اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub
Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub
Yang Pertama : QOSAD
Adapun sebenar-benar Qosad itu
Sebenar-Benar Niat. Niat itu yang tiada huruf dan suara, itulah yang
Sebenar-Benar Niat. Yang ada huruf dan suara itu bukannya Niat yaitu
Adam. Yang sebenar-benar tiada huruf dan suara itu, itulah Zat ALLAH
Ta’ala, itulah Niat Yang Sebenar-Benarnya. Dan asal Niat dan tempat
Niat pun inilah yang Niat, Berniat Sebenar-Benar Tuhan Mutlaq Yang
Bersifat Zat Wajibul Wujud Kholiqun Nas lagi Bersifat Kamil. Wallohu
A’lam.
Yang Kedua: TA’RUDH
Adapun Ta’rudh itu menyatakan Fardhu.
Adapun sebenar-benar Fardhu itu Tajalli Sifat ALLAH, artinya Nyata
ALLAH, yaitu Nur Muhammad, A’yanu Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia,
Insan Kamil pun ia. Inilah ialah (Dialah) Yang Sebenar-Benar Fardhu.
Asal Fardhu itu Ruh Nabi kita Muhammad
Shollallohu ‘Alaihi Wasallam, semulia-mulia tempat Tajalli sekalian
Nabinya. Ruh Adam itulah sebenar-benar dikatakan asal Fardhu yang
sebenarnya. Kerana sekalian Nyawa itu Tajalli daripada Nur Muhammad.
Tersebutlah di dalam Hadith “Ana Minallohi Min Nuur, Al-‘Aalamiina
Minnii” yang bermaksud “Aku daripada ALLAH dan sekalian Jisim Alam itu
daripada Aku”. Tersebut juga “Ana Minallohi Wal Anbiya^u Minnii”
maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Anbiya^ itu daripada Aku”.
Dan lagi “ Ana Minallohi Wal Mu^miniina Minnii” maksudnya “Aku daripada
ALLAH dan sekalian Mu^min daripada Aku”.
Itulah sebabnya dikatakan Muhammad itu
Abul Arwah (Bapa Sekalian Nyawa) dan Adam Abul Basyar (Bapa Sekalian
Tubuh). Inilah yang dikatakan Sebenar-Benar Fardhu pada kita. (Nyawa)
kerana itu memerintahkan dan Tajalli nyata gerak Tubuh oleh Nyawa.
Tiada gerak Nyawa maka tiada gerak Badan. Wallohu A’lam.
Yang Ketiga: TA’YIN.
Adapun Ta’yin itu menyatakan Fardu
Zohor dan Asar dan yang lain-lainnya. Adapun maksud sebenar-benar itu
nyata itu Af’al ALLAH pada Jasad Adam, yaitu Tubuh kita yang kasar.
Inilah Sebenar-Benar Ta’yin dan Sebenar-Benar Nyata. Wallohu A’lam.
Yang Keempat: TAKBIRATUL IHRAM.
Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah
kita hadirkan Hati kita seluruhnya kepada Zat ALLAH Ta’ala dahulu.
(LAA) daripada Takbir tatkala Qamah itu diniatkan di dalam Hati kita
pulangkan sekalian pancaindera yang dipinjamkan kepada kita. Demikian
Niat “Tiada Pendengarku Hanya Ia, Tiada Penglihatanku Hanya Ia, Tiada
Gerak Dan Diamku Hanya Ia, Tiada Di Atas Dan Ke Bawah Hanya Ia, Tiada
Di Kanan Dan Kiri, Tiada Hampir Tiada Jauh, Tiada Di Dalam Dan Di Luar,
Tiada Ada Bandingan, Hanya Ia Tiada Hamba”.
BAB HAKIKAT JUNUB
Bab ini peri menyatakan yang bernama
Junub itu. Adapun yang bernama Junub yang sebenarnya itu maka terlalu
amat mulia pada ALLAH Ta’ala pada masa tetap di dalam ‘IlmuNya lagi
yang bernama Nur Ma’lumat ALLAH ertinya cahaya yang amat limpah di
dalam ‘IlmuNya tatkala dikeluarkan Ruh sertanya Nur ‘Ali namanya iaitu
cahaya yang amat tinggi. Maka tatkala Ruh itu dimaujudkan kepada
lembaga Adam ‘Alaihis Salam, Nur Tanziah (Cahaya Suci) namanya.
Adapun seperti firman ALLAH Ta’ala “ Al
Insaanu Sirrii Wa Ana Sirruhu” artinya “Manusia itu adalah rahsiaKu dan
Aku adalah rahsianya”. Sabda Rasulullah S.A.W “ Man ‘Arofa Haqiqatu
Junuubahu Minal A’laa Imma Fis Samaawaati Wal Ardh” artinya “Maka
barangsiapa tahu dan kenal akan sebenar-benar Junub tiadalah ada yang
sepertinya barang di dalam isi langit dan isi bumi”. Maka sebab
daripada itulah maka manusia itu bernama Insan kerana makna Insan itu
amat tinggi martabatnya kerana dilengkapi oleh ‘IlmuNya.
Dan sabda Rasulullah S.A.W. “Man Laa
Ya’rifu Haqiiqatul Junuubi Batolat Janaabitahu” artinya “Barangsiapa
tiada mengetahui akan sebenar-benarnya Junub, sia-sialah Junubnya.
Terhentilah pendapat di tempat mereka itu mengenal tiada sampai
pengenalannya selama-lama mereka itu seksanya yang amat besar jua
kerana ditaqsir mereka itu tiada habis pelajarannya, sebab itulah kena
seksa adanya.
Sebermula adapun sebenar-benar lelaki
itu Jalal ALLAH artinya Sifat Kekuatan ALLAH kita sebab itulah lelaki
itu lebih daripada perempuan. Adapun sebenar-benar perempuan itu Jamal
ALLAH artinya sifat Kecantikan ALLAH Ta’ala, maka sebab itulah lemah
perempuan itu daripada lelaki. Demi ALLAH, Demi Kalam ALLAH jangan syak
pada perkataan ini Hai Salik, inilah “Man Syakka ‘Alaiha Fa Huwa
Kaafir”. Maka barang siapa syak di atas perkataan ini maka iaitu jadi
kafir.
Adapun sebenar-benar lelaki itu adalah
Sir ALLAH maka tempatnya Sir ALLAH itu kepada Ma'nikam. Adapun Ma'nikam
itu seperti Emas KurniaNya. Adapun sebenar-benar perempuan itu Cinta
Rasa daripada Ni’mat ALLAH maka tempat Cinta Rasa pada Mani perempuan,
adapun Mani itu seperti Fijar. Maka nyawa itu seperti api, maka apabila
berhimpun yang tiga itu, maka jadilah manusia yang tanggungkan amanat
ALLAH atasnya. Adapun Sir itu zatnya dan Cinta Rasa itu sifatnya dan
yang sebenar-benar ni’mat itu yaitulah Janaabat maka yaitulah Mani
Perempuan, adapun yang bernama Rahmat itu yaitu Junub maka yaitu
Ma'nikam Mani Laki-laki.
Bermula ALLAH Ta’ala amat tahu barang
yang di dalam ‘IlmuNya dan lengkap dengan sekalian SifatNya dan
Asma'Nya dan Af’alNya. Maka inilah Doa Membasuh Zakar: “ Nawaitul
Ghusla Minal Junuubi Min Nuuris Samaawaati Wal Ardi, Innahu Huwas
Samii’ul ‘Aliim”. Kemudian ini mandi “Nawaitu Bismillahi Ruh mandi
dengan Adam, Adam mandi dengan Jaa'im, Jaa'im mandi dengan Rahmatullahi
Ta’ala”. Maka kemudian kita pulangkan amanah ALLAH Ta’ala, inilah
doanya “ Syuhud yang memandang zat, zat syuhud memandang kepada Nur
Muhammad asal zuriat. Pulanglah kepada Nurulloh Ta’ala. Karamlah
wujudku dan sifatku dan asma^ku dan af’alku di dalam laut Nur Wujud
ALLAH kepada awan yang putih. ALLAH, ALLAH, ALLAH, Laa Ilaaha
Illalloh”. Ya’ni hapuslah keadaan yang baharu yang tiada mempunyai
segala kuasa dan kehendak dan tahu dan barang sebagainya.
Ikhsan dari sahabatku sangbogoroyo_007
Ikhsan dari sahabatku sangbogoroyo_007
Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub
Moga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment