اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
ILMU KEROHANIAN WARISAN SUNAN KALIJAGA
ILMU PERSILATAN & PERUBATAN ISLAM WARISAN SUNAN KALIJAGA
(GERAK FAQIR)
Terbuka kepada setiap lapisan masyarakat yang berhajat untuk
memartabatkan Ilmu Haq warisan Raden Mas Syahid (Sunan Kalijaga).Para pelatih
digalakkan memantapkan diri dengan :
1] Ilmu Fiqh [Ilmu Hukum-hakam Islam] di
isyaratkan/dimaksudkan ‘ISLAM’
2] Ilmu Tawhid [Ilmu Usuluddin] di isyaratkan/dimaksudkan
‘IMAN’
3] Ilmu Tasawwuf/Tarikat di isyaratkan/dimaksudkan ‘IHSAN’
Sila hubungi penulis melalui talian telefon yang tertera.
Penulis akan mengijazahkan para pelatih dengan amalan ini dan seterusnya
membimbing para pelatih secara individu dengan amalan Gerak Persilatan (Jurus
Kebatinan) dan Gerak dalam Penyembuhan Tapak Tangan (Perubatan Sunnah Nabi).
Bersama membanteras kesyirikan dalam Ilmu Persilatan dan
Perubatan dengan memohon hanya kepada Allah SWT. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA
BILLAH HIL ALIYYIL AZIM.
TUJUH LANGKAH YANG TELAH DI SUSUN OLEH ULAMA DALAM MEMAHAMI,
MELAKSANAKANNYA SERTA MENGUASAINYA DALAM GERAK YANG DATANG DARI GERAK KUDRAT
DAN IRADAT ALLAH AZZA WA JALLA.
(1) Pengenalan
Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah
takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon
tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun hanya mahu meminun secawan air
atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari
ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.
Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan
memiliki kunci rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta
keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu menggunakannya dengan
pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti
perubatan dan lainnya.
Para pengamal Gerak Faqir wajib sentiasa Syuhudkan dirinya
di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada baginya Ilmu, adapun segala kehebatan
dan kekuatan adalah milik ALLAH. Sesungguhnya ALLAH cinta kepada hambaNya yang
merendah diri dan menyeru padaNya memohon pertolongan. ALLAH akan makbulkan
segala permohonan hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.
Ahli Gerak Faqir dilarang bertuhan pada kekuatan diri, ilmu
atau amal melainkan wajib melatih diri kepada Tauhid Syuhudiah atau Tauhid
Wujudiah dengan segala kelebihan yang dimiliki.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh
memecahkan pintu takdir ALLAH."
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a)
)
(2) Mukaddimah:
GERAK FAQIR adalah latihan menfanakan diri dalam gerakan
silatnya (juga semasa penyembuhan penyakit) sehingga mencapai Syuhudiah atau
Wujudiah. Ia juga bermatlamat menzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dalam
menundukkan segala ilmu yang batil sama ada daripada manusia, syaitan atau jin.
Ia diajar secara terbuka kepada umun yang mempunyai semangat untuk
memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air.
Para ahli Gerak Faqir terlebih dahulu diajar menguasai suatu
latihan mematikan diri dan membangkitkan tenaga alam nur. Dengan jalan makrifat
, para pengamal Gerak Faqir melatih dirinya denga teknik tertentu dari satu
tahap ke satu tahap sehingga mereka benar-benar boleh memahami dan menguasainya.
Insya Allah pada tahap tertentu , mereka mampu melakukan perkara-perkara luar
biasa mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.
Namun hal tersebut bukannya boleh dijadikan pertunjukan
kerana tiada jaminan ianya boleh berlaku setiap masa, sebaliknya bergantung
kepada kehendak ALLAH.
(3) Dasar-Dasar:
Asas Gerak Faqir adalah Tauhid Tasawuf. Dasar Gerak Faqir
terbahagi pada tiga bahagian, iaitu:
a) Tauhid I'tiqadiah
b) Tauhid Syuhudiah
c) Tauhid Wujudiah
Tauhid I'tiqadiah adalah Tauhid Ilmu KeTuhanan Ahlu Sunnah
Wal Jamaah aliran Asya'irah dan Al-Maturudiah. Ianya telah dihurai dalam
perbahasan ilmu tauhid yang dikenali dengan sifat dua puluh. Tauhid ini adalah
tauhid ilmu yang mengesahkan pegangan seseorang dengan akidah Ahlu Sunnah Wa
Jamaah.
Seseorang mukmin tidak sepatutnya hanya berhenti pada tauhid
ini kerana mereka amat mudah tergelincir kepada iktikad muktazillah atau
qadariah dalam pengamalan dan kehidupan. Ini disebabkan hati mereka terhijab
dengan diri dan hukum asbab sehingga tiada wujud Tuhan, baik dari sudut
perkataan dan pengamalan.
Tauhid Syuhudiah adalah tauhid yang berasaskan cahaya hati
dimana hati mereka sudah tersyuhud kepada Allah dalam setiap gerak dan
perlakuan. Tauhid ini menyempurnakan seorang itu dalam akidah Ahli Sunnah Wa
Jamaah. Tauhid ini diperolehi hasil dari amalan tareqah yang menghimpunkan
zikir, mujahadah, muraqabah dan tawajuh.
Tauhid Wujudiah ialah perasaan keleburan yang tinggi
sehingga fana ia daripada melihat wujud yang lain melainkan wujud Allah
semata-mata. Ia adalah hasil dari latihan zikir dan musyahadah di bawah
bimbingan mursyid. Sampai pada peringkat ini, maka barulah seorang itu mencapai
kesempurnaan tauhid Ahlu Sunnah Wa Jamaah yang hanya melihat satu wujud saja,
yakni wujud Allah semata-mata. Maka hancurlah Ananiahnya (keAkuan dirinya),
tiada baginya terhijab dengan amal dan pergantungan pada asbab. Ia juga di
kenali dengan Wahdatul Wujud dalam Dzauqiahnya.
(4) 3 Langkah:
Mempelajari ilmu Gerak Faqir bukan silat semata2, tapi ia
adalah ilmu atau jalan Makrifah menuju pada ALLAH. Guru dan Ulama dahulu
mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan semasa itu sehingga diberi ilham dan
kekuatan untuk tujuan berjihad kejalanNya. Kaedah ilmu ini mendzahirkan kehebatan
ilmu ALLAH dlm menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam, jin dan
syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.
Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada 3 LANGKAH.
1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)
Gerak Faqir adalah datang dari Gerak Allah setelah seseorang
berjaya memahami ILMU mnFANAkan dirinya.
Gerak Fakir juga menjalani 4 TAHAP.
1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat & Gerak Tangan Untuk Penyembuhan
3.Mengetahui Gerak Musuh (zahir dan batin)
4.Kebal tubuh dari segala senjata.
Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid
atau petua tertentu tapi berdasarkan pada MAKRIFAH kepada ALLAH.
Untuk mencapai makam makrifat perlu pada ilmu TAUHID
TASAWWUF. Sesungguhnya seseorang yang benar benar mencapai makrifat kepada
ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat. padanya akan keluar segala ilmu,
hikmah dan barakah. Dalam Gerak Fakir bukan buah, bunga atau gerak tari yang
menjadi ukuran, tetapi paling penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK
ALLAH.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh
memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).
(5) Makrifat, Niat dan Gerak.
Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu
wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan
mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan mengikut Gerak faqir adalah
memahami 7 SIFAT MAA'NI iaitu:
1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama'(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)
Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah 'ketua' bagi segala
sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat, mendengar, berkata-kata,
ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka manusia akan mati. NAFAS
adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan sifat
al-Hayat Allah.
Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang
diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang
kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala gerak perbuatanya
adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang
diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.
Para pelajar Gerak Faqir wajib mendalami gerak hatinya.
Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak
faqir adalah datang dari gerak Allah setelah para pelajar berjaya memahami ilmu
mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada
maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang
berdasarkan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.
Para pelajar Gerak faqir wajib memdalami dan memahami Aqidah
Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah disusun dalam pengajian Sifat 20, wajib juga
memahami Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah.
Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah maqam yang dikurniakan
Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh berjalan kepadaNya untuk menyucikan
jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu,
nescaya Aku buka jalan baginya".
(6) 'Mati sebelum mati (hakikat nafas)
Berkata Arifbillah,
'Matikan dirimu sebelum kamu mati'. Maka 'mati yang pertama'
itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua
pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan
didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan
kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala
amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah
jua.
Ditarikkan 'nafas' itu dengan hakikat memulangkan dzat,
sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan
segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan
wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna 'mematikan diri yang pertama' hendaklah
melakukan 'mikraj' iaitu 'mematikan diri peringkat kedua' yang dinamakan mati
maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap
pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam 'ampas' iaitu antara
dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita
hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap
pada Allah jua.
'Mati pada peringkat ketiga' adalah mati segala usaha
ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu
dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat 'Fakir,
Dhaif, lemah dan hina'.
Dinaikkan 'tanafas' hingga ditempatkannya dengan sempurna di
'nufus' dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk
Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan
Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan
pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan
dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka
Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana
firmanNya,
"Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad
ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar........." .
Wallahhualam.
(7) Kaedah Pengamalan Zikir Nafas
Gerak fakir menyambung perbahasan dengan Ilmu dahulu
sehingga benar benar memahami Ilmu Akidah dan perjalanan Rahsia Tajjali Allah.
Tanpa kefahaman ilmu ini maka perjalanan seorang murid itu seperti orang yang
mengembara tanpa peta yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar dengan tiada
mengetahui pulau mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai
kefahaman Tauhid Syuhudiah A'faal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat
Tujuh yang disusun oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan mempercepatkan
proses ke'Pana'an berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir Nafas dan Perjalanan
Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam nafas tersebut maka guru akan membuka
rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat solat. Maka solat adalah pintu
untuk membuka Makrifat A'faal atau Tauhid A'faal dan pengenalan Rahsia Diri.
(Lihat: mati sebelum mati, hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar
nafasnya berada pada martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh
berlaku pergerakan anggota badan diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia
dapat digunakan dalam peperangan, pertempuran, perubatan atau apa juga tujuan
keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.
Kesan kekuatan dan kehebatan yang bersifat RABBANIAH itu
melimpah pada mereka seperti tidak akan merasa sakit, tidak binasa, kebal,
kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam ghaib, dilihat hebat, gerun, kaseh
sayang dan kadang kala rupa jasadnya dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur yang
ada manusia disisinya dengan Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan
rahsia perjalanan nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan.
Namun hal tersebut bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan
memerlukan sahaja. Matlamat hakiki mereka mengajar para murid kepada hakikat
Makrifatullah. Wallahualam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted by SAYYID PENDITA at 9:52 AM
ILMU KEROHANIAN WARISAN SUNAN KALIJAGA
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment