اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???
AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH
Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz
yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan
lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman
mereka.
Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُولُ اللهِ
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan
Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.
Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi”
mengandungi tiga makna serentak iaitu:
1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.
Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan
tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah
didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului
dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu
adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang
kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran
Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun
mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka
mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak
mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda
sallallahu`alaihi wasallam.
Makna Kalimah Syahadah Pertama:
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad
(mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan
lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang
Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup
lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang
Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha
Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang
dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti
tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan
melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak
dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.
Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah
pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada),
al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan
dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk),
al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm
(mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan
al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa),
Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman
(keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala
yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu
Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan
Allah ta`ala yang berkata-kata).
Makna Kalimah Syahadah Kedua:
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad
ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi
sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua
makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah
diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi
Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam
semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu
mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku
dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang
dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir,
kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala,
azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga,
melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa
bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan
hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat
Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang
baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi
dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.
HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG
BERKAITAN DENGANNYA:
• Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai
kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap
dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.
• Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib
mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh.
• Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz
yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan
seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan
lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.
• Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh
umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab
al-Imam al-Syafi`e.
• Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan
Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk
menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana
didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang
sahih.
• Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah
Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah
mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak
mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya
sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti
ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib
dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.
• Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan
kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang
benar.
• Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan
syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama
Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.
Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus)
tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang
sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh
Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.
الْجَزْمُ يُخْرَجُ مِنْهُ: الْشَكُّ, الْظَنُّ, الْوَهْمُ.
Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan
(melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada
percaya).
مُوَافِقٌ لِلْحَقِّ يُخْرَجُ مِنْهُ: جَاهِلٌ بَاسِطٌ, جَاهِلٌ
مُرَكَّبٌ
Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit
(tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil murakkab (jahil yang tersusun
iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)
عَنْ دَلِيْلٍ: أَيْ لَيْسَ تَقْلِيْدًا
Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid.
Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan
apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam
perkara yang berkaitan dengan akidah.
Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang
yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih
walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.
Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada
orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas landasan akidah Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga:
1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus),
maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman.
Ini pendapat yang muktamad.
2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam
sekalipun. Ini pendapat yang dhaif.
3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya
tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang diikutinya itu adalah orang yang
sahih aqidahnya.
Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat:
1. Tahu dengan belajar (talaqqi).
2. Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus).
3. Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
4. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma`
ulama` dan qias.
Posted by SAYYID PENDITA at 12:18 AM
APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment