أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Ehwal Mimpi
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Ehwal Mimpi
Ehwal Mimpi
"Sesungguhnya
Allah akan membuktikan kepada Rasulnya tentang kebenaran mimpinya
dengan sebenarnya bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjid
Haram, Insyaa Allah dalam keadaan aman."
Nabi s.a.w Bersabda:-
Sabda Nabi s.a.w:-
Surah Yusuf : 108
Wassalam dan Selamat Menyambut Bulan Rejab........... Surah Al Fatah : 27 |
"Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang"
Surah Yusuf : 4 |
Nabi s.a.w Bersabda:-
Setelah aku, tidak ada lagi kenabian kecuali khabar-khabar gembira yang dilihat dalam mimpi
oleh sesorang mukimin atau ia diperlihatkan kepadanya"
"Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan di akhirat."
oleh sesorang mukimin atau ia diperlihatkan kepadanya"
Surah Yunus : 64 |
Sabda Nabi s.a.w:-
Orang yang bermimpi melihat aku, bererti ia benar-benar melihat aku, sebab syaitan tiak akan menyerupai seperti aku.
Surah Yusuf : 108
"Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan Basyirah."
Syaitan tidak akan mampu menjelma
menjadi semua cahaya cahaya seperti ini, sebagaimana yang dikatakan
oleh penyusun Kitab Al Muzhir” Syaitan tidak mampu menjelma bukan hanya
pada Nabi s.a.w sahaja, tetapi juga pada setiap saluran hikmat, kasih
sayang dan hidayah, seperti para Nabi, para Wali, Malaikat, Kaabah,
Matahari, Bulan, awan putih dan sebagainya, sebab Syaitan adalah
penyaluran sifat Al Qahru (yang Memaksa) ia tidak akan menjelma kecuali pada bentuk-bentuk nama-nama yang menyesatkan.
Orang yang berada pada penjelemaan nama-nama Al Hadi (Pemberi Petunjuk) tidak akan dapat menjelma dalam penjelmaan Al Mudhil, kerana sesuatu yang berlawanan tidak akan muncul pada lawannya.
Seperti air dengan api. Api tidak akan
beralih rupa menjadi air. Begitu pula sebaliknya, sebab antara air dan
api terdapat perbezaan zat yang saling bertolak belakang. Dan allah
membedakan antara hak dan batil, antara benar dan salah sebagaimana
dalam Surah Ar Ra’ad : 17
"Demikian Allah membuat perumpamaan bagi yang benar dan yang batil."
Adapun penjelmaan syaitan dengan rupa
ketuhanan dan pengakuan ketuhanan, hal itu boleh terjadi kerana sifat
Allah adalah Jalal dan Jamal (Aggung dan Indah).
Syaitan boleh menjelma dengan sifat
Jalal, kerana sifat Jalal adalah penjelmaan dari nama Al-Qahru. Dan
lahirnya penjelemaan ketuhanan dan pengakuan ketuhanan adalah bersumber
dari nama Al-Mudhillu sahaja. Syaitan menjelma dengan rupa ketuhanan
bersumber dari al-Mudhil sahaja. Ia tidak akan mampu menjelma dengan
perjelmaan nama yang terpadu, kerana nama yang terpadu bersumber dari
petunjuk.
Dalam hal ini para ahli tarikat mempunyai perbahasan yang sangat luas, Firman Alllah “ Dengan penglihatan hati (basyirah) aku dan orang-orang yang mengikuti (setelahku),
menunjukkan kepada Mursyid pewaris sempurna, iaitu Al-Irsyad. Kalimat
setelahku dari ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai pandangan
batin, seperti padangan batinku dari satu arah, iaitu orang-orang yang
,mendapat wilayah-kamilah, iaitu para wali.
Surah Al Khaf : 17
"Pemimpin yang dapat memberi petunjuk."
Ketahuilah mimpi itu ada dua macam
Mimpi Afaqi
Mimpi Anfusi
Masing masing terbagi dua, anfusi dari
akhlak yang terpuji atau akhlak yang tercela, seperti melihat bidadari,
istana-istana, pemuda-pemuda pelayan syurga, lapangan cahaya yang
putih, seperti matahati, bulan, bintang dan sebagainya. Ini semua
berkaitan dengan sifat hati.
Adapun yang berkaitan dengan nafsu Muthma’innah:-
Bermimpi melihat haiwan yang halal
dagingnya atau burung-burung, kerana kehidupan nafsu Muthma’innah di
suryga bersumber dari jenis-jenis tadi.
Adapun sapi maka ianya datang dari syruga kepada Nabi Adam a.s untuk bertani di dunia.
Unta datang dari syruga untuk memperindahkan Kaa’bah yang zahir dan yang batin.
Kuda sebagi alat untk perang kecil dan perang besar. Semua itu adalah untuk akhirat.
Nabi s.a.w bersabda
"Kambing
itu diciptakan dari madu syurga, sedangkan sapi diciptakan dari
za’faron syurga. Unta dari cahaya syurga dan Kuda dari angin syurga."
Maka Baghal itu diciptakan dari sifat muthma’innah yang terendah, bererti orang yang bermimpi itu malas dalam beribadah dan nafsunya berat.
Keldai diciptakan
dari batu-batu syurga. Ia diciptakan untuk keperluan Nabi Adam a.s dan
keturunnya di dunia dalam rangka mendapatkan darjat akhirat.
Adapun yang berbicara dengan ruh yang
merupakan khitab manusia yang sangat elok itu adalah menjelma dari
cahaya ketuhanan, kerana ahli syurga seluruhnya dalam rupa yang sangat
indah
Sabda Nabi s.a.w
Ahli syurga adalah elok, mereke bercelak
Sabda Nabi s.a.w
Aku melihat tuhanku dalam rupa pemuda yang sangat elok.
Sebahagian ulama mengatakan yang
dimaksudkan dengan hadis ini adalah Tajalli, iaitu tuhan bertajlli
dengan sifat ketuhanan pada cermin ruh yang disebut Tiful Ma’ani ia
adalah pembimbing jasad menjadi perantaraan antara manusia dengan tuhan.
Iman Ali r.a berkata: Kalau tidak ada
bimbingan Tuhanku, aku tidak akan mengenal Tuhanku. Bimbingan batin idi
ada kerana adanya pembimbing zahir, iaitu ahli talqin, mereka adalah
para penerang hati dan jasad.
Surah Al Mu'kmin :15
"Allah mendatangkan ruh atas perintahnya kepada siapa sahaja yang ia kehendaki dari hamba-hambanya."
Iman Ghazali berkata:-
Sebenarnya boleh terjadi sesorang bermimpi melihat tuhan di waktu tidur dalam rupa yang sangat indah dan ukhrawi.
Ini berdasarkan ta’wil tersebut tadi, kata iman Gahazali pula:-
Pembimbing ruh
ini adalah sebuah perumpamaan yang diciptakan oleh Allah s.w.t
sebanding dengan kesiapan orang yang melihat itu sendiri. Yang telihat
dalam mimpi itu bukan hakikat zat Alah, kerana zat Allah bersih dari
segala rupa.
Begitu juga
melihat Nabi s.a.w, tolok ukurnya sama, Nabi boleh sahaja dilihat dalam
mimpi dengan rupa yang berbeda-beda sesuai dengan kadar kemampuan yang
bermimpi itu sendiri.
Adapun bimbingan arwah adalah Ruh Jismani membimbing pada Jasad,
Ruh Rowani membimbing di dalam hati,
Ruh Sultani membimbing di dalam mata hati.
Ruh Al-Qudsi
membimbing sirri yang merupakan perantaraan antara manusia dengan
Allah, dan sebagai penterjemah dari Allah kepada Makhluk, kerana Ruh
Al-Qudsi adalah keluarga Allah dan Mahram-Nya
Adapun mimpi yang muncul dari akhlak yang tercela bersumber dari nafsu Amarah, Lawwamah dan Mulhimah:-
Harimau melambangkan sifat ujub, sombong kepada Allah merasa besar diri di hadapan Allah.
Surah Al-A’raf : 40
"Sesungguhnya
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri
terhadapnya, sekali-kali bagi mereka tidak akan dibukakan pintu-pintu
langit dan tidak pula mereka masuk syurga hingga unta masuk ke lobang
jarum."
Singa melambangkan sifat sombing dan mengaggungan diri pada manusia lain.
Beruang melambangkan sifat pemarah dan selalu ingin mengalahkan orang dibawahnya.
Serigala melambangkan sifat suka memakan barang yang haram dan syubahat tanpa mampu membedakannya.
Anjing melambangkan sifat hubbud dunia (cinta dunia), memaksa dan marah kerana urusan duniawi
Babi melambangkan sifat dendamm dengkim tamak dan mengikuti syahwat.
Kelinci melambangkan sifat suka berhelah dan tipu daya
Musang seperti halnya kelinci tetapi musang biasanya lebih banyak lobanya.
Kucing melambangkan sifat kikir dan munafik.
Ular melambangkan sikap menyakiti orang lain dengan lisan, mengejek-ejek dan bohong.
Kala Jengking melambangkan sifat suka menjeling, menakut-nakuti dan mengadu-domba.
Tabuan melambangkan sifat suka menyakiti orang lain dengan lisan secara sindiran.
Jika si salik bermimpi
memerangi binatang-binatang tadi dan ia mampu mengharcurkan secara
total, ber-erti ia sudah meninggalkan keburukan secara total.
Surah Muhammad : 2
"Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keaadan mereka."
Dan bila mana seorang salik bermimpi
melihat binatang-binatang tadi berubah menjadi manusia, ini menunjukkan
bahawa keburukkannya telah diganti dengan kebaikkan.
Surah Al Furqan : 70
"Dan orang-orang yang taubat, beriman dan beramal soleh, maka kejahatan mereke digantikan Allah degan kebajikan."
Terkadang Nafsu Amarah terlihat di dalam mimpi dengan rupa orang kafir.
Nafsu Lawwamah dengan rupa seorang Yahudi
Nafsu Muthma’innah dengan seorang Nasrani.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment