27 February 2020

Niat Puasa Asyura

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH




Niat Puasa Asyura (Rumi) & Kelebihannya

Niat Puasa Asyura
Bagaimana niat puasa asyura?
Artikel ini akan memberi panduan tentang niat puasa asyura secara lengkap dan mudah.
Panduan ini juga menyenaraikan amalan yang digalakkan, doa yang disunatkan & kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Asyura ini.
Jika anda sedang memerlukan panduan berkaitan hari Asyura, mari kita mulakan..

Pengenalan Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam.
Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi.
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa peristiwa besar pada tarikh tersebut:
  1. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  2. Dicipta Adam a.s.
  3. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  4. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  5. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  6. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  7. Selamat Musa dan pengikutnya.
  8. Lemasnya Firaun.
  9. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  10. Diangkat Nabi Isa kelangit.
  11. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  12. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  13. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  15. Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  16. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  17. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  18. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
  19. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’**
Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
**akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan ‘pesta menyakiti diri’ konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.)

Bilakah Tarikh & Waktu Untuk Puasa Asyura?

Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 10 Muharram dalam kalendar hijrah Islam.
Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat.
Kebanyakan yang berpuasa Asyura ini sudah mula berpuasa pada 9 Muharram dan akan turut berpuasa pada 11 Muharram.
Mengapa?
– sebenarnya amalan ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal (perayaan Yom Kippur).
Berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:
Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.
— Riwayat Ahmad

Tetapi bolehkah kita berpuasa pada 10 Muharram sahaja?

Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan, untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah lebih baik dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharram.
Cara kedua yang terbaik adalah dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.
Manakala, cara ketiga adalah dengan berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.
Oleh itu, tidak menjadi kesalahan jika kita hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Niat Puasa Asyura

lafaz niat puasa asyura
 Nawaitu shauma ghadin ‘an ada’i sunnati Asyura lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku berniat puasa puasa sunat asyura esok hari kerana Allah Taala

Amalan Lain Yang Digalakkan Pada Hari Asyura

Terdapat beberapa amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Asyura selain dari puasa sunat.
Antaranya adalah:
2.Bersedekah kepada fakir miskin.

2.Memperbanyakkan bacaaan berikut (sekurang-kurangnya 70 kali)
 Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir 
Maksudnya:
Cukuplah Allah bagi kami dan (Dialah) sebaik-baik wakil. (Dia juga) sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong”

3.Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).

4.Melapangkan masa serta memberi belanja anak dan isteri.

Doa Puasa Asyura

Terdapat beberapa doa yang disunatkan untuk dibaca pada hari Asyura.
Antaranya adalah:
Allaaamumma yaa mufarrija kulli karbin, wa yaa mukhrija zhi-nuuni yauma ‘asyuuraa’, wa yaa jaami’a syamsil Ya’quuba yauma ‘asyuuraa’, wa yaa gafiira zhambi Daawuuda yauma ‘asyuuraa’, wa yaa kaasyifa dzhurri Ayyuuba yauma ‘asyuuraa’, wa yaa saami’a da’wati Muusaa wa Haaruuna yauma ‘asyuuraa’, wa yaa khaaliqa ruuhi Muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama yauma ‘asyuuraa’.
Yaa rahmaanad -dun-yaa wal-aakhirah, wa atil ‘umrii fii taa’atika wa mahabbatika wa ridhaka ya arhamar-raahimiin, wa ahyinii hayaatan tayyibataw wa tawaffanii ‘alal-islaami wal-iimaani yaa arhamar-raahimiin.
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihii wa sahbihii wa sallam, wal-hamdu lillaahi rabbil-‘aalamiin.
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Yang memberikan jalan keluar dari segala kesusahan, wahai Yang mengeluarkan  Zun Nun pada hari Asyura, wahai Yang menghimpun semua keturunan Ya’qub pada hari Asyura, wahai Yang mengampuni dosa Daud pada hari Asyura, wahai Yang melengkapkan penyakit Ayyub pada hari Asyura, wahai Yang mendengar seruan Musa dan Harun pada hari Asyura, wahai Yang menciptakan ruh Muhammad saw pada hari Asyura.
Wahai Yang Maha Pemurah di dunia dan di akhirat, panjangkanlah usiaku dalam taat kepada-Mu, mencintai-Mu dan mendapat ridha-Mu wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. Hidupkanlah pula aku dalam kehidupan yang baik dan wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan iman. Wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Kelebihan Puasa Asyura

Terdapat nas yang menceritakan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ini secara khusus.

1. Dosa dihapuskan setahun sebelumnya

Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
— Riwayat Ibn Majah

2. Doa tidak akan ditolak

Selain itu, doa pada hari Asyura tidak akan ditolak.
Rasulullah SAW bersabda: 
Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”
— Riwayat Bukhari dan Muslim

Penutup: Mari Merebut Peluang Ini

Semoga panduan ini membantu anda.
Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.
Semoga bermanfaat!

No comments: