29 February 2020

Bravo PM 8 Breaking News

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 


BismillahHirahmanirRahim 
BismillahHirahmanirRahim 
BismillahHirahmanirRahim 


Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.



Alhamdulillah



Watikah dari Pihak Istana Negara


PM ke 8 disiarkan oleh pihak media


Sabtu, 29 Februari 2020 | 4:57pm














Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laungan takbir

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, beliau akan mengangkat sumpah 10.30 pagi esok di Istana Negara.

“Istana Negara hari ini sudah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.
“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 4:37 PM


Sabtu, 29 Februari 2020 | 4:34pm














Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Muhyiddin dilantik PM ke-8, angkat sumpah esok













KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.
Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.
“Hari ini, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong, di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.
“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri Paduka, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, perlantikan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri itu, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.








Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.
“Seri Paduka bertitah, proses perlantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.
“Seri Paduka bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat, khususnya agensi kerajaan, keselamatan dan media.








Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Alhamdulillah

Sabtu, 29 Februari 2020 | 5:25pm








Tan Sri Muhyidin Yassin ketika sidang media di kediamannya selepas diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan. - NSTP/Eizairi Shamsudin










Muhyiddin mohon rakyat terima keputusan Istana














KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesyukuran dan terima kasih selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Dalam ucapan ringkasnya kepada media, Muhyiddin menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta semua pihak yang sentiasa menyokongnya sepanjang kecelaruan politik negara tercetus.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menerima dengan hati terbuka keputusan yang diumumkan Istana Negara itu.
“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.
“Kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah yang diberikan Allah kepada saya.
“Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini,” katanya kepada pemberita di hadapan kediamannya di Bukit Damansara di sini, hari ini.


Swearing-in ceremony as the Prime Minister is set to take place tomorrow, Datuk Pengelola Bijaya Diraja states further. In the statement, YDP Agong is quoted as saying that Baginda hopes the political crisis won’t be prolonged as he has already made the decision.












View image on Twitter
Tan Sri Muhyiddin Yassin right after officially announced by Istana Negara as the 8th Prime Minister
Terdahulu, Muhyiddin keluar bertemu wartawan dan jurugambar bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman, anak serta cucunya selepas mendapat makluman diperkenan menjadi Perdana Menteri kelapan.
Ia bermakna Muhyiddin akan mengetuai Perikatan Nasional membentuk kerajaan yang terdiri daripada BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA dan beberapa parti lain.
Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah Perdana Menteri dijangka akan diadakan jam 10.30 pagi di Istana Negara, esok.
“Saya dimaklumkan bahawa majlis mangkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok jam 10.30 pagi.
“Insya-Allah saya akan berada di Istana Negara esok,” katanya.
Alhamdulillah 


Sabtu, 29 Februari 2020 | 4:57pm















Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laungan takbir iringi pengumuman Muhyiddin sebagai PM















Penyokong dan Ahli Parlimen BERSATU dilihat saling berpelukan dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah sesama mereka.
Turut kedengaran jeritan kegembiraan, sebelum disusuli laungan takbir serta linangan air mata beberapa individu.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tiba di kediaman itu ketika maklumat kemenangan Perikatan Nasional mula diperoleh, hanya tersenyum, namun enggan memberi sebarang komen.
Wartawan dan jurugambar yang berada di hadapan kediaman Muhyiddin masih menunggu bakal Perdana Menteri kelapan itu keluar daripada rumah untuk mendapatkan komen berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong itu.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Perkara itu diputuskan baginda selepas mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas.








Pemimpin Perikatan Nasional diketuai taba Negara. - Foto BERN


















🕋🇲🇾💜🖤💞💟🌎⤵️💜💛💛💚💙🇲🇾🌏🕌
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan













KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.







Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu.
Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.
Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.
Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – BERNAMA
Alhamdulillah
Ahad, 1 March 2020 | 1:31pm












KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - Foto Muhaizan Yahya

PDRM ucap tahniah kepada Muhyiddin













KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.
Ia selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya kekal komited memikul amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang.







“Ia demi kesejahteraan masyarakat dan negara di bawah kepemimpinan Yang Amat Berhomat Tan Sri (Muhyiddin),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Alhamdulillah 









.





BismillahHirahmanirRahim 
BismillahHirahmanirRahim 
BismillahHirahmanirRahim 

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
                




Alhamdulillah

Bayangan  Kabinet Perikatan Nasional 2020

Selesai sudah kemelut ....angkat sumpah isnin ini.....

Perdana Menteri : Muhyiddin Yassin ( Menteri Dalam Negeri) (BERSATU)

Timbalan Perdana Menteri : Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan) (UMNO)

Timbalan Menteri KDN : Aziz Jamman ( WARISAN)
Timbalan Menteri Pertahanan : Saifuddin Abdullah

Menteri Kewangan 1 : Azmin Ali
Menteri Kewangan 2 : Mohamad Bin Hasan (senator) (UMNO)

Timbalan Menteri Kewangan : Tiong King Sing (GPS)

Menteri di JPM : Nik Zawawi (PAS)
Menteri di JPM: Nancy Syukri (GPS)
Menteri di JPM : Ahmad Maslan (UMNO)
Menteri di JPM: Ronald Kiande (Bersatu)

Timbalan Menteri di JPM : V.Saravanan (MIC )
Timbalan Menteri di JPM : Dr Asyraf Wajdi (Senator) (UMNO)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi : Mustapha Mohamad (Bersatu)
Timbalan Menteri : Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)

Menteri Pengangkutan : Wee ka siong (MCA)
Timbalan Menteri : Jonathan Yasin

Menteri Pendidikan : Mahadzir Khalid (UMNO)
Timbalan Menteri : Liew Vui Keong (WARISAN)

Menteri Pengajian Tinggi : Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
Timbalan Menteri : Nik Mohamad Abduh (PAS)

Menteri Wilayah : Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri : Rozman Isli (WARISAN)

Menteri Pertanian : Shahidan Kassim (UMNO)
Timbalan Menteri : Awang Solahudin Hashim (PAS)

Menteri Sumber Manusia : Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
Timbalan Menteri : Syed Saddiq (Bersatu)

Menteri Pelancongan : Rina harun ( Bersatu )
Timbalan Menteri : Reezal Marican ( UMNO)

Menteri Luar : Takiyuddin Hassan ( PAS)
Timbalan Menteri : Hasbullah Osman (UMNO)

Menteri Pembangunan Wanita : Datuk Noraini (UMNO)
Timbalan Menteri : Mas Ermiyanti (Bersatu)

Menteri Kemajuan Luar Bandar : Ismail Sabri (UMNO)
Timbalan Menteri : Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Belia dan Sukan : Khairy Jamaluddin (UMNO)
Timbalan Menteri : Ahmad Fadhli Shaari (PAS)

Menteri Industri Utama : Mohammadin Ketapi (WARISAN)
Timbalan Menteri : Halimah Mohd Sadique (UMNO)

Menteri Komunikasi dan Multimedia :Baru Bian
Timbalan Menteri : Shahar Abdullah (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna : Hamzah Zainudin ( Bersatu)
Timbalan Menteri : Che Abdullah Mat Nawi (PAS)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Dorell Leiking ( WARISAN)
Timbalan Menteri : Jalaluddin Alias (UMNO)

Menteri Kerja Raya : Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan Menteri : Ir Khairil Nizam (Senator) (PAS)

Menteri Tenaga Teknologi Sains & Alam Sekitar : Ismail Mohamad Said (UMNO)
Timbalan Menteri : Amiruddin Hamzah (BERSATU)

Menteri Kesihatan :Joseph Kurup (GBS)
Timbalan Menteri : Dr Shahruddin Md Salleh (Bersatu)

Menteri Pembangunan Usahawan : Marzuki Yahya (Senator) (Bersatu)
Timbalan Menteri : Robert Lawson (GPS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan : Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)

Timbalan Menteri :Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)


Semoga dipermudahkan oleh ALLAH

🕋🇲🇾💛💜💌🖤💝💞💟🕌


a.  Akhirnya, krisis keperlembagaan ("Constitutional Crisis") - dalam lantikan PM ke-8 - selesai pada hari ini.

b.  Keputusan YDPA dalam isu lantikan ini tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana ianya

(i) di bawah kuasa budibicara Tuanku yg tidak perlu mengikuti nasihat oleh mana-mana pihak - lihat Artikel 40(1) dan 40(2), Perlembagaan Persekutuan;

(ii) kaedah penentuan oleh Tuanku mengenai isu "sokongan majoriti" adalah kuasa prerogatif Tuanku yg mana adalah "non-justiciable" (tidak boleh dicampurtangan oleh Mahkamah) - lihat kes Council, Civil Service Unions and Minister of the Civil Service [1984] All ER 956 & kes Dato Dr Zambry v Dato' Seri Nizar [2009]5 CLJ 265 ("Kes Perak")

c.  Krisis yang melanda Negara sejak beberapa hari yang lalu mempunyai isu undang-undang yang sama dengan Kes Perak dan juga krisis yang melanda UK selepas kejatuhan kerajaan Parti Buruh Ramsay MacDonald dalam tahun 1931.

d.  Krisis seperti ini memerlukan:
(i) Raja yang matang & bijaksana: "In this, the maturity and wisdom of the ruler is incumbent" - lihat para 232, kes Perak [2009] 5 CLJ 265 dan

(ii) Raja yang memastikan keamanan terjaga: "One of the most critical executive powers of the ruler is his constitutional duty to maintain peace and order for the public good" - lihat para 226, Kes Perak [2009] 5 CLJ 265.

e.  YDPA telahpun menyelesaikan kes ini dengan matang bijaksana kerana:
(i)  Negara kekal aman;
(ii) PM Ke-8 dilantik melalui proses yang teliti oleh Tuanku yang telah membuat pelbagai penilaian ke atas Ahli-ahli Parlimen dengan berjumpa dengan mereka dan wakil-wakil parti-parti yang berkenaan.

f.  Pemenang sebenar krisis ini adalah Tuanku YDPA (bukannya ahli-ahli politik) yg telah memenangi hati rakyat dengan pendekatan yang telah diambil oleh Tuanku. Krisis ini menunjukkan kepentingan institusi Raja-raja Melayu di Negara ini yang mesti kita pertahankan.

Terima kasih, Tuanku.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

🕋🇲🇾💜💜💚💚🌏⛰⛰💜🖤🖤💌💝💟💞💞💟🌎🕌


Saya kongsikan utk rujukan bersama dalam senario politik terkini yang sedang dilalui Negara..

TAJUK: KUASA BUDICARA YDPA MENGIKUT PERLEMBAGAAN BAGI MENANGANI  KEADAAN SEKARANG

Di bawah ini di tunjukan sebahagian dari kuasa tuanku YDPA.

Soalan 1
S1. Siapa ada kuasa lantik PM?

Jawapan 1
J1. Kuasa *budicara* Agong:
perkara 40(2)(a).

Soalan 2
S2. Bagaimana Agong lantik PM?

Jawapan 2
J2. YDPA melantik PM orang yang *pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat:
perkara 43(2)

Soalan 3
S3. Adakah  kepercayan majoriti mesti datang dari parti yang menang majoriti?

Jawapan 3
J3. Tidak. Perlembagaan kata *kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat* dan bukan parti:
perkara 43(2).

Soalan 4
S4. Siapa boleh mohon bubar parlimen dari Agong?

Jawapan 4
J4. Perdana Menteri:
Perkara 43(4).

Soalan 5
S5. Boleh tak YDPA *menolak permohonan PM/dewan rakyat* untuk bubar parlimen?

Jawapan 5
J5. Boleh. YDPA ada *kuasa budicara untuk menolak* permohonan untuk bubar parlimen.

Soalan 6
S6. Kenapa YDPA nak jumpa TunM dan DSAI/DSWA?

Jawapan 6
J6. Kerana Tuanku hendak belaku adil dan sahkan dari dua belah pihak siapa yang sebenarnya mendapat sokongan majoriti dari dewan rakyat, dan selepas itu baru lah *tuanku gunakan hemat tuanku* untuk buat keputusan:
Perkara 43(2)

Soalan 7
S7. *Sekiranya tuanku masih ragu* dan di cabar apa tuanku boleh buat?

Jawapan 7
J7. Tuanku boleh berunding dengan mana orang atau kumpulan selain dari kabinet yang tuanku pilih sendiri:
Perkara 40(3).

Soalan 8
S8. Apa tuanku boleh buat jika *pihak cuba mentafsir perlembagaan bertentangan* dengan kuasa tuanku?

Jawapan 8
J8. Tuanku boleh *rujuk kepada Mahkamah persekutuan* untuk beri pendapat di mahkamah terbuka:
Perkara 130.

Soalan 9
S9. *Kalau ada yang masih berdegil* apa Tuanku boleh buat?

Jawapan 9
J9. Tuanku boleh menjalankan kuasa ketua eksekutifnya mengikut undang dan tertakluk pada jadual kedua jika berkaitan:
Perkara 39.

Soalan 10
S10. *Apa lagi kuasa tuanku* jika masih ada yang ingkar?

Jawapan 10
J10. Tuanku boleh *pecat/ gantung* sesiapa yang tuanku lantik Seksyen 29 jadual 11, dan jika tuanku berpuas hati sesuatu keadaan menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi atau keteteraman awam sedang belaku baginda boleh keluarkan satu* prolamasi Darurat:
Perkara 150.

Soalan 11
S11. Sekiranya perlu bolehkan YDPA kerah ATM dan agensi lain?

Jawapan 11
J11. Boleh.
Baginda menyandang jawatan *Panglima tertinggi ATM: perkara 41; dan* Ketua Eksekutif persekutuan: di perkara 39.

Soalan 12
S12. Kalau *parlimen di bubar dan PRU di adakan*  apakah implikasinya?

Jawapan 12
J12. Negara perlu *berbelanja melebihi Rm500,000,000 utk SPR* melaksanakanya.
Itu belum dikira belanja persiapan pilihanraya untuk kempen parti2 yang bertanding, yg pasti mencecah ratusan juta ringgit.

Akibatnya, *situasi politik tegang dan panas.Di tambah rosak kestabilan politik  dan  perpecahan rakyat lebih parah*.

Semoga Allah memberi hidayah kepada YDPA untuk membuat keputusan terbaik utk Malaysia.
Marilah kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa Merahmati dan Memberkati usaha2 yg baik kearah memartabatkan Agama Islam di Malaysia.

🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💝💝❣💞💟💟🌎💙🌏🕌


Keunikan Nama

Indahnya disebalik nama *MUHYIDDIN* hingga terlantik sebagai *PM ke 8*

*M - Muafakat*
*U  - Ummah*
*H  - Hanya*
*Y  - Yang*
*I   -  Indah*
*D  - Dan*
*D  - Diterima*
*I    - Istana*
*N  - Negara*

👍👍👍💪💪💪



Kabinet Malaysia

3 Mac 2020 @ 1100hrs

Bayangan






*CORETAN BERSEJARAH POLITIK NEGARA TAHUN 2020...*

*INI KALI PERTAMA*

*KALI PERTAMA Perdana Menteri dilantik oleh AGONG.*

*KALI PERTAMA Agong ikut campur tangan hal berkaitan politik negara.*

*KALI PERTAMA kebanyakan rakyat faham dan mengerti betapa besar nya peranan Institusi Sultan/Agong.*

*KALI PERTAMA semua menteri menteri & ahli parlimen mengadap Agong seorang demi seorang.*

*KALI PERTAMA Isteri Perdana Menteri Menutup Aurat.*

*KALI PERTAMA Perdana Menteri Sujud Syukur atas perlantikan dari Agong.*

*KALI PERTAMA Sebelum Angkat Sumpah Jadi Perdana Menteri,Solat Sunat Hajat Berjemaah di Masjid Wilayah.*

*KALI PERTAMA sebuah kerajaan (PH) runtuh disebabkan penipuan demi penipuan kepada rakyat tidak sampai satu penggal.*

*KALI PERTAMA istilah Perdana Menteri Interim diguna pakai.*

*KALI PERTAMA PAS & UMNO bergabung diatas kebijaksanaan TGHH (Muafakat Nasional).*

*KALI PERTAMA PAS masuk dalam kerajaan pusat.*

*KALI PERTAMA rakyat terbuka minda betapa teruk & hina nya apabila DAP memerintah negara.*



     
                         
                                                                                                                                                                                                         
10 Mac 2020
Kabinet Realisasi 2020



Tulisan Khat Jawi
Perikatan Barisan
Kabinet Malaysia 2020













No comments: