29 February 2020

Osama bin Laden

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Selepas gambar, kini video palsu Osama bin Laden pula dikeluarkan oleh AS

Mungkin kerana sudah malu mengeluarkan gambar palsu yang kononnya Osama bin Laden dibunuh oleh komando SEAL, dan tidak dapat lagi mengemukakan gambar lain yang boleh menjadi bukti terhadap pembunuhan itu, maka untuk menutupi kemaluan, kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan pula kononnya video Osama bin Laden yang diperolehi dari tempat serangan pasukan SEAL baru-baru ini di Abbottabad, Pakistan.


Mungkin sudah agak terdesak, mereka terpaksa pula mengeluarkan 'home video' palsu ini. Malangnya, video ini amat jelas lagi kepalsuannya. Orang yang didakwa Osama Laden menonton dirinya sendiri di kaca televisyen itu hanya di rakam dari arah belakang tepi. Orang itu kelihatannya suka sangat bermain dengan 'remote control' TV :D


Memang kononnya orang itu ada iras Osama jika dilihat dari tepi. Tetapi sekiranya diperhatikan lebih teliti lagi, ada kelainannya juga. Dan yang paling ketara sekali ialah pada bahagian tubuh. Tubuh orang di dalam video itu dalam keadaan sihat dan muda lagi. Pergerakannya sungguh aktif, tidak seperti gaya orang tua langsung. Hanya bahagian muka sahaja yang di make up tua nampaknya dengan janggut yang beruban penuh, tidak seperti video-video lain yang hitam.

Jika dibandingkan dengan umur Osama Laden yang sebenar , dan yang biasa dilihat dia keluar dalam rakaman-rakaman video, bukan begitu gaya tubuhnya.

Dan mengapa orang itu langsung tidak mahu berpaling ke belakang atau menunjukkan mukanya dengan jelas? Dan mengapa dia dalam keadaan berselubung?  Dan mengapa jurukamera itu macam budak-budak main zoom in zoom out tak tentu pasal? Seperti kononnya mahu menunjukkan sangat bahawa itu adalah Osama bin Laden.



MSNBC memaparkan video di bawah tajuk 'New Video Shows Bin Laden In Gold Robe'. Namun, pita ini hampir sama dengan rakaman pertama kali dilancarkan oleh kumpulan depan LAMAN Pentagon pada bulan September 2007. Dalam rakaman itu, Osama Laden juga muncul dengan janggut dicelup dan memakai pakaian yang sama benar. Satu-satunya yang berbeza adalah warna latar belakang, tetapi dalam pita lain latar belakang adalah warna coklat yang sama seperti pita 2007.



Rakaman di pita ini bertujuan untuk menunjukkan Osama Laden membuat rakaman pada akhir tahun 2010, namun dia nampak terlalu sama dengan bagaimana dia muncul dalam rakaman pertama kali dikeluarkan dengan tahun 2007.

Video sebegini bukannya bukti bagi pembunuhan tersebut, kerana orang di dalam 'home video' itu tidak jelas langsung adalah Osama Laden. Ia sememangnya amat mencurigakan dan terlalu banyak tidak logiknya. Maka sekali lagi kerajaan Amerika Syarikat telah membuka sendiri pekung tipu-daya mereka.


Di bawah ini adalah video penuh yang dikeluarkan oleh Pentagon.


Penyelam mahu dapatkan kembali mayat Osama bin Laden

Bill Warren mahu cari mayat Osama bin Laden
Seorang penyelam pakar iaitu Bill Warren mahu menyelam ke Laut Arab untuk mendapatkan kembali kononnya mayat Osama bin Laden.

Penyelam dari California yang berusia 59 tahun itu akan menjelajahi dasar laut untuk mencari mayat Bin Laden.

Warren, yang telah menemui lebih dari 200 subjek yang karam bawah laut, berkata: "Saya melakukannya kerana saya seorang rakyat Amerika patriotik yang ingin mengetahui kebenaran. Saya melakukannya untuk dunia."

"Pentadbiran Obama sepatutnya menerbitkan foto, seperti yang kita lakukan pada Billy Kid, atau (John) Dillinger, atau bahkan Saddam Hussein," Warren juga mengatakan kepada TMZ.

Dia bercadang untuk menggunakan peralatan teknologi-tinggi (hi-tech), kapal dan kapal selam dalam pencarian itu, yang katanya akan melibatkan kos sekitar $400,000 dolar keseluruhan.

Dia berharap untuk mencari dan memulihkan tubuh Bin Laden sebelum mengambil gambar dan rakaman mayat itu, dan melakukan ujian DNA.


[Metro.co.uk]

[Infowars , CBS , AP]

No comments: