أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Kejadian Malaikat & MAUT
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kejadian Malaikat & MAUT
Fasal pada menyatakan kejadian Malaikat & MAUT
Bermula bab pada menyatakan segala
kejadian Malaikat Maut. Ketahui oleh mu bahawasanya Allah Taala
menjadikan ia akan segala malaikat yang mulia yang empat iaitu Israfil
Alaisalam dan Mikail Alaisalam dan Jibrail Alaisalam dan Izrail
Alaisalam dan dijadikan dalam tangan mereka itu akan segala perkerjaan
makhluk dan memmerintahkan segala alam sekeliannya.
Dan dijadikan Jibrail Alaisalam itu yang menyampai menurunkan wahyu kepada segala rasul
Dan Mikail Alaisalam itu menurunkan hujan dan segala rezeki
Dan Izrail Aialisalam itu mengambil
nyawa daripada segala yang mempunyai ruh. Berkata Ibnu Abas
Radiallahuanhuma bahawa Izrail Alaisalam meminta akan dia Kuat tujuh
petala langit, kuat tujuh petala bumi, Kuat segala angin, kuat segala
bukit, kuat segala jin, kuat segala manusia, kuat segala binatang yang
buas,
maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
Dan Israfil Alaisalam itu menuip sangka kala
Bermula mereka Malaikat Mukaribun
disisi Allah Taala dan Malaikat menangung Aras dan Malaikat Kiraman
Katibin. Bermula mereka itu atas rupa Israfil Alaisalam.Menilik oleh
Israfil pada tiap-tiap hari dan malam tiga kali kepada neraka jahanan
dan menangis ia dan berteriak ia akan sebagai berteriak yang sangat dan
jikalau tiada bahawasanya Allah Taala itu menegah ia akan air matanya,
nescaya memenuhi segala bumi dengan Airmatanya. Maka Jadilah ia seperti
taufan Nabi Allah Nuh Alaisalam dan setengah daripada kebesarannya itu
bahawasanya jikalau dituangkan akan segala air laut dan segala air
sungai atas kepalanya itu, nescaya tiada gugur daripadanya satu titik
atas bumi.
Adapun Mikail Alaihissalam:-
Maka menjadikan oleh Allah Taala
kemudian daripada Israfil Alaihisalam dengan 500 tahun dan daripada
kepalanya hingga sampai kepada kedua kakinya itu berapa bulu
daripada "kamka" dan sayapnya daripada "zarbajad" yang hijau dan
tiap-tiap bulunya itu seribu seribu mukanya dan tiap-tiap mukanya
seribu-seribu mata dan tiap-tiap mata itu kerana kasihani bagi hamba
yang berdosa daripada segala orangyang mukmin dan pada tiap-tiap
mukanya itu seribu-seribu mulut dab pada tiap-tiap mulutnya itu
seribu-seribu lidah dan pada tiap-tiap satu lidah itu berkata kata ia
dengan seribu seribu lorat / bahasa dan tiap-tiap lidah itu mengucap
istikfar akan Allah Taala bagi segalao rang yang mukmin dan orang yang
berdosa dan titik daripada tiap-tiap mata itu 70 ribu titik maka
menjadikan Allah Taala daripada tiap-tiap satu titik itu seorang
Malaikat atas rupa Mikail Alaihissalam, mengucap tasbih oleh mereka itu
akan Allah Taala hingga sampai kepada hari Kiamat. Dan bermula mereka
itu tentera bagi Mikali Allaihissalam diwakilkan mereka atas menurunkan
hujan dan menumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan segala rezeki dan
segalabuah. Maka tiada daripada suatu didalam laut dan segala buah kayu
diatas pohon dan segala tumbuh-tumbuhan atas bumi melainkan ada da
atasnya seorang malaikat yang diwakilkan dengandia.
Adapun Jibrail Alaihissalam:-
Maka menjadikan oleh Allah Taala
kemudian daripada Mikaill Alaihisalam dengan 500 tahun dan baginya 1600
sayap dandaripada kepalanya hingga sampai kepada kedua kakinya itu
berapa bulu daripada "kamka" dan Matahari itu antara dua matanya dan
atas tiap-tiap bulunya itu seumpama bulan penuh purnama dan seumpama
bintang dan tiap-tiap hari masuk ia didalam laut nur 370 kali, maka
apabila keluar nescaya gugur daripada tiap-tiap sayap itu beribu-ribu
titik maka menjadikan Allah Taala daripada tiap-tiap titik itu akan
seorang mMalaikat atas rupa Jibrail Alaihissalam mengucap tasbih oleh
mereke akan Allah Taala hingga sampai hari Kiamat, bermula mereka itu
Malaikat Roja naun (Ro wau jimalif nun ya wau nun) namanya.
Adapun Izrail Alaihissalam:-
Bermula rupa Malikatul Maut itu
seumpama rupa Israfil dengan segala mukanya dan segala lidahnya dan
segala sayapnya dan besarnya dan kuatnya denga tiada lebih dan kurang
dan tersebut dalam khabar daripada Nabi s.a.w tetaka menjadikan Allah
akan Malikatul Maut didinding daripada segala makhluk dengan seribu
ribu hijab.
Bermula kebesarannya itu terlebih besar
daripada Langit dan bumi dan jikalau diturunkan air sekelian laut dan
sekelian sungai atas kepalanya nescaya tiada gugur daripadanya suatu
titik juapun atas bumi.Dan bahawa sekelian musyrik dunia dan maghribnya
antara hadapanya seperti satu hidangan, sesungguhnya dihantarkan
atasnya tiap-tiap suatu dan dihantrkan antara hadapan lelaki supaya
hendak makan ia akandia maka memakan ia daripadanya akan barang yang
dikehendakinyanya, maka seperti demikianlah malikatul maut
membilik-bilik oleh anak adam antara hadapannya.
Sesungguhnya diikat akandia dengan
70000 rantai pada tiap-tiap satu ranti itu panjangnya perjalanan 1000
tahun dan tiada hampir akandia oleh segala malaikat dan tiada
mengetahui oleh mereka itu akan tempatnya dan tiada mendengar oleh
mereka itu akan suaranya dan tiada mendapat oleh mereka itu akan halnya
dan tiada mengetahui kepada barang waktuada ia. Maka tetakala
menjadikan oleh Allah Taala akan maut itu, berkatalah Malaikat Maut
itu Ya Rab apalah MAUT itu?.maka menyuruh oleh Allah Taala akan hijab
itu terbuak ia hinga melihat akan dia oleh Malaikat Maut maka firman
Allaj taala bagi segala malaikat, berdiri kamu dan tilik olehmu akan
Maut ini maka berdirilah segala malaikat itu sekeliannya dan firman
Allah Taalah bagi Maut itu terbang olehmu atas mereka itu dan bukakan
olehmu akan segala sayap sekeliannya dan bukakan oleh mu akan segala
mata engkau sekeliannya, maka tetakala terbanglah ia nescaya menilik
kepadanya oleh segala Malaikat maka lalu rebah oleh mereka itu pada
pengsan atas mereka itu 1000 tahun maka tetakala siuman mereka itu
berkata mereka, hai tuhan kami adalah engkau jadikan terlebih besar
daripada makhluk ini, maka firman Allah Taala aku jadikan dia dan
engkau terlebih besar daripadanya lagi merasa oleh tiap-tiap makhluk
daripadanya. Maka firman Allah Taala, hai Izrail ambilah olehmu akan
dia.
Seterusnya [Next] :- Fasal pada menyatakan kejadian MAUT
Seterusnya [Next] :- Fasal pada menyatakan kejadian MAUT
Fasal pada menyatakan kejadian MAUT
Maka tatkala Maut berada di dalam
Tangan Malaikat Izrail, berkatalah Maut ya tuhan ku izinkan olehmu
bagiku hingga aku menyeru didalam tujuh petala langit itu satu kali
seru?. Maka meberi izin Allah Taala baginya maka lalumenyeru ia dengan
terlebih kuat suaranya:-
Akulah Maut yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih
Akulah Maut yang menceraikan antara suami dan isteri
Akulah Maut yang menceraikan anak perempuan dengan ibunya
Akulah Maut yang menceraikan antara saudara-saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan
Akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak adam
Akulah Maut yang memusnahkan segala rumah dan segala kampung.
Akulah Maut yang aku tuntut akan kamu
dan aku dapatkan akan kamu dan jikalau adalah kamu itu didalam keranda
besi yang amat teguh sekalipun dan tiada kekal segala makhluk itu
melainkan merasakan akan daku / MAUT.
Maka apabila datang maut itu akan
sesorang maka berdirilah antara hadapannya atas rupa yang sangat hebat,
kemudian berkata oleh sesorang itu, siapa engkau? apa kehendak mu?,
maka sahut maut itu, akulah maut yang mengelurakan dikau dariapda dunia
ini dan akulah yang menjadikan anakmu yatim, menjadikan isterimu janda,
dan menjadikan hartamu dipusakai oleh warisnya yang tiada engkau kasihi
akan dia pada ketika hidupmu dan bahawsanya engkau tiada mendahulu akan
kebajikan bagi diri engkau dan tiada mendahulu bagi akhirat engkau,
pada hari inilah datang aku kepada engkau supaya aku hendak
menanggalkan ruh engkau.
Maka tetakala mendengar ia akan kata
maut itu maka memalingkan ia akan mukanya kekiri, maka dilihatnya jua
akan maut ada ia berdiri dihadapanya, memalingkan ia akan mukanya ke
kanan maka dilihat jua akan maut ada berdiri dihadapannya.
Tempat kediaman maut pada langit yang
ketujuh dan pada satu riwayat pada langit yang keempat. Dijadikan Allah
Taala akan dia daripada Nur dan adalah baginya 70000 kakinya dan 4000
sayap dan penuh pada segala tubuhnya dengan mata dan lidah dan tiada
sesorang jua pun daripada segala makhluk daripada manusia dan jin dan
Angkas dan barang yang bernyawa melainkan ada pada tubuh maut itu
sebanyak-banyak bilangan muka dan tangan segala makhluk Allah Taala
yang bernyawa, maka mengambil ia akan segala yang bernyawa itu dengan
tangannya.
Dan meniliklah ia dengan mukanya yang
berbetul orang yang yang hendak mati itu, demikianlah peri mengambil
nyawa segala makhluk pada tiap-tiap tempat dan apabila matilah seorang
manusia yang didalam dunia ini maka hilanglah satu rupanya tubuh maut
itu. Pada suatu riwayat bahawa adalah bagi maut itu empat mukanya satu
muka dihadapnnya, kedua pada kepalanya ketiga pada belakangnya keempat
pada tapak kakinya..
Adapun tetakala mengambil ia akan nyawa
segala Ambia, dan segala Maialikat dengan mukanya yang dikepala, dan
mengambil nyawa segala orang yang mukminin dengan muka yang
dihadapannya dan mengambil nyawa segala kpir denga muka belakangnya dan
mengambil nyawa segala jin dengan muka yang pada tapak kakinya. Bermula
salah satu kakinya berpijak ia ditepi syurga dan satu lagi itu berpijak
ia ditepi neraka. Bermula segala kafir, segala munafik dan segala yang
celaka itu apabila hadir akan mereka itu oleh mati, nescaya turunlah ia
atas mereka itu dan daripada pihak yang kirinya malaikat azab yang
hitam mukanya lagi biru dua matanya dan serta mereka itu pakaian azab.
Maka dudulah mereka itu padahal jauh daripada mayat itu hingga dakat
malikatul maut mengambil nyawa mereka itu lalu diberikan kepada
malaikat azab.
Pada suatu riwayat tetaka datang
malikatul maut antara hadapan mayat itu pada hal berdir,maka berkata
malikatul maut, adakah engkau tiada kenal aku? akulah malikatul maut
yang mengambil ia akan ruh dua ibu bapa engkau dan engkau menilik
kepada keduanya, dan tidada engkau memberi menafaat akan keduanya pada
hari ini aku mengambil akan nyawa engkau hingga menilik segala
anak-anak engkau dan segala perbuatan engkau dan segala taulan engkau
hinga berteriaklah mereka. Maka berkata baginya Malikatul Maut betapa
engkau lihat akan dunia? maka jawab ia aku lihat akan dia tipudaya dan
maka menjadikan oleh Allah Taala akan dunia atas satu rupa maka lalu
berkat dunia itu
Hai orang yang derhaka adakah engkau
malu berdoasa dengkau didalam dunia dan tiada menegah engkau akan diri
engkau daripada segala maksiat, bahawasanya menuntut engkau akan daku
dan tiada menuntut akan dikau dan tiada engkau bezakan antara halal dan
haram, bahawasanya aku lepas daripada engkau dan daripada amal engkau.
Dan melihat ia akan hartanya itu sesungguhnya telah jatuh dalam milik
orang yang lain. Maka berkata harta itu hai orang yang derhaka telah
berusaha engkau akan daku denga tiada sebenarnya dan tiada engkau
gunakan akan daku pada jalan yang sebenar dan tiada disedekahkan dengan
aku atas segala fakir dan segala miskin, pada hari ini sesungguhnya
telah jatuh aku didalam milik orang yang lain.
Adalah dijadikan oleh Allah Taala akan
malaikat yang bernama Malaikatul ArRohim yang memerhatikan tiap-tiap
segaka kanak-kanak yang lagi akan diperanakkan oleh ibunya, maka
apabila beranaklah seorang manusia maka dicampurkan malaikat itu tanah
tempat kematiannya kepada "Nuftah". Dan situlah jasadnya berkubur.
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment