29 February 2020

Bila Izrail Datang Memanggil - Seru daripada Bumi dan Kubur

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Bila Izrail Datang Memanggil - Seru daripada Bumi dan Kubur                                                          

 Bila Izrail Datang Memanggil - Seru daripada Bumi dan Kubur

Telah berkata atas Malik r.a.w bumi itu menyeru pada tiap-tiap hari dengan 10 kalimah
  1. Hai anak adam engkau berusaha atas belakang ku dan tempat kembali engkau pada perutku.
  2. Engkau derhaka atas belakangku dan diazab akan dikau didalam perutku
  3. Engkau suka atas belakangku dan engkau menangis dalam perutku
  4. Engkau makan yang haram atas belakangku, dimakan akan dikau oleh segala ulat dalam perutku
  5. Engkau suka cita diatas belakangku dan dukacita akan dikau didalam perutku.
  6. Berlingang-lingang (riak) engkau belakangku dan hinalah engkau dalam perutku.
  7. Engkau himpun harta-harta yang haram atas belakangku hancur engkau dalam perutku.
  8. Berjalan engkau pada hal kesukaan atas belakang ku dan jatuh dukacita engkau didalm perutku
  9. Berjalan engkau dalam terang atas belakangku, engkau duduk dalam kelam dalam perutku.
  10. Berjalan engkau dalam jemaah, engkau duduk seorang diri dalam perutku.
Kubur itu menyeru pada tiap-tiap hari  tiga kali
Akulah rumah seorang diri dan rumah liar, rumah kala, rumah ular dan akulah rumah kelam dan akulah rumah ulat dan apalah engkau sediakan bagiku?
Pada satu riwayat kubur itu menyeru tiap-tiap hari lima kali
  • Akulah rumah seorang diri, maka jadikanlah olehmu berjinak-jinak dengan membaca AlQuran
  • Akulah rumah kelam maka terangkanlah kan daku dengan sembahayang malam
  • Akulah rumah tanah maka teguhkanlah oleh mu dengan amal yang soleh
  • Akulah rumah segala binatang yang bisa dan tanggungkan(sediakan) olehmu akan ubat iaitu                 بسم الله الرحمن الرحيم   . dan menumpahkah air mata.
  • Akulah rumah soal mungkar dan nangkir maka meperbanyakkan olehmu atas belakangku dengan mengucap kalimah syahadah (  لاإله إلا الله محمد رسول الله   )  atas belakangku supaya dapat bagi engkau bahawa menjawab akan dia.
Seterusnya [Next]:- Ehwal Kubur - Talkin

 Ehwal Kubur - Talkin


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk ALLAH akan jahanam dan binasa, melainkan zat ALLAH Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat ALLAH Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji ALLAH yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba ALLAH Taala, sebagaimana kamu juga hamba ALLAH Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:
ALLAH Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: ( لاإله إلا الله محمد رسول الله )


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi ALLAH Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan ALLAH Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan ALLAH menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam
kubur ini.


Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya ALLAH Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Al-Fatihah..



Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman ALLAH swt,  Surah Al-A'sr
103:1103:2
103:3


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Seterusnya [Next]:- Ehwal Mimpi

Seterusnya Ehwal Kubur [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Jawab Roh

 Bila Izrail Datang Memanggil - Jawab Roh

Pasal pada menyatakan jawab Roh.
Dan telah datang pada khabar bahawa Malaikat Maut itu apabila menghendaki ia akan mengambil nyawa orang yang mukmin, berkata nyawa itu "tiada aku taat akan dikau selama tiada disuruh orang akan daku dengan yang demikian itu".
Maka berkata Malaikat Maut "disuruh orang akan daku dengan demikian itu",
Maka menuntut oleh roh itu daripadanya akan alamatnya dan tanda. Maka berkata roh bahawasanya Tuhanku jadi ia akan dikau dan kehendak akan bahawa mengambil engkau akan daku,
Maka kembalilah Malaikat Maut itu kepada Allah Taala. Firman Allah Taala " adakah engkau ambil nyawa hambaku itu?. Maka sembah malaikat maut, Ya illahi, bahawasanya hamba engkau itu menuntut  ia akan tanda daripada aku,
Firman Allah Taala telah benarlah roh hamba ku itu, kemudian firmanNya lagi hai Malaikat Maut pergi olehmu kepada Syurga dan ambil olehmu sebiji buah "taapah", atasnya alamatku dan perlihatkan olehmu akan dia akan roh hambaku.
Maka pergilah malaikatmaut itu kepada syurga dan mengambil ia akan satu "taapah" dan atasnya tersurat بسم الله الرحمن الرحيم  maka apabila melihat akan dia oleh roh hamba itu keluarlah ia dengan keinginan dan lazat.

Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman

 Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman


Apabila dikehendaki Allah Taala akan mengambil Nyawa hamba itu, bahawasanya datang Syaitan laknatullah, maka duduk ia disisi kepala hamba yang hendak mati itu.
Maka berkata baginya:-
Tinggalkan olehmu akan Agama ini, maka ketahui olehmu itu Dua Tuhan yang mendakwa ketuhanan, sehingga lepas engkau daripada bahaya yang amat sangat ini dan takut itu amat besar,
maka lazim atas engkau itu dengan menangis, dengan berjaga malam dengan membanyakkan rukuk dan sujud hingga lepas ia daripada Azab Allah Taala.


Ditanya orang akan Abu Hanifa, apa dosa yang terlebih takut bagi Allah menangalkan iman itu?.
Jawab ia tiga perkara:-

1. Meninggalkan syukur atas nikmat Iman
2. Meninggalkan takut akan bahaya Maut
3. Menzalimi hamba Allah.
Maka bahawasanya orang yang adalah dalam hatinya itu segala perkara yang tiga ini, bahawasanya keluar  daripada dunia ini jadi Kafir, melainkan mendapat keampunan Rahmat Allah.


Bermula yang terlebih sangat hal mayat itu pada ketika sakaratul maut ialah DAHAGA, sehingga hanguslah hatinya, maka ketika itulah datang Syaitan disisi kepalanya sertanya bejana air yang beku/sejuk, maka mengerak-mengerak ia akan bejana itu.


Berkatalah orang yang mukmin itu berilah olehmu akan daku daripada air itu, pada hal ia tidak mengetahui itu akan Syaitan. Berkata Syaitan, katakan olehmu Tiada Yang Menjadikan Alam Ini, sehingga aku beri akan dikau air ini.
Maka jikalau adalah ia atas bahagia, nescaya tiada aku perkenankan ia akan dia (tidak diberikan air).


Kemudian datang Syaitan kepada tempat kedua kakinya dan mengerak-gerakkan bejana air, berkatalah orang yang mukmin itu berilah olehmu akan daku daripada air ini.
Berkata Syaitan katakan olehmu sesungguhnya DUSTA Rasulullah s.a.w dan aku berikan dikau akan air ini.
Celaka lah bagi mereka yang mengatakan yang demikian kerana kurang sabarnya akan Dahaga, keluarlah ia daripada dunia  pada hal Kafir Naau zu billah himin zalik.
Barang siapa yang mendapat Syahadah maka menolak ia akan berkata yang demikian.

Makam Nabi Allah Yusuf


Bahawa Abu Zakaria tetakala hadir akan dia, waktu datang akan dia oleh Sahabatnya dan ia didalam Skaratul maut dan mengajarkan akan dia kalimah Syahadah, maka berpaling ia daripadanya, dan tiada ia menjawab. Maka mengajar ia baginya kali kedua, akan dia kalimah Syahadah, maka berpaling ia daripadanya dan tiada ia menjawab. Dan kali ketiga dan berkata ia tiada aku berkata akan dia.
Maka lalu pengsan ia atas Sahabatnya. Tetaka Abu Zakaria jaga dari pengsannya, berkata ia bagi mereka itu adakah kamu kata bagiku sesuatu?. Kata sahabatnya aku ajarkan kamu Syahadat tiga kali lalu kamu berpaling muka dua kali dan engkau kata pada kali yang ketiga tiada aku berkata akan dia.
Berkata Abu Zakaria, telah datang akan daku  oleh Iblis dan sertanya bejana air, dan berdiri ia di kananku serta mengerak-gerakkan bejana air, berkata ia kepada ku adakah berhajat engkau kepada air ini?. Maka kata ku ya. Maka berkata ia bagiku bahawasanya ISA itu Anak Allah, maka berpaling aku daripadanya.
Dan kemudian datang Iblis di kakiku serta mengerak-gerakkan bejana air, berkata ia kepada ku adakah berhajat engkau kepada air ini?. Maka kata ku ya. Maka berkata ia bagiku bahawasanya ISA itu Anak Allah, maka berpaling aku daripadanya. Dan pada kali yang ketiga  berkata ia ketahui olehmu Tiada Tuhan sekali-kali, maka kataku tiada aku berkata akan demikian itu sekali-kali,
lalu memukul ia akan bejana air itu atas bumi dan berpaling ia pada hal lari ia, dan apa yang aku lakukan itu penolakan kepada iblis dan bukan kepada apa yang kamu sebutkan/ajarkan. Sesungguhnya Aku Naik Saksi bahawasanya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melinakan Allah dan naik Saksi aku bahawa Nabi Muhammad itu hambanya dan Rasulnya.


Dirawayatkan daripada Mansur bin Amar berkata ia apabila hampir mati hamba itu terbahagilah halnya itu atas lima bahagi:-
1. Hartanya bagi segala warisnya
2. Ruh bagi Malaikat Maut
3. Daging bagi Ulat
4. Tulang bagi Tanah
5. Segala amal kebajikan bagi orang yang di dunia dan Syaitan bagi bagi yang meninggalkan Iman.


Hai mudah-mudahan kiranya Syaitan janganlah menanggalkan iman pada ketika hendak mati. Alangkah baik bahawasanya adalah ia tidak bercerai daripada agama, bercerai nyawa bagi jasad itu tiada bercerai dengan Tuhan. Insyaalah.... Masyaalah.... Lahawlawalaquwataillahbillah.

Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Kecintaan keatas Mayat

 Bila Izrail Datang Memanggil - Kecintaan keatas Mayat

Daripada Nabi s.a.w, barang siapa yang menghitamkan akan pintu atau kain pada ketika kematian, atau memukul ia akan dadanya, atau mengerat ia akan pohon kayu, atau menarik-narik ia akan rambut, nescaya diperbuatkan baginya dengan tiap-tiap urat rambut  satu rumah didalam neraka dan tiada diterima oleh Allah Taala daripadanya yang wajib dan amal yang sunat, selama ada demikian itu hitam pada pintunya, mengecilkan Allah akan kuburnya dan mengeraskan Allah akan hisab dan melaknat ia akan segala malaikat yang di langit dan bumi, disuratkan atasnya seribu kejahatan dan berdiri daripada kuburnya pada hal bertelanjang.
Dan barang siapa mencarik-carikkan pakaiannya, nescaya mencarikkan  oleh Allah Taala akan Agamanya.

Ketahuilah apabila mati seorang anak adam,
berkumpullah sekelian kaum kerabat dan ahli keluarganya sibuk dengan urusannya, berdiri Malaikat Maut atas pintu rumahnya, maka berkata ia bagi segala mereka yang hadir....
Demi Allah tiada aku mengurangi daripada salah seorang daripada kamu akan amal,
Dan tiada aku mengurangkan rezeki dan tiada aku menzalimkan akan seorang daripada seorang kamu
Dan jika adalah menyalahkan/menuduh/mengeraskan/meninggikan/ suara kamu itu  kepada aku, ketahuilah bermula aku itu hamba yang kena suruh, dan jika ada ia daripada mayat, maka ia digagah orang akan dia dan jika ada ia daripada Allah Taala jua.
Bermula jahil kamu dengan Allah Taala, maka demi Allah bahawasanya bagi aku pada kamu itu lagi akan kembali mengambil nyawa kamu, kemudian dikembalikan kamu dan akan segala zuriat kamu.

Bermula meratap sebak itu Haram, tiada mengapa menagis dengan tiada meninggikan suaranya. Bermula sabar daripada menangis itu terlebih afdal kerana firman Allah Taala yang ertinya Hanya sesungguhnya adalah di anugrahi pahala akan orang yang sabar itu dengan tiada terkira banyaknya.


Diriwayatkan daripada Nabi Alaihissalam, bahawasanya bersabda, bermula perempuan yang meratap meninggikan suaranya dengan mengharapkan orang keliling mendengarnya, sesungguhnya laknat Allah atasnya.

Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Tanda Tanda / Alamat

 Bila Izrail Datang Memanggil - Tanda Tanda / Alamat

18:55
Al-Khaf : 55
Firman Tuhan yang bermaksud, " Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata." (Al-Kahfi, 18:55)

Ini adalah TANDA PERTAMA dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang menafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memenafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turunke pinggang dan seterusnyaakan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap Kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sesuatu yang bijak bagi kita yang mungkin terlupa untuk bersedia malahan tanpa disedari tertinggal sesuatu yang tidak patut kita tinggal.

Saling berpesan-pesanlah sesama kita ke arah kebenaran dan ketaqwaan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


 Bila Izrail Datang Memanggil - Kasih Sayang Rasulullah s.a.w



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.", tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatul Maut", kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat Maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua Syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu. ", kata Jibril. Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?", Rasulullah bertanya meminta kepastian.

"Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.", kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini.", perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?", Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal.", kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !

Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu). Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - (Umatku, umatku, umatku?). Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kepada sahabat-sahabat Muslim, semoga timbulnya kesedaran untuk mengingati maut dan mencintai Allah s.w.t. serta RasulNya,.....sepertimana Allah dan Rasulnya mencintai kita.


Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Makam Para Nabi

 Bila Izrail Datang Memanggil - Makam Para Nabi

Sumber - Makam Para Nabi

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

وَمَا جَعَلْنَاهُمْ جَسَدًا لا يَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَمَا كَانُوا خَالِدِينَ
Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.
(QS. Al-Anbiya : 7-8)

Makam makam dibawah adalah salah satu bukti bahwa para nabi pernah berada di muka bumi ini, mereka  membuktikan bahwa apa yang manusia anggap selama mereka hidup mustahil ternyata terjadi karena kehendak Allah, mudah-mudahan dengan bukti ini kita akan semakin yakin akan adanya nabi dan rasul-rasul allah yang juga akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah yang telah mengutus mereka

Nabi dan rasul dalam Al-Qur’an

Al-Qur’an menyebut beberapa orang sebagai nabi. Nabi pertama adalah Adam. Nabi sekaligus rasul terakhir ialah Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Isa yang lahir dari perawan Maryam binti Imran juga merupakan seorang nabi.

Selain ke-25 nabi sekaligus rasul, ada juga nabi lainnya seperti dalam kisah Khidir bersama Musa yang tertulis dalam Surah Al-Kahf ayat 66-82. Terdapat juga kisah Uzayr dan Syamuil. Juga nabi-nabi yang tertulis di Hadits dan Al-Qur’an, seperti Yusya’ bin Nun, Zulqarnain, Iys, dan Syits.
Sedangkan orang suci yang masih menjadi perdebatan sebagai seorang Nabi atau hanya wali adalah Luqman al-Hakim dalam Surah Luqman.


Makam Nabi Allah Adam AS


Makam Siti Hawa As








Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), QS Ali-Imran :33)
Makam Habil (Putera Nabi Adam as)
Ceriterakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Kabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Kabil). Ia berkata (Kabil): “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”.“Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.”“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang lalim.” QS Al-Maidah 27-29

Makam Nabi Allah Nuh As
Nuh (Ibrani: נוֹחַ, Nūḥ; Tiberias: נֹחַ; Arab: نوح) (sekitar 3993-3043 SM) adalah seorang rasul yang diceritakan dalam Taurat, Alkitab, dan Al-Quran. Nuh diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Diperkirakan ia tinggal di wilayah Selatan Irak modern. Namanya disebutkan sebanyak 58 kali dalam 48 ayat dalam 9 buku Alkitab Terjemahan Baru[5] dan 43 kali dalam Al-Quran.
Ia memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada jamannya terjadi air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya ia sekeluarga (istrinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut. Setelah air bah reda, keluarga Nuh kembali me-repopulasi bumi.

Para ahli sejarah[siapa?] banyak menyebutkan bahwa ia wafat di Mekkah.

Dan bacakanlah kepada mereka berita penting tentang Nuh di waktu dia berkata kepada kaumnya: “Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah-lah aku bertawakal, karena itu bulatkanlah keputusanmu dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk membinasakanku). Kemudian janganlah keputusanmu itu dirahasiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku, dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku. Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah Sedikit pun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)”. Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu.QS Yunus : 71-73

Makam Nabi Allah Harun As
Kemudian sesudah rasul-rasul itu, Kami utus Musa dan Harun kepada Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya, dengan (membawa) tanda-tanda (mukjizat-mukjizat) Kami, maka mereka menyombongkan diri dan mereka adalah orang-orang yang berdosa. QS. Yunus: 74

Makam Nabi Allah Harun As


Makam Nabi Allah Syuaib As
Makam Nabi Allah Luth As

Makam Nabi Allah Sulaiman As

Makam Nabi Allah Dzulkifli As









Makam Nabi Allah Luth As - Iraq


Makam Nbai Allah Salleh As










Makam Nabi Musa As










Makam Nabi Allah Syuib As








Makam Nabi Allah Yahya As

Makam Nabi Allah Yahya As


Makam Nabi Allah Zakaria As


Makam Nabi Allah Ibrahim As

Pintu Makan Nabi Allah Hud dan Soleh As

Makam Nabi Allah Hud As




Makam Yusya' bin Nun

Yuwsya‘ bin Nūn (Arab:يوشع) adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di “Tanah Yang di Janjikan”. Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara langsung tetapi Al-Qur’an mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi’ah.

Kisah Yusha‘
Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh Yusha‘ bin Nūn, yang memang telah ditunjuk oleh Musa untuk menggantikannya sesaat sebelum kewafatannya. Berkat kepemimpinan Yusha‘ bin Nūn mereka dapat menguasai tanah Palestina dan bertempat tinggal di istana. Namun setelah Yusha‘ bin Nūn wafat, mereka terpecah belah, dalam ajaran Islam dikatakan bahwa isi kitab Taurat mereka ubah dan ditokok-tambah. Mereka sering berselisih pendapat sesama mereka sendiri, hingga akhirnya hilanglah kekuatan persatuan mereka, yang mengakibatkan tanah Palestina diserbu dan dikuasai oleh bangsa lain. Segi positifnya adalah ketika dia meninggal, semua tugas untuk mengatur kedua belas suku tersebut telah selesai sesuai dengan kehendak Allah. 
  






















                                       

ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  
























ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             
Bila Izrail Datang Memanggil - Seru daripada Bumi dan Kubur               
                                             
       اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                والله أعلم بالـصـواب  
                       Moga Bermanfaat.
                             
...........................................................................................................





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH

No comments: