29 February 2020

ZIKIR NAFAS: ALLAH HU ALLAH....

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
ZIKIR NAFAS: ALLAH HU ALLAH....

ZIKIR NAFAS: ALLAH HU ALLAH....
ALLAH HU ALLAH adalah lafaz yang sentiasa berjalan dalam darah dan Nafas seorang Ahli KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Firman Allah swt; dalam Al Quraan; "Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)....(Al-Baqarah:152)
Bagaimana seorang hamba boleh memahami ZIKIR Allah keatas kita apabila Allah Mengingati kita bilamana kita Berzikri kepada ALLAH.
Allah memberi jamninan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan. Syaitan tidak dapat di halangan dari amalan dan ibadat seseorang kecuali dengan
ZIKIR NAFAS dan tidak ada cara lain dari ini , kerana syaitan sentiasa bernafas dengan Nafas kita.
Zikir yang dilakukan dengan teknik yang betul seperti yang di amalkan oleh para Nabi dan rasul Allah dan Awliya Allah akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya dan IHSAN kepada Allah. SemaKIN tinggi ubudiyyah, semakin dalam ILMU uluhiyyah semakin tawadhuk dan semakin kerdil hamba itu terhadap ROBBnya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana), maka semakin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya. Ia selari dengan perinsip sains bahwa semakin kecil sesuatu atom itu , maka semakin hebat tenaga dan kuasanya.
Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya dan Aura yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. Tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH , ZIKIRUL ANFAS tidak akan bergerak.
Zikir Nafas adalah satu getaran yang amat tinggi vibration nya dan Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia. Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit. Zikirul Anfas adalah tenaga yang dapat mengimbangkan tenaga
Seseorang ahli zikir yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi. Sains mengatakan semakin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang terhasil amatlah laju. Justeru, semakin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan pantas. Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan untuk manfaAt perbagai kegunaan zahir dan batin.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan ALLAH HU ALLAH, atau disebut oleh ahli KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).Dan Zikir Nafas adalah wajib bagi setiap mukmin yang ingin mendekatkan diri mereka kepada Allah.
Cara berzikir HU ALLAH hendaklah kita mulai dengan lafaz HU dari pusat kita, tarik nafas keatas hingga ke kepala tengadahkan kepala ke langit-langit kemudian hembuskan kuat dgn lafaz ALLAH dengan tenaga kearah pusat dan biarkan menular ke jantung, sebut kalimah HU ALLAH dengan jelas, perlahan (jangan cepat) serta ikuti mahrajnya dgn betul, selama melafazkan HU hendaklah panjang 2 Alif (4 harakat) dan hembuskan dengan lafaz ALLAH pun dengan panjang yang sama, saat sampai di pusat tahan nafas sehingga dapat menyebut seberapa banyak HU ALLAH didalam satu nafas.
Pada awal permulaan zikir hendaklah dibuat secara nyaring di mulut tetapi kemudian diperlahankan secara beransur-ansur sehingga tertutup mulut (tidak kedengaran dilafazkan di mulut) dan berzikirlah HU ALLAH didalam hati saja, berzikir sebanyak yang kita mampu dan buat secara istiqomah.
Cara zikir ALLAH HU dimulai dengan lafaz ALLAH dengan panjang 2 Alif (4 harakat) dari pusat naik ke kepala, tengadahkan kepala ke langit-langit, kemudian lafazkan HU dengan bertenaga hembuskan ke pusat hingga terasa mengalir di jantung kita, saat sampai kepusat tahan nafas hingga kita dapat menyebut ALLAH HU seberapa kali dalam satu nafas. Cara buat sama dengan yang diatas.
Untuk mempelajari, daftar lah kursus MASTER Tenaga Dalam & Kebatinan di Bengkel Metafizik QUANTUM Hikmah. Sila PM, SMS/ WhatsApp 017-693 1031



ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!
ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

ZIKIR NAFAS: ALLAH HU ALLAH....
              اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
              Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: