اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Sifat Jaiz atau Mungkin Pada Allah swt
Sifat Jaiz atau Mungkin Pada Allah swt
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI
LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN
WALAH.............
SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA
ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN
NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Posting ini adalah lanjutan dari kajian yang berjudul
“Hakikat Zat Pada Sifat Allah” yang lalu. Sebagaimana posting yang lalu, di
mana kita telah melakukan penelitian dan perbahasan tentang 20 (dua puluh)
sifat yang wajib pada Allah swt, maka pada kajian ini kita akan cuba melakukan
penelitian tentang sifat yang Jaiz pada Allah swt.
Jaiz pada sifat Allah swt bererti mungkin iaitu sesuai
dengan sifat Allah swt; Iradat yang bererti berkehendak. Allah swt berkehendak
dengan sifat iradatNya, sehingga segala sesuatu boleh bersifat mungkin dan
tidak ada yang mustahil bagi Allah swt. Secara syariat dinyatakan bahawa;
“Manusia punya kehendak, Allah punya kehendak, tetapi kehendak Allah swt lah
yang akan berlaku”, “Nyatanya iradat Allah swt itu pada nafsu kita, kalau tidak
berkehendak nafsu kita, tidak nyata iradat Allah swt itu, kerana berkehendak
nafsu kita itu dengan iradat Allah swt”.
Dalam “Kajian Hakikat Tauhid” ini, kita memahami bahawa
sifat Jaiz pada Allah swt terbagi atas 4 (empat) kelompok atau empat bahagian
dengan namanya masing-masing iaitu:
1. Mungkin pada masa lalu (wajada wa’angqada)
Mungkin pada masa lalu ini adalah seperti mungkin pada
nenek moyang kita termasuk di dalamnya asal usul dan segala hal yang
berhubungan dengannya. Dalam mungkin “wajada wa’angqada” ini, pemahaman kita
adalah bahawa sifat Qudrat dan Iradat Allah swt memberi bekas pada setiap
ciptaanNya, taktsariyah namanya.
2. Mungkin pada saat ini (maujudat)
Mungkin pada saat ini adalah seperti bumi dan langit dan
segala isinya termasuk di dalamnya, mungkin saja yang dikatakan alien itu ada
dan mungkin saja tidak ada dan lain-lain. Dalam mungkin “maujudat” ini,
pemahaman kita adalah bahawa sifat Qudrat dan Iradat Allah swt berserta dengan
ciptaanNya dalam erti meliputi, ma’iyah namanya.
3. Mungkin pada masa datang (sayujad)
Mungkin pada masa yang akan datang seperti adanya anak-anak
cucu serta keturunan kita. Dalam mungkin “sayujad” ini, pemahaman kita adalah
bahawa segala sesuatu yang akan datang itu merupakan penetapan dan hukum atau
sebab daripada Qudrat dan Iradat Allah swt, hukmiyah namanya.
4. Mungkin dalam Ilmu Allah swt (‘Alimullahu annahu lam
yujad)
Mungkin dalam ilmu Allah swt bererti tidak ada yang tidak
mungkin bagi Allah swt apabila Dia berkehendak dengan atau tanpa sebab sesuai
hukum syariat atau diterima atau tidak oleh akal, seperti Allah swt menciptakan
manusia berkepala tujuh atau ular berkaki sembilan atau memasukkan orang kafir
ke dalam syurga. Semua mungkin saja terjadi kerana Allah swt adalah Zat yang
Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dalam mungkin “‘Alimullahu annahu lam yu jad”
ini, pada pemahaman kita adalah Qudrat dan Iradat Allah swt yang memberi
kekuatan dan yang menguatkan ciptaannya, qawiyah namanya.
Dengan selesainya posting sifat mungkin atau Jaiz pada Allah
swt, maka lengkaplah sifat-sifat Allah itu menjadi 41 sifat yang terdiri di
atas;
· 20 Sifat yang wajib pada Allah swt
· 20 Sifat yang mustahil pada Allah (lawan dari sifat yang
wajib / belum dibahas )
· 1 sifat jaiz atau mungkin pada Allah swt
Sampai di sini, diharap semoga posting yang telah
disampaikan dalam hubungan dengan sifat Allah swt ini bermanfaat dan
menambahkan lagi pemahaman tentang hakikatnya. Sekali lagi diingatkan untuk
berusaha dan sentiasa tetap didampingi oleh para guru atau mursyid apabila
hendak melakukan perbincangan dan perbahasan tentang pemahaman tauhid agar
pemahaman yang terbentuk tidak disesatkan oleh iblis laknatullah.
Bagi saudara-saudara kita yang belum mempunyai mursyid atau
guru yang selayaknya, hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh agar
mendapat bimbingan daripada pembimbing ‘arif tentang hakikat tauhid ini. Dan
dengan harapan agar doa dan bimbingan daripada saudara-saudara kita yang sudah
mendapatkannya (memahami dan mengenali akan hakikat tauhid), semoga kita semua
boleh mendapatkan mursyid yang benar, yang kepadanya Allah menitipkan dan
membukakan hikmah dan rahsia ilmuNya kepada kita semua. Amin… Wallahu a’alm…
Sifat Jaiz atau Mungkin Pada Allah swt
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment