyatakan yang bernama Junub itu. Adapun yang bernama Junub
yang sebenarnya itu maka terlalu amat mulia pada ALLAH Ta’ala pada masa tetap
di dalam ‘IlmuNya lagi yang bernama Nur Ma’lumat ALLAH ertinya cahaya yang amat
limpah di dalam ‘IlmuNya tatkala dikeluarkan Ruh sertanya Nur ‘Ali namanya
iaitu cahaya yang amat tinggi. Maka tatkala Ruh itu dimaujudkan kepada lembaga
Adam ‘Alaihis Salam, Nur Tanziah (Cahaya Suci) namanya. Adapun seperti firman
ALLAH Ta’ala “ Al Insaanu Sirrii Wa Ana Sirruhu” artinya “Manusia itu adalah
rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya”. Sabda Rasulullah S.A.W “ Man ‘Arofa
Haqiqatu Junuubahu Minal A’laa Imma Fis Samaawaati Wal Ardh” artinya “Maka
barangsiapa tahu dan kenal akan sebenar-benar Junub tiadalah ada yang sepertinya
barang di dalam isi langit dan isi bumi”. Maka sebab daripada itulah maka
manusia itu bernama Insan kerana makna Insan itu amat tinggi martabatnya kerana
dilengkapi oleh ‘IlmuNya. Dan sabda Rasulullah S.A.W. “Man Laa Ya’rifu
Haqiiqatul Junuubi Batolat Janaabitahu” artinya “Barangsiapa tiada mengetahui
akan sebenar-benarnya Junub, sia-sialah Junubnya. Terhentilah pendapat di
tempat mereka itu mengenal tiada sampai pengenalannya selama-lama mereka itu
seksanya yang amat besar jua kerana ditaqsir mereka itu tiada habis
pelajarannya, sebab itulah kena seksa adanya. Sebermula adapun sebenar-benar
lelaki itu Jalal ALLAH artinya Sifat Kekuatan ALLAH kita sebab itulah lelaki
itu lebih daripada perempuan. Adapun sebenar-benar perempuan itu Jamal ALLAH
artinya sifat Kecantikan ALLAH Ta’ala, maka sebab itulah lemah perempuan itu
daripada lelaki. Demi ALLAH, Demi Kalam ALLAH jangan syak pada perkataan ini
Hai Salik, inilah “Man Syakka ‘Alaiha Fa Huwa Kaafir”. Maka barang siapa syak
di atas perkataan ini maka iaitu jadi kafir. Adapun sebenar-benar lelaki itu
adalah Sir ALLAH maka tempatnya Sir ALLAH itu kepada Ma'nikam. Adapun Ma'nikam
itu seperti Emas KurniaNya. Adapun sebenar-benar perempuan itu Cinta Rasa
daripada Ni’mat ALLAH maka tempat Cinta Rasa pada Mani perempuan, adapun Mani
itu seperti Fijar. Maka nyawa itu seperti api, maka apabila berhimpun yang tiga
itu, maka jadilah manusia yang tanggungkan amanat ALLAH atasnya. Adapun Sir itu
zatnya dan Cinta Rasa itu sifatnya dan yang sebenar-benar ni’mat itu yaitulah
Janaabat maka yaitulah Mani Perempuan, adapun yang bernama Rahmat itu yaitu
Junub maka yaitu Ma'nikam Mani Laki-laki. Bermula ALLAH Ta’ala amat tahu barang
yang di dalam ‘IlmuNya dan lengkap dengan sekalian SifatNya dan Asma'Nya dan
Af’alNya. Maka inilah Doa Membasuh Zakar: “ Nawaitul Ghusla Minal Junuubi Min
Nuuris Samaawaati Wal Ardi, Innahu Huwas Samii’ul ‘Aliim”. Kemudian ini mandi
“Nawaitu Bismillahi Ruh mandi dengan Adam, Adam mandi dengan Jaa'im, Jaa'im
mandi dengan Rahmatullahi Ta’ala”. Maka kemudian kita pulangkan amanah ALLAH
Ta’ala, inilah doanya “ Syuhud yang memandang zat, zat syuhud memandang kepada
Nur Muhammad asal zuriat. Pulanglah kepada Nurulloh Ta’ala. Karamlah wujudku
dan sifatku dan asma^ku dan af’alku di dalam laut Nur Wujud ALLAH kepada awan
yang putih. ALLAH, ALLAH, ALLAH, Laa Ilaaha Illalloh”. Ya’ni hapuslah keadaan
yang baharu yang tiada mempunyai segala kuasa dan kehendak dan tahu dan barang
sebagainya. Ikhsan dari sahabatku sangbogoroyo_007
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment