اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Sebiji Mutiara dari – KITAB TAJUK MULUK
Kitab ini adalah salah satu dari buah tangan para ulama zaman dahulu. Emm..Beberapa hari yang lepas saya ada menelaah kitab jawi tua ‘Tajul Muluk’ ini. Banyak sekali maklumat yang berkaitan dengan ilmu perubatan, hikmat, falak dan petua melayu lama terkarang di dalamnya. Ramai orang-orang di luar sana menuduh kitab ini sesat. Bagi saya, si penuduh itulah yang sebenarnya sesat. Orang yang kata kitab ni sesat tu saya tak pastilah pandai ke tidak dia baca kitab jawi tua. Saya sendiri yang hampir 12 tahun belajar memondok, pun masih ada perkataan jawi lama dari Kitab Tajul Muluk yang saya tak faham. Ada satu petua menarik yang hendak saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Ikutilah petikan dari kitab tersebut dan selamat mencuba :-
( Inilah ubat ) sakit kepala atau sakit tubuh atau sakit perut atau sakit pinggang atau sakit peha atau sakit barang sekelian tubuh. Maka baca doa ini tujuh kali, maka tiupkan pada tempat yang sakit. Nescaya disembuh oleh Allah berkat Nabi saw yaitu :
(شَاهَتِ الْوُجُوهُ وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَىِّ الْقَيُوْمِ وَمَا رَمَيْتَ اِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللهَ رَمَى وَلِيُبْلِىَ المُؤْمِنِينَ مِنهُ بَلَآءً حَسَنَاً)
Moga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment